Anda di halaman 1dari 2

1. Jelaskan konsep penanaman tumbuhan secara fertigasi.

Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.

2. Nyatakan apakah keperluan alatan yang perlu dalam melaksanakan fertigasi.


Tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan
perlatan kawalan air dan baja

3. Jelaskan langkah-langkah melaksanakan penanaman sayuran secara fertigasi.


Contoh: tanaman cili
1. Memilih benih cili Kulai 568 F1 Hibrid kerana buahnya agak besar dan pokok
sederhana tinggi.
2. Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi dengan
peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandungan baja dan
keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.
3. Simpan baja yang boleh larut dalam air. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman
cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat besi) dan Set B (Kalium Nitrat, Mono-kalium
hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zinc sulfat,
Kuprum sulfat dan Natrium molidat).
4. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang
berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya
mendakan.
5. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih
dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan
dialirkan ke dalam polibeg.
6. Pokok cili perlu dipacakkan kayu puncang/sokongan untuk mengelakkan pokok
daripada tumbang jika angin kuat.

4. Jelaskan mengapakah penanaman secara hidroponik merupakan alternatif yang


terbaik dalam sektor pertanian sayuran masa kini.
● Meningkatkan hasil per unit dengan kepadatan tinggi
● Mengatasi masalah tanah yang tidak subur
● Nutrien dapat diberi mengikut peringkat pertumbuhan
● Dapat menghindar penyakit pokok
● Masalah rumpai kurang
● Penggunaan racun dapat dikurangkan
● Hasil yang lebih tinggi dan berkualiti
5. Jelaskan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengamalkan penanaman
sayuran secara hidroponik.
● Modal permulaan yang tinggi
● Kos baja tinggi
● Risiko kerugian yang tinggi dan tenaga buruh yang intensif
● Kekurangan pengetahuan aspek baja dan penjagan rapi
● Memerlu kualiti airyang baik
● Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat
● Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai

6. Pada pendapat anda, manakah kaedah penanaman sayuran yang lebih efektif dalam
konteks pengeluaran hasil secara komersial di antara hidroponik dan fertigasi. Sila beri
alasan anda.
Pada pendapat saya, kaedah penanaman sayuran yang lebih efektif ialah fertigasi. Hal
ini kerana hasil cili padi sebanyak tiga hingga empat kali berbanding dengan
penanaman secara konvensional. Sistem fertigasi adalah satu teknik alternatif dalam
penanaman cili padi yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan
penyakit bawah tanah yang sering menyerang tanaman cili padi pada khususnya.
Sistem fertigasi dapat menjamin pengeluaran hasil cili yang tinggi, sekali gus
meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Anda mungkin juga menyukai