Anda di halaman 1dari 17

OUMH1063

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEPTEMBER/2020

OUMH1603

BAGAIMANAKAH PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL (GLOBAL


CITIZENSHIP EDUCATION [CGED]) MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT
DALAM MENYELESAIKAN ISU ALAM SEKITAR?

NO. MATRIKULASI : 980802-12-6606001

NO. KAD PENGENALAN : 980802-12-6606

NO. TELEFON : 0162528630


E-MEL : marwa98@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU

0
OUMH1063

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 2
2.0 BAHAGIAN A : PENCEMARAN UDARA 3-4

2.1 BAHAGIAN A : PERBINCANGAN TENTANG PENCEMARAN UDARA


3.0 BAHAGIAN B : VIDEO GCED DAN VIDEO PENCEMARAN UDARA 5-9

3.1 VIDEO GCED

3.2 VIDEO TENTANG PENCEMARAN UDARA


4.0 BAGAIMANA 3 DIMENSI KONSEP UTAMA PENDIDIKAN 10-12

KEWARGANEGARAAN GLOBAL DAPAT MEMBERIKAN FAEDAH

KEPADA MASYARAKAT DAN MENYELESAIKAN ISU ALAM SEKITAR.

4.1 CARA-CARA UNTUK MENGATASI ISU PENCEMARAN UDARA


5.0 KESIMPULAN 13
6.0 REFLEKSI KENDIRI 14
7.0 RUJUKAN 15

1.0 PENGENALAN

Pendidikam Kewarganegaraan Global (GCED) telah dianjurkan oleh UNESCO pada


tahun 2013. Sebelum wujudnya GCED, Setiausaha Agung PBB telah melancarkan inisiatif

1
OUMH1063

Pertama Pendidikan Global (Global Education First Initiative, GEFI melalui Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menggalakkan
pendidikan kewarganegaraan global.

Menurut dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan Kewarganegaraan


Global (Global Citizenship Education) 2013, GCED adalah transformatif, memberikan
peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan
dunia yang lebih baik pada masa hadapan. Pendidikan Kewarganegaraan Global juga
merupakan salah satu bentuk pembelajaran yang melibatkan penyertaan aktif para pelajar
dalam projek-projek untuk menangani isu-isu global yang bersifat sosial, politik, ekonomi
serta merangkumi kejadian yang berlaku pada alam sekitar.

Di samping itu, GCED turut menumpukan kepada pembelajaran melalui proses


pembelajaran transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antarabangsa dan antara
budaya, pembangunan lestari dan juga pendidikan untuk keamanan. Ini menunjukkan bahawa
GCED mempunyai peranan penting dalam semua aspek yang melibatkan era globalisasi pada
abad ke-21.

Salah satu kepentingan GCED adalah peningkatan tekanan untuk


memperkembangkan peranan pendidikan dalam menangani masalah global. Peranan
pendidikan pada abad ke-21 perlu bergerak lebih jauh untuk menjangkaui standard
pembelajaran tradisional yang diajar di dalam kelas atau dewan kuliah.

Menurut Zulkifli Salleh (2019), dalam usaha membina dan memperkukuhkan


sesebuah negara bangsa serta mengharungi arus global, usaha untuk memupuk kefahaman
dan penghayatan terhadap pendidikan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar adalah
sangat penting. Latar belakang tentang pentingnya Pendidikan Kewarganegaraan Global ini
adalah kerana meningkatnya teknologi informasi sehingga keterhubungan satu individu ke
individu lainnya menjadi sangat mudah walau terpaut dengan jarak yang begitu jauh
sehingga ke pelosok dunia. Merangkumi semua negara dan penggunaan internet serta
capaiannya yang begitu meluas sehingga mendapat sambutan yang baik dari para pengguna
nya.

Objektif saya adalah untuk mengenalpasti peranan Pendidikan Kewarganegaraan


Global Citizenship Education (GCED) dan mengenalpasti manfaat GCED kepada alam
sekitar dalam menyelesaikan isu alam sekitar.
2.0 BAHAGIAN A : PENCEMARAN UDARA

2
OUMH1063

Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Secara
umumnya, bahan-bahan yang terkandung di dalam udara apabila tercemar adalah seperti
bahan kimia, jirim zarah sehingga menyebabkan berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,
tumbuhan dan juga haiwan. Bahan-bahan yang tercemar ini akan masuk ke dalam tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran
darah.

Menurut Wark dan Warner (1901) pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau
lebih bahan tercemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu
jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau
menganggu suasana kehidupan. Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap
kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri kereta.
Selain itu, pembakaran ditempat pelupusan, pembakaran secara terbuka di kawasan bandar
dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Bahan-bahan seperti sampah sarap, sisa makanan juga dapat mendorong berlakunya
pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.

Ada juga sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara
lama iaitu penggunaan arang atau kayu. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara
semakian meningkat. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca daripada sumber-sumber
semula jadi seperti letusan gunung berapi, pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami padi secara
berleluasa. Namun demikian, bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan
dikawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak dan perlombongan yang
menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pembungaan dan penyemburan baja secara
berturut-turut boleh menyebabkan habuk atau debu tersebar melalui tiupan angin.

2.1 BAHAGIAN A : PERBINCANGAN TENTANG PENCEMARAN UDARA

3
OUMH1063

Pencemaran udara merupakan satu pencemaran yang boleh mendatangkan impak


yang terlalu besar kepada alam sekitar dan juga masyarakat. Pencemaran udara boleh berlaku
disebabkan dengan terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan kejadian
bencana alam. Apabila pencemaran udara berlaku, maka terjadilah sesuatu ancaman terhadap
bumi dan segala makhluk hidup yang terdapat di dalamnya. Pencemaran udara juga
merupakan sebuah tumpuan bagi dunia untuk menangani serta mengambil langkah
pengawalan agar tahap pencemaran dapat dikawal dengan baik. Dalam negara maju seperti
negara China yang hanya bertumpukan sebuah industry perkilangan juga secara automatik
boleh menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah
mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu pencemaran ini.

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder. Pencemaran yang bersifat primer merujuk kepada pencemaran yang
terhasi daripada sulfur monoksida dan karbon monoksida. Sulfur monoksida dan karbon
monoksida pula adalah hasil daripada pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-
zarah halus boleh terampai di udara. Kebanyakan pencemaran seperti ini dilepaskan melalui
eksos kenderaan, industri yang melepaskan asap atau bahan yang mengandungi pencemar.
Pembakaran arang batu yang tidak terkawal juga boleh mengakibatkan pencemaran udara
berlaku dan menjejaskan alam sekitar seperti hidupan, haiwan serta tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya adalah berkaitan dengan pencemaran sekunder. Pencemaran sekunder terjadi dari
hasil tindak balas sulfur dioksida yang tergabung dengan membentuk gas-gas yang tidak
diperlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida serta wap
air yang akan menghasilkan asid sulfuric.

3.0 BAHAGIAN B : VIDEO GCED DAN VIDEO PENCEMARAN UDARA

3.1 VIDEO GCED

4
OUMH1063

Link video GCED


https://www.youtube.com/watch?v=ziAo5YNI394

Link tersebut pula adalah sebuah video yang membincangkan tentang 3 Dimensi
Konsep Utama berkaitan dengan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).

Pada permulaan video tersebut membincangkan tentang teori belajar kognitif.


Perkembangan kognitif merupakan perubahan kemampuan berfikir atau intelektual.
Seterusnya, menerangkan tentang teori belajar Piaget. Piaget berpendapat bahwa anak
membangun sendiri pengetahuannya dari pengalamannya sendiri dengan lingkungan.Selain
itu, teori belajar wgotsky. Inti teori wgotsky adalah menekankan interaksi antara “internal”
dan “eksternal” dari pembelajaran dan penekanannya pada lingkungan sosial pembelajaran.
Terdapat juga tokoh-tokoh kognitif yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Menurut Jean Piaget (1975), bahwa proses belajar sebenarnya terdiri daripada tiga
tahap yakni asimitasi, akomodasi, dan equilibrasi (penyeimbangan). Empat tahap
perkembangan kognitif adalah tahap sensory-motor, tahap pre-operational, tahap concrete-
operational dan tahap formal-operational.

Menurut Ausubel (1968), siswa akan belajar dengan baik jika yang disebut “pengatur
kemajuan (belajar)” (advance organizers) didefinisikan dan dipresentasikan dengan baik dan
tepat kepada siswa. Free discovery learning (J.Bruner) proses belajar dengan baik dan kreatif
jika guru memberi kesempatan pada siswa untuk menemukan suatu aturan (termasuk konsep,
teori, definisi, dan sebagainya) melalui contoh-contoh yang menggambarkan mewakili aturan
yang menjadi sumbernya. Teori pengolahan informasi pula terbahagi kepada dua iaitu
memori jangka pendek adalah memori yang disimpan dimana informasi untuk pertama
kalinya memiliki erti. Seterusnya, memori jangka panjang adalah bahagian dari sistem
memori seseorang menyimpan informasi untuk periode waktu yang lama.

Emosi adalah perkataan yang berasal dari Greek “emovere” yang bermaksud untuk
keluar iaitu meluahkan perasaan. Kepentingan mengurus emosi adalah dengan
berkomunikasi, membuat keputusan, kebahagiaan, kesatuan dan meramal tingkahlaku. Emosi
utama yang sering kali terjadi adalah seperti gembira, sedih, marah, takut, ingin tahu dan
malu. Komponen emosi pula adalah dengan memahami dan mengenali emosi sendiri,
mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan
menghadapi cabaran hidup. Terakhir adalah tingkah laku. Teori behavioris diperkenalkan
oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat
bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Ujian ini bersifat
sebagai satu usaha yang dapat mengubah tingkah laku orang agar menjadi lebih baik.
Perubahan yang berlaku ini dikenali sebagai pembelajaran. Pembelajaran terbahagi kepada
dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Aplikasi teori behavioris seperti yang

5
OUMH1063

terdapat dalam Rizq Islamic School (Tadika) dan Taska Anak Permata. Aplikasi teori
behavioris dalam kalangan kanak-kanak yang dijalankan di taska dan tadika adalah seperti
amalan peneguhan positif. Konsep pula adalah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan. Salah satu
bentuk motivasi dalam bilik darjah. Penerangan diatas dibuat setelah menonton video tentang
3 dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED). Manakala,
link di bawah pula adalah berkaitan dengan video isu pencemaran udara.

3.2 VIDEO TENTANG PENCEMARAN UDARA


Link Pencemaran Udara
https://youtube/bdaj9GGNGzY

6
OUMH1063

Udara adalah campuran daripada beberapa jenis gas iaitu Nitrogen(78%),


Oksigen(21%), Karbon dioksida(0.03%), beserta dengan gas-gas nadir(0.97%) seperti
helium, argon, neon, xenon dan krypton. Bahan pencemar yang terdapat di dalam udara
adalah terdiri daripada bahan yang terkandung dalam asap kenderaan, asap kilang dan juga
dari aktiviti pembakaran terbuka.

Sumber pencemaran udara adalah terdiri daripada dua kategori iaitu sumber buatan
manusia dan sumber semula jadi. Sumber buatan manusia adalah seperti sumber pegun
termasuklah asap loji kuasa, asap kilang dan sisa insinerator. Selain itu, sumber bergerak
seperti kenderaan bermotor, kapal laut dan pesawat. Seterusnya, asap dari semburan cat dan
rambut, varnish, semburan aerosol dan pelarut lain serta sisa pemendapan di tapak pelupusan
sampah yang menghasilkan metana juga merupakan punca pencemaran udara. Metana adalah
gas yang sangat mudah untuk terbakar. Manakala, sumber semula jadi pula adalah seperti
aktiviti gunung berapi yang menghasilkan sulfur klorin zarah dan abu. Selain itu, asap dan
karbon monoksida berpunca daripada pembakaran hutan. Seterusnya adalah metana yang
dipancarkan oleh pencernaan makanan seperti haiwan contohnya lembu.

Pencemaran udara akan memberi kesan kepada alam sekitar, benda hidup dan juga
kepada negara. Kesan kepada alam sekitar adalah seperti pembebasan asap dari kilang, eksos
kenderaan dan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya jerebu.Karbon
dioksida yang berlebihan juga akan menyebabkan terjadinya kesan rumah hijau.
Kluofluorokarbon yang berlebihan pula boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Gas
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan menyebabkan hujan asid. Selain itu, kesan kepada
benda hidup adalah seperti kesihatan manusia akan terjejas. Sebagai contohnya, kesesakan
nafas. Karbon monoksida pula menyebabkan sakit kepala, kerencatan akal dan boleh
membawa maut. Pencemaran udara terhadap negara juga boleh menjejaskan kegiatan
ekonomi disebabkan ramai peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan akibat jerebu
yang teruk.

Langkah untuk mencegah pencemaran udara adalah dengan mengenakan denda


kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka. Menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta serta menggunakan teknologi
kenderaan hibrid. Mengenakan denda kepada perokok yang merokok di kawasan larangan
serta mengadakan kempen anti rokok.

Penerangan di atas dibuat berdasarkan video yang telah ditonton melalui link tersebut.
Dapatlah kita mengkaji serba sedikit isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti
pencemaran udara melalui video tersebut.

7
OUMH1063

Rajah 3.1.1 Pencemaran Udara


https://images.app.goo.gl/6oPqU1EBwsnnpkTd7

Animasi dalam rajah diatas merupakan animasi yang berkaitan dengan gambaran
mengenai isu pencemaran udara. Dengan adanya animasi tersebut, dapatlah kita lihat keadaan
bumi apabila dilanda dengan pencemaran udara.

Dalam penerangan di atas, ada satu punca pencemaran iaitu daripada asap kenderaan.
Asap kenderaan yang bebas ke udara boleh menyebabkan udara tercemar. Apabila udara
tercemar, hidupan lain di bumi juga turut terkesan dengan udara tersebut seperti manusia,
haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Pelbagai penyakit yang akan melanda manusia yang
terjejas disebabkan menghirup udara yang kotor dan penuh dengan bahan pencemar.

Lapisan ozon wujud sebagai satu lapisan di stratosfera yang menyelubungi atmosfera
dan bertindak sebagai penyerap sinaran UV daripada matahari. Tanpa lapisan ozon manusia
dan semua hidupan di bumi terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada
sinaran UV. Penipisan lapisan ozon boleh meningkatkan masalah kesihatan manusia dan
kesannya terhadap alam sekitar.

Pencemaran udara juga berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran
terbuka, ekzos kapal terbang dan asap dari perindustrian. Pencemara udara akan berlaku

8
OUMH1063

apabila terjadinya letusan gunung, gas metana dari ladang. Pencemaran udara juga adalah
disebabkan oleh jerebu. Kegagalan manusia mengurus alam sekitar sekitar dengan baik
dilihat sebagai antara faktor terutama berlakunya pencemaran udara yang serius seperti
jerebu. Dalam faktor cuaca pula aktiviti pembakaran hutan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab memburukkan lagi kualiti udara dan menyebabkan pencemaran.

Menurut Nurul Huda Husain (2020), pendedahan kepada sinaran UV secara


berlebihan boleh mengakibatkan penyakit berbahaya seperti barah kulit, sakit mata dan
melemahkan sistem ketahanan badan selain memberi kesan terhadap rantaian makanan dan
seterusnya menganggu ekosistem bumi.

4.0 BAGAIMANA 3 KONSEP UTAMA PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN


GLOBAL DAPAT MEMBERIKAN FAEDAH KEPADA MASYARAKAT DAN
MENYELESAIKAN ALAM SEKITAR.

9
OUMH1063

Terdapat tiga konsep utama dalam pendidikan kewarganegaraan global iaitu tingkah
laku, emosi dan kongnitif. Menurut Furlong, Whiple, Sean, Simental, Soliz, dan Punthuna
(2003), penglibatan tingkah laku bermaksud penglibatan atau penyertaan pelajar di sekolah
atau aktiviti sosial, membuat kerja dan mengikut peraturan sekolah. Dalam kaedah tingkah
laku, untuk menyelesaikan isu alam sekitar adalah dengan melatih para pelajar untuk terus
menjaga keharmonian alam sekitar. Tugas ini dilakukan oleh guru-guru dan juga ibu bapa
dengan menunjukkan tingkah laku yang baik seperti menjadikan mereka contoh kepada anak-
anak yang juga bergelar pelajar untuk sentiasa lebih peka dengan terhadap isu alam sekitar.
Hal ini adalah kerana penjagaan alam sekitar amat penting dan sebagai rakyat yang
bertanggungjawablah seharunya sentiasa peka terhadap alam sekitar. Sebagai masyarakat,
sudah pastinya menginginkan sebuah persekitaran yang bersih, aman dan selesa. Terdapat
beberapa manfaat yang terdapat dalam tingkah laku yang berkaitan dengan GCED.

Antara manfaat yang terdapat dalam tingkah laku adalah dari aspek isu alam sekitar,
tingkah laku amatlah penting kerana dapat mengubah masyarakat untuk bersama-sama dalam
memelihara alam sekitar agar ketenangan dalam sesebuah negara dapat dirasakan. Dengan
ini, guru-guru dan individu yang bergelar ibu bapa juga dapat melatih anak-anak mereka
dengan menunjukkan tingkah laku yang baik dalam memelihara alam sekitar.

Emosi pula adalah dengan memahami dan mengenali emosi sendiri, mencapai emosi
yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan menghadapi cabaran hidup
cara mengatasi masalah tersebut adalah dengan memberi dorongan emosi yang positif. Alih
perhatian dan ajar cara untuk bertindak.

4.1 CARA-CARA MENYELESAIKAN ISU PENCEMARAN UDARA

Pelbagai usaha yang dijalankan untuk menyelesaikan isu pencemaran udara telah
dilakukan oleh pelbagai pihak kerajaan, pihak swasta dan juga masyarakat setempat. Antara

10
OUMH1063

cara-cara mengatasi pencemaran udara adalah dengan menghijaukan kawasan. Penanaman


pokok seperti pokok buah-buahan dan juga pokok-pokok bunga dapat mengurangkan
peningkatan suhu yang semakin membimbangkan. Kandungan karbon dioksida juga dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosentesis yang
terkandung di dalam pokok-pokok tersebut.

Selain itu, cara untuk mengurangkan isu pencemaran udara adalah pihak berwajib
perlu menghukum iaitu dengan memberikan denda kepada individu atau organisai yang telah
didapati bersalah jika terlibat dalam mencemarkan udara. Pihak berwajib seperti Kementerian
Sains dan Teknologi Alam Sekitar wajar mengeluarkan undang-undang yang sedia ada untuk
memberi hukuman kepada individu yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah
setimpal dengan kesalahan pihak terbabit yang mencemarkan udara. Walau bagaimanapun,
penguasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap pilih kasih. Individu yang
terlibat dengan isu pencemaran udara kebiasaannya tidak serik dengan hukuman yang
dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan tersebut jika hukuman yang dikenakan
terhadap mereka tidak terlalu ketat. Malahan ada yang sanggup membayar dengan kerana
mereka tahu bahawa denda yang dikenakan hanya sekali sahaja. Oleh itu, pihak berwajib
semestinya lebih tegas dalam memberikan hukuman terhadap individu yang melakukan
pencemaran agar kesalahan itu tidak di ulangi lagi.

Seterusnya, cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu pencemaran udara
adalah dengan menggunakan kenderaan elekrtik kerana kenderaan elektrik tidak
menggunakan sistem pembakaran yang melibatkan bahan pembakaran api fosil serta dapat
melakukan pencemaran udara secara drastik. Selain itu, untuk mengelakkan berlakunya
pencemaran udara masyarakat sekitar perlulah berhenti untuk menggunakan penyembur
aerosol yang mengandungi gas CLC iaitu klorofluorokarbon kerana gas ini boleh menipiskan
lapisan ozon yang juga dapat menyebabkan kesan rumah hijau. Sebagai individu yang
bertanggungjawab juga harus lah mula menggunakan tenaga alternative seperti tenaga suria,
tenaga biomas dan lain-lain. Tenaga alternative boleh didapati melalui mesin-mesin yang
menjana tenaga tersebut.

Dalam menyelesaikan isu pencemaran juga cara yang dapat diambil adalah seperti
memasang cerobong tinggi supaya asap gas toksik dapat dibebaskan pada aras atmosfera
yang tinggi. Dapat memasang pemendak elekrostatik pada cerobong untuk menarik zarah-
zarah bahan pencemar daripada asap sebelum asap tersebut dibebaskan. Menapis asap
sebelum dibebaskan dan bahan buangan toksik harus dirawat supaya tidak beracun sebelum
dibuangkan. Sisa bahan radioaktif pula haruslah disimpan dalam bekas plumbum tebal atau
konkrit. Air panas dari kilang atau janakuasa elektrik harus disejukkan dalam kolam sebelum
dialirkan ke sungai.

Akhir sekali, cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara adalah dengan
memasang pengubah bermangkin pada paip ekzos kenderaan. Alat ini dapat menukarkan

11
OUMH1063

karbon monoksida, nitrogen dioksida kepada karbon, air dan karbon dioksida. Menggunakan
petrol tanpa plumbum didalam udara yang boleh menyebabkan pencemaran.

5.0 KESIMPULAN

Dapat dirumuskan bahawa Pendidikan Kewarganegaraan Global ini masih belum


sepenuhnya mencapai objektif dalam menyelesaikan isu alam sekitar. Hal ini kerana, alam

12
OUMH1063

sekitar masih lagi tercemar disebabkan oleh pencemaran udara. Beberapa tindakan yang telah
diambil oleh pihak berwajib masih juga belum mendatangkan kepuasan bagi masyarakat.
Penjagaan alam sekitar amat penting untuk dititikberatkan oleh semua pihak. Walau
bagaimanapun, segala usaha yang telah diambil perlu sentiasa diamalkan bagi setiap
golongan masyarakat agar alam sekitar dapat terpelihara dengan baik.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

13
OUMH1063

Pertama sekali saya ingin panjatkan kalimah Alhamdulillah, syukur kepada Allah
s.w.t. kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya
iaitu Kemahiran Belajar Abad Ke-21 (OUMH1603) ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Walaupun pada mulanya saya menghadapi sedikit kesukaran kerana kekurangan


sumber rujukan, namun saya berusaha untuk mendapatkan serba sedikit sumber daripada
internet untuk dijadikan sebagai contoh untuk meneruskan penulisan tugasan saya. Melalui
sumber yang saya lihat dari internet, saya juga dapat memahami kehendak yang diminta
dalam soalan tugasan yang diberikan kepada saya.

Dengan adanya tugasan ini, saya dapat mempelajari isu-isu yang berkaitan dengan
GCED dan juga isu-isu alam sekitar. Saya juga dapat mencari sebuah video yang berkaitan
dengan GCED dan juga tentang isu alam sekitar seperti yang diminta di dalam tugasan saya.
Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan adanya tugasan ini kerana dapat
memberikan saya peluang untuk lebih focus terhadap isu-isu yang ada di dalam mahupun luar
negara.

Akhir sekali, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari dalam tugasan ini
antaranya ialah bagaimana untuk melakukan perbincangan secara kreatif dan kritis, apakah 3
dimensi utama pendidikan kewarganegaraan global, apakah isu yang berkaitan dengan
pencemaran udara dan jug acara-cara untuk menyelesaikan isu pencemaran udara.

7.0 RUJUKAN

14
OUMH1063

Ausubel, D.P. (1963) The psychology of meaningfull verbal Learning. Dicapai dari
http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/002248716301400220

Jean Piaget. (1975). Tahap perkembangan kognitif. Dicapai dari


https://www.slideshare.net/mobile/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget

Mohd Hamdan Adnan, Diana Demiyah Hamdan, Jurnal Komunikasi Borneo 2018 vol 6,
https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2013/11/Langkah-Proaktif-
Tangani-Jerebu.pdf

Najihah Aini Putek, Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar, 11 Februari 2014, di
akses pada 3 November 2020,
https://www.scribd.com/doc/206350898/Langkah-Mengatasi-Pencemaran-Alam-
Sekitar

Utusan Malaysia, Langkah Proaktif Tangani Masalah Jerebu, 29 Ogos 2013, di akses pada 3
November 2020,
https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2013/11/Langkah-Proaktif-
Tangani-Jerebu.pdf

15
OUMH1063

16