Anda di halaman 1dari 7

BIDANG : ADAB DAN AKHLAK

TEMA : SIFAT MAHMUDAH KSSR Pendidikan Islam Tahun 6


(ADAB TERHADAP ALAM 6.3 Merumus dan Mengamalkan Adab
Terhadap Alam Sekitar dalam
SEKITAR) Kehidupan Seharian
TAJUK : HARGAI ALAM SEKITAR

Eh.. Banyaknya sampah!


Kat sini ada sampah.. Kat sana ada sampah..
Kotornya!!
Ya Allah.. Tengok kat sana tu!
Sampah berlonggok-longgok!
Sampai berulat! Bau busuk!!!
Kenapa tak buang sampah ke dalam tong sampah ye?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

‫ول اْالَِمني‬
ِ ‫السالَم َعلى رس‬
ُ َ َ ُ َّ ‫ب الْ َعالَمني * َوالصَّاَل ةُ َو‬
ِ
ِ ِّ ‫هلل ر‬
َ ‫احْلَ ْم ُد‬.
‫ص ْحبِ ِه اَمْج َعِني‬ ‫و‬ ِِ‫وعلى اَل‬.
‫ه‬
َ َ َ ََ
Ha… Kawan-kawan kalau jumpa sampah di tengah jalan, apa yang kawan-
kawan akan lakukan?

Adakah kawan-kawan akan jalan terus dan buat-buat tak nampak.. Atau
kawan-kawan akan kutip sampah tersebut dan buangkan ke dalam tong
sampah?

Saya pernah nampak tau orang buat tak kisah je dengan sampah.
Selamba je jalan. Yang lebih teruk, siap sepak-sepak lagi sampah tersebut.
Itu belum lagi yang buang sampah dari dalam kereta ke jalan-jalan raya.
Dah makan sedap-sedap, sampah dicampak keluar melalui tingkap.
Tak patut… Tak patut…

Kalau ramai yang bersifat begini, kotorlah alam sekitar kita kawan-kawan!
Firman Allah SWT :

1
Maksudnya : Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
Surah ar-Rum, ayat 40.

Berdasarkan ayat al-Quran tadi, benarlah segala kerosakan alam sekitar kita,
sebenarnya disebabkan oleh diri kita sendiri kan kawan-kawan?

Andai bumi bisa merintih ( SAJAK )


Pasti mengalir air matanya
Betapa dirinya dirobek..
Pohonnya ditebang..
Bukitnya ditarah..
Tanpa sekelumit belas
Asap kotor menyerang ruang udaranya
Sampah-sarap memenuhi laut dan sungainya
Semuanya angkara tangan-tangan manusia

Ya.. Kenapa kita memandang remeh tentang perkara menjaga kebersihan


alam sekitar. Sedangkan Islam amat menitik beratkan akan hal ini?

Menurut statistik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan


Awam, rakyat Malaysia membuang sebanyak 7 986.47 tan sampah sehari dan
40% daripadanya adalah sisa makanan.
Subhanallah… Banyak tu kawan-kawan!
Banyak sungguh pembaziran yang berlaku.

Apabila alam sekitar kita kotor… Banyak perkara buruk yang akan berlaku.
Pencemaran udara.. Pencemaran sungai.. Wabak penyakit…
Kawan-kawan nak ke pakai topeng kesihatan setiap hari?
Hirup udara yang tidak bersih setiap hari?

Ya Allah… Selamatkan bumi kami.


Selamatkanlah alam sekitar kami.
Wariskanlah kepada kami alam sekitar yang bersih dan selamat untuk
diduduki.

2
Oleh itu kawan-kawan…
Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar yang kita diami ini.
Buang sampah ke dalam tong sampah. Amalkan kitar semula dan gaya hidup
yang sihat. Barulah alam sekitar kita bersih, segar dan indah!

Indah permai bumi kita ( NASYID )


Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir

Oleh itu hai kawan


Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai

(INDAH BUMI KITA : MIRWANA)


https://www.youtube.com/watch?v=8IsG7tm8lW8

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3
PERINCIAN TEKS DAIE CILIK
BIDANG : ADAB DAN AKHLAK
TEMA : SIFAT MAHMUDAH
( ADAB TERHADAP ALAM SEKITAR )
KSSR Pendidikan Islam Tahun 6
6.3 Merumus dan Mengamalkan Adab Terhadap Alam Sekitar
dalam Kehidupan Seharian
TAJUK : HARGAI ALAM SEKITAR

Eh.. Banyaknya sampah! Kemahiran


Kat sini ada sampah.. Kat sana ada sampah.. Berlakon
Kotornya!!
Ya Allah.. Tengok kat sana tu!
Sampah berlonggok-longgok!
Sampai berulat! Bau busuk!!!
Kenapa tak buang sampah ke dalam tong sampah ye?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam


ِ ‫السالَم َعلى رس‬
‫ول‬ َّ ‫و‬ ‫ة‬
ُ ‫الص‬
‫َّاَل‬ ‫و‬ * ‫ني‬ ِ َ‫ب الْعال‬
‫م‬ ِّ ‫ر‬ ِ ‫احْل م ُد‬
‫هلل‬
ََُ ُ َ َ َ َ َْ Hamdalah

‫اْالَِمني‬.
‫ص ْحبِ ِه اَمْج َعِني‬ ‫و‬ ِِ‫وعلى اَل‬.
‫ه‬
َ َ َ ََ

Ha… Kawan-kawan kalau jumpa sampah di tengah jalan, apa Isi Utama
yang kawan-kawan akan lakukan?
Kemahiran
Adakah kawan-kawan akan jalan terus dan buat-buat tak Bersyarah
nampak.. Atau kawan-kawan akan kutip sampah tersebut dan
buangkan ke dalam tong sampah?

Saya pernah nampak tau orang buat tak kisah je dengan Pengalaman
sampah. Selamba je jalan. Yang lebih teruk, siap sepak-sepak
lagi sampah tersebut.

4
Itu belum lagi yang buang sampah dari dalam kereta ke jalan-
jalan raya. Dah makan sedap-sedap, sampah dicampak keluar
melalui tingkap. Tak patut… Tak patut…

Kalau ramai yang bersifat begini, kotorlah alam sekitar kita


kawan-kawan!

Kemahiran
Firman Allah SWT : Bertaranum

Dalil

Maksudnya : Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala Terjemahan


bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
Surah ar-Rum, ayat 40. Sumber

Berdasarkan ayat al-Quran tadi, benarlah segala kerosakan Kupasan


alam sekitar kita, sebenarnya disebabkan oleh diri kita sendiri Dalil
kan kawan-kawan?

Andai bumi bisa merintih Kemahiran


Pasti mengalir air matanya Bersajak
Betapa dirinya dirobek..
Pohonnya ditebang..
Bukitnya ditarah..
Tanpa sekelumit belas
Asap kotor menyerang ruang udaranya
Sampah-sarap memenuhi laut dan sungainya
Semuanya angkara tangan-tangan manusia

Ya.. Kenapa kita memandang remeh tentang perkara menjaga


kebersihan alam sekitar. Sedangkan Islam amat menitik Analogi
beratkan akan hal ini?

5
Menurut statistik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam, rakyat Malaysia membuang sebanyak 7 Data
986.47 tan sampah sehari dan 40% daripadanya adalah sisa
makanan.
Subhanallah… Banyak tu kawan-kawan!
Banyak sungguh pembaziran yang berlaku.

Apabila alam sekitar kita kotor… Banyak perkara buruk yang Pengajaran
akan berlaku. Pencemaran udara.. Pencemaran sungai..
Wabak penyakit…

Kawan-kawan nak ke pakai topeng kesihatan setiap hari?


Hirup udara yang tidak bersih setiap hari?

Ya Allah… Selamatkan bumi kami. Selamatkanlah alam sekitar


kami. Wariskanlah kepada kami alam sekitar yang bersih dan
selamat untuk diduduki.

Oleh itu kawan-kawan… Pengajaran


Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar
yang kita diami ini. Buang sampah ke dalam tong sampah.
Amalkan kitar semula dan gaya hidup yang sihat. Barulah
alam sekitar kita bersih, segar dan indah!

Indah permai bumi kita


Aman sentosa sejahtera Kemahiran
Lihat sungai yang mengalir Bernasyid
Deru ombak yang mendesir

Oleh itu hai kawan Kesimpulan


Bersama kita pastikan Penutup
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai

Sekian. Salam
Wabillahit taufiq wal hidayah. Penutup
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

6
7

Anda mungkin juga menyukai