Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2

Soalan 2A

“Kita dikenali dari apa yang kita lakukkan berulangkali. Kebaikan

bukan sekadar perbuatan, tapi satu tabiat.”

Huraikan lima elemen “ Tonggak 12 “ berikut yang dapat dijadikan amalan

bersesuaian dengan pernyataan di atas.

1
Pengenalan

Tonggak Dua Belas merupakan peringatan yang sekiranya diamalkan akan


dapat membentuk anggota pekhidmatan awam yang berperibadi mulia. Dalam
konteks ini, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota
perkhidmatan awam yang unggul. Tonggak ini mengandungi banyak nilai-nilai yang
sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan
benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha-usaha kerajaan
untuk menerapkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Lanjutan dari itu,
kerajaan telah mengetengahkan kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja
yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Ianya menjadi amalan kepada kakitangan
awam di semua peringkat organisasi yang mengamalkan sikap yang baik dan
menghindari sikap negatif. Ia juga merupakan dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai
penting akan membentuk peribadi yang akan membentuk sesebuah organisasi.

Tonggak Dua Belas yang dimaksudkan ialah:

Menghargai masa

Ketekunan membawa kejayaan

Keseronokan bekerja

Kemuliaan kesederhanaan

Ketinggian peribadi

Kekuatan sifat baik hati

Pengaruh teladan

Kewajipan menjalankan tugas

Kebijaksaan berkhidmat

Keutamaan kesabaran

Peningkatan bakat

Nikmat mencipta

2
Daripada dua belas tonggak peringatan yang disenaraikan, lima elemen akan
dihuraikan secara terperinci yang mana ia dapat dijadikan sebagai amalan dalam
melaksanakan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

MENGHARGAI MASA

Setiap orang mengetahui “Masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang
perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian kepada kita. Jika
tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya
peluang keemasan itu. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia mahu
merancang masanya. Seorang penjawat awam hendaklah tidak membuang waktu,
tidak bertangguh mengerjakan sesuatu tugas yang penting. Jika pembahagian masa
dilakukan denga cara yang betul, maka kita akan dapat meningkatkan prduktiviti
kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

Contoh:

Penggunaan masa yang maksimum memerlukan disiplin diri yang tinggi. Caranya
ialah dengan menggunakan catatan penggunaan masa (time log) setiap hari. Ini
adalah satu tabiat yang mesti dimulakan dan dikekalkan. Seseorang pegawai atasan
perlulah mengetahui secara menyeluruh matlamat bidang kerja dan jangka masa
yang diambil untuk menjalankan tugas-tugas apabila beliau memberikan arahan
kepada pegawai bawahan. Beliau perlulah meminta supaya kerja-kerja tersebut
disiapkan dalam waktu yang munasabah dan mampu diselesaikan oleh pegawai
yang diarahkan.

Amalan positif

 Menepati masa
 Menyegerakan tugas
 Mempunyai perancangan waktu
 Bijak mengrus tempoh masa yang diberikan
 Memupuk masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
 Menetapkan “target date” untuk menyiapkan kerja
 Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

3
Amalan negatif

 Berbual kosong
 Tidak menyegerakan tugas
 Tidak ada “sense of urgency”
 Tidak merancang pekerjaan
 Tidak ada priority
 Melayan tetamu yang tidak berkenaan
 Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
 Membuat kerja peribadi di pejabat

KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan
sempurna dan membawa kejayaan serta kecemelangan kepada agensi dan individu.
Seperti peribahasa melayu “sedikit sedikit lama-lama jadi bukit’. Tumpuan kepada
sesuatu pekerjaan sehingga selesai dengn sempurna akan membawa kejayaang
yang cemerlang. Contohi ketekunan semut

Terdapat amalan positif dalam ketekunan mambawa kejayaan iaitu;

 Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar


 Rajin dan sentiasa berusaha
 Tekun dalam menjalanakn tugas
 Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
 Berpandangan jauh
 Bersemagat dalam melaksanaakan tugas yg diarahkan
 Sanggup berkorban

Contoh:

Keazaman dan kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan
dan ini mendatangkan kepuasan. Ketekuanan hanya dilahirkan jika disiplin diri yang
tinggi. Antara cara yang baik untuk mendisiplinkan diri ialah selalu membaiki

4
kelemahan diri dan meningakatkan lagi kecekapan . Hidup akan penuh dengan
cabaran dan ini akan membuat seseoarang lebih bersemangat.

Ketua pejabat yang mempunyai harapan yang tinggi untuk organisasinya tidak
mudah patah semangat apabila melihat kekurangan sumber seperti kekurangan
kakitangan. Setiap cabaran dihadapi dengan tabah dengan melatih kakitangan dan
terus berusaha mendapatkan sumber-sumber tersebut. Beliau tidak mudah hilang
pertimbangan dan tidak ragu-ragu tentang kerjanya.

Amalan negatif

Mudah tersingung

Kurang disiplin

Mudah putus asa

Tidak tekun

Mudah mengalah

KESERONOKAN BEKERJA

Sejak zaman berzaman, kerja merupakan satu beban yang perlu dilakukan untuk
hidup sama ada membanting tulang mahupun memeras otak. Kerja bukanlah
sesuatu yang ringan malah kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan
yang tiada penghujungnya. Namun begitu jika kita mangambil pendirian yang
optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
Kita harus jadikan kerja itu sebagai satu ibadah kerana ibadah membawa ganjaran.
Kerja juga sumbangan yang dikaitkan dengan kebaikan untuk masyarakat dan
negara.

Contoh:

Konsep kerja sebagai satu ibadah yang akan menimbulkan dedikasi, ketekunan,
amanah, bertanggungjawab dan ikhlas. Keseronokan bekerja lahir daripada sikap

5
positif terhadap sesuatu tugas yang dihasilkan daripada inisiatif sendiri. Kerja akan
menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap
positif terhadap cabaran baru.

Amalan positif

 Menganggap kerja sebagai ibadah


 Mempunyai inisiatif sendiri
 Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
 Mempunyai komitmen terhadap kerja
 Sedia memberikan kerjasama

Amalan negatif

 Menganggap kerja sebagai beban


 Tidak komitted dan sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
 Hanya menunggu arahan
 Tidak berdisiplin
 Tidak suka menolong

KETINGGIAN PERIBADI

Peribadi seseorang ialah watak, sikapnya, perilakunya dan gayanya membawa diri
dalam pergaulan sesama manusia, baik dirumah , organisasi dan juga masyarakat
umum. Pengalaman hidup biasanya membina watak .sikap positif dan terbuka
membantu seseorang meningkatkan peribadi ke tahap yang lebih tinggi. Dari sifat
dalaman pula seseorang perlu tenang bersiakp belas kasihan tetapi tegas beramah
mesra, berdisiplin dan pemaaf terhadap kesalahan org lain. Ketinggian peribadi akan
dilihat sebagai contoh seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.

6
Contoh:

Seseorang guru yang ikhlas tidak akan merasa terjejas dengan teguran, kritikan dan
pertentangan pendapat. Teguran dianggap sebagai peringatan ke arah
kesempurnaan peribadinya manakala pujian adalah amaran supaya dapat
mengawasi keikhlasannya. Ketua yang adil juga selalu mengiktiraf kebaikan dan
kelebihan orang lain dengan member peluang ntuk meningkatkan kerjayanya.
Seseorang yang adil sentiasa bersedia mengakui kesilapannya dan bersedia
memaafkan kesipalan orang lain.

Amalan positif

 Menyempurnakan tugas dan amanah


 Bersifat ikhlas dalam menjalankan tgjawab
 Berilmu dan berpengetahuan luas
 Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
 Kemas dalm berpakaian pemikiran dan tindakan
 Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
 Bertimbang rasa tetapi tegas

Amalan negatif

 Selalu berpura-pura dalam tindakan


 Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk
 Sukar untuk membuat kebajikan
 Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
 Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan
 Gopoh dalam bertindak

7
PENGARUH TELADAN

Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang


pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi
ikutan masyarakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang
membangun disebabkan pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana.
Sebaliknya keruntuhan tamadun disebabkan kelemahan, kebodohan dan kelalaian
pemimpin-pemimpin. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau
keuntungan yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah
yang buruk.

Contoh:

Guru besar yang berbudi mulia sangat mudah ditaati, dihormati, disegani dan bukan
ditakuti. Dari cara ia berkomunikasi, seorang dapat membuat tanggapan tentang
peribadinya. Setiap gerak lakunya menjadi ikutan para guru. Jika beliau sendiri tidak
menunjukkan kepimpinan yang baik, bagaimana orang di bawah dapat mencontohi
beliau. Begitu juga dengan sifat merendah diri yang memerlukan kekuatan peribadi
dan kebijaksanaan. Guru Besar yang mempunyai sifat seperti ini akan dihormati guru
di bawahnya dan lebih mudah untuk mengawalnya.

Amalan-amalan positif:

 Sentiasa berkelakuan baik


 Bermoral dan berakhlak tinggi
 Rajin dan kuat bekerja
 Amanah dan bertanggungjawab
 Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
 Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
 Berdisiplin dalam semua tindakan

8
Amalan negatif:

 Buruk perangai dan tingkah laku


 Jahil dan tidak suka membaca
 Hasad dengki dan buruk sangka
 Terlalu sensitif dan cepat marah
 Tidak kenal budaya sendiri
 Hipokrit serta berpura-pura

Huraian kepada kelima-lima tonggak teras ini bukanlah bermaksud mengabaikan


tonggak-tonggak yang lain tetapi sekadar memberi gambaran yang agak jelas
bahawa kesemua dua belas tonggak itu boleh dianalisis dan dihuraikan dengan lebih
mendalam jika didekati secara positif.

Penutup

Secara kesimpulannya, sekiranya diamati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas


berupaya membentuk peribadi yang beretika tinggi di kalangan anggota
perkhidmatan awam di setiap peringkat. Namun, segala usaha untuk memperbaiki
akhlak seseorang memerlukan ilmu, usaha dan keazaman secara berterusan di
samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Tonggak ini juga merupakan
gabungan pelbagai nilai yang diterapkan kepada penjawat awam agar dapat
memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat, yang
mana setiap satu daripada nilai-nilai ini mempunyai kepentingannya jika betul-betul
dimanfaatkan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

9
Rujukan

1. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ), Adnan Baharom, Anas


Suray, Haji Daud Md. Saman, Kumpulan Budiman SDN kuala Lumpur.
2. Pendidik, Bil 46/ Mac 2008, pencetus idea masyarakat pendidik.
3. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 2010, Rujukan Untuk Guru-Guru
Lepasan Diploma dan ijazah ; KOMPETENSI UMUM Untuk Kompetensi
Profesional denan KOMPETENSI KHUSUS / FUNGSI (Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran) : MDC PUBLISHERS SDN BHD,2010
4. http://www.bpi.edu.my
5. http://www.opensubscriber.com

10

Anda mungkin juga menyukai