Anda di halaman 1dari 4

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud

yang sama atau hampir sama.

1. carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua- air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik
jua)
2. belut pulang ke lumpur- haruan pulang ke lubuk (perantau yang pulang semula ke
tempat asal)

3. api dalam sekam- gunting dalam lipatan- musuh dalam selimut (musuh yang ada
dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

4. membuka pekung di dada -menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri


(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

5. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit -kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga (disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena
akibatnya)

6.sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi -habis madu, sepah
dibuang (apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak
diperlukan lagi)

6. lain padang lain belalang -banyak udang banyak garam, banyak orang banyak
ragam-

7. lain dulang lain kakinya- rambut sama hitam, hati lain-lain (manusia mempunyai
sikap yang berbeza antara satu sama lain)

8.bagai isi dengan kuku -bagai aur dengan tebing- bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

9.hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah- berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing- bukit sama di daki, lurah sama dituruni (susah senang dihadapi
bersama)

10.ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi- bagaimana acuan, begitulah
kuihnya- bapa borek, anak rintik (seseorang yang akan mengikut sifat dan
tingkahlaku bapanya)

11.masuk telinga kiri keluar telinga kanan -mencurah air ke daun keladi -mencurah
garam ke laut (pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan
kepada pendengar)
12. genggam bara api biar sampai jadi arang- alang-alang mandi biar basah -alang-
alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (berbuat sesuatu pekerjaan
biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)
13. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya- pengayuh sayang
dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang (usaha diperlukan untuk
mendapat sesuatu yang dihajati)
14. mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan- burung terbang
dipipiskan lada- belum duduk sudah berlunjur (mengharapkan sesuatu yang belum
tentu, barang yg tersedia dilepaskan)
15. telur dihujung tanduk- retak menanti belah (keadaan yang sangat genting, hanya
menunggu masa untuk musnah) -embun dihujung rumput -abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)
16. menangguk di air keruh -menahan lukah di pergentingan (mengambil
kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
17. bagai pinang di belah dua- bagai cincin dengan permata -seperti cincin terlekat
dijari -tanduk bersendi gading (padanan yang sesuai)
18. sarang tebuan jangan dijolok -lembu dogol jangan dibalun (orang yang diam
jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Maksud peribahasa
1.Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. (maksudnya : Segala-gala yang
dikehendaki sudah diperoleh .
2.Yang lama dikelek, yang baru didukung maksudnya : Adat yang lama tetap
diamalkan disamping budaya hidup yang baru,
3. Seperti lembu dicucuk hidung. maksudnya : Orang yang selalu menurut kemahuan
seseorang.
4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. maksudnya : Adat yang tidak berubah;
sesuatu yang utuh.
5. Bagai kaca terhempas ke batu. maksudnya : Sangat sedih atau kecewa.
6. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. maksudnya : Kata
sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7. Bagai aur dengan tebing. maksudnya : Hubungan yang sangat rapat antara satu
sama lain dan saling membantu.
8. Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. maksudnya : Mengalami susah senang
bersama-sama
9. Bara yang digenggam biar jadi arang. maksudnya : Mengejarkan sesuatu yang
sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri. maksudnya : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap negeri
sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. maksudnya : Mendidik anak biarlah sejak
mereka kecil.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. maksudnya : Dua orang sama pihak dan
darjat.
13. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. maksudnya : Kalau
takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan perkara yang
susah.
14. Indah kabar daripada rupa. maksudnya : Perkhabaran tentang sesuatu perkara
dilebih-lebihkan.
15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. maksudnya : Pengagihan yang
sama banyak.
16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. maksudnya : Perhubungan yang sangat
akrab, susah senang bersama.
17. Kacang lupakan kulit. maksudnya : Orang yang melupakan asalnya, atau orang
yang pernah menolongnya mendapatkan kesenangan.
18. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
maksudnya : menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya.
19. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. maksudnya : tak akan
tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.
20. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian. maksudnya : Bersusah-paayh terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada hari kemudian.
21. Yang bulat datang bergeolek, yang pipih datang melayang. maksudnya : Sesuatu
benda tidak akan datang tanpa usaha.
22. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan, nanti-nantikan.
maksudnya : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

TAMBAHAN

1 bagai cendawan tumbuh selepas hujan /terlalu banyak pada sesuatu masa
2 bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.- tiada muafakat
dalam sesuatu perbincangan /mementingkan diri
3 bagai melukut melukut di tepi gantang. -seseorang yang dianggap tidak penting
kerana tiada kuasa.
4 bagai menatang minyak yang penuh -memelihara seseorang dengan penuh kasih
sayang.
5 bagai pauh dilayang pipi yang gebu/licin
6 seperti abu atas tunggul- kedudukan yang tidak selamat
7 seperti bangau di ekor kerbau- tidak mempunyai pendirian sendiri.
8 seperti harimau menyembunyikan kukunya -orang yang menyembunyikan
kelebihannya.
9 seperti kaca terhempas ke batu -sangat sedih/kecewa
10 seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul -orang yang menyuruh orang lain
melakukan sesuatu perkara dengan baik padahal dia sendiri tidak berlaku seperti
yang dinasihatinya.
11 seperti kerbau dicucuk hidung -orang bodoh dan selalu mengikut perintah orang.
12 belakang parang sekalipun, kalau diasah nescayakan tajam- orang yang bodoh
kalau diajar betul-betul akan pandai juga.
13 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalam membuat
sesuatu perkara.
14 dayung sudah di tangan, perahu sudah di air- segala-galanya sudah tersedia.
15 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi s-ama taraf atau kedudukan
16 kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- kalau pengetahuan
(kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan) sesuatu yang besar.
17 malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan- kalau malas berusaha
pasti akan susah.
18 seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit- hanya kerana seorang yang
melakukan kesalahan, orang yang lain turut dituduh melakukannya.
19 sekali air bah, sekali pasir berubah -suasana akan berubah apabila keadaan
berubah.
20 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna- berfikirlah dengan teliti
sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
21 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas -adat atau sesuatu yang tetap dengan
keutuhannya.
22 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya -berhati-hati apabila
bercakap kerana ditakuti akan menyakiti orang lain.
23 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing -sikap berkerjasama dalam membuat
sesuatu perkara.
24 air tenang jangan disangka tiada buaya -orang yang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut.
25 burung terbang dipipiskan lada- belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi
sudah berangan-angan menggunakannya.
26 cepat kaki ringan tangan- rajin membuat kerja.
27 genggam bara api biar sampai jadi arang- melakukan sesuatu kerja yang sukar
hendaklah bersabar sehingga berjaya.
28 indah khabar dari rupa- cerita atau gambaran lebih hebat dar keadaan yang
sebenar.
29 jauh panggang dari api- tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan.
30 jika melentur buluh biarlah daripada rebungnya -melatih seseorang hendaklah
sejak kecil.
31 patah tumbuh hilang berganti -tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya.
32 kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa-rosak badan kerana
mulut akibat tersalah cakap, diri sendiri yang akan mendapt susah.
33 sudah terhantuk baru nak tengadah -sudah terkena baru hendak beringat.
34 badan sihat otak cerdas -tubuh yang sihat akan membentuk minda yang cerdas.
35 mata pena lebih tajam daripada mata pedang- pendapat yang dikemukakan
secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang.
36 mencegah lebih baik daripada mengubati- menghalang penyakit lebih baik
daripada mengubati penyakit.
37 pandu cermat jiwa selamat -memandu dengan berhati-hati akan mengelakkan
kemalangan jiwa.
38 pemuda harapan negara, pemudi tiang negara -pemuda pemudi merupakan
harapan/tonggak negara.
39 tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia- wanita yang
dianggap lemah sebenarnya amat perkasa.
40 membazir amalan syaitan -perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di sisi agama.

Anda mungkin juga menyukai