Anda di halaman 1dari 10

SENARAI KANDUNGAN

Biodata………………………………………………………………………..2

Penghargaan.………………………………………………………………..3

Pendahuluan……………………………………………….………………..4

Tugasan 3……………………………………………………………..........4-9

Rumusan……………………………………………………………………..9

Rujukan……………………………………………………………………....10

1
NAMA : ASRAFEE BIN ASLEE

INSTITUT : IPG KAMPUS KENT SABAH

NO. KAD PENGENALAN : 980401-12-5733

PROGRAM DAN AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2017

MAJOR : BAHASA MELAYU

ALAMAT : KG. PANTAI EMAS , KOTA BELUD

NOMBOR TELFON BIMBIT : 013-8764310

BANGSA : IRRANUN

JANTINA : LELAKI

PRINSIP HIDUP : JANGAN PERNAH PUTUS ASA

STATUS PERKAHWINAN : BUJANG

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan Inayah dan izin-Nya akhirnya dapatlah juga
saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Kerana tanpa izin daripadaNya
tentunya tugasan ini tidak akan dapat disiapkan.

Di ruang ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus ini
atas dedikasi beliau membimbing saya dan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.
Atas apresiasi yang telah diberikan kepada kami, tidak kiralah kuliah mingguan atau pun
sebagainya ia sedikit sebanyak membantu pergerakan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam melengkapkan
tugasan ini. Usaha rakan-rakan menyumbangkan banyak idea yang bernas amat saya hargai.
Tidak lupa juga rakan-rakan yang banyak memberi sokongan emosi kepada saya. Rakan-rakan
yang sanggup meminjamkan buku yang agak terhad bilangannya di perpustakaan walaupun
mereka sendiri masih memerlukan rujukan. Terima kasih saya ucapkan.

Tidak lupa juga kepada individu-individu khas yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih saya ucapkan. Akhirulkalam, saya sekali lagi mengucapkan
jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan tugasan ini.

3
1.1 Pengenalan kepada program pendidikan inklusif
Program pendidikan inklusif yang dijalankan secara menyeluruh dengan penglibatan
semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti bertujuan pendidikan untuk murid
berkeperluan pendidikan khas. Murid bekeperluan khas adalah seperti murid yang
mempunyai masalah pendengara, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan,
keterancat akal serta fizikal.

1.1.1 Konsep
Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd hanafi Mohd Yasin (2016), PPI
merupakan satu program yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas untuk
belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama
dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan
normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan
1.1.2 Matlamat
Menurut Bahagian Pendidikan Khas (2013), program pendidikan inklusif adalah
bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-
sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013) pula menyatakan bahawa
pendidikan inklusif juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat.
1.1.3 Dasar pendidikan inklusif
Dalam dasar pendidikan inklusif, ia terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu
dasar kebangsaan (di Malaysia) dan dasar antarabangsa.
1.1.3.1 Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008.
Melalui akta orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama rata
bagi kanak-kanak kurang upaya termaktub dalam undang-undang Malaysia,
Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana kanak-kanak kurang upaya tidak
boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas ketidakupayaan.
1.1.3.2 Di peringkat antarabangsa pula, dasar pendidikan inklusif dapat dilihat pada
pernyataan Salamanca (1994). Di bawah dasar ini, telah disarankan agar
peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem
pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak bekeperluan
khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu
dan masalah ketidakupayaan mereka.

4
1.2 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi cikgu Ijal
Guru bimbingan dan kaunseling berperanan sebagai pendamping. Murid bekeperluan
khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid biasa. Jesteru itu,
guru bimbingan dan kaunseling harus membimbing murid-murid yang bekeperluan khas
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik
mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah melalui
proses pendidikan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk
bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan murid bekeperluan
khas.
1.3 Isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif
Guru bimbingan dan kaunseling berperanan sebagai pendamping. Murid bekeperluan
khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid biasa. Jesteru itu,
guru bimbingan dan kaunseling harus membimbing murid-murid yang bekeperluan khas
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik
mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah melalui
proses pendidikan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk
bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan murid bekeperluan
khas.
1.3.1 Langkah-langkah bagi menanggani isu dan cabaran
Masalah kesediaan guru kelas aliran perdana dapat diatasi dengan adanya
latihan yang mencukupi. Misalnya, pemberian latihan perguruan yang menyediakan
guru untuk pendidikan inklusif serta mewujudkan kolaboratif antara guru kelas biasa
dengan guru pendidikan khas dalam menyediakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam pembelajaran kelas inklusif.
Dalam mengatasi isu persepsi negatif murid normal terhadap murid
bekeperluan khas, murid normal mesti diberi pendedahan awal mengenai
persekitaran yang berbeza. Misalnya, pemberian pengetahuan dan pemahaman
mengenai murid bekeperluan khas daripada pihak guru sekolah. Dengan cara ini,
sikap pandangan positif, prihatin dan mengambil berat murid normal terhadap murid
bekeperluan khas dapat dipupuk.

5
1.3.2 Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif
Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di
sekolah. Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong
pembelajaran murid bekeperluan khas. Misalnya, adanya kamudahan tandas bagi
murid bekeperluan khas (Lee Keo Cheong, 2018).
Selain itu, peranan masyarakat khususnya golongan ibu bapa juga memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi kejaya program pendidikan inklusif. sikap
positif dan sokongan ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif melelui
penglibatan mereka dalam program ini mewujudkan budaya sekolah yang
menyokong persekitaran pembelajaran yang inklusif.
1.4 Penutup
Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta tahu dan faham
mengapa program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
kerana sokongan daripada semua pihak khususnya guru, masyarakat, ibu bapa dan murid
memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di
sekolah.

1.5 Analisis permasalahan yang dihadapi cikgu Ijal


Terdapat dua jenis pendidikan inklusif yang dijalankan di sekolah di negara kita. Jenis yang
pertama adalah Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa. Jenis yang pertama ini bermaksud murid
pendidikan khas yang ditempatkan di kelas arus perdana secara penuh dan belajar secara biasa
tetapi masih di bawah jagaan guru pendidikan khas. Selain itu, bagi Pendidikan Inklusif Separa
pula bermaksud murid pendidikan khas yang ditempatkan di kelas arus perdana untuk pelajaran
tertentu sahaja mengikut kebolehan murid tersebut. Murid di tempatkan di kelas perdana mengikut
masalah pembelajaran mereka, tahap komunikasi murid bersama guru serta rakan rakan dan
tahap pencapaian murid di dalam kelas. Murid bekeperluan khas yang berada di dalam kelas
Cikgu Ijal merupakan murid yang mengikuti program inklusif di sekolah tersebut, Murid inklusif di
dalam kelas Cikgu Ijal mungkin berada di kelas arus perdana pada keseluruhan waktu ataupun
pada waktu Bahasa Melayu sahaja.

6
Terdapat pelbagai cara yang boleh Cikgu Ijal gunakan untuk melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelasnya dengan berjaya. Antara cara yang berkesan
adalah dengan menyediakan aktiviti P&P yang menarik di dalam kelas. Aktiviti yang disediakan
perlulah melibatkan komunikasi dan interaksi murid inklusif tersebut dengan murid yang lain. Hal
ini adalah untuk memastikan murid inklusif di dalam kelas tersebut tidak akan rasa terasing
dengan kelemahan yang ada di dalam dirinya. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan di dalam mereka untuk bergaul dengan orang lain. Sebagai contohnya, guru boleh
melakukan aktiviti bercerita disertakan dengan gaya. Guru boleh menempatkan murid inklusif
bersama kumpulan yang lain. Mereka boleh berkomunikasi di samping membentangkan hasil
kumpulan mereka dengan baik dan bekerjasama. Dengan cara ini murid inklusif akan rasa
dihargai dan seronok kerana mendapat peluang untuk bercerita ataupun melakukan gaya
bersama murid yang lain. Oleh itu jelaslah bahawa aktiviti P&P yang menarik dapat membantu
Cikgu Ijal melaksanakan P&P dengan baik dan berkesan.

Selain itu, Cikgu Ijal boleh menggunakan teknik Buddys sewaktu menjalankan sesi P&P di
dalam kelas. Berdasarkan sesi lawatan yang telah saya ikuti, teknik ini telah diperkenalkan di SK
Inanam Dua dan ternyata berkesan bagi membantu murid inklusif di dalam kelas. Teknik Buddys
ini bermaksud guru melantik seorang murid arus perdana sebagai pembimbing murid inklusif
sewaktu di dalam kelas. Cikgu Ijal boleh memilih murid yang berbeza untuk menjadi Buddys murid
inklusif di dalam kelasnya. Hal ini kerana sewaktu sesi P&P berlangsung, Cikgu Ijal mungkin tidak
akan sempat untuk memberikan perhatian terhadap ketiga-tiga murid inklusif di kelasnya
disebabkan masalah mereka yang berbeza. Dengan adanya Buddys di samping mereka, Cikgu
Ijal boleh meminta bantuan murid arus perdana untuk membantu murid inklusif di dalam kelas
tersebut. Contohnya, jika Cikgu Ijal mengadakan aktiviti Kata Hubung sewaktu sesi P&P, Cikgu Ijal
boleh meminta bantuan Buddys untuk membantu murid inklusif mengenai Kata Hubung seperti
cara pembinaan ayat menggunakan kata hubung yang berbeza. oleh itu jelaslah bahawa dengan
adanya teknik Buddys ini, Cikgu Ijal dapat melaksanakan sesi P&P dengan lebih berkesan kerana
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk murid di dalam kelas.

7
Disebabkan murid inklusif merupakan murid bekeperluan khas, sudah tentu murid tersebut
mempunyai masalah yang tertentu seperti lemah dalam pelajaran (slow leaner), hiperaktif dan
autism. Hal seperti ini akan menyebabkan sesi P&P Cikgu Ijal di dalam kelas akan terganggu
kerana terpaksa mungkin akan mengganggu murid lain di dalam kelas. Bagi mengatasi masalah
ini, Cikgu Ijal perlulah sentiasa berhubung dengan pihak yang lebih cekap iaitu Guru Pendidikan
Khas. Hal ini kerana murid inklusif ini masih di bawah jagaan Guru Pendidikan Khas kerana murid
inklusif merupakan murid bekeperluan khas pada awalnya. Hal ini kerana, guru pendidikan khas
mempunyai maklumat yang lebh khusus berkenaan murid bekeperluan khas yang ditempatkan di
dalam kelas Cikgu Ijal. Guru Pendidikan Khas telah membina Rancangan Pengajaran Harian
(RPI) untuk murid inklusif di dalam kelas Cikgu Ijal. Dengan cara ini, Cikgu Ijal dapat membuat
penilaian serta laporan yang cukup jika murid tersebut mempunyai masalah di dalam kelas. Cikgu
Ijal juga boleh meminta nasihat yang sesuai bagi menangani murid inklusif di kelasnya agar sesi
P&P tidak terganggu. Oleh itu, Cikgu Ijal dapat merancang P&P dengan lebih baik apabila sudah
tahu punca serta cara mengatasi masalah murid inklusif di kelasnya dengan bantuan guru
pendidikan khas.

Seterusnya, jika menghadapi masalah terhadap pembelajaran murid inklusif di dalam


kelas, Cikgu Ijal perlu melaporkan hal tersebut kepada pihak atasan iaitu Guru Besar aaupun
Guru Penolong Kanan sekolah. Hal ini kerana Guru Besar merupakan Pengerusi Jawatankuasa
manakala Guru Penolong Kanan pula merupakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Program
program inklusif di sekolah. Hal ini kerana, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan merupakan
Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru dan murid program inklusif di sekolah.
Mereka bertanggungjawab dalam melihat pencapaian dan prestasi murid dalam menentukan
kedudukan mereka di dalam kelas. Selain itu, pihak atasan ini juga bertanggungjawab dalam
semua perancangan dan pelaksanaan terhadap program inklusif di sekolah. Contohhnya, jika
Cikgu Ijal melihat prestasi murid inklusif di dalam kelasnya semakin menurun, Cikgu Ijal perlu
melaporkan perkara ini kepada pihak atasan supaya mereka boleh membuat keputusan sama ada
untuk meneruskan program inklusif ataupun menghantar murid tersebut ke kelas Pendidikan Khas
semula. CIkgu Ijal tidak boleh menghantar murid tersebut ke kelas Pendidikan Khas secara
sesuka hati. Oleh itu, Cikgu Ijal perlulah berhubung dengan pihak atasan jika beliau mempunyai
masalah di dalam kelas supaya sesi PdP di dalam kelas tidak terganggu.

8
Kesimpulannya, Program Inklusif yang dijalankan di sekolah amat baik dan berkesan
kepada murid di sekolah. Hal ini kerana setiap murid di Malaysia berhak mendapatkan pendidikan
yang sama rata walapun mempunyai masalah pembelajaran khusunya masalah bekeperluan
khas. Mungkin murid tersebut mempunyai masalah dari segi tingkah laku dan sikap, namun
mereka mempunyai potensi yang baik dala pembelajaran di dalam kelas. Sebagai seorang guru,
kita seharusnya memberi mereka peluang supaya potensi di dalam mereka dapat digilap
seterusnya dipupuk menjadi lebih baik. Jika bukan guru yang mendidik murid yang mempunyai
masalah ini, mereka mungkin tidak akan mempunyai peluang untuk belajar seperti murid normal
yang lain. Oleh itu, janganlah sesekali kita memandang rendah terhadap murid bekeperluan khas
kerana setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri.

9
1.6 Rujukan

Azad Athahiri Anuar dan Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif
dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. Bangi. UKM.

Akta Pendidikan. 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). 2013. Undang-


Undang Malaysia.

Bahagian Pendidikan Khas, (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Edisi Percubaan. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kamaliah Muhammad dan Wan Amimah Wan Mahmud (2010). Perlaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Perak :
Universiti Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas
Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach

Mohd Najib Abdul Ghafar (2006). Pembinaan dan Analisis Data : Ujian Bilik Darjah. Skudai.
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Rizal Mohd. Said dan Muallimah Arshad (2008). Masalah Guru Pendidikan Khas Intergrasi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah, Daerah kota
Tinggi, Johor. Kertas Projek Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Sue (2012). Isu Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia

10

Anda mungkin juga menyukai