Anda di halaman 1dari 108

IBADAH

HARIAN
Disusun oleh:
Ust. Yusof Ali
Ust. Abdul Salam Albanjari Almakky
Hj Ayoob Yacoob Angullia
Semoga Allah SWT menerima ini sebagai
bekalan akhirat saya dan isteri tersayang,
Hjh Hamidah Binti Abdul Hamid,
serta pada semua yang telah membimbing
dan bersama saya untuk berkhidmat
kepada duyufurrahman.
ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Ibadah Harian


Mukaddimah ................................................................. 1
Bangun malam untuk bertahajjud ................................ 3
Bersuci, solat, wudhuk, witir dan doa ........................... 3
Sunat Wudhuk ............................................................... 5
Sunat Tahajjud ............................................................. 7
Sunat Witir ................................................................... 8
Doa sesudah Azan ....................................................... 10
Doa ketika masuk masjid ............................................. 10
Sunat Tahiyat Masjid ................................................... 11
Niat & Adab Iktikaf ..................................................... 11
Zikir sebelum solat Subuh ........................................... 12
Tasbih selepas solat Subuh .......................................... 13
Doa selepas solat Fardhu ............................................. 15
Doa dalam kesusahan ................................................. 16
Doa selepas solat ......................................................... 16
Doa untuk memudahkan rezeki .................................. 19
Doa ringkas selepas solat ............................................. 20
Doa Abu Darda’ .......................................................... 22
Doa minta ketetapan hati ............................................ 23
Sunat Hajat .................................................................. 24
Sunat Isyraq ................................................................. 26
Sunat Dhuha ............................................................... 27
Sunat Awwabin ........................................................... 29
Sunat Istikharah .......................................................... 30
Sunat Taubat ............................................................... 32
Sunat Tasbih ................................................................ 33
Surah Al-Hasyr (Law Anzalna) ................................... 35
Asma‘ul Husna ............................................................ 37
Doa Bulan Rejab ......................................................... 39
Amalan Zikir ............................................................... 40
Kelebihan mengerjakan sunnah Ba‘diyah Isya’ .......... 40
Niat, doa & amalan Ramadhan .................................. 41
Sujud Tilawah ............................................................. 43
Sujud Syukur ............................................................... 44
Sujud Sahwi ........................................................................... 44
Doa untuk menghilangkan rasa malas dan sedih .................. 45
Doa untuk mengelakkan daripada bahaya ............................ 46
Qasidah Taubat ..................................................................... 46
Zikir menjauhi angin ahmar .................................................. 47
Doa selepas membaca surah Yasin ........................................ 47
Doa selepas membaca surah Al-Waqi‘ah ............................... 50
Zikir-zikir tambahan .............................................................. 51
Amalan di hari Jumaat ........................................................... 52
Ratib Al-Haddad ................................................................... 54
Al-Fatihah ............................................................................... 62
Empat Al-Fatihah ................................................................... 65
Doa penutup majlis ................................................................ 66

Bahagian 2: Perkongsian Perjalanan Hj Ayoob Angullia


1. Kampung Siglap ................................................................ 69

2. Perjalanan Mencari Rezeki Sendiri ................................... 72

3. Fikiran Kritikal ................................................................... 78

4. Masjid Angullia .................................................................. 84

5. Utamakan Musyawarah ..................................................... 86

6. Menghayati Solat ............................................................... 88

7. Menjadi Juara ..................................................................... 94


MUKADDIMAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat


kepada hamba-hamba-Nya dengan tidak terhingga.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat
serta golongan yang mengikut petunjuk mereka sehingga ke hari kiamat.
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku Ibadah
Harian ini – Himpunan amalan, doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah
dapat dibukukan dengan sempurna.
Buku ini bertujuan untuk memudahkan jemaah bagi mengamalkan doa
dan zikir sebagai satu amalan rutin kerana pahala dan kebaikannya adalah
terlalu besar untuk disia-siakan.

“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah akan
menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.”

Sesungguhnya amal ibadah perlu dengan ilmu dan pengetahuan yang


jelas. Amal ibadah yang dilakukan mengikut hawa nafsu semata-mata,
tanpa melihat dan mengetahui bagaimana tatacara yang sebenarnya
ditunjuk oleh baginda Rasulullah SAW adalah sia-sia. Allah menegah kita
daripada melakukan sesuatu tanpa ilmu yang jelas. Maka, sebelum kita
dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna, perlulah kita memulakannya
dengan menuntut ilmu.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan jantung hati, semuanya
itu akan diminta bertanggungjawab.”
1
Marilah kita melaksanakan amalan kita berdasarkan prinsip-prinsip ilmu
yang benar dan sahih, wajib untuk kita mengiringinya dengan hati yang
ikhlas semata-mata kerana Allah Ta‘ala.
Saya berharap buku ini dimanfaatkan oleh pembaca dalam menghayati
amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW sekaligus dapat
menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW. Saya juga berdoa kepada
Allah agar Dia terima amalan kita dan menjadikan kita sebagai hamba-Nya
yang berjaya di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Ameen ya Rabbal ‘Alameen.

Ustaz Abdul Salam Albanjari

2
BANGUN MALAM UNTUK BERTAHAJJUD
Hendaknya seseorang itu bangun dari tidur di waktu sebelum subuh, lalu

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Ia mematikan
kami, dan kepada-Nya tempat kembali.”

Bersuci, Solat, Wudhuk, Witir Dan Doa

dengan cara yang paling sempurna, cukup peraturan dan sunatnya.


“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melaikan Allah yang Maha Esa, tiada
sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad adalah hamba-
Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan hamba-
hamba-Mu yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada golongan hamba-hamba-
Mu yang bersuci, dan jadikan-lah aku daripada golongan hamba-hamba-Mu
yang salih. Maha Suci Engkau ya Allah, dengan segala kepujian-Mu, aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku meminta ampun kepada-Mu
dan bertaubat kepada-Mu. Semoga Allah mencucuri rahmat dan salam ke atas
penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya.”

“Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkelebihan.


Tahukah Engkau apakah malam yang berkelebihan itu? Malam yang berkelebihan
itu lebih baik dari seribu bulan. Turun Malaikat Jibril padanya dengan izin
Tuhan mereka dengan segala perintah (malam itu malam) kesejahteraan hingga
naik fajar.”

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, luaskanlah rumahku, berkatilah rezekiku,

4
SUNAT WUDHUK
Kemudian sembahyanglah dua rakaat sunat Wudhuk; sekiranya di masjid
niatkan sekali ‘Tahiyatul Masjid’. Pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah,

“Sekiranya mereka yang telah menganiaya diri mereka itu (dengan berbuat dosa)
datang kepadamu untuk meminta ampun kepada Allah, dan Rasulullah meminta
ampunkan untuk mereka, nescaya mereka dapati Allah Maha Penerima taubat lagi
Maha Pengampun.”

“Barangsiapa yang berbuat kejahatan, atau menganiaya diri sendiri, kemudia


dia meminta ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Allah Maha Besar

Segala puji bagi Allah

Tiada Tuhan melainkan Allah

Aku memohon keampunan Allah

Maha Suci Allah dengan segala


kepujian-Nya

Maha Suci Allah Raja yang Kudus

7. Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada


kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.
SUNAT TAHAJJUD

Lafaz niat solat sunat Tahajjud:

“Sengaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa sesudah solat Tahajjud:

“Ya Allah, bagi-Mu segala pujian, Engkau penegak langit dan segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian. Bagi-Mu kekuasaan langit dan bumi serta segala
isinya. Dan bagi-Mulah segala pujian. Engkau pemancar cahaya langit dan bumi,
Engkaulah yang benar, dan janji-Mu adalah benar, dan pertemuan dengan-Mu
adalah benar, perkataan-Mu adalah benar dan syurga itu adalah benar, dan neraka
itu adalah benar, dan para nabi-nabi adalah benar dan Nabi Muhammad SAW
adalah benar, dan hari kiamat itu adalah benar.
Ya Allah, kepada-Mu aku berpasrah dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunilah
aku atas segala kesalahan yang sudah aku lakukan dan yang sebelumnya. Engkaulah
yang terdahulu dan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya
dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Agung.”
7
SUNAT WITIR
Niat solat sunat witir dua

“Sengaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Niat solat sunat witir yang satu

“Sengaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Zikir Selepas Solat Witir

Doa Solat Witir

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada


kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada balasan
siksa-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu seperti pujian-Mu sendiri ke atas diri-
Mu. Maka bagi-Mu segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”

8
Anda digalakkan pergi ke masjid selepas solat Witir.

“Ya Dzal Jalali Wal-Ikram”

Di antara khasiat nama “Dzul Jalali Wal-Ikram” ialah barangsiapa


kekal menyebutnya hingga menjadi suatu kebiasaan kepadanya, nescaya ia
kelihatan besar di mata orang ramai dan dimuliakan. Nama ini berpengaruh

sungguhlah memperbanyakkan menyebut “Ya Dzal Jalali Wal-Ikram.”


Imam Muhammad bin Idris Ar-Razi di dalam kitabnya yang dipetik
daripada Khizanah Harun Ar-Rasyid menyebut bahawa ianya nama yang

“Siapakah di antara kamu yang boleh membawakan Arasy Balqis, iaitu

dengan sekelip mata.” Beliau pun berdoa denga doa “Ya Dzal Jalali Wal-
Ikram”

“Orang-orang yang mempunyai ilmu dari Kitab, (iaitu Ashif) berkata: Akulah
yang akan membawanya ke mari sebelum kembali terbuka kelipan lopak matamu.”

Ianya nama yang amat besar kadarnya. Itulah nama Allah Al-A‘zham
atau Ismullahil-A‘zham, kerana keberkataannya menyeluruh dan segera
diperkenankan.

9
DOA SESUDAH AZAN

“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa‘ala ali Muhaammad.”

Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang
yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurnia-Mu kepada
Muhammad wasilah (kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan
serta limpahkanlah kepadanya maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan
baginya. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.”

Doa Ketika Masuk Masjid

10
“Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Besar, dan dengan wajah-
Nya yang mulia, serta kekuasaan-Nya yang sedia daripada bahaya syaitan yang
terkutuk. Segala puji bagi Allah. Ya Allah ya Tuhanku! Cucurkanlah selawat dan
salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku!
Ampunilah semua dosa-dosaku, dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu.”

Lafaz Niat Solat Sunat Tahiyat Masjid

“Sengaja aku sembahyang sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat kerana


Allah Ta‘ala.”

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda

dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan

Niat Iktikaf

“Sahaja aku iktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Ta‘ala.”

Adab Iktikaf
Membaca Al-Quran, berzikir, solat atau duduk diam. Jauhi dari berbual
atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, daripada-Mu kembalinya


keselamatan. Maka mudahkanlah kami dengan keselamatan.”
11
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat, dan selamatkanlah kami dari api neraka.”

Zikir sebelum solat Subuh

Ini telah diriwatkan oleh pengarang “Majma‘ul Ahbab”.

“Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, wahai
Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Aku memohon kepada-Mu
menghidupkan hatiku dengan cahaya ma‘rifat dari-Mu, ya Allah, ya Allah, ya
Allah wahai Tuhan yang menghidupkan orang-orang yang telah mati, dengan
rahmat-Mu wahai Tuhan yang paling Pengasih dari setiap yang Pengasih.”
12
Tasbih selepas solat Subuh (1)
Kami meriwayatkan lagi daripada Juwairiyah Ummil Mukminin r.a.,
bahawasanya Nabi SAW keluar dari rumah pada suatu pagi setelah selesai
sembahyang Subuh, sedang Juwairiyah masih di tempat sembahyang

solat Dhuha, hal Juwairiyah masih berada di tempat sembahyangnya lagi,

“Apakah engkau masih lagi berkeadaan seperti aku tinggalkan tadi?”

mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali, jika ditimbang dengan apa
yang engkau ucapkan sejak awal hari tadi nescaya ia lebih dari apa yang

“Maha Suci Allah dengan kepujian-Nya, sebilangan makhluk-Nya,


sekeredhaan Dzat-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta untuk
menulis kalimah-kalimahNya.”

Tasbih selepas solat Subuh (2)


Tasbih yang berikut ini hendakalah diamalkan pada waktu pagi dan

“Maha Suci Allah dengan sepenuh Mizan (timbangan-Nya), sehabis-habis


pengetahuan-Nya, seredha-redha-Nya dan seberat timbangan Arasy-Nya.”

1. Keterangannya dalam kitab “Mishbahuz-Zhalam Wa Bahjatul Anam Min Ahaditsi Khairil Anam.”
Dipelihara dari kematian yang jahat atau yang tidak baik (su’ul-khatimah).

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di


akhirat, dan selamatkanlah kami dari api neraka.”

14
DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Ya Allah, ya Tuhanku.

Maha Suci Allah.

Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji


kekal sentiasa selama-lamanya.

Segala kepujian bagi Allah.

Segala puji-pujian untuk Allah,


Tuhan Pentadbir seluruh alam atas
mana-mana juga keadaan dan
nikmat pengurniaan-Nya.

Allah Maha Besar.

7) “Allah Maha Besar, sungguh Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah
sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang, tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dengan ketunggalan-Nya,
tiada sekutu bagi-Nya, untuk Allah segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian.
Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan Dialah yang berkuasa atas
segala sesuatu. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah,
Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
“Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah jika Engkau memberi dan tidak ada
yang dapat memberi jika Engkau mencegah. Tidak ada yang dapat menolak apa
yang telah Engkau takdirkan dan tidak berguna kekayaan bagi orang yang kaya
untuk mempertahankan dirinya dari-Mu.”

Doa Dalam Kesusahan

kalimat yang boleh engkau ucapkan bila ada kesusahan?

“Ya Allah, Allah itu Tuhanku! Tiada aku menyekutukan-Nya dengan suatu
apa pun.”

Doa Selepas Solat

setiap waktu, khususnya selepas setiap solat.


17
“Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon dari nikmat mana yang sempurna-nya,
dari pemeliharaan mana yang kekalnya, dari rahmat mana yang menyeluruhanya,

umur mana yang membahagikannya, dari keihsanan segala yang mencukupinnya,


dari kenikmatan apa yang umumnya, dari kelebihan biar yang enaknya, dari
kelembutan yang banyak mamfaatnya.Ya Allah dampingilah kami dan jangan
menindas kami. Ya Allah tujukan wajah-Mu yang mulia kepada kami. Ya Allah
akhirilah ajal kami dengan kebahagiaan, tunaikan segala cita-cita kami dengan

kami dan kesudahan kami kepada rahmat-Mu, curahkan kemurahan keampunan-


Mu ke atas dosa-dosa kami, gerakkan diri kami untuk membetulkan segala
keaiban kami, jadikan taqwa bekalan kami, dalam beragama kepada-Mu segala
kesungguhan kami, dan kepada-Mu tawakkal kami dan pergantungan kami.
Ya Allah ya Tuhanku! Tetapkan kami ke atas jalan yang lurus, lindungi kami
di dunia dari perkara-perkara yang menyebabkan sesalan nanti di hari Kiamat.
Ringankanlah kejahatan orang-orang yang jahat dari mengancam kami, bebaskan
tengkuk kami dan tengkuk ibu bapa kami, anak-anak kami dan kaum keluarga kami

rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Pengampun, Maha Pemurah,
Maha Penutup keaiban, Maha Penyantun lagi Yang Maha Tinggi. Ya Allah (3
kali), Ya Rahman ya Rahim. Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukilah kami yang benar
itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami untuk mengikutinya, dan janganlah
sekali-kali Engkau kelirukan kami sehingga kami mengikut apa yang ditunjuk hawa
nafsu kami.Ya Allah ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepada-Mu jangan sampai
aku mati kerana terus mengejar dunia, dengan segala rahmat-Mu wahai Tuhan
yang Pemurah dari sekalian yang pemurah. Selawat Allah dan salam-Nya ke atas
penghulu kami Muhammad berserta keluarganya dan para sahabatnya.”
18
Doa Untuk Memudahkan Rezeki, Urusan dan Juga Mencapai
Martabat (Pangkat)
Dibaca selepas setiap solat, atau 11 kali selepas solat Subuh. Kalau dibaca
41 kali, mencapai apa yang diinginkan.

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cucurilah rahmat dan salam yang sempurna ke atas
penghulu dan tuan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami
Nabi Muhammad, yang dengannya terhurai segala simpulan, dan dengannya jadi
lapang segala kegundahan dan dengannya juga tertunai segala hajat, dan tercapai
segala yang disukai dan mendapat kesudahan yang baik, dan di curahkan air hujan
dengan berkat wajahnya yang mulia.
Dan cucurilah (rahmat dan salam) ke atas keluarganya dan para sahabatnya
pada setiap kerlipan mata dan pada setiap nafas, sebanyak bilangan luasnya ilmu-
Mu (ya Allah!).”

19
Doa Ringkas Selepas Solat

20
“Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemerintah alam, selawat dan salam ditujukan
kepada semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya, sahabatsahabatnya
kesemuanya.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebajikan kesemuanya,
dunia dan akhirat, sama ada perkara yang kami tahu atau tidak. Kami berlindung
dengan-Mu dari segala kejahatan dunia dan kejahatan akhirat, sama ada perkara
yang kami tahu atau tidak.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu memasuki syurga dan mengecap
nikmatnya dan perkara yang boleh menghampirkan kami kepadanya dari segi
perkataan, perbuatan, niat dan iktikad. Kami berlindung kepada-Mu dari
memasuki api neraka dan perkara yang boleh menghampirkan kami kepadanya
dari segi perkataan, perbuatan, niat dan iktikad. Dan kami memohon perlindungan
kepada-Mu sebagaimana yang diminta oleh Nabi-Mu, kekasih-Mu, Rasul-Mu
dan hamba-Mu Muhammad SAW.
Ya Allah, apa-apa yang salah yang Engkau telah putuskan kepada kami dari
sebarang urusan, jadikanlah penghujungnya sebagai petunjuk. Sejahterakanlah
akal, iman dan keyakinan kami, begitu juga apa yang telah Engkau nikmatkan ke
atas kami dengan nikmat-Mu, wahai Tuhan yang Pengasih lagi Penyayang.
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di
akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka.
Rahmatkanlah wahai Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.,
keluarganya dan sahabat handai semuanya. Maha Suci Engkau, Tuhan yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan dari perkara yang mereka sifatkan dan
ucapan selamat sejahtera ke atas para Rasul utusan. Dan segala puji untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam.”
21
DOA ABU DARDA’

22
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam, Rahmat dan kesejahteraan
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW. semulia-mulia Rasul dan juga ke
atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Tuhanku, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Engkau. Kepada Engkaulah aku bertawakkal dan Engkaulah Tuhan
empunya Arasy yang maha besar.
Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki
Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan
yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui sesungguhnya Allah meliputi
pengetahuan-Nya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engkau daripada
kejahatan atau keburukan pada diriku dan dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang
melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkau yang mengawasi ubun-
ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang benar.
Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad SAW, keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekalian.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

DOA MINTA KETETAPAN HATI

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku


dalam agama-Mu.”
Maka bersihlah ia daripada dosanya sebagaimana hari dilahirkan oleh
ibunya dan diselamatkan dia oleh Allah s.w.t. daripada tujuh puluh macam
bala dunia, seperti gila, sopak, kusta, angin ahmar dan sesungguhnya ini lebih
besar pahalanya daripada tujuh puluh kali Haji dan Umrah yang makbul
selepas Haji Islam yang wajib, dijaga ia oleh Allah s.w.t. dengan tujuh puluh
malaikat yang beristighfar untuk dia hingga ke malamnya dan diselamatkan
ia daripada sembilan puluh sembilan macam bala.”
Ini tersebut dalam kitab Al-Allamah As-Syeikh Jamaluddin Muhammad
bin Umar Abdullah, yang bernama kitab ‘Maqal An-Nashihin Bihafzhi
Sya‘airiddin’. Dan Bismillah yang tersebut ada terkandung di dalam ratib Al-
Habib Umar Ibnu Abdur Rahman Al-Attas.

SOLAT HAJAT
Sebaiknya dikerjakan solat sunat Hajat lepas tengah malam atau sesudah
solat Maghrib.
Pada rakaat yang pertama, selepas membaca Al-Fatihah dibaca surah Al-

surah Al-Ikhlas 11 kali.

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

24
“Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mulia. Maha
Suci Allah Tuhan (yang memelihara) Arasy yang agung. Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam. Aku memohon kepada-Mu kepastian rahmat-Mu, kepastian
keampunan-Mu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan dan selamat dari dosa.
Ya Allah, jangan Dikau biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampuninya,
tiada kesusahan melainkan Engkau bukakan jalan keluar dan tiada sesuatu hajat
yang Engkau redhai melaikan Engkau luluskan. Ya Allah yang Maha Pengasih
lagi Penyayang.”
Semoga Allah mencucuri rahmat dan salam ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya.”
SUNAT ISYRAQ

kemudian ia solat sunat Isyraq dua rakaat, maka adalah baginya pahala
seperti mengerjakan Haji dan Umrah yang sempurna-sempurna-sempurna.”

Lafaz Niat Solat Sunat Isyraq

“Sengaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Solat Sunat Isyraq

“Puji-pujian bagi Allah yang menjadikan hari ini elok, dinaikkan matahari
dari tempatnya. Ya Allah berikanlah kepadaku kebaikan hari ini, dan jauhkanlah
aku dari keburukannya. Ya Allah, cahayakanlah (terangilah) hatiku dengan cahaya
petunjuk-Mu sebagaimana Engkau cahayakan bumi ini dengan cahaya matahari-
Mu. Selama-lamanya, dengan rahmat-Mu. Ya Allah yang Maha Pemurah.”
SUNAT DHUHA
Waktu mengerjakan solat sunat Dhuha adalah satu jam dua puluh tiga
minit setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Dzar, bahawasanya

mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia.”

Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha

“Sengaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Sesudah Mengerjakan Solat Sunat Dhuha

27
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kemegahan
(keagungan) itu ialah kemegahan-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu
perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku berada di langit, turunkanlah ia, jika
berada di dasar bumi, keluarkanlah ia, jika sukar mudahkanlah, jika haram, Kau
sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah dengan kebenaran dari keberkatan waktu
dhuha-Mu, keagungan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindungan-Mu.
Limpahkanlah kepadaku seperti mana yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang salih.”

Untuk melengkapkan solat Dhuha ini eloklah dibaca doa berikut sebanyak

“Ya Allah, ampunilah aku dan berilah (terimalah) taubat dariku, sesungguhnya
Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”

28
SUNAT AWWABIN
Dilakukan selepas solat fardhu Maghrib menanti waktu Isya’, didahului
dengan 2 rakaat sunat Maghrib dan dua rakaat sunat Awwabin dan 2 rakaat

tidak ada bicara di antaranya, sama dengan beribadah 12 tahun.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Awwabin

“Sengaja aku sembahyang sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Selepas Solat Sunat Awwabin

“Ya Allah, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu agamaku dan


keimananku untuk dipeliharakan semasa hidupku, ketika matiku, dan setelah
matiku, maka peliharalah keduanya untukku. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas
segala sesuatu.”

29
SUNAT ISTIKHARAH
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Istikharah

“Sengaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah


“Ya Allah, aku memohonkan pilihan yang baik menurut pengetahuan-Mu dan
memohonkan penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohonkan kurnia-Mu
yang maha besar. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa sedang aku tidak
berkuasa, Engkaulah yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
apa-apa, Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, sekiranya di dalam ilmu-Mu bahawa urusanku ini ...... baik buatku,
dalam agamaku juga kehidupanku, serta kesudahan urusan ini, maka takdirkanlah
ia bagiku.
Dan sekiranya di dalam ilmu-Mu bahawa urusanku ini ...... buruk buatku,
dalam agamaku juga kehidupanku, serta kesudahan urusan ini, maka jauhkanlah
hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya di mana saja adanya,
kemudian puaskanlah hati dengan takdir-Mu.”
SUNAT TAUBAT
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

“Sengaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Selepas Solat Sunat Taubah

“Ya Allah, Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan


aku, aku hamba-Mu, dan semampuku aku setia atas janjiku kepada-Mu. Aku
berlindung dengan-Mu dari kejahatan yang aku telah lakukan. Aku mengakui
nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah
aku, kerana sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni segala dosa
melainkan Engkau.”
SUNAT TASBIH
Bilangan rakaat solat sunat Tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi
kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali
dalam satu Jum‘at, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam
setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tasbih

“Sengaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Selepas Solat Sunat Tasbih


orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikan amalanku ini sepertimana
amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan orang yang menerima nasihat,
orangorang yang bertaubat, dan keazamanku sepertimana orang-orang yang takut.
Dan aku memohon sepertimana permohonan orang-orang yang suka kepada
kebaikan, dan beribadah sepertimana ibadah orang-orang yang warak. Dan
jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu, sehingga aku termasuk
ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada Engkau.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, (untuk) jadikan dalam diriku ini perasaan
takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat, sehinggalah aku
beramal dengan penuh ketaatan kepada-Mu, sebagaimana amalan yang aku
merasa perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakkal kepada-Mu dalam setiap perkara, dan akau memohon supaya
menjadi orang yang berbaik sangka terhadap-Mu. Maha Suci Engkau Pencipta
cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan
ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.”

Bacaan Tasbih

2. Setelah membaca Al-Fatihah dan Surah, dibaca 10 kali.

4. Semasa i‘tidal dan setelah bacaan tasbih i‘tidal, dibaca 10 kali.

di dalamnya, dibaca 10 kali.


7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali.
SURAH AL-HASYR (SURAH ‘LAW ANZALNA’)

di waktu pagi (isti‘adzah


mewakilkan untuknya ujuh puluh ribu malaikat, berselawat ke atasnya

itu matinya syahid. Begitu pula kalau dibacanya waktu petang.

“Aku berlindung dengan Allah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui
daripada syaitan yang direjam.”
DOA BULAN REJAB

“Ya Allah, turunkanlah keberkatan buat kami pada bulan-bulan Rejab dan
Sya‘ban dan sampaikanlah kami ke bulan Sya‘ban.”

Istighfar Bulan Rejab

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku.”

Barangsiapa membaca pada hari Jumaat yang akhir dari bulan Rejab

“Ahmad Pesuruh Allah, Muhammad Pesuruh Allah”

Niscaya tidak putus bekalan wang dari tangannya di dalam tahun ini.

Tasbih Bulan Rejab


AMALAN ZIKIR

“Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, pada setiap
kerdipan mata dan setiap nafas seberapa banyak yang diliputi ilmu Allah.”

“Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah


dengan ketunggalan-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, untuk Allah segala kerajaan dan
bagi-Nya segala pujian. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan Dialah
yang berkuasa atas segala sesuatu.”

Dibaca selepas Maghrib dan Subuh, sebelum memindahkan kakinya.

Kelebihan mengerjakan sunnah Ba‘diyah Isya’

mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu Isya’ empat rakaat, pahalanya


seperti beribadah malam Qadar.”

40
NIAT, DOA & AMALAN RAMADHAN
Niat Puasa

“Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu bulan Ramadhan
tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Sunat Dibaca Sesudah Berbuka Puasa

“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, pada-Mu aku beriman, di atas rezeki-Mu
aku berbuka, telah pergi kehausan, telah basah saluran-saluran darah (tekak) dan
telah tetap pahala di sisi-Mu insya Allah.”

Amalan-Amalan Bulan Ramadhan


1–10 Ramadhan

“Ya Allah, ya Tuhanku! Kurniakan kepadaku rahmat kerana Engkau sahaja


yang dapat memberi rahmat.”

11–20 Ramadhan

“Ya Allah, ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, Ya Tuhan Pentadbir semesta alam.”

41
11–20 Ramadhan

“Ya Allah, ya Tuhanku! Bebaskan aku dari siksa api neraka dan masukkan aku
ke dalam syurga-Mu Ya Tuhan Pentadbir semesta alam dengan rahmat Engkau,
kerana Engkau sahaja yang dapat memberi rahmat.”

Sunat diperbanyakan membaca sebelum berbuka puasa, dengan harapan


memohon keampunan dari Allah berkat bulan Ramadhan yang mulia.

“Ya Allah, ya Tuhan yang Maha Besar, Tuhan yang Maha Besar, Engkau
adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain dari Engkau, ampunilah dosaku yang
besar, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa yang besar melainkan
Engkau yang Maha Besar.”

Sunat diamalkan pada siang dan malam Ramadhan terutama pada hari

“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, aku memohon ampun dari Allah.
Kami memohon kepada Engkau, dan kami berlindung dengan Engkau dari neraka.”

Ya Allah, ya Tuhan! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia


suka memberi keampunan, ampunilah kami. Wahai Tuhan yang Maha Mulia.”
42
SUJUD TILAWAH
Biasanya pada setiap subuh Jum‘at, imam membaca pada rakaat yang
pertama surah As-Sajdah, dan pada pertengahan surah tersebut imam
bersujud. Maka kita sebagai makmum diperintahkan pula bersujud serta
membaca zikir sujud Tilawah. Sujud ini dinamakan sujud Sajdah atau sujud
Tilawah.

Niat Sujud Tilawah

“Sahaja aku sujud Tilawah kerana Allah Ta‘ala.”

Zikir Semasa Sujud Tilawah

“Wajahku sujud kepada Allah, Dzat yang menciptakannya dan membentuknya,


yang membuka pandangannya dan penglihatannya, dengan daya dan kekuatan-
Nya. Maka Maha Mulia Allah, sebaik-baik Dzat Pencipta.”
SUJUD SYUKUR
Niat Sujud Syukur

“Sahaja aku sujud Syukur kerana Allah Ta‘ala.”

Doa Yang Dibaca Semasa Sujud Syukur

“Ya Allah, tuliskanlah bagiku dengan sujud kesyukuran ini ganjaran di sisi-
Mu dan jadikanlah dia perbendeharaan bagiku serta hapuskanlah dengannya
dosaku, dan terimalah sujudku ini sebagaimana Engkau terima sujud hamba-Mu
Daud alaihissalam.”

Bacaan Sujud Sahwi

“Maha Suci Allah yang tidak pernah lena dan tidak pernah lupa.”

44
Doa untuk menghilangkan rasa malas, sedih, serta menghapuskan
resah gelisah dan hutang-hutang

“Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan.


Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung
kepada Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Aku berlindung kepada-Mu
daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Doa untuk mengelakkan daripada bahaya
Barangsiapa yang membaca Bismillah ini di waktu petang atau pagi

“Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu yang dapat membahayakan di
samping nama-Nya, sama ada di bumi dan begitu begitu juga di langit, Dialah
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Qasidah Taubat

Walaa aqwaa ‘alaa naaril jahiimi

“Tuhanku aku tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi aku tidak pula sanggup
menganggung siksa neraka-Mu. Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku.
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.”
Zikir Menjauhi Angin Ahmar

“Maha Suci Allah dengan segala kepujian-Nya. Maha Suci Allah yang Maha
Besar dengan segala kepujian-Nya. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan
dengan Allah.”

Doa selepas membaca Surah Yasin


Disusun oleh Al-Habib Abdullah Al-Haddad

“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon penjagaan dan pemeliharaan-Mu


terhadap kepercayaan agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami,
harta kami dan setiap benda yang Engaku kurniakan kepada kami.”

47
“Ya Allah! Jadikanlah kami semua di dalam pemeliharaan-Mu, keamanan-
Mu, kawalan-Mu dan perlindungan-Mu daripada segala syaitan yang jahat,
penggagah yang degil, orang yang punya mata (yang jahat) dan orang yang zalim,
dan dari kejahatan setiap orang yang jahat. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas
segala sesuatu.”

tetapkanlah kami dengan taqwa dan istiqamah, dan lindungilah kami dari segala
perkara yang menyebabkan penyesalan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
akan doa.”

48
“Ya Allah! Ampunilah kami dan ibu bapa kami, anak-anak kami, guru-guru
kami, saudara-saudara kami yang seagama, sahabat-sahabat kami, orang-orang
yang kecintaan kami dan orang-orang yang cintakan kami pada perkara yang
diredhai oleh-Mu, mereka yang berbuat baik kepada kami dan sekalian mukminin
mukminat dan muslimin muslimat, Ya Rabbal ‘alamin.”

“Cucurilah selawat dan salam-Mu ya Allah, ke atas hamba-Mu dan


Rasul-Mu Saiyidina Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Dan berilah
kami kesempurnaan menurut jalannya zahir dan batin di dalam keadaan baik
dan selamat dengan rahmat-Mu, ya Tuhan yang lebih kasih dari sesiapa yang
Pengasih.”

49
Doa selepas membaca Surah Al-Waqi’ah

“Ya Allah! Peliharalah muka kami dengan kesenangan hidup, dan janganlah
Engkau hinakannya dengan kesusahan, lalu kami pun meminta kepada orang
yang meminta rezeki kepada-Mu, dan kami merayu kepada orang yang jahat dari
makhluk-Mu, lalu terpaksalah kami memuji-muji mereka yang memberi kami dan
mencaci mereka yang yang tidak memberi kami, sedang Engkau ya Tuhan, adalah
yang memberi dan Engkau pula yang menahan.
Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pelihara muka kami yang tidak sujud
melainkan kepada-Mu, maka peliharalah kami daripada meminta melainkan
kepada-Mu, dengan limpah kurnia-Mu dan kemurahan-Mu.
Ya Tuhan yang Amat Pengasih dari segala yang kasih, kayakanlah kami dengan
limpah kurnia daripada-Mu bukan daripada yang lain dari-Mu.
Selawat dan salam-Nya ke atas Penghulu kami Muhammad serta keluarga dan
para sahabatnya.”
ZIKIR-ZIKIR TAMBAHAN

(100x)

“Ya Tuhanku, lapangkan dadaku dan mudahkanlah urusanku.”

(100x)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat fakir (berhajat) kepada kebaikan yang
Engkau turunkan kepadaku.”

(100x)

“Cukuplah Allah buat kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung. Tidak ada
daya dan kekuatan, melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi, Maha Besar,
Maha Gagah dan Maha Bijaksana.”

(100x)

“Ya Tuhan yang membukakan sesuatu, yang memberi rezeki, yang mencukupi
segala sesuatu, Dialah yang mengayakan.”

(100x)

“Apa yang dikehendaki Allah (pasti berlaku), tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah.”

(100x)

“Ya Allah, cucrilah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan Rasul-
Mu, Nabi yang tidak kenal huruf, serta ke atas keluarga dan para sahabatnya.”
AMALAN DI HARI JUMAAT
Selepas solat Jumaat sebelum mengubah cara duduk dan sebelum

“Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Kaya lagi Terpuji, yang memulakan juga
yang mengulangi (kejadian makhluk), yang Penyayang lagi Pengasih, kayakanlah
aku dengan yang halal daripada-Mu, bukan yang haram dan dengan ketaatan
kepada-Mu, bukan dengan maksiat, dan dengan limpah kurnia daripada-Mu,
bukan daripada selain-Mu.”
“Maha Suci Tuhan yang melegakan dari setiap hutang, Maha Suci Tuhan
yang melepaskan dari segala perkara yang disedihkan, Maha Suci Tuhan yang
menjadikan apa yang dimiliki-Nya di antara “Kaf dan Nun”, Maha Suci Tuhan
yang apabila menghendaki sesuatu, cukup dengan mengatakan “Jadilah engkau,
nescaya jadilah ia”. Wahai Tuhan yang melapangkan, lapangkanlah bagiku (4x),
lapangkanlah bagiku kerisauanku dan kedukaanku secepatnya, dengan rahmat-
Mu wahai Tuhan yang amat Pemurah. Semoga rahmat Allah dan salam-Nya
dicucurkan ke atas penghulu kami Saiyidina Muhammad dan ke atas keluarganya
serta para sahabatnya.”
RATIB AL-HADDAD

[1] “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan
(hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.”
[2] “Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal
selamalamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang
ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya
melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga
serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya


dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasul-Nya.
(Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul
yang lain.” Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan)
keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.”
[4] “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
atas kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap

“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya.
Bagi-Nya segala kerajaan dan segala kepujian. Dia yang menghidupkan dan Dia
yang mematikan. Dan Dia amat berkuasa atas segala sesuatu.”
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah
dan Allah Tuhan yang Maha Besar.”

[7] “Maha Suci Allah dengan segala kepujian-Nya, Maha Suci Allah yang
Maha Agung.”

[8] “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan terimalah taubat kami, kerana
sesungguhnya Engkau penerima taubat dan Penyayang.”

[9] “Ya Allah, cucurilah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.”

[10] “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah daripada segala kejahatan


yang dijadikan-Nya.”

[11] “Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu yang dapat membahayakan
di samping nama-Nya, sama ada di bumi dan begitu begitu juga di langit, Dialah
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[12] “Kami redha bertuhankan Allah, beragama Islam dan bernabikan Nabi
Muhammad SAW.”

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, kejadian baik dan buruk
dengan kehendak Allah.”

[14] “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, kami bertaubah kepada
Allah zahir dan batin.”

“Ya Tuhan kami, maafkan kami dan padamkan apa jua (dosa) yang
berlaku dari kami.”

“Ya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, matikanlah kami


di dalam agama Islam.”
[17] “Ya Tuhan yang Maha Kuat dan Maha Gagah, peliharalah kami dari
orang-orang yang zalim.”

[18] “Ya Tuhan kami, maafkan kami dan padamkan apa jua (dosa) yang
berlaku dari kami.”

[19] “Wahai Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, yang Maha
Mengetahui lagi Maha Kuasa, yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, yang
Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.”

[20]
wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan mengasihani hamba-Nya.”

[21] “Aku memohon ampun kepada Tuhan sekalian makhluk, aku minta
ampun daripada segala dosa.”
[22] “Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, semoga
Allah mencucuri selawat, salam, kemuliaan dan ketinggian darjat ke atasnya.
Semoga Allah meredhai keluarganya yang suci, sahabatnya yang mulia, para
isterinya yang suci ibu sekalian orang mukminin dan para pengikut mereka dengan
kebaikan dari sejak hari kita (di dunia) ini hingga hari kemudian, serta kita semua
masuk dalam berkat mereka dengan rahmat-Mu ya Tuhan yang lebih pengasih dari
semua yang kasih.”

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha Esa, Allah
yang menjadi tumpuan segala permohonan, Ia tidak beranak dan Ia pula tidak
diperanakkan, dan tidak ada sesiapa pun yang sebanding dengan-Nya.”
[24] “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan yang
menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia
ciptakan, dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita, dan daripada
(ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan, dan daripada
kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya.”

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian
manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh
sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang
melimparkan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia.”
[Al-Fatihah] Kepada roh Penghulu kami, kesayangan kami dan
penyelamat kami, Muhammad SAW, serta keluarganya, para sahabatnya,
isteri-isterinya, zuriatnya dan dan ahli baitnya. Dan kepada roh penghulu

ibn Ali Ba‘alawi. Dan kepada semua penghulu kita dari keluarga Bani ‘Alawi,
dan kepada asal usul dan keturunan mereka. Moga-moga Allah tinggikan
darjat mereka di Syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, rahsia-
rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka di dalam agama dunia dan akhirat.
[Al-Fatihah]
roh mereka berada, di timur atau di barat. Moga-moga Allah tinggikan darjat
mereka di Syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu
mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya mereka dan golongkan kami

[Al-Fatihah] Kepada roh yang empunya Ratib ini iaitu Qutub Al-Irsyad
Wa Ghautsil Bilad, Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad dan asal-
usulnya serta anak cucunya. Moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di
Syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka,
cahaya-cahaya mereka dan keberkatan mereka di dalam agama dunia dan
akhirat.
Empat Al-Fatihah
[i] Untuk seluruh hamba-hamba yang salih, ibu bapa kami, kaum
Muslimin serta Muslimat. Semoga Allah mengampuni dan mengasihi
mereka. Moga-moga Allah memberi kita manfaat dengan rahsia-rahsia

[ii] Segala puji dan syukur kepada Allah, yang memberi nikmat dan
menambahkannya. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad dan

dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan keagungan ketujuh-tujuh ayatnya.

[iii] Bukakan pintu segala kebaikan untuk kami, rahmatilah kami,


golongkan kami ke dalam golongan yang Engkau beri nikmat. Tunjukkan
kami ke jalan yang lurus. Lindungilah agama, hati dan rohani kami daripada
kerosakan. Lindungilah keturunan, sahabat-sahabat dan keluarga kami
daripada bencana, kejahatan dan kesedihan. Engkaulah Maha Pelindung,
Maha Pemberi, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi.

[iv] Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW,


keluarga, sahabat handai Baginda.

[Al-Fatihah]
“Ya Allah kami bermohon agar mendapat keredhaan-Mu dan syurga, dan
kami berlindung dari kemurkaan-Mu dan api neraka.”

DOA PENUTUP MAJLIS


Sunnah Rasulullah SAW membaca sebagai penutup musyawarah atau

“Maha Suci Engkau wahai Tuhanku, dengan memuji Engkau, aku bersaksi
bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun kepada-
Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.”
PERKONGSIAN PERJALANAN
HJ AYOOB ANGULLIA

67
68
KAMPUNG
SIGLAP
“Bersabarlah kamu
dan kuatkkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap sedia dan
bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu menang”
Al Imran: 200

Sewaktu kecil, ayah bawa saya mengaji di Masjid kampung Siglap


(masjid lamanya). Oleh kerana saya sering menghabiskan masa di situ,
ayah saya pun membawa keluarga kami pindah dari sebuah rumah teres di
Burnfoot terrace (dekat Siglap Centre) ke sebuah rumah di kampung Siglap
yang letaknya di tepi laut, berhadapan dengan masjid.
ternyata keputusan almarhum ayah saya membawa kesan besar kepada
jiwa saya iaitu kita perlu memasyarakatkan diri. Ini juga dipanggil hablu
minannas (jalinan manusia).
Di kampung ini, saya bercampur dengan budak-budak Melayu sebaya.
Ini membolehkan bahasa Melayu saya semakin baik dan ‘memelayukan’ diri
saya yang berketurunan India-Mauritius. Lama-kelamaan saya anggap diri
saya menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu.
Di waktu itu, ibadah amalan saya hanya solat Jumaat. Pada suatu hari,
saya berjumpa rombongan tabligh di Masjid kampung Siglap. amir abu
Bakar adalah seorang tua India yang sangat baik hati. Selama tiga hari,
saya mengikuti beliau melawati masjid-masjid terdekat. Dari situlah saya
mula rajin solat lima waktu berjemaah dan mempelajari sunnah serta cara
kehidupan Rasulullah Saw. Saya amat berterima kasih diatas bimbingan
beliau, dan yang paling tak dapat saya lupakan ialah cermin mata kacanya
yang retak.
Di masjid ini, saya menjadi relawan dan diajar bukan saja mengaji,
bahkan menjadi pelantun azan atau muazzin. Selepas sekolah atau hari tidak

69
bersekolah, suara saya sering beralun memanggil penduduk kampung untuk
solat berjemaah.
Saya mengenali ramai orang tua-tua yang warak di masjid itu, antaranya
ialah Cikgu abdul khair Mohamad Dom (almarhum) yang juga pengerusi
masjid itu. Masjid di tepi pantai ini ditubuhkan oleh penerokanya iaitu tok
Lasam (kuburnya masih ada di Jalan Sempadan). Saya juga mengenali Cikgu
Mohd anis tairan (1932-2014). Pakcik angkat saya, Pak Oteh karim sangat
sayang pada saya dan telah membimbing saya secara harian. Saya paling
gemar berkongsi makanan dengannya setiap malam.

Bimbingan Guru

(1921-2004) dan ustaz Syed abdillah ahmad al-Jufri (1938-2003).


Malah ketika saya bernikah, ustaz Syed abdul Rahman bimbing saya
dan juga hadir dalam majlis saya. Beliau jugalah yang memberikan nama
‘Shahidah’ untuk anak sulung saya, seorang puteri. Malah nama syarikat
saya, Shahidah, juga atas saranannya.
Dengan ustaz Syed abdul Rahman, otak dan hati saya macam terbuka.

dalam minda dan dapat saya luahkan dengan mudah, alhamdulillah.


Selain menjadi guru saya, ustaz Syed abdillah pula pernah beberapa
kali menyertai rombongan haji dan umrah saya. Beliau amat sopan sekali,
walaupun ketika tersinggung. Nasihatnya bak mutiara yang bersih berkilauan.

Ustaz Syed Abdul

(paling kiri) di majlis


pernikahan saya

70
Saya berkenalan pula dengan tuan Guru abdul karim al-Banjari pada
1990-an. Sejak mengenali beliau, saya semakin menekuni aspek-aspek
beribadah dan kefahaman agama yang sebenar. keakraban yang terjalin
bersama keluarga beliau sangat bermakna buat saya hinggakan semasa Pak
Guru meninggal dunia pada 2002, kedua anak lelakinya mengajak saya
memandikan jenazahnya.
Di kampung ini juga, banyak perubahan pada diri saya selepas satu
insiden yang mencuit hati apabila saya hendak memikat Hamidah. Saya
pergi ke rumahnya dan ibunya menghidangkan saya lontong namun saya
termuntah dan terus lari ke belakang dapur. Insiden ini buat saya berazam
untuk berubah cara makanan saya dari makanan Mauritius iaitu french indian
ke makanan Melayu. Alhamdulillah berilah saya lontong sekarang, nescaya
saya boleh menikmatinya!

(Gambar kiri)Bersama
Ustaz Syed Abdillah
Ahmad Al-Jufri dan
Tuan Guru Abdul
Karim al-Banjari
(gambar bawah)

71
PERJALANAN MENCARI
REZEKI SENDIRI
“Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul Nya
serta orang orang mukmin akan melihat
pekerjaan mu itu dan kamu akan dikembalikan
kepada Allah lalu diberitakan kepada Nya
apa yang telah kamu kerjakan”
At-Taubah: 105

SuDaHkaH anda mengenali diri anda sendiri – dari segi kekurangan


dan kekuatan?
terus-terang saya katakan bahawa saya bukanlah pelajar cemerlang.
tapi perlukah gred atau markah hebat untuk berjaya dalam kehidupan?
Bagi saya, setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing, termasuk
orang cacat.
Setiap insan adalah anugerah Ilahi yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Setiap orang ada rezekinya selagi dia gigih berusaha untuk
membangun potensinya.
Bagi saya, berjaya dalam peperiksaan bukanlah kayu ukur yang mutlak.
Lihat saja Bill Gates, pengasas syarikat Microsoft atau Steve Jobs, pengasas
syarikat apple. Mereka semua sengaja berhenti daripada universiti kerana
hendak mencuba bidang lain yang mencabar atau memburu impian.
tiada insan yang sama walaupun adik-beradik kembar. Setiap insan ada
bakat alamnya yang tersendiri seperti melukis, menulis, menggubah lagu,
berlawak dan sebagainya. Bakat alam ini tidak semestinya terserlah menerusi
sistem peperiksaan yang kejur (rigid) semata.
antara kawan saya ialah seorang mantan menteri. Beliau antara pelajar
cemerlang semasa kami belajar di Sekolah Menengah teknikal tanjong
katong. Beliau bertuah dapat belajar di menara gading, universiti Singapura
sehingga universiti Stanford di amerika Syarikat.
alhamdulillah saya dapat ikuti kursus di Politeknik Singapura. Bertuah
saya dapat bertemu dengan seorang guru yang telah lalui pelajaran profesional

72
yang saya minati iaitu ‘work study’ atau ilmu produktiviti.
Saya putuskan untuk berhenti dari SP dan ambil beberapa peperiksaan
peringkat diploma daripada Institute of Practitioners in work Study
Organisation and Methods. alhamdulillah, saya lulus dan bersyukur kerana
dapat bantuan daripada M.S.e angullia iaitu dana wakaf yang ditubuhkan
oleh moyang saya. Alhamdulillah.
Memandangkan saya tidak dipanggil untuk menjalani Perkhidmatan
Negara (National Service atau NS), saya terus mohon sejumlah pekerjaan
terutama dalam bidang kejuruteraan, iaitu bidang yang memang saya minati
sejak kecil.
Bukan mudah untuk majikan menerima pemohon lelaki warga Singapura
untuk bekerja. Ini kerana perlu ada surat daripada pemerintah untuk
menyatakan warga lelaki itu tidak dikehendaki untuk menjalani NS.
Saya bertuah kerana diterima bekerja dengan kilang syarikat Hitachi di
Bedok South pada 1976. Di kilang milik syarikat Jepun itu, saya diberi latihan
untuk menjadi shift leader. Latihan dari tukang pembersih, machine operator,
technician. Selepas setahun baru saya dibenarkan untuk memegang jawatan
sebagai shift leader. Di sini baru saya faham untuk menjadi seorang ketua, kita
mesti pandai dalam semua perkerjaan yang kita ketuai.
Saya diambil bekerja dengan gaji $400 sebulan. Saya masih ingat detik
gembira campur terharu ketika memberikan gaji pertama saya kepada ibu
bapa saya.
Saya dinaikkan gaji sehingga $600 selepas dua tahun. Namun, saya terus
mencari peluang kerja di syarikat lain. Mentelah lagi, saya perlu mengumpul
wang untuk berkahwin.

73
Selepas dua tahun setengah di Hitachi, saya berpindah kerja di kilang
syarikat gergasi Perancis, thomson eSC, di kallang. walaupun cara kerja
dan pengurusannya agak berbeza dengan syarikat Jepun, saya suka dengan
targetted result)
telah dipenuhi. Saya bekerja dengan gaji permulaan $600 dengan cabaran,
jika saya memenuhi jangkaan, gaji saya digandakan dan juga diberikan cuti
selama sebulan untuk saya uruskan bisnis Haji (saya telah pun menyatakan
pada pengurus bahawa saya ada menjalankan bisnis Haji). Selaku penyelia
untuk sebuah pasukan pekerja, kami diberikan tugasan tertentu untuk jangka
masa terhad, dan saya angkat janji, tidak mencampur adukkan bisnis saya
dalam kerja. terpaksalah saya stay back untuk pastikan saya dapat mencapai
matlamat serta kualiti.
Selepas dua tahun menunjukkan prestasi baik, saya dinaikkan pangkat
menjadi superintenden. tanggungjawab saya semakin besar kerana perlu
memastikan banyak lagi tugasan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang
diberikan. Mujurlah pasukan-pasukan di bawah saya dapat bekerjasama
dengan baik.
Saya berada di tempat bertugas seawal 8 pagi. Para bos Perancis saya
baik-baik belaka dan cukup memahami cita-cita saya.
apakah cita-cita saya ketika itu?
Menjadi seorang pereka dan usahawan. Dua dalam satu sekali gus!
Saya cuba cari peluang di sebalik suasana perbandaran yang pesat
di Singapura. Saya dapati banyak usaha di rumah (cottage industry) terjejas
apabila kampung-kampung perlu dirobohkan.

Kad pekerja di Thomson Corporation

74
Keratan akhbar dari 1981

Dengan ilmu produktiviti, saya cuba hasilkan pelbagai mesin untuk


membantu orang Melayu/Islam dapat bersaing dengan kos terendah.
Membuat mesin merupakan satu bidang teknologi yang canggih.
Saya ziarahi rumah-rumah orang Melayu/Islam dengan menaiki scooter
Vespa. Saya kenalkan diri saya dan tawarkan khidmat untuk merekayasa
(engineer) cara penghasilkan mereka seperti membuat sate, menghasilkan cili
boh sehingga mengisar dan sebagainya.
Sebagai pereka, saya rekakan mesin yang dikehendaki dengan kos yang
dimampui oleh pemilik syarikat.
Saya sempat menghasilkan 10 mesin mencucuk sate yang mendapat
bayaran royalti sebanyak $18,000. antara yang memanfaatkan ialah syarikat
Haron Satay. Mesin saya terbukti menjimatkan kos pekerja dan mempercepat
proses.
Semua rekaan saya dipatenkan demi memelihara hak cipta dan untuk
mendapatkan royalti. Saya juga mengimport mesin potong daging dari
Hebei, China.
Hasil kerja tambahan ini telah membolehkan saya melunaskan hutang

Bedok South.

75
76
Passionate

antara kepentingan setiap usaha ialah mesti ada faktor ghairah


(passionate). Jika tidak, usaha tidak akan menjadi dan seolah-olah merantai
atau mengheret diri untuk melakukan pekerjaan. kita mesti suka dengan apa
yang kita lakukan sehingga timbul rasa ghairah yang luar biasa.
Selanjutnya, kita perlu bina semangat atau self-motivate dengan membaca,
bergaul dengan golongan yang berjaya serta mendapat khidmat ulama yang
dapat memberi tunjuk ajar atau nasihat.
Setiap hari saya berasa teruja untuk memulakan sesuatu setelah membaca
majalah atau alat sebaran am, termasuk media sosial, atau mendapat berita
daripada rakan dan taulan.
Dunia perniagaan perlukan rasa teruja dan ghairah untuk terus bersaing
atau berlumba demi mencapai prestasi terbaik. kita perlu membaca suasana
– bagaimanakah pesaing aku bertindak sehingga boleh berjaya? adakah cara
lain yang terbaik lagi berkesan dan selamat?
Setelah dianggap berjaya, seseorang usahawan tidak boleh berpuas hati
dan berlengah diri. Ingat cerita perlumbaan antara arnab dan kura-kura.
akibat sikap arnab yang mudah puas hati, kura-kura yang istiqamah akhirnya
berjaya.

77
FIKIRAN
KRITIKAL
“Dan tidaklah sama
orang yang buta dengan
orang yang melihat.”
Fatir:19

jatuh bangun masyarakat Melayu.


Saya ingin sekali membantu masyarakat. Dengan ini, dapatlah saya
menyumbang bakti dengan cara yang termampu selagi hayat dikandung badan.
Sebagai usahawan, saya menilai sumbangan saya tentulah dari segi
keusahawanan (entrepreneurship).
Selalu yang disenaraikan sebagai kegagalan usahawan Melayu ialah gagal
mengawal aliran wang tunai atau kurang modal. Ini tidak semestinya benar.

Mesti Arif A-Z

Bagi saya, untuk menjadi usahawan berjaya perlulah memiliki ilmu serba
lengkap atau dari a ke Z tentang produk atau khidmat yang hendak dijual.
Saya pelajari hal ini ketika bekerja di syarikat eletronik Jepun, Hitachi.
Sebagai pekerja baru, saya dikehendaki ‘belajar dari dasar’ seperti
mengutamakan kebersihan dengan memastikan lantai bersih dari kotoran,
minyak, dan selamat.
Perkakas atau peralatan mesti disimpan di tempatnya dengan teratur lagi
kemas. Segala rekod hendaklah tersimpan baik. Produk hendaklah diperiksa
daripada sebarang kecacatan ketika dari proses pembuatan sehinggalah
pembungkusan untuk dikirim keluar.
Begitu juga dengan usahawan dalam bidang pelancongan atau wisata.
Saya belajar membuat tempahan tiket, menilai sendiri tempat wisata dan
kemudahan yang disediakan, berunding dengan pihak hotel dan syarikat

78
Tips untuk Usahawan Muda
1. Jangan berniaga jika tidak arif akan apakah produk atau
khidmat yang diberikan.

2. kenali kakitangan untuk dapat berbincang dan bertindak


sebagai satu pasukan. Selalu adakan mesyuarat, setidak-
tidaknya seminggu sekali demi mengenal pasti cabaran dan
mencari huraian.

3. Sanggup bertugas pada bila-bila masa, termasuk hari cuti


demi meraih peluang yang muncul secara tidak disangka atau
tiba-tiba.

4. Ingatlah rezeki ada di mana-mana tapi perlu pengorbanan.

5. Senantiasa jujur dan amanah kepada pelanggan kerana dua


nilai ini akan dikenang sampai akhir zaman. Biarlah keluar
belanja atau tanggung rugi demi memastikan pelanggan tidak
membenci atau marah sehingga ambil tindakan guaman.

penerbangan. ertinya, jika apa-apa berlaku seperti kakitangan sakit atau


tidak datang ke pejabat, saya dapat melakukan sendiri urusan gawat (urgent
task). Oleh itu, seseorang usahawan perlu arif akan produk atau khidmat yang
ditawarkannya.

Fikiran Kritikal

Membaca kisah kejayaan syarikat atau usahawan seperti Dale Carnegie


(1888-1955) sehingga Bill Gates, pengasas Microsoft iaitu sebuah daripada

zaman pujangga Yunani, Socrates (470-399 SM) sehingga Perdana Menteri


Pengasas Singapura, Lee kuan Yew (1923-2015).

79
dan sebagai) sehingga mewajibkan kita jangan mudah menerima berita palsu
(fake news) sebelum menyiasat ketepatan dan kebenarannya (QS al-Hujurat,
ayat 6). Begitu juga dengan hadis-hadis Rasulullah – umat Islam senantiasa

amalan logika atau mantiq amat diutamakan dalam kesarjanaan Islam.


walaupun logika diambil daripada tamadun Yunani, namun para sarjana
Islam atau ulama merumuskan bahawa Islam bukan bersandarkan pada
logika semata. Misalnya, hal-hal seperti mukjizat (peristiwa luar biasa) pada
diri nabi dan karamah (pada diri wali) adalah di luar logika.
Selanjutnya, para pujangga Islam dari Imam Ghazali (1058-1111M)

kritis pada setiap waktu. Fikiran ialah daya otak untuk menilai sesuatu seperti
keadaan, cabaran atau masalah dan mencari kebaikan atau huraiannya.

mempunyai akal kerana penyakit seperti demensia (nyanyuk) atau keadaan

Dalam bidang falsafah iaitu ilmu tertinggi kemanusiaan, berakal atau


primary precondition) seseorang
insan. Bapa ‘Falsafah Moden eropah’, Rene Descartes (1596-1650M)
berkata, “Cogito, ergo sum

membuat rumusan atau keputusan. Ia melibatkan tindakan secara wajar atau


rasional setelah menyiasat bukti atau fakta.

berdisiplin dan memperbetul pemikirannya dari masa ke masa. amalan


ini menetapkan piawai (standard) cemerlang dan begitu juga penerapannya
(application). Ia menuntut komunikasi atau perhubungan yang berkesan dan
kebolehan menghuraikan masalah dengan mengelakkan sikap keakuan
(pentingkan diri sendiri) atau kepentingan kelompok.

80
S – Search atau cari
E – Examine atau periksa
R – Record atau rakam
D – Develop atau bangunkan
I – Implement atau laksana
M – Maintain atau lestari

Petua SERDIM

Sebagai seorang ahli Institute of Management Services (uk), dari apa


yang saya telah pelajari, kami di institusi ini menemukan formulanya:

Namun, dalam apa pun usaha, saya senantiasa yakin ia hendaklah bersifat
result oriented iaitu membawa hasil atau natijah yang dikehendaki.
amalan ini hendaklah sejajar dengan lunas Islam. Saya menolak kenyataan
‘natijah mewajarkan cara’ ( ). Jika cara itu haram seperti
menipu orang dengan mengurangkan sukatan atau timbangan, betapa baik
pun hasilnya, ia tidak ‘halal’ atau mendapat barakah atau rahmat allah Swt.
Islam merupakan cara hidup yang lengkap atau menyeluruh, syumul. Di
dalam Islam, terdapat pelbagai ilmu termasuk ekonomi (iktisad) sehingga
pengurusan yang dapat membangun seseorang menjadi usahawan berjaya.
Inilah yang ingin saya kongsikan dengan pembaca.

wan yang pernah menyifatkan cara pengurusan saya sebagai ‘good practice’
(amalan pengurusan baik) dan menyarankan agar dipelajari oleh para
pegawai Majlis ugama Islam Singapura (Pak Ridzwan pernah memimpin
MuIS (1986) dan Yayasan Mendaki pada 1990-an serta membangun taman
warisan Melayu pada 1999).
Menurut Pak wan, tiada sistem pengurusan yang boleh dipakai atau
diterapkan di mana-mana. Prinsipnya saja yang boleh dimanfaatkan, tapi
cara pelaksanaannya tidak sama dari sebuah syarikat dengan syarikat lain.
Namun setelah menilai prinsip SeRDIM, Pak wan dapati bahawa
terpapar prinsip-prinsip pengurusan yang jelas dan nyata untuk membolehkan
seseorang pengurus menilai apakah kelemahan dan kekuatan pengurusannya.
Dengan SeRDIM, saya cuba bangunkan potensi kakitangan dalam
syarikat Shahidah untuk meneroka dan membangun tukisan atau
pengkhususan mereka seperti urusan haji dan umrah, urusan insuran
sehinggalah makanan halal.

81
Kajian Kes

Saya suka mencerakin (analisis) hal-hal yang penting, termasuk waktu


seseorang tokoh dan sebab tindakannya.
Itulah sebab saya pernah ambil kursus pengurusan di universiti Nasional
Singapura dan di INSeaD, sebuah institusi pengurusan Perancis yang
mempunyai cawangannya di Singapura.
Dalam setahun, saya ambil cuti belajar (sabatikal) selama dua minggu.

Usah Takut Beri Saranan Membina

Misalnya, dalam urusan haji dan umrah, saya perhatikan pelbagai aspek
yang bersifat kelebihan atau kekuatan serta kekurangan. Maka kajian tadi
saya serahkan kepada kementerian Haji arab Saudi dengan harapan mereka
akan bertindak dengan sebaik-baiknya atas dasar maslahat umat Islam.
adakala memberikan saranan bak melontarkan boomerang – silap hari
bulan si pemberi maklum balas yang menjadi mangsa pula. Saya pernah
‘terkena’ walaupun tujuan saya ikhlas dan demi kesejahteraan ramai. tidak
mengapa.
Saya teringat sebuah hadis daripada Salman al-Farisi, seorang sahabat
Rasulullah yang berasal dari Parsi dan pernah dihina sehinggalah baginda
mengangkatnya sebagai anggota ahluh bait (keluarga Rasulullah). Banyak
saranan Salman berikan kepada baginda, termasuklah teknik perang yang
menggunakan parit (khandak) sehingga menyelamatkan Madinah daripada
serangan tentera Quraisy.
antara hadis daripada Salman r.a. ialah pesanan baginda bahawa
suatu masa pada masa akan datang – orang yang baik dan sering mencuba
menawarkan huraian dianggap ‘musuh’ tetapi orang yang berdusta dan
menentang Islam (fasik) pula dianggap ‘wira’ atau dihormati.
Oleh itu, saya terus laksanakan tugas memberikan nasihat walaupun
ditohmah dan dihina kerana percaya hal ini amat dianjurkan Islam
sebagaimana seruan Surah al-‘asr.
Sesungguhnya, agama itu nasihat. Para nabi diutuskan untuk memberikan
nasihat atas nama kebenaran walaupun terpaksa bergadai harta dan nyawa.
Menyatakan yang benar boleh menghiris hati sehingga menimbulkan
kebencian dan dendam pada pihak yang ditegur. Inilah lumrah alam. Namun,
jika masyarakat tidak dipupuk, ditegur atau dinasihati serta didoakan, lambat-
laun masyarakat itu akan rugi, malah punah seperti berlaku pada kaum-kaum
hebat ‘ad dan tsamud sebelum kedatangan Islam.

82
(Gambar atas) Bersama
rakan sejurusan di INSEAD

83
MASJID
ANGULLIA
“Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan
Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.”
Al-Ankabut: 69

PaDa 1992, saya menjadi pengerusi Masjid angullia, yang dibangunkan


oleh wakaf M.S.e. angullia bersama anak kepada sepupu saya, Gamal
Sulaiman angullia, seorang akauntan yang berdedikasi dan amanah.
Masjid di kawasan Little India atau Serangoon ini sering dipenuhi jemaah
India Muslim dari serata Singapura, dan juga gerakan tabligh.
Selepas melalui proses pengurusan di Masjid kampung Siglap, saya cuba
garap kekuatan yang memastikan urusan di Masjid angullia berjalan lancar
dan rapi.
antara lain, saya pastikan setiap catatan atau data tersimpan dengan baik
dan dapat dirujuki pada bila-bila masa. Perlu ada tatacara urusan berpiawai
(standard operating procedure) untuk dipatuhi oleh semua petugas dan relawan
masjid.
kebersihan merupakan tunggak utama bagi rumah allah. Jadi, saya
pastikan tiada kegiatan yang mencemar kebersihan masjid. untuk itu, saya
bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan yang mengotori masjid.
Saya juga perlu memastikan kalangan jemaah tidak berpuak-puak seperti
berlaku dalam umat Islam di India. Di masjid ini terdapat kaum uttar
Pradesh, tamil, urdu dan sebagainya. Mereka mempunyai wakil masing-
masing yang perlu mencari kata sepakat demi kemaslahatan bersama.

84
Pernah ketika saya di tanah Suci, saya terima panggilan daripada pak
menteri untuk atasi pergaduhan jemaah yang berbeza latar belakang. Saya
segera bergegas pulang.
kini Masjid angullia yang dibina pada tahun 1890, sedang dibangunkan
semula. Proses pembangunan semula ini pernah dilakukan sebelum ini
memandangkan bertambahnya jemaah dari sekitar dan di luar Serangoon
Road, termasuk pekerja asing. Dewan solat Masjid angullia dipenuhi hampir
seribu jemaah setiap waktu solat.
Sejak 2012, LPM angullia telah mengadakan perbincangan dengan
Majlis ugama Islam Singapura bahawa masjid ini menuntut dibangunkan
semula untuk berperanan lebih luas dan menampung lebih banyak jemaah.
Ini bermakna ubah suai sahaja tidak mencukupi.
alhamdulillah, kami telah berjaya untuk mengumpulkan dana yang
diperlukan untuk membina masjid yang serba canggih bersama fasilitas yang
memenuhi keperluan jemaah. Insyaallah, majlis perwakafan dan Jumaat
pertama masjid baru ini akan diadakan pada 10 Januari 2020.

Sekilas Salasilah Keluarga

Eusoof Ebrahimji Angullia

Mohd Salleh Moosajee


eusoof (MSe) angullia eusoof (Me)
angullia
Ismail ajum
angullia

Yacoob Ismail
angullia

ayoob Yacoob
angullia

85
UTAMAKAN
MUSYAWARAH
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima
(mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat,
sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah
antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Asy-Syura: 38

DaLaM setiap usaha yang bersifat kolektif dari peringkat Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu, negara sehinggalah syarikat atau kumpulan
kejiranan, utamakanlah musyawarah iaitu mencari kesepakatan.
Dalam perbilangan Melayu disebutkan:
Bulat air kerana pembentung;
Bulat kata kerana muafakat.

Dalam Islam, kegiatan musyawarah atau mencari kata sepakat


sangatlah dianjurkan, kerana hal tersebut memberikan kebaikan bagi yang

agar umat Islam melakukan musyawarah.


“Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Jika kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri
dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampun untuk mereka,
dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah
membulatkan tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang
yang bertawakal.” (ali Imran: 159)

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (asy-


Syura: 38)
ertinya, dalam menghadapi setiap masalah kita senantiasa harus berlaku
santun tidak bersikap keras dan berhati kasar yang dapat menyakiti orang

86
lain, kerana seperti yang kita tahu hukum menyakiti orang lain dalam
Islam adalah dosa dan tidak diperbolehkan. Pada ayat tersebut dapat kita
ketahui bahwa sebaiknya dalam menyelesaikan setiap masalah kita harus
mengutamakan untuk melakukan musyawarah.

Amalan di Shahidah

Di syarikat Shahidah travel, kami sering mengadakan sesi perbincangan


sebelum memulakan kempen pemasaran mahupun pergerakan operasi.
Segalanya dimulakan dengan bermusyawarah dan setiap kakitangan yang

tugasan yang diberi. Setelah disediakan senarai tugasan dengan jelas, barulah
kerja boleh dimulakan.
Rasulullah Saw selalu bermusyawarah untuk mencapai keputusan
bersama, padahal kita tahu bahwa Rasulullah Saw adalah manusia utusan
pilihan alah Swt. Namun baginda tetap tawadduk atau rendah hati dan
mahu menerima pendapat orang lain. ada sebuah hadis yang mengatakan
tentang kebiasaan Nabi Saw yang suka bermusyawarah, sebagai berikut :
Daripada abu Hurairah: “Saya tidak pernah melihat seseorang yang paling
banyak bermusyawarah dengan sahabatnya dibanding Rasulullah SAW.” (HR Bukhari
dan Muslim).
Dari hadis tersebut dapat kita ketahui, bahawa Rasulullah selalu
melakukan musyawarah bersama sahabat-sahabatnya untuk mencapai
muafakat. kita sebagai umatnya harus senantiasa menjadikan Rasulullah
sebagai teladan baik dalam perilaku, tutur kata, maupun akhlak dalam Islam.
Islam sebagai agama yang sempurna selalu memberikan manfaat dan
keutamaan dalam setiap hal, termasuk musyawarah. ada banyak terdapat
keutamaan bagi orang yang melakukan musyawarah.
Dan juga terdapat beberapa hadis yang membahas tentang musyawarah,
diantaranya :
“Apabila salah seorang kamu meminta bermusyawarah dengan saudaranya, maka
penuhilah.” (HR Ibnu Majah)

”. (HR at-thabrani)

87
MENGHAYATI
SOLAT
“Apabila telah ditunaikan sembahyang,
maka bertebaranlah kamu di muka bumi
dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah s
ebanyak banyaknya supaya kamu beruntung”
Al Jumu’ah: 10

DaLaM usaha untuk menjadi usahawan Islam, perkara paling asas ialah
jangan sesekali abaikan solat.
Solat merupakan tiang agama kerana inilah yang paling minimum atau
terkecil dituntut oleh agama Islam ke atas umatnya dan menjadi antara
pembeza utama antara dirinya dengan penganut agama lain.
Memang ada Muslim yang hanya pada nama saja iaitu dilahirkan sebagai
anak pasangan Muslim tapi tidak atau jarang sekali bersolat. Mengapa? ada
banyak sebab peribadi yang boleh disenaraikan.
Hakikatnya, terdapat 106 ayat al-Quran yang menyuruh orang Islam
agar sentiasa bersolat, misalnya:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah Aku,
dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah taha:14)
al-Quran sebagai sumber utama dan sunnah Rasulullah Saw sebagai
sumber kedua merupakan pegangan utama umat Islam, demikianlah pesan
baginda kepada kita (HR Bukhari dan Muslim).

Keagungan Allah

asas solat ialah mengakui keagungan allah yang menciptakan alam


semesta, mengisikannya dengan makhluk dan menentukan setiap perkara
sehinggalah pada gugurnya dedaunan daripada pokok.
antara ciri mukjizat al-Quran ialah isinya yang menderetkan bukti

88
cakerawala atau planet (bintang yang sudah tidak lagi berapi atau
memancarkan cahaya).
“Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar
meluaskannya.” (Surah az-Zariyat: 47)

itu asalnya dahulu adalah satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kededuanya.
Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga
beriman.” (Surah al-anbiya: 30)
kalangan pakar kaji bintang (astronomer) mendapati buat masa ini
bahawa jauhnya alam semesta ialah 13.8 bilion tahun cahaya (light years).
Satu tahun cahaya bersamaan 10 trilion km jauhnya! Jumlah bintang dan
planet dipercayai sekitar 6 septilion (1 septilion dengan 24 ‘sifar’).
Hakikatnya, tiada siapa yang tahu dengan tepat lagi pasti akan saiz alam
ini kerana ia terus berkembang seperti dibuktikan dalam imej-imej yang
dipancarkan pelbagai satelit termasuk teropong Hubble.
Mempercayai allah merupakan satu daripada rukun iman (di samping
percaya pada malaikat, para nabi, kitab-kitab suci, takdir dan akhirat). Hal
ini juga menentukan seorang beragama dengan tidak beragama (ateis).
Sementara mempercayai bahawa allah itu esa atau tunggal (tidak beranak
dan diperanakkan sebagaimana maksud Surah al-Ikhlas) merupakan pokok
teras Islam atau disebut tauhid.
untuk menjadi insan yang berjaya iaitu bahagia hidup di dunia dan
akhirat, sebagaimana ditetapkan dalam al-Quran, maka seseorang perlu
mempunyai iman dan taqwa – dua aspek yang amat dinilai oleh allah Swt
pada diri insan.
apabila iman dan taqwa kian teguh, maka kian rapatlah insan itu kepada
allah Swt. keakraban ini akan menghasilkan banyak manfaat yang tidak
ternilai, antaranya ialah kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagian hidup
di akhirat kelak – matlamat utama setiap Muslim. (al-Baqarah:201).
Iman ialah mempercayai akan adanya allah Swt dan Muhammad
adalah pesuruh-Nya, sedangkan taqwa ialah melaksanakan perintah allah
dan menjauhi segala larangan-Nya.
kian kukuh iman dan taqwa, maka insan itu akan berubah tahapnya
daripada seorang Muslim yang biasa-biasa saja kepada seorang Mukmin
(kuat beriman) dan akhirnya seorang Muhsin (banyak membantu orang lain
dan beribadah seolah-olah melihat allah Swt). Insan itu dinilai sebagai ‘abid
(hamba allah yang setia).
Para ulama telah menghasilkan pelbagai cara atau kaedah untuk
seseorang Muslim berasa akrab dengan allah Swt seperti cara beribadah
sehingga melaksanakan bacaan seperti ratib al-‘attas atau al-Haddad

89
dan seumpamanya dan dilanjuti dengan berbakti untuk kemanusiaan dan
kesejahteraan alam.

Sentiasa Akrab dengan Ilahi

Dalam buku Jalan Yang Dekat karya Habib tahir bin Husain bin tahir dan
telah diterjemahkan oleh ustaz Syed abdillah ahmad al-Jufri, dapat diraih
secara perinci melakukan solat dan doa, agar kita dekat kepada allah Swt.
kedekatan inilah yang membolehkan doa dan harapan seseorang Muslim
dimakbulkan allah Swt.
apabila seseorang Muslim berasa amat kerdil ketika mengingat dan
menghayati akan keagungan allah Swt, imannya akan bertambah. Dia
semakin gigih mengerjakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya seperti
melakukan maksiat atau hal-hal yang sesia atau memudaratkan hidupanya.
Namun dalam rangka mendekatkan diri dengan Ilahi, jalan termudahnya
ialah sentiasa menyempurnakan solat fardu (lima waktu) sama ada secara
sendirian atau lebih baik lagi berjemaah terutama di masjid atau setidak-
tidaknya di rumah bersama ahli keluarga.

Amalan Solat Sunat

Selain melaksanakan solat fardu (wajib), saya juga mengamalkan solat-


solat sunat seperti:

m/s 5 1. Sunat Wudhuk


Dilakukan selepas berwudhuk sebanyak dua rakaat demi mensucikan lagi
diri sebelum melakukan solat fardu atau sunat yang lain.

m/s 32 2. Sunat Taubat


Bertujuan bertaubat atau meminta ampun kepada Ilahi atas setiap
kesilapan yang disedari atau tidak. Saya sering lakukan ini bersama solat
sunat wudhu’.

m/s 7 3. Sunat Tahajjud


amalan ini hanya dilakukan selepas bangun malam pada sepertiga malam
(antara 4-5 pagi sehingga sebelum azan Subuh). Ia mencerdaskan akal.
Di sini saya lakukan banyak bicara dengan allah Swt dan banyak berdoa.

90
Saya suka katakan apa yang saya akan lakukan pada hari tersebut dan saya
memohon supaya allah Swt berikan segala kesenangan dan permudahkan
segala urusan harian dan diberkati. Saya berasa ianya bagaikan melepaskan
busur panah yang kena tepat pada sasarannya. keyakinan itu perlu ada.
allah Swt tidak akan menghampakan hamba yang meminta padaNya.

4. Sunat Witir m/s 8


Bagi saya, saya suka lakukan solat witir selepas solat tahajjud. Sekiranya
terlewat bangun dan tidak sempat solat tahajjud, maka terus lakukan solat
witir walaupun dua rakaat.

5. Sunat Hajat m/s 24


Dilaksanakan untuk meminta allah merestui hajat tertentu yang luar
biasa (selagi tidak menyalahi syarak). Saya melakukan solat Hajat ini semasa
solat tahajjud dan witir.

6. Sunat Subuh m/s 12


Ia dilakukan sebelum solat Subuh. Ia dilakukan secara ringan iaitu dua

pertama dan al-Ikhlas dalam rakaat kedua. Pahalanya terpapar dalam hadis
yang bermaksud:
“Dua rakaat fajar (solat sunnah Qobliyah subuh) lebih baik daripada
dunia dan seisinya.” (HR Muslim).
Nota: Cuba lakukan sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah, kerana
allah Swt akan bersama anda sepenuh hari itu.

7. Solat Isyraq m/s 26


waktunya: 12-15 minit selepas waktu syuruk (matahari naik).
anda boleh kira sendiri daripada azan Subuh dan ditambah 1 jam 23 minit.
“Barangsiapa solat Subuh berjemaah kemudian ia duduk berzikir (mengingati
allah) hingga terbit matahari, kemudian ia solat sunnat Isyraq dua rakaat
maka adalah baginya pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah
yang sempurna – sempurna – sempurna”.

8. Solat Dhuha m/s 27


waktu pagi (dari 8 pagi sehingga 15 minit sebelum solat Zuhur), lakukan
2 sehingga 12 rakaat, demi menambah rezeki. waktu mengerjakan solat
Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari abu Zar,
bahawasanya Rasullah Saw bersabda: “Dua rakaat solat Dhuha mencukupi
sedekah untuk seluruh badan manusia”.

91
m/s 29 9. Solat Awwabin
Dilakukan dua rakaat atau lebih selepas solat Maghrib sebagai rasa
bertaubat atau menuntut pengampunan allah Swt. Dilakukan selepas
fardhu Maghrib menanti waktu Isya’, didahului dengan 2 rakaat sunnat
Maghrib dan 2 rakaat sunnat awwabin, dan 2 rakaat lagi sunnat awwabin
(keseluruhan 6 rakaat). Sedangkan fadhilat solat sunat 6 rakaat setelah solat
Maghrib dengan tidak ada bicara di antaranya sama dengan beribadah 12
tahun.

m/s 30 10. Solat Istikharah


Lakukanlah andai inginkan petunjuk allah dalam membuat keputusan
yang sukar. Saya suka lakukan semasa solat Dhuha. Saya melakukan solat
Dhuha sebanyak 4 rakaat, dibahagikan 2 rakaat dengan salam dengan niat
Dhuha dan diteruskan dengan lagi 2 rakaat dengan niat Istikharah. Selepas
itu, saya akan membaca zikir. Lakukan solat ini sebelum memulakan projek
dan sebaiknya dilakukan setiap hari supaya diberi petunjuk supaya dapat
dilakukan dengan terbaik.

m/s 33 11. Solat Tasbih


Solat ini disebut solat tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300
kali dalam empat rakaat solatnya. Solat ini diajarkan oleh Rasulullah Saw
kepada pakciknya, Saidina abbas bin Muththalib: “Jika kamu mampu solat
tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah
setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup
sekali .“ (HR abu Daud dan Ibnu Majah)

m/s 11 12. Solat Tahiyat Masjid


untuk berada lama dalam masjid atau iktikaf, lakukan solat ringan dua
rakaat.

92
Indahnya Ibadah

Selain melaksanakan solat, banyak lagi aspek ibadah yang perlu dilakukan
agar seseorang Muslim rapat atau dekat dengan allah Swt. Dengan
mengenali Pencipta (Khalik), sekali gus proses ini juga membolehkan insan
tadi mengenali dirinya sendiri.
allah menahan dan mengabulkan doa sama ada ketika seseorang itu
masih hidup di dunia, di alam barzakh (alam kubur) atau di akhirat kelak.
tegasnya, kedekatan seseorang Muslim dengan allah Swt merupakan
penentunya.
Namun selain solat, ada banyak lagi aspek ibadah yang menentukan
darjah seseorang insan di sisi Ilahi iaitu berzakat, berpuasa, mengerjakan haji
(juga umrah) sehinggalah menyantuni ibu bapa, saudara-mara, insan-insan
yang dalam kesusahan serta memastikan bumi ini dalam keadaan sejahtera.
Beribadah juga meliputi berbakti untuk membalas jasa ibu bapa,
menyantuni saudara-mara sendiri serta saudara Islam kita di masjid,
madrasah, rumah anak yatim, rumah tumpangan orang tua, hospital,
menyelamatkan binatang sehinggalah memelihara alam dan sebagainya.
Bahkan, usahlah hadkan khidmat Muslim untuk sesama Muslim saja,
tetapi sebarkanlah kepada seluruh kemanusiaan sebagai tanda muhibah
kerana Islam adalah rahmat seluruh alam.

93
MENJADI
JUARA
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;
dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat
menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)?
Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu berserah diri.”
Al-Imran: 160

Saya suka lihat dan ikuti disiplin pemain bola yang berjaya. Dia pandai
menjaga makanannya, minumannya dan cukup masa untuk tidur, dan juga
kesungguhannya berlatih dengan penuh semangat.
anda sebagai usahawan juga harus mempunyai sikap begini.
Dikatakan terdapat hadis yang bermaksud - “Sembilan persepuluh punca rezeki
adalah di dalam perniagaan.”
Dikatakan hadis itu bersumberkan Nua’im bin abdurrahman, iaitu
seorang tabi’in (selepas sahabah) yang tidak pernah berjumpa Rasulullah
Saw. Maka ia dicurigai kesahihannya atau dianggap mursal.
Hakikatnya, Rasulullah sendiri merupakan seorang peniaga. Begitulah
juga ramai sahabah yang lain. Dan menilai kebanyakan hartawan dunia,
kebanyakan adalah pelabur atau peniaga. Golongan pedagang lazimnya
menguasai sehingga 80 peratus ekonomi sesebuah negara.

Disiplin Kerja

Sama ada menjadi pekerja atau usahawan, disiplin diperlukan dari segi
ilmu, pengurusan dan sebagainya. Begitu juga dengan disiplin yang bersifat
rutin seperti bersolat tahajjud sehinggalah tidak lepas berzikir pada setiap
waktu walaupun sedang bekerja. Ini akan membuat seseorang usahawan

94
Islam senantiasa ingat allah dan percaya dirinya diperhatikan allah Swt –
suatu suasana yang mencapai tahap ihsan.

Adab Usahawan Muslim

Niat
Dalam bukunya, ‘40 Hadis’, Imam Nawawi menyatakan yang terpenting
ialah ‘niat’. Inilah perkara yang paling asas dalam memulakan setiap ibadah
kita baik yang wajib mahupun yang sunat.
Dalam kita menjalankan apa jua usaha niaga, perlu ditanyakan pada diri
kita apa tujuan kita menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya kita
akan lebih bersikap tanggungjawab dan berhati-hati supaya tidak terjebak
kepada yang haram. Hal ini disebabkan oleh kita telah niatkan semuanya
kerana allah.

Tidak Menjual Barang Yang Diharamkan


Muslim ialah orang berakal yang ditegah daripada mendekati perkara
yang diharamkan oleh syariat Islam. Dalam hal ini, kita dilarang mengurus
(berdagang dan sebagainya) khidmat atau barang yang diharamkan seperti
dadah, arak, majalah porno dan lain-lain.
Rasulullah Saw berpesan: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram
itu juga jelas, di antara kedua-duanya adalah syubhah.” (HR Bukhari dan Muslim)
tambah baginda: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan tidak
menerima kecuali perkara yang baik iaitu halal.” (HR Muslim)
waspadalah dalam berniaga. Boleh jadi bagi kita perkara ini seperti tidak
membawa kesan, akan tetapi ingatlah berurus niaga barang yang haram
inilah yang membawa kepada kerosakan dalam tamadun manusia.

Tidak Monopoli Barang


antara tanggungjawab atau hak peniaga pada pelanggan adalah tidak
menyekat barang keperluan asas (ruji) atau yang menjadi nadi kehidupan
keperluan isi rumah misalnya beras, gula, minyak sehinggalah air dan
bekalan elektrik. Menyembunyi atau menyorok barang ruji dengan niat untuk
mencatut ( ) amat dilarang Islam. Bahkan ia haram kerana memberi
kemudaratan kepada orang lain. Rasulullah Saw telah memberi amaran:
“Siapa yang memonopoli makanan selama empat puluh hari maka ia terlepas daripada
Allah dan Allah terlepas daripadanya.” (HR ahmad dan al-Hakimi)
Semua keperluan manusia diperolehi di bumi yang merupakan anugerah

95
allah. Oleh itu, rezeki allah harus dikongsi atau dinikmati bersama. Inilah
garis panduan dalam berniaga menurut Islam untuk syarikat kecil sehingga
yang gergasi.

Mematuhi Perjanjian
Dalam surah terpanjang dalam al-Quran, Surah al-Baqarah terdapat bab
mengenai perjanjian niaga.
Islam mewajibkan setiap urusan perniagaan mestilah dicatatkan atau
ada hitam putihnya. Ia perlu dilakukan dalam bentuk kontrak, perjanjian
atau MOu yang sering diadakan bagi memutuskan persetujuan antara dua
pihak (pembeli dan penjual). Dalam syariat Islam, ia dipanggil akad jual
beli. Dalam hal ini, kita dilarang melanggar perjanjian yang telah disepakati
kerana ia boleh membawa kepada kerugian atau hilang kepercayaan pada
masa akan datang.
apatah lagi bagi skop perniagaan yang mencecah ratusan ribu mahupun
jutaan dolar, tentulah memerlukan perjanjian serta sikap keterbukaan
berdasarkan isi perjanjian. Hal ini jelas disebutkan dalam Surah al-Maidah,
ayat 1 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.”

Mencatat Segala Urusan Jualan


Perniagaan boleh lungkup kerana tiada catatan (book keeping) yang jelas dan
diaudit. Istilah resit pembelian atau akaun keluar masuk kewangan sering kali
diguna pakai dalam setiap urusan pembelian. Perlu ada juruakaun bagi setiap
syarikat sama ada di dalam syarikat atau ditempah dari luar (juruaudit luar).
Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan proses jual beli serta mengadakan
proses jual beli di hadapan saksi yang dipercayai.
allah Swt telah mengingatkan kita: “Dan persaksikanlah apabila kamu
berjual beli.” (al-Baqarah: 282)

Bersikap Jujur
Jujur dan telus (transparent) amat penting dalam perniagaan. Sifat ini
merupakan ciri terpuji dan mudah mendapat kepercayaan orang ramai.
ertinya segala kecacatan pada produk atau khidmat hendaklah di atasi
atau diperakui demi mengelakkan rasa curiga dan marah pelanggan atau
pembeli.
Ingatlah pesan Rasulullah Saw: “Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim
lainnya, maka tidak halal bagi seorang Muslim membeli daripada saudaranya suatu
pembelian yang ada cacatnya kecuali dijelaskan terlebih dahulu.” (HR ahmad)

96
Menghindari Riba
Riba ditegah dalam Islam. Namun, amalannya sering membingungkan
umat Islam sendiri. Perniagaan sering kali terlibat dengan riba. allah Swt
menjelaskan hal ini:
“Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.”
(al-Baqarah: 275)
andai tiada institusi kewangan Islam, maka usahawan Islam terpaksa
menggunakan khidmat bank konvensional yang menggunakan ‘bunga’ atau
kadar faedah. kalangan ulama berpendapat, bunga bank perlu dibersihkan
dengan diberikan kepada Baitul Mal atau digunakan bagi urusan bukan untuk
memberi makan minum atau pakaian seperti pengangkutan dan sebagainya.

Memastikan Barang Yang Dijual Halal


Hindarilah penjualan barang hasil curian atau mengambil hak orang
tanpa hak (rampasan) dengan mengingat suruhan allah Swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama
kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama suka diantara kamu.”(an-Nisa’: 29)

Menghindari Tipu Daya


Jangan memberikan janji yang tidak ditepati menerusi promosi, iklan,
poster, risalah atau sebagainya adalah antara cara sebaran umum kepada
pembeli agar membeli produk atau khidmat kita. Malah kata lisan juga tidak
boleh mengelirukan pelanggan.
Misalnya, jualan penghabisan stok sering menggunakan daya pikat ‘untuk
menghabiskan barang lama’ sehingga diberi kadar diskaun yang besar.
Dengan adanya internet, banyak sekali penipuan berlaku dalam urusan
jual beli yang mengaburi mata pembeli. walau apa pun, terpulang pada setiap
indivdu untuk menggunakan wadah internet selagi bukan bertujuan menipu.

Menjaga Syiar Islam


Matlamat orang Islam, termasuk usahawan, bersifat jangka panjang iaitu
mendapat keredhaan allah terutama di akhirat nanti.
elakkan berbuat rasuah (membayar sogokan atau sagu hati) untuk
mendapatkan ‘kelebihan’ dalam ehwal urus niaga daripada pihak berkuasa
atau mereka yang berpengaruh.
Oleh itu, menjaga segala perintah syarak dengan baik dan sentiasa
menjauhi segala larangan allah Swt merupakan kunci kejayaan kita di
dunia. Sentiasa utamakan allah dalam setiap aspek kehidupan kerana
kesannya akan memberikan ganjaran pada diri sendiri. Contoh paling mudah

97
ialah menjaga solat berjemaah, bersedekah, infak dan sebagainya walaupun
sibuk sebagai usahawan.
Hayatilah maksud Surah an-Nur, ayat 37; “Ibadat itu dikerjakan oleh orang-
orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada
menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat. Mereka
takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Pelaburan Wang

Syarikat memerlukan hartanah seperti pejabat dan kilang sehinggalah


peralatan, pengangkutan seperti kereta atau van dan apa jua yang bersifat
benda untuk melaksanakan pengurusannya.
Semua ini perlu dicatatkan untuk mencerminkan pegangan kemakmuran
(wealth holding) syarikat. Ia boleh dinilai dan dijadikan cagaran untuk syarikat
mendapatkan pinjaman daripada bank dan sebagainya.
Pada tahun 2011, Shahidah travel ditimpa cabaran hebat apabila di
saat akhir tidak dapat mendapat visa tambahan untuk 130 jemaah Haji, tapi
bayaran deposit kepada pihak hotel serta kos pengangkutan telah dibayar.
kami kerugian hampir $700 ribu tahun itu. Saya terpaksa menjual rumah
saya di Johor untuk mengganti kerugian itu.
Maka itu, bila syarikat terus meraih untung, laburkanlah labanya dengan
membeli hartanah seperti bangunan pejabat atau kediaman atau dalam
amanah saham dan saham syarikat mewah. Ini semua menghasilkan aliran
pendapatan. Jika syarikat dalam keadaan kekurangan wang (seperti akibat
kerugian yang tidak dijangka), pelaburan seperti hartanah dapat dicairkan
(liquidate) untuk menebus kerugian.

Bersederhana dan Usah Megah

Yang utama dalam apa jua usaha, kita janganlah terlalu yakin atau
dan bersikap sombong atau angkuh iaitu dua sifat iblis yang
dilaknat allah.
Saya percaya bahawa sekalipun kita sudah berjaya, senantiasa rendah
hati (tawadduk) dan jangan riyak atau bermegah dengan pencapaian kita.
antara kelemahan usahawan Melayu/Islam di Singapura yang sudah
lama saya perhatikan ialah suka bermegah walaupun belum mencapai
kejayaan kental dan pasti. Baru dapat modal sedikit, maka dibelinya kereta
mewah. untuk ini, modal untuk syarikat dan ganjaran untuk diri sendiri

98
Titipan Mutiara
Selalu Mesra dan Amanah
Jangan sombong dan selalu beri salam bila berjumpa sesama
Muslim agar menghidupkan silaturrahim.

Amanah pada Allah SWT


Bersifat jujur dan jangan sesekali menipu.

Bina Jenama Diri


Jaga disiplin diri dan sentiasa bantu orang lain yang memerlukan.
Ini mencerminkan jenama diri anda sebagai seorang yang amanah
dan boleh dipercayai.

Amalkan Bersugi
terdapat sebanyak 70 faedah kesihatan bila bersugi hingga terdapat
hadith yang mengatakan ‘Satu solat dengan bersugi lebih baik dari 70 solat
tanpa bersugi’. adalah disunatkan untuk melafazkan niatnya - Aku niat
sunnat bersugi.

Bersedekah
adakalanya, jika akal menjadi buntu ketika berdepan dengan
masalah, saya keluar dari pejabat dan berjalan ke Masjid Sultan.
ketika itulah jika saya nampak orang susah, saya bersedekah. Selepas
solat di masjid dan kembali semula ke pejabat, tiba-tiba tercetus idea
bagaimana untuk menghuraikan masalah tadi, alhamdulillah.
Dalam Quran dinyatakan bahawa untuk berdepan dengan
sebarang ujian kita perlu bersabar dan gigih bersolat.
“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan
solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)

Menyantuni Keluarga
Dalam memelihara hubungan dengan allah, amat perlu dikaji usaha
kita dalam mencari rezeki, menyantuni keluarga atau masyarakat.
Hargailah perhubungan bersama isteri atau suami anda kerana
sokongan mereka amat penting.
Jika anda mempunyai anak kecil yang bersekolah, selalulah
menghantar mereka ke sekolah untuk menggalakkan mereka belajar.

99
dicampuradukkan. akibatnya, aliran modal terjejas dan akhirnya syarikat
gulung tikar. Demikianlah kesan akibat silap pengiraan.
Itulah sebabnya, saya cuba bersederhana. tidak perlu berpakaian hebat
seperti kot dan tali leher. Pakai sahaja kemeja dan seluar panjang macam
biasa. adakalanya, saya suka pakai gamis arab atau baju Pakistan.

hidupnya amat sederhana – masih tinggal di rumah lamanya dan dikatakan


memakai jam tangan Casio.
Saya hanya membeli kereta mewah selepas 30 tahun mantap dalam
bidang niaga dan mendapat lebihan rezeki. Itupun saya amat khuatir jika
perbuatan saya ini seperti bermegah-megah.
Cakap mudahnya, saya ingin hidup sebagai seorang taat berkhidmat
dengan segala keikhlasan dan kerendahan diri kepada allah Swt sahaja.
Saya sangat bersyukur, ketiga-tiga anak saya berkelulusan ijazah dan
berbakat usahawan. anak sulung saya, Shahidah, menguruskan tiga pusat
jagaan kanak-kanak. anak kedua saya, Shahirah mempunyai niaga dalam
talian. anak bongsu saya, ammar, ialah seorang doktor dan menguruskan
syarikat insurans medikal (tPa) kami.
Sejak mereka kecil lagi, saya dan isteri memastikan untuk menghantar
mereka ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, kami memberikan mereka
kata-kata motivasi, dan mengajarkan zikir-zikir mudah serta doa-doa untuk

Kenangan tahun 2000 - (dari kiri) Shahirah, Shahidah, isteri saya - Hamidah, dan
anak bongsu saya, Ammar.

100
diamalkan setiap hari. Ini memberi mereka keyakinan, semangat dan terang
hati untuk menimba ilmu agar lebih fokus menuju kejayaan dalam hidup.
Semua kos persekolahan mereka saya tanggung sendiri. amalan ini
saya harap dapat diteruskan oleh anak cucu saya agar menjadi insan yang
berdikari, berjaya dan berbakti untuk masyarakat dan negara.

Jangan Mudah Putus Asa

Cabaran (kesukaran dan sebagainya) datang bersama kemudahan –


inilah antara teras maksud Surah al-Insyirah. Oleh itu, apabila saya berasa
usaha tertentu saya ‘gagal’, tidaklah mudah saya putus asa. ada dua cara
menanganinya – pertama, cari kesilapan kita, atau kedua, cari jalan atau
huraian ikhtiar lain.
Saya berharap agar perkongsian perjalanan saya ini sedikit sebanyak
dapat memberi perangsang pada para usahawan muda yang sedang
merasakan pahit getir dunia perniagaan.
Dengan tip-tip perniagaan yang saya kongsi, mereka yang ingin berjinak-jinak
dalam bidang perniagaan juga boleh menggunakannya sebagai garis panduan.
Semoga koleksi zikir dan doa yang dihimpunkan dalan buku ini juga dapat
membantu anda dalam kehidupan harian bila diamalkan secara konsisten.
Demikianlah dalam hidup, kita senantiasa berharap akan petunjuk dan
pertolongan-Nya. untuk itu, kita perlu bersangka allah Swt mengetahui
apa yang terbaik untuk kita.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang
menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.”
Yang baik datangnya dari allah Swt, dan yang buruk datang dari diri
saya sendiri. terima kasih diatas segala sokongan dan semoga kita menjadi
antara hambaNya yang terpilih, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

101
102

Anda mungkin juga menyukai