Anda di halaman 1dari 2

Apakah yang dimaksudkan dengan bulan haram dan kelebihan yang terdapat

padanya?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-
orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan soalan di atas, bulan Haram telah disebut di dalam al-Quran Allah SWT
berdasarkan firman Allah SWT:

ۚ ‫ِّين الْ َقيِّ ُم‬ َ ِ‫ض ِم ْن َها أ َْر َب َعةٌ ُح ُر ٌم ۚ َٰذل‬


ُ ‫ك الد‬ َ ‫ات َواأْل َْر‬ِ ‫السماو‬ ِ ِ َ‫الشهو ِر ِعن َد اللَّ ِـه ا ْثنَا َع َشر َش ْهرا فِي كِت‬
َ َ َّ ‫اب اللَّـه َي ْو َم َخلَ َق‬ ً َ
ِ َّ
ُ ُّ ‫إن ع َّد َة‬
ِ َّ ‫ين َكافَّةً َك َما ُي َقاتِلُونَ ُك ْم َكافَّةً ۚ َوا ْعلَ ُموا أ‬ِ ِ ِ ِ
َ ‫َن اللَّـهَ َم َع ال ُْمتَّق‬
‫ين‬ َ ‫فَاَل تَظْل ُموا في ِه َّن أَن ُف َس ُك ْم ۚ َوقَاتلُوا ال ُْم ْش ِرك‬
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah
ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-
bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

[al-Taubah:36]

Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang
menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini,
dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang
dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

[Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

Definisi Bulan Haram

Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah,
Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih,
yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 

‫ ذو‬: ‫تواليات‬ ‫ ثالثةٌ ُم‬، ‫ منها أربعةٌ ُح ُر ٌم‬، ‫شهرا‬ ِ ِ


ٌ ً ‫ السنةُ اثنا عشر‬، ‫واألرض‬
َ ‫السماوات‬ ُ‫خلق اهلل‬
َ ‫يوم‬َ ‫استدار كهيئته‬
َ ‫الزما ُن قد‬
‫ الذي بين ُجمادى وشعبا َن‬، ‫ورجب ُمضر‬ ، ‫حر ُم‬
َّ ‫والم‬ ِ ِ ِ
ُ ُ ‫ال َقعدة وذو الح َّجة‬
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan
langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat
empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah,
Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-
Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang
dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang
kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding
bulan-bulan yang lain.

Kelebihan Bulan Haram

Bulan haram ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain,
antaranya ialah:

 Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan umrah pada bulan


Zul al-Kaedah berdasarkan hadith di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa
Nabi SAW melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.
 Pada bulan Zul al-Hijjah, umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang kelima
iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh dilakukan di dalam bulan-bulan
yang lain.
 Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.
 Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura’.

Penutup

Kesimpulannya, bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan
setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut. Untuk itu, marilah sama-
sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah
dan lain-lain lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita dan
meletakkannya dalam neraca kebaikan kita di akhirat kelak. Amin.

Anda mungkin juga menyukai