Anda di halaman 1dari 6

TAJUK FORUM - PENDISIPLINAN PELAJAR-TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Moderator (Honnigger Krishen): Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada warga dewan sekalian. Pada petang yang indah ini kita dapat bertemu kembali
dalam gelanggang forum remaja bersama saya moderator anda pada hari ini Honniger
Krishen. Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita pada hari ini, kita sedia maklum bahawa dewasa ini masalah disiplin dalam
kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan
semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika perkara
ini ingin diselesaikan.

Persoalan dan kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu
kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi
masalah disiplin pelajar.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam. Terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli
panel yang pertama saudari Edlyen Pilus yang merupakan seorang Pengetus di Kolej
Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri. Apa khabar saudara?

Panel pertama (Edlyen Pilus): Khabar baik.

Moderator (Honnigger Krishen): Seterusnya ahli panel kita yang kedua, yang sedang
tersenyum manis saudari Wong Su Mei yang merupakan seorang pengarah di
Universiti Malaysia Sarawak. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak
pemalu tetapi bijak berkata-kata Saudari Tina Low Tian Sim yang merupakan seorang
pengetua di SMK Bingkor. Selamat datang juga buat saudari.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.

Panel pertama (Edlyen Pilus): Terima kasih kepada moderator kita yang membawa
rasional. Terlebih dahulu yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi
intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin sekalian.
Pada pendapat saya, tanggungjawab dan displin tidak dapat dipisahkan dan sudah
semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan individu,
pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting dalam
menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di tonjolkan.
Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukkan disiplin.

Moderator (Honnigger Krishen): Terima kasih kepada panel pertama kita atas
lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan
bahawa disiplin dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang maksimum. Justeru saya ingin menanyakan persoalan seterusnya
kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar agar
kecemerlangan secara holistik dapat dicapai?

Panel kedua (Wong Su Mei): Soalan yang amat menarik daripada moderator kita pada
hari ini. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga suasana sekolah dan keadaan
persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang
ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan
permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu
bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat engan guru-guru di sekolah.
Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para pelajar dengan pihak sekolah perlu
diadakan sekerap yang boleh. Perkara ini amat penting kerana perkara ini boleh
menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah.

Moderator (Honnigger Krishen): Terima kasih atas pandangan yang sangat bernas
sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi, bersuluh bahawa sebenarnya terdapat
banyak asas pendisiplinan yang boleh dimplementasikan untuk mengawal disiplin
pelajar di sekolah. Dua orang panel kita tadi menerangkan tentang konsep
tanggunjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang asas-
asas pendisiplinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang
persoalan ‘pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa’? Dipersilakan.

Panel ketiga (Tina Low): Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk
berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum,
isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering
diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus utama media massa. Buktinya pada 5
ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat
dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulang-kali secara
bergilir-gilir telah disiarkan di buletin utama 1.30. Hadirin sekalian dengarkanlah pantun
ini.

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun empat kerat ini membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang
betul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia
begitu sahaja.

Moderator (Honnigger Krishen): Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita


yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi
mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa kini. Tetapi saya ingin
ringkaskan tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang
bertanggngjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di sekolah? Saya persilakan panel
yang pertama untuk memberi sedikit ulasan.

Panel pertama (Edlyen Pilus): Terima kasih kepada moderator atas persoalan yang
diujarkan. Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam
mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat
penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Hal ini
disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak geri atau
pergerakkan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam
kandungan lagi. Ibu bapa perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi dan melatih anak untuk bersopan. ibu bapa perlu
menjadi role model kepada anak-anak agar mereka tidak kehilangan arah.

Moderator (Honnigger Krishen): Sungguh hebat kata-kata atau pendapat yang


diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Diharapkan agar hal ini menjadi pegangan dan
panduan kepada golngan ibu bapa. Sekarang kita dengar pula pendapat panel yang
kedual.

Panel kedua (Wong Su Mei): Terima kasih saudari pengerusi. Pada pandangan saya,
pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah pembimbing
rakan sebaya (PRS). Hal ini berlaku demikian kerana, dari sudut psikologi, peringkat
remaja paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah pengaruh
rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan
mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa
lain. Oleh itu, PRS ini dapat membantu untuk mendisiplinkan pelajar.

Moderator (Honnigger Krishen): Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh
panel kita yang kedua. Seterusnya persoalan yang terakhir untuk panel yang ketiga
yang masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang
tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pelajar di
sekolah pada hari ini?

Panel ketiga (Tina Low): Terima kasih kepada saudara moderator. Baiklah, pihak yang
memegang tanggungjawab yang penting dalam mendisiplinkan atau memanusiakan
insan pelajar di sekolah ialah golongan ibu bapa, guru-guru, pihak berwajib dan
masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusya melakukan anjakan paradigma dengan
lebih berfikiran positif, menerima kelemahan anak-anak mereka dan bersangka baik
dengan guru-guru di sekolah. Sekiranya hal ini dapat diwujudkan sudah tentu masalah
disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi kerana hanya dengan kerjasama
akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Moderator (Honnigger Krishen): Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga panel
kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Semoga apa-
apa yang kita dapat hari ini bukan sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Nampaknya masa amat mencemburui kita. kesimpulannya, perkara yang berkaitan
dengan masalah ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang dipandang remeh.
Oleh itu, setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini
daripada terus menjadi barah.
RUJUKAN

Pendisiplin Pelajar. Dicapai pada 11 November 2019.

https://qcikgubm.blogspot.com/2013/04/forum-pendisiplinan-pelajar.html

Pendisiplin Pelajar. Dicapai pada 11 November 2019.

https://dokumen.tips/documents/contoh-teks-forum-remaja-55b078a1ca629.html

Sahsiah Peribadi Pelajar. Dicapai pada 11 November 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/28641

Anda mungkin juga menyukai