Anda di halaman 1dari 16

DRAMA:

MAWAR BERDURI

SELIMUTKAN AKU DARI DERITA

MUHAMMAD SAIFULLAH BIN JAIRUNAZMAN


STRUKTUR DRAMATIK

Laila berjaya diubati dan Pak


Khadam mengatakan bahawa Laila
telah disihir oleh seseorang
Laila jatuh sakit yang teruk.
Badannya menjadi lebam. Ibu
Tanjung ditangkap oleh Manja
jarinya bengkak dan sehingga
dia memuntahkan darah pekat
ketika ingin menanam sesuatu
dari rongga mulutnya. Manja
yang menyedari segera PLOT di luar rumah Laila. Barulah
memanggil Pak Khadam
Laila, seorang wanita yang Laila mengetahui bahawa
mempunyai dua orang sahabat
selama ini Tanjung yang
karib, Kalsom dan Tanjung
selalu menemaninya ketika menyihir Laila dek
Kelama, suami Laila pergi
belayar di laut. Laila mempunyai kecemburuan dirinya terhadap
seorang anak perempuan yang
bernama Manja. Laila kerana berkahwin dengan

Kelama. Tanjung kecewa

kerana gagal menjadi isteri

Kelama kerana adat keluarga

RANGKA CERITA mereka berdua pada masa

dahulu. Tanjung ingin


PERMULAAN
menuntut cinta Kelama
Mengisahkan seorang wanita yang mempunyai dua orang sahabat karib, Kalsom dan Tanjung
padanya kembali namun ia
selalu menemaninya ketika Kelama, suami Laila pergi belayar di laut. Laila mempunyai
sudah terlambat. Tanjung
seorang anak perempuan yang bernama Manja. Mereka merupakan keluarga yang bahagia
memohon ampun kepada Laila
dan disenangi oleh semua penduduk Kampung Air Mata Duyong.
dan Laila memaafkan dia. Lalu

PERTENGAHAN/KONFLIK mereka bertiga masih

bersahabat baik.
Laila mengalami sakit yang semakin melarat dan teruk. Badan Laila menjadi bengkak dan

Laila terdengar suara yang selalu menjengah fikiran. Sehingga Laila memuntahkan darah

pekat daripada rongga mulutnya. Manja yang menyedari segera memanggil Pak Khadam.

PERLERAIAN

Laila berjaya diubati. Namun, Pak Khadam mengatakan bahawa Laila telah disihir oleh

seseorang. Semasa Laila dan Pak Khadam sedang berbicara akan hal itu, Tanjung ditangkap

oleh Manja kerana terbongkar perbuatannya semasa ingin menanam sesuatu diluar rumah

Laila. Barulah Laila mengetahui bahawa selama ini Tanjung yang menyihir Laila dek

kecemburuan dirinya terhadap Laila kerana berkahwin dengan Kelama. Tanjung kecewa

kerana gagal menjadi isteri Kelama kerana adat keluarga mereka berdua pada masa dahulu.

Tanjung ingin menuntut cinta Kelama padanya kembali namun ia sudah terlambat. Tanjung

memohon ampun kepada Laila dan Laila memaafkan dia. Lalu mereka bertiga masih

bersahabat baik.

SINOPSIS:

Mengisahkan seorang wanita, Laila, yang mempunyai dua sahabat karib iaitu Kalsom

dan Tanjung. Persahabatan mereka kian rapat sejak ketiadaan Kelama, suami Laila, yang

sering belayar di laut. Laila mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manja.

Mereka merupakan keluarga yang bahagia dan disenangi oleh semua penduduk Kampung Air

Mata Duyong. Namun, Laila mengalami sakit yang semakin melarat dan teruk. Badan Laila

menjadi bengkak dan Laila sering terdengar suara yang selalu menjengah fikirannya.
Sehingga Laila memuntahkan darah pekat daripada rongga mulutnya. Manja yang menyedari

segera memanggil Pak Khadam. Kedatangan Pak Khadam bagai menutup tirai penderitaan

Laila. Laila berjaya diubati. Namun, Pak Khadam mengatakan bahawa Laila telah disihir oleh

seseorang. Semasa Laila dan Pak Khadam sedang berbicara akan hal itu, Tanjung ditangkap

oleh Manja kerana terbongkar perbuatannya semasa ingin menanam sesuatu diluar rumah

Laila. Barulah Laila mengetahui bahawa selama ini Tanjung yang menyihir Laila dek

kecemburuan dirinya terhadap Laila kerana berkahwin dengan Kelama. Tanjung kecewa

kerana gagal menjadi isteri Kelama kerana adat keluarga mereka berdua pada masa dahulu.

Tanjung ingin menuntut cinta Kelama padanya kembali namun ia sudah terlambat. Tanjung

memohon ampun kepada Laila dan Laila memaafkan dia. Lalu mereka bertiga masih

bersahabat baik.

WATAK DAN PERWATAKAN:

LAILA- Seorang yang wanita yang mempunyai mempunyai dua sahabat karib yang bernama

Kalsom dan Tanjung. Seorang yang berumur 34 dan mempunyai suami dan seorang

anak perempuan. Berkulit putih dan baik hati serta mempercayai sahabat baiknya.

KALSOM- Seorang wanita yang ikhlas berkawan bersama Laila dan Tanjung. Seorang yang
baik hati dan prihatin akan sahabat baiknya. Berumur 32 tahun dan berkulit sawo

matang.

TANJUNG- Seorang wanita yang menyimpan dendam terhadap Laila atas cemburunya

terhadap perkahwinan Laila dan Kelama. Berkulit sawa matang dan tidak berhati

perut serta menyekutukan Tuhan demi matlamat yang diingini.

MANJA- Seorang gadis yang berumur 12 tahun dan berkulit putih. Seorang yang sayang

akan

ibunya, Laila. Seorang yang bijak dan mendengar kata.

PAK KHADAM- Seorang lelaki yang berumur 52 tahun. Seorang yang alim dan warak. Suka

membantu penduduk kampung. Seorang yang berkulit sawo matang.

MAWAR BERDURI
MUHAMMAD SAIFULLAH BIN JAIRUNAZMAN

BABAK 1

ADEGAN 1

MASA: Waktu Malam. 10 malam.


TEMPAT: Di Rumah Laila.

Lampu dibuka. Kelihatan keadaan rumah kayu yang mempunyai meja kayu dan sofa

ditengah pentas. Terdapat pasu-pasu bunga di sudut kanan dan kiri pentas dan radio yang

diletak diatas meja kayu di sudut kanan pentas. LAILA masuk ke dalam pentas dalam

keadaan kusut sambil membawa bakul yang berisi pakaian. LAILA duduk di sofa sambil

melipat kain yang dikeluarkan daripada bakul yang dibawa.

LAILA: Sakit aku makin menjadi-jadi. Entah sampai bila aku hidup? Atau aku sudah nak

mati?

Allahuakbar! Bantu aku Ya Allah!

(MANJA masuk dalam keadaan risau akan LAILA lalu duduk disebelah LAILA)

MANJA: Mak dah makan? Manja ada buatkan nasi sayur keladi untuk mak. Mak jamahlah

sikit. (Memujuk)

LAILA: Selera mak dah hilang, Manja. (Batuk kecil) Manja, abah kau dah pergi belayar di

laut?

MANJA: Sudah mak. Risau benar abah pada mak. Kalau bukan mak yang suruh, pasti abah

takkan ke laut malam ni.

LAILA: Sudah tugasnya, Manja. (Batuk kecil yang semakin kedengaran kuat.) Takkan mak

nak menyusahkan abah.

MANJA: Mak, Manja fikir, sakit mak makin teruk. Manja tak nak mak sakit lagi. Kita pergi

berubat?

LAILA: Mak tak mau, Laila. Mak dah penat nak kesana, kesini, namun hasilnya tiada. Tiada
gunanya lagi Manja. Biarlah mak habiskan sisa hidup mak di rumah kayu ini.

MANJA: Mak, Laila tak nak mak tanggung derita ni. (Sedih) Kita pergi berubat, mak?

LAILA: Mak tak mau, Manja. (Marah) Jangan paksa mak! (Bangun sambil membawa bakul

yang berisi pakaian yang dilipat lalu keluar dari pentas)

MANJA: Mak! Mak, dengar cakap Manja dulu. Mak! (Sedih) Kenapa mak mula berubah?

Mana mak aku yang lembut dan selalu membelai aku? Mak mula berubah jadi panas

baran lepas dia ditimpa sakit. Aku kena tolong mak dari sakit dia!

(MANJA terdengar suara memberi salam di luar rumah. Muncul KALSOM dan TANJUNG

masuk ke dalam rumah.)

MANJA: (Senyum) Oh, Cik Kalsom! Cik Tanjung! Lama tak jumpa. Datang ke sini nak

jumpa

mak ke? Ke nak jumpa abah? Kalau nak jumpa abah, abah dah pergi kerja.

(Mengusik)

KALSOM: (Senyum) Banyak kau lama tak jumpa! Semalam baru kita bertemu sudah lupa?

MANJA: Ingat Cik Kalsom. Saya saja bergurau.

TANJUNG: Bergurau senda, gelak ketawa. Macam tu ke Manja? Cik Tanjung dan Cik

Kalsom

datang ke sini sebab nak jumpa mak kau. Kalau sekadar nak jumpa Kelama, memang

sampai Cik Kalsom kau ni jadi anak dara tua pun, betul tentu dapat bertemu lagi.

(Ketawa)
MANJA: Sekejap Cik Tanjung. Cik Kalsom. Manja panggilkan mak di dapur. (Berjalan

keluar

pentas)

KALSOM: Amboi kau Tanjung. Bila mengata aku tak kira aku duduk sebelah ke? Depan

ke? Belakang ke? Atas ke? Menembak sahaja terus! (Marah)

TANJUNG: Maaflah Kalsom. Aku tersasul tadi. (Memujuk)

KALSOM: Kau ingat senang-senang saja aku maafkan. Malu tau aku!

(LAILA muncul mendekati KALSOM dan TANJUNG)

LAILA: Kalsom, Tanjung. Apa yang dibising dari tadi? Riuh aku dengar.

KALSOM: Tanjung! Ada dia mengutuk aku depan anak kau, Manja. Malu aku!

LAILA: Sabarlah Kalsom. Perangai Tanjung kan memang macam tu dari dulu lagi.

KALSOM: Memanglah. Tapi aku malu!

(LAILA, TANJUNG, dan KALSOM berjalan ke tengah pentas dan duduk di sofa.)

TANJUNG: Aku minta maaflah, Kalsom. Aku janji tak kutuk kau lagi.

KALSOM: Yelah tu Tanjung! (Marah)

LAILA: Tanjung, Kalsom. Aku gembira sangat kamu berdua sanggup jenguk aku. Bila aku

sengsara kamu berdua pasti ada.

KALSOM: Laila, kami hanya menyokong dan beri kau semangat sahaja. Yang menjaga kau,

yang layan kau, semuanya anak kau, Manja dan suami kau, Kelama.

TANJUNG: Aku sedih Laila. Kau sakit macam ni. Kau macam bukan Laila yang dulu. Laila
yang periang. Laila yang ceria. Sekarang, kau macam tak terurus.

KALSOM: Betul kata Tanjung. (Membetulkan kedudukan) Laila, kau sakit apa? Aku tengok

kau makin lain. Muka kau pucat. Mata kau sembap. Kenapa ada lebam-lebam pada

badan kau Laila? Kelama ada buat apa-apa ke? Dia pukul kau ke?

LAILA: Astaghfirullah! (Marah) Kalsom, apa kau merepek ni? Jangan dicakap benda begitu.

Tersebar khabar-khabar angin ini bagaimana? Apa kau sudah gila?

KALSOM: Maaf Laila. (Takut) Aku terlepas kata. Aku cuma risau akan kau.

LAILA: (Sedih) Sudah takdir aku tertulis begini. Tiada sesiapa yang mampu ‘keluarkan’ aku

dari lembah derita ini.

TANJUNG: Laila, aku sedih lihat kau macam ni. Kami akan bantu kau, Laila! Kami akan

tolong kau, Laila! Itu janji kami, Laila.

LAILA: Tak terbalas jasa aku atas segala kebahagiaan yang kamu berdua berikan. Jangan

ditambahkan budi yang perlu aku tanggung.

KALSOM: Kami ikhlas Laila. Kami akan bantu kau berubat.

LAILA: Terima kasih Kalsom. Terima kasih Tanjung kerana saggup melayan segala karenah

aku selama ini.

TANJUNG: Kalsom, mulut aku mula rasa pahitlah. Teringin nak makan buah kundang.

(Senyum kepada KALSOM) Kalsom, boleh kau teman aku belikan buah kundang?

KALSOM: Hish! Dah macam mengandung pula kau, Tanjung. (Marah)

TANJUNG: Bolehlah Kalsom. Tak kasihankah kau pada aku? (Merajuk)


KALSOM: Yelah! Aku temankan kau.

TANJUNG: Terima kasih Kalsom! (Memandang LAILA) Laila, kami balik dulu.

KALSOM: Laila, aku dan Tanjung balik dulu. Entah angin apa, Tanjung mahukan buah

kundang malam-malam buta sebegini.

LAILA: (Senyum) Baiklah. Hati-hati Kalsom, Tanjung.

KALSOM: Baiklah.

(TANJUNG dan KALSOM berdiri lalu berjalan ke sudut kanan pentas dan keluar)

LAILA: (Memandang anggota badan yang lebam) Kenapalah aku ditakdirkan begini. Apa

khilaf yang aku buat? Ya Allah, bantulah aku. Bismillahilladzi laa yadhurru

ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’i wahuwas sami’ul alim.

(Kedengaran bunyi gamelan dimainkan. LAILA ketakutan.)

LAILA: Jangan ganggu aku! Celaka! Siapa kau? Siapa?! Apa kau nak dari aku?

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’i wahuwas

sami’ul alim. Berambus kau, syaitan!

(Bunyi gamelan hilang dan dimatikan. MANJA masuk dalam keadaan cemas.)

MANJA: (Mendekati LAILA) Mak, kenapa mak terpekik sebegini? Manja risau tengok mak

macam ni. (Cemas)

LAILA: Mak tak tahu, Manja. Mak tak tahu apa yang jadi pada mak. Mak dengar bunyi

gamelan yang tak tahu dari mana. Mak dah gila! Mak dah gila, Manja! (Menangis)

MANJA: Tak, mak tak gila. Mak cuma sakit.


LAILA: Tak! Tak! Tak! Mak gila, Manja. (Menjerit) Aku gila!

MANJA: Mak tunggu Manja panggilkan Pak Khadam. Insyaallah, dia boleh bantu mak.

(MANJA keluar dari pentas dengan keadaan tergesa-gesa)

LAILA: Manja, jangan tinggalkan mak. Jangan tinggalkan mak. Mak sakit Manja. Mak sakit.

(Menjerit) Siapa kau? Siapa?!!

(Lampu dimatikan secara perlahan-lahan)

ADEGAN 2

MASA: Waktu Malam. 2 pagi.

TEMPAT: Di Rumah Laila.

(Lampu dibuka secara perlahan-lahan. Kelihatan MANJA dan PAK KHADAM masuk ke

dalam pentas dalam keadaan tergesa-gesa sambil mendekati LAILA yang sudah terbaring

diatas lantai dalam keadaan kusut.)

MANJA: Pak Khadam, tolong mak saya! (Merayu)

PAK KHADAM: Manja, kenapa kau baru beritahu aku?! (Marah)

LAILA: (Memandang MANJA) Manja, tolong mak. (Memandang PAK KHADAM) Tolong

aku. Selimutkan aku dari derita!

MANJA: Mak! (Sedih) Mak kena kuat untuk lawan semua ni!

(PAK KHADAM berkumat-kamit membaca sesuatu dan dilafazkan ke arah LAILA)

PAK KHADAM: ALLâhu Lâ 'ilâha 'illâ Hu-Wal-Ĥayyul Qayyuum, Lâ Ta'-Khużuhuu Sina-


Tunw-Wa Lâ  Nawm, Lahuu Mâ Fis- Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ, Man-Żallażii

Yashfa-

‘U ‘indahuu 'illâ Bi-iżnih, Ya‘-Lamu Mâ Bayna 'Aydii-Him Wa Mâ Khalfahum, Wa

Lâ Yu-Ĥiiţuuna Bi-Shay-'im Min ‘il-Mihii 'illâ Bimâ Shâ', Wa-Si-‘A Kursiyyu-Hus-

Samâwâti Wal-'Arđ; Wa Lâ Ya-'Uudu-Huu Ĥifźu-Humâ Wa Huwal-‘Aliyuul-‘Aźiim.

(LAILA kesakitan lalu pitam)

MANJA: (MANJA mendekati LAILA) Mak! Mak bangun mak. (Mengusap rambut LAILA)

LAILA: (Tersedar)Manja. Kenapa dengan mak? (Menunjuk PAK KHADAM) Kenapa Pak

Khadam ada dirumah kita?

MANJA: Mak tak ada apa-apa. Pak Khadam yang rawat mak tadi. Mak, Manja nak tutupkan

pintu rumah. Tadi Manja tak sempat nak tutupkan sebab risau dengan mak. (Manja

keluar dari pentas)

LAILA: Terima kasih Pak Khadam. Tapi bagaimana Pak Khadam boleh tahu akan

hal saya?

PAK KHADAM: Aku bermimpi tentang kau, Laila. Kau dalam kesusahan yang amat sangat.

Kau dibelit ular yang besar dan hitam legam. Mungkin kau disihir oleh seseorang.

LAILA: Disihir? Tapi siapa yang nak sihir saya Pak Khadam. Saya rasa saya tak memusuhi

sesiapa.

PAK KHADAM: Sihir tidak mengira siapa, Laila. Musuh kita ke? Kawan kita ke? Kadang-

kadang insan yang paling kita percaya pun boleh sihir kita. Kalau ada
sifat dengki dalam diri, kita sampai sanggup kita membelakangi Tuhan kita.

LAILA: Tapi siapa, Pak Khadam? Apa yang dia tak puas hati pada saya?

PAK KHADAM: Entahlah, Laila. Tapi, tiada hak kita nak menghukum dirinya. Biar Tuhan

saja yang membalas segalanya. Hukuman Tuhan lebih setimpal daripada hukuman

yang dibuat kita.

LAILA: Baiklah, Pak Khadam. Jikalau Pak Khadam nasihat begitu, maka saya turuti sahaja.

PAK KHADAM: Aku balik dulu, Laila. Apa-apa kalau suami kau, Kelama, tak balik lagi kau

panggil aku. Insyahallah, aku akan cuba bantu kau.

LAILA: Baiklah Pak Khadam. Tapi, saya rasa Abang Kelama mungkin sudah mahu balik

dari

laut.

(Kedengaran pekikan MANJA melulu masuk ke dalam pentas mendekati LAILA)

MANJA: Mak, Manja ada benda nak beritahu mak. (Tercungap-cungap)

LAILA: Apa dia, Manja? (Hairan)

MANJA: Manja ternampak Cik Tanjung sedang tanam sesuatu di luar rumah kita. Bila Manja

tegur dia, tanya buat apa? Dia cemas dan nampak takut.

LAILA: Benarkah, Manja?

(Kelihatan TANJUNG masuk mendekati MANJA dan LAILA dalam keadaan tenang)

TANJUNG: Manja, kenapa Manja lari dari Cik Tanjung?

MANJA: Sebab Manja nampak apa yang Cik Tanjung buat dekat luar rumah Manja. (Marah)
TANJUNG: Nampak? Nampak apa? (Hairan)

MANJA: Tak payah nak buat-buat bodoh!

LAILA: Manja! (Marah) Kenapa Manja biadap sangat ni?

MANJA: Manja cuma beritahu benda yang sahih dan benar. Manja tak tipu!

PAK KHADAM: (Memandang MANJA) Kalau benar Manja tak tipu, beritahu aku dekat

mana

Manja nampak Cik Tanjung tanam benda tu?

MANJA: Manja nampak Cik Tanjung tanam sesuatu dekat bawah tangga rumah Manja.

(PAK KHADAM keluar dari pentas dalam keadaan tenang)

LAILA: Benarkah Tanjung? Apa yang Manja katakan?

TANJUNG: Aku.. Aku.. (Cemas)

(PAK KHADAM masuk ke dalam pentas sambil membawa sesuatu yang berbalut kain

kuning.)

PAK KHADAM: Tanjung, apa ni? Apa yang kau tanam?

TANJUNG: Aku.. Aku.. (Gagap)

LAILA: Aku apa Tanjung! (Marah)

TANJUNG: Aku minta ampun dekat kau Laila. (Menangis) Aku terlalu terikut perasaan aku!

LAILA: Kenapa Tanjung? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?

TANJUNG: Aku cuma nak tuntut hak aku!

LAILA: Hak? Apa kau sudah gila?


TANJUNG: Hak Abang Kelama dekat aku. Aku tuntut janji dia pada aku selama ini. Aku

terkilan, Laila. Aku kecewa. Aku terluka dengan apa yang berlaku. Kenapa kau yang

mendapat Abang Kelama? Kenapa Laila?

LAILA: Sakit, Tanjung. Sakit yang amat sangat. Disebabkan kau ingin membalas dendam

atas

apa yang Abang Kelama lakukan kepada kau, aku yang terkena tempiasnya.

TANJUNG: (Menyesal) Sumpah Laila, tiada niat untuk aku melukakan kau sampai begini.

Aku

cuma ingin Abang Kelama terseksa dan terluka sama seperti aku sewaktu dia berjanji

dengan aku, namun dia dustakan! Dia sanggup mendengar segala yang keluarganya

katakan. Mereka menghalang percintaan aku dan Abang Kelama kerana aku tiada

harta.

Malah Abang Kelama tiada apa-apa. Katanya mustahil untuk mendirikan rumah

tangga.

Kemudian Abang Kelama berjanji untuk mengahwini aku. Namun, hampa kerana dia

sekali lagi mendustakannya! Aku terluka Laila. Maafkan aku Laila. Maafkan aku!

PAK KHADAM: Maafkan dia, Laila. Jangan menghukumnya begini. Kasihan sama dia,

Laila.

Dia sudah memohon maaf sama kau.

LAILA: Saya yang terseksa, Pak Khadam. Khilaf apa yang saya buat sampai dia sanggup

menabur ilmu hitam ini kepada saya? (Menunding ke arah TANJUNG) Wanita ini
bagaikan mawar berduri. Jikalau ditatap dari jauh, indah di pandangan mata. Namun,

jikalau disentuh jari akan berdarah dek tertusuk duri yang tajam!

TANJUNG: Aku minta maaf, Laila! Aku minta ampun, Laila!

LAILA: Tanjung, atas nama Allah aku maafkan kau. Aku tak mahu memutuskan hubungan

dengan kau. Aku maafkan kau dengan seikhlas hatiku. Aku tak nak bermusuhan

dengan kau, Tanjung. Kalau pasal Abang Kelama aku harap sangat kau dapat lupakan

janji dia. Kalau kau masih mahukan dia, siapa yang nak menjaga Manja jikalau aku

pergi dulu?

TANJUNG: Tidak! Tidak! Tidak! Laila, aku berjanji tidak akan mengganggu hal rumah

tangga

kau lagi.

LAILA: Terima kasih, Tanjung. Aku harap kita berdua akan kekal bersahabat sampai bila-

bila.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai