Anda di halaman 1dari 12

Ramai keluarga menghadapi 

masalah untuk menguruskan perbelanjaan kerana kos sara hidup


yang tinggi.

Esei anda harus meliputi:

1. Bincangkan tiga cabaran dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi.

2. Bagaimanakah masalah-masalah ini boleh dikurangkan?

3. Buat rujukan untuk menyokong hujah anda.

pendidikan yang berkualiti, perkhidmatan kesihatan dan projek membina rumah mampu
milik.

Kos sara hidup adalah satu kebimbangan utama bagi setiap keluarga.  Oleh itu kerajaan
komited untuk menangani isu ini melalui dasar-dasar dan langkah-langkah.

“Mungkin langkah-langkah masih belum lengkap, tetapi terdapat banyak usaha (oleh
kerajaan) yang diketahui, dan banyak yang tidak diketahui, secara langsung dan tidak
langsung,” kata Najib.

Berucap merasmikan forum Sidang Meja Bulat dan Bicara Kos Sara Hidup Pemikir
Muda Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini, Perdana Menteri
berkata kerajaan telah menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk semua rakyat
Malaysia, dan memberi jaminan bahawa pendemokrasian pendidikan diteruskan bagi
mewujudkan masyarakat intelek.

Perbincangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPM) dan  Pusat
Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni UKM untuk mencari penyelesaian
bagi mengurangkan beban kewangan di negara ini.
Menjadikan sektor pendidikan tinggi sebagai contoh, beliau berkata sudah ada unsur
subsidi oleh kerajaan yang dinikmati golongan pelajar seperti tiada kenaikan yuran
pengajian di universiti.

Malah, Najib menarik perhatian bahawa secara purata kerajaan menanggung sebanyak 90
peratus kos pengajian tinggi di negara ini manakala pelajar hanya membiayai 10 peratus
sahaja kos tersebut.

“Jika tidak mampu menanggung kos 10 peratus itu, kerajaan menyediakan pinjaman
PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan ada antara pelajar kita
yang mendapat biasiswa,” katanya.

Beliau menyifatkan bantuan itu sebagai pendemokrasian pendidikan yang mana peluang
pendidikan yang berkualiti tidak bergantung kepada keupayaan kewangan tetapi
keinginan dan tekad untuk belajar.

Beliau berkata ia adalah berbeza di negara-negara lain di mana remaja tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan oleh kos yang tinggi.

Turut hadir pada majlis ini Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali,
Timbalan Naib Canselor Prof Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal (Pelajar dan Alumni) dan
Prof Dr Imran Ho Abdullah (Jaringan Industri dan Masyarakat),  isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk
Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Justeru kos sara hidup rakyat di tahun 2014 akan membebankan semua
rakyat terutama rakyat miskin yang tinggal di kampung dan setinggan di
bandar besar yang hidup kais pagi makan pagi. 

Sudah ada rungutan di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan


sederhana tentang kenaikan mendadak harga barangan seperti ikan,
sayuran, minyak masak, bawang-bawang, gula, tepung dan se bagai nya.
Harga barangan dan perkhidmatan di jangka akan terus melambung tinggi di
tahun 2014.

Hanya mereka yang pandai merancang perbelanjaan saja dapat mengatasi


kos hidup yang semakin memeningkan kepala terutama kepada mereka yang
mempunyai ramai tanggungan.

Ini berdasarkan suami sahaja bekerja. isteri adalah surirumah. Yang kelakarnya ada
individu tertentu yang balas balik post ni dgn berkata " sebab itulah isteri kenela ada
kerjaya, jgn nak harapkan duit suami je (merujuk pada viii-nafkah untuk isteri)"..begitu
lebih kurang ayatnya, semacam memerli org yg post ni, . Org yg berkata begini selalunya
org yg masih belum kahwin dan bekeluarga. sebab dari jadual ni secara realitinya ini
adalah hakikat atau average gaji rata2 keluarga di Malaysia ni pada pendapat saya lah.
Sbb dgn gaji rm4500 tu kira mahal dah tu. sy percaya kebanyakan rakyat malaysia ni
rm4500 tu mungkin jumlah gaji suami isteri. dan nafkah utk isteri rm500 dari jadual tu
kira timbal balik kalau isteri kerja pun..sudah tentu ada pula bahagian bayaran nurseri
untuk jaga anak-anak ketika ibu bekerja. Belanja nurseri anak saya 2 org tu pun rm660
sebulan (baru dua setakat entry ditulis). Ini belum kira kalau anak minum susu formula
dan beli pampers bagai kan. harus tambah lg kos. susu formula mahal tau, sy dgr kawan2
ckp harus habis dlm rm300-400 sebulan. bg sy setakat ni jimat bahagian tu, sbb anak
menyusu badan. bagi keluarga saya belanja bulanan adalah lebih drpada jadual ni.
termasuk bil telefon saya dan suami dan bil streamyx. sy tak pakai astro kat rumah...
bayangkan org bayar unifi, astro sekian2..macam dah jd perkara wajib kat rumah2
sekarang internet bagai ni. org kata makin besar periuk makin besar pulak keraknya.
pastu kereta dalm jadual tu rm650 sebulan.kereta apa tu..mungkin kereta sedanlah kot
memandang anak ramai. Saya percaya, biasanya kalau suami isteri keluar bekerje,
biasanya satu keluarga tu akan pakai dua buah kenderaan(mungkin dua kereta atau satu
kereta dan satu motor).. kos kereta belum masuk minyak dan maintenance lain...anda
bagaimana?. Ini terpulang pada masing2..kalau org jenis travel keje jauh yg mmg byk
pakai kereta mungkin perlukan kereta yg selesa, dan pastinya lebihla fulusnya..kerete pun
merupakan keperluan.
Isu beli rumah pulak. bayangkan rumah yg kami mampu beli pada thn 2010. kalau based
on harga semasa tahun 2013 ni, kami dh tak mampu beli rumah kami tu..rumah apartment
plak ms kami beli (2008) harga starting price developer letak tak smpai rm100k (tp ms
kami beli dah tinggal beberapa unit, harga pun naik sikit RM107k), nilai dia sekarang dah
cecah rm250k untuk sebuah apartment kos sederhana berkeluasan 895sqft!

Untuk pengetahuan bagi yg belum tahu, kalau nk beli rumah, harga bulanan utk bayar
rumah yang nak dibeli itu mesti 1/3 dari jumlah gaji kita baru dapat kelulusan dr bank.
contoh kita perlu bayar bulanan rumah dgn harga rm2200 sebulan, gaji kita mesti adalah
3x ganda dr itu. maknanya dlm rm6600. bayangkan rumah teres di kat sungai tangkas
bangi ni, harganya sudah mencecah rm800k sekarang, yg bayaran bulan maybe dlm rm4k
Ini utk loan 40 tahun. itu kalau usia masih muda. kalau dah berumur dah tak dibenarkan
buat loan lama-lama. itu baru rumah teres, takde tanah sgt pun.. gaji kene rm12k barulah
anda mampu beli rumah dgn harga itu. Jgn lupa harga rumah sentiasa meningkat dr
semasa ke semasa, jd cepat2lah beli rumah bg yg belum memiliki rumah dan sudah
menetap di kawasan tertentu. kalau anda masih muda, boleh lah buat loan smpai 40
tahun, kalau dh 35tahun++ , mungkin tak layak buat loan lama. mungkin lepas 25-30
tahun saja. tambahan pula, baru2 ini kerajaan ada sebut nk kurangkan tahun pinjaman
belian rumah utk elakkan rakyat malaysia lama berhutang. kalau semakin pendek boleh
buat loan makin mahal jugalah amaun bulanan perlu keluarkan..makin kurang mampulah
agaknya nk memiliki rumah sendiri.. secala logiknya lah

Dalam hal ini siapa yang patut bertanggung jawab dan di persalahkan?

Bagi mereka yang menyebelahi pihak pemerintah tentu se kali akan


menganggap kenaikan harga barangan ada lah perkara biasa saja.

Sudah tentu bagi pihak pembangkang merasakan kenaikan harga semua


barangan dan perkhidmatan akan membantutkan pertumbuhan ekonomi dan
dalam jangka panjang akan menyusahkan hidup rakyat keseluruhan nya.
Kenaikan harga minyak Peningkatan harga   Kenaikan harga minyak saat ini
berpotensi menurunkan pertumbuhan ekonomi negara.

-          Banyak implikasinya terhadap pembangunan negara dan menjejaskan


ekonomi.
-          Boleh menyebabkan negara menghadapi pelbagai masalah untuk menghadapi
krisis kenaikan harga minyak yang mendadak.
 Isi Pertama

AT : Kenaikan harga barang.


AH :-          Kenaikan harga minyak member impak kepada kenaikan harga
barang yang mendadak.
-          Harga barang dipengaruhi oleh harga minyak kerana dalam proses
pembuatan barang perlu menggunakan minyak sebagai sumber utama.
AC :-          Dalam proses pembuatan plastik atau nilon, minyak digunakan untuk
menghasilkan bahan tersebut.
-          Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran barang akan
meningkat.
AP :-          Ternyatalah di sini bahawa kenaikan harga minyak akan menyebabkan
kenaikan harga barang juga naik seterusnya menjejaskan ekonomi dan
pembangunan negara.
 Isi Kedua

AT : Berlaku inflasi barangan

AH :-          Kenaikan harga minyak dunia akan berisiko terjadi penurunan


konsumsi swasta sejalan dengan pengaruh penurunan daya beli akibat kenaikan
inflasi dan impak langsung kenaikan harga barang import.
-          Penurunan permintaan domestik yang cukup kuat dan mempengaruhi
penurunan pertumbuhan ekonomi.

-          Peningkatan risiko inflasi didorong kenaikan harga barang import terkait
kenaikan harga minyak.

AC :-          Hasil kajian menunjukkan dalam simulasi pengaruh minyak terhadap


inflasi, jika rata-rata harga minyak 60 Dolar per barel akan terjadi inflasi
sebanyak 6.1 peratus

AP :-          Oleh hal yang demikian, jelaslah disini bahawa kenaikan harga minyak
mendorong berlakunya inflasi.

UM :

 Isi Ketiga

AT : Negara terpaksa menanggung beban subsidi minyak yang tinggi.

AH :-          Untuk memberi manfaat terutamanya bagi golongan berpendapatan


rendah dan sederhana.

-          Subsidi minyak yang tinggi boleh membantutkan ekonomi dan pembangunan
negara kerana kerajaan perlu menyalurkan dana yang banyak semata-mata
untuk menanggung subsidi minyak sejajar dengan kenaikan harga minyak.

AC :-          Kajian oleh Kementerian kewangan, pada tahun 2007 sahaja kerajaan
terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 billion.

-          Perbelanjaan subsidi minyak itu boleh disalurkan kepada pembangunan


negara jika harga minyak tidak naik dengan mendadak.

AP :-          Sudah terang lagi bersuluh kenaikan harga minyak member kesan
negatif kepada pertumbuhan negara kerana kerajaan terpaksa menanggung
subsidi minyak yang tinggi.

 Isi Keempat

AT : Perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport


barangan.
AH :-          Mengeksport dan mengimport barangan menggunakan kenderaan untuk
mengangkatnya.

-          Kenderaan memerlukan minyak. Apabila harga minyak meningkat negara terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk menampung kos penghantaran dan
penerimaan barangan.

AC :-          Negara mengeksport bertan-tan sayur dan buah—buahan tempatan ke luar


negara. Kira-kira RM 1 juta digunakan hanya untuk menampung kos perbelanjaan
minyak mengeksport sayur dan buah-buahan tersebut.

AP : -          Jelaslah di sini bahawa kenaikan harga minyak menyebabkan perbelanjaan


negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.

 Isi Kelima

AT : Negara terpaksa memberikan fokus untuk mengatasi masalah kenaikan


harga minyak.

AH :-          Segala hasil ekonomi kerajaan digunakan untuk mengatasi masalah


kenaikan harga minyak.

-          Pembangunan negara terpaksa ditangguhkan atau dengan kata lain diabaikan
kerana perlu memikirkan tentang krisis kenaikan harga minyak.

-          Pembangunan negara terjejas akibat kenaikan harga minyak.

Penutup

-          Kesimpulannya, jelaslah bahawa kenaikan harga minyak boleh menjejaskan


ekonomi dan pembangunan negara melalui pelbagai aspek.

-          Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi krisis
kenaikan harga minyak yang kian meruncing.

-          Sediakan payung sebelum hujan.    

Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia


 
Oleh:
Dr. Mohd Nazari Ismail[1] dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]
 
Pengenalan dan Latarbelakang
 
Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana
Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods
and Services Tax(GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan
berkuatkuasa pada 1 April 2015.
 
Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan
kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’
menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’ pada bulan Julai 2013.[3]
 
Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat
atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.
 
Percukaian di Malaysia – SST dan GST
 
Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat
Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian
daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. Beza antara GST dan
SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ (VAT) yang
dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan
menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.
 
Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu
diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak
diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan GST. Walupun GST akan dikenakan
pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja
kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh
sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma
pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping
itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM500,000 setahun
diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.
 
Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST boleh dilihat dalam Jadual berikut:
 

 
Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika
dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam
jangka panjang. Namun mereka berbeda pendapat berkenaan kesannya kepada pihak
pengguna.
 
Alasan utama kepada hujah yang menyatakan Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat
Malaysia
 
Oleh:
Dr. Mohd Nazari Ismail[1] dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]
 
Pengenalan dan Latarbelakang
 
Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax(GST) dan penghapusan Sales
and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.
 
Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini
terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’ menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’
pada bulan Julai 2013.[3]
 
Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama
ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.
 
Percukaian di Malaysia – SST dan GST
 
Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar
cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun
1972 lagi. Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ (VAT) yang
dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa
banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.
 
Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari
skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan
GST. Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar
sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah
firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak
dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan
melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.
 
Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST boleh dilihat dalam Jadual berikut:
 

 
Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan
membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. Namun mereka berbeda
pendapat berkenaan kesannya kepada pihak pengguna.
 
Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan
adalah rendah iaitu 6% sahaja. Di samping itu, 40 kategori barangan asas tidak akan dikenakan cukai langsung.
Ini termasuk beras, gula, susu tepung dan gandum. Di samping itu juga perkhidmatan yang diklasifikasikan
sebagai penting seperti perkhidmatan kesihatan adalah dikecualikan dari cukai. Lagipun pelaksanaan GST juga
bermakna SST akan dihapuskan.Akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana
penghapusan cukai SST.  Ini kerana di bawah sistem SST sedia ada, pengguna bukan sahaja membayar cukai
jualan, bahkan dalam kes minuman berkarbonat di hotel sebagai contoh, pengguna juga dikenakan cukai
perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula.Sebaliknya masalah cukai berganda ini tidak
akan berlaku di bawah sistem GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit
cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.
 
Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan
menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan
GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan
dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga.
 
Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain
semuanya akan dikenakan GST.  Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos
akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.
 
Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6%
dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 10–15
barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan
perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian
menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.
 
Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan
mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan
menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang.
 
Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu
membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah,
mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah.
 
Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi
tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.
 
Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbedaan pendapat berkenaan sama ada GST akan
meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.
 
Walau bagaimana pun kami berpendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak
akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan. Sebaliknya kami
merasakan bahawa kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos pengeluaran
barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan harga mungkin tidak berapa
tinggi buat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.
 
Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan
menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai
input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar
perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau
perkhidmatan mereka. Tambahan pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan
ini juga akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Akhir sekali, jika kadar cukai GST dinaikkan lagi (dari
kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat
sudah tentu akan meningkat lagi.
 
Rumusan
 
Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan  masalah kewangan kerajaan
serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor
termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat
amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.
 
Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan
menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak
langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi
kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.
rujukan

http://www.ukm.my/news/Latest_News/pm-langkah-langkah-bijak-tangani-kenaikan-kos-sara-
hidup/

http://lompinlai.blogspot.my/2014/01/kos-sara-hidup-tinggi-bebankan-rakyat.html

http://cikgu-hasanah.blogspot.my/2012/12/kenaikan-harga-minyak.html

http://www.ukm.my/news/Latest_News/pm-langkah-langkah-bijak-tangani-kenaikan-kos-sara-
hidup/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0804&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz4eV411ftt

Beri Nilai