Anda di halaman 1dari 2

1.

Bincangkan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum guru memulakan


proses pengajaran dan pembelajaran.
A. Mengambil kira pelbagai sudut
● Semasa membuat perancangan, guru harus mempunyai pelbagai pelan
yang dibuat berdasarkan kekangan yang boleh dijangka
● Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kerosakan alat bantu
mengajar/ belajar apakah tindakan guru untuk mengawal kelas?
● Guru perlu bijak menukar strategi dengan kreatif dan inovatif tanpa
memberikan kesan kepada pengajarannya pada hari tersebut
B. Peka dengan emosi dan personaliti murid-murid
● Guru perlu bijak mengawal emosi diri dan mengenali emosi murid-murid
● Guru juga perlu kenal akan murid-muridnya
● Personaliti dan konsep kendiri murid harus diambil kira supaya murid
dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran bilik darjah
C. Susunan kelas
● Guru boleh membuka peluang kepada murid yang lemah untuk belajar
daripada murid yang pandai
● Sekiranya silap perancangan, murid yang pandai akan membuli atau
mengejek murid yang lemah
● Hasilnya, konsep kendiri murid yang lemah semakin menurun dan
mengacau murid yang pandai menyebabkan murid yang pandai hilang
tumpuan
2. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan
persekitaran bilik darjah yang positif.
I. Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
● Guru harus tahu untuk meletakkan jangkaan yang realistik terhadap
murid-muridnya
● Guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu murid mencapai
jangkaan tersebut
● Setiap jangkaan dan matlamat yang telah dicapai harus diberikan
penghargaan
● Guru yang realistik dengan pencapaian murid-murid dan sentiasa
membantu murid dalam menangani masalah akademik, emosi dan sosial
akan mengeratkan hubungan murid-guru
II. Guru perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
● Guru harus menunjukkan contoh yang terbaik tentang cara berkomunikasi
dengan betul, cara mematuhi peraturan dan rutin yang telah ditetapkan
dan juga cara untuk melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran
● Guru juga harus menunjukkan contoh dari segi semangat, emosi dan nilai-
nilai murni sepanjang berada bersama-sama murid
III. Guru harus menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk
mengajar dan mendidik murid-murid
● Guru yang bersemangat untuk mengajar dan mendidik dapat memberikan
semangat untuk murid-murid untuk belajar
● Guru yang mencintai dunia pendidikan akan merancang sebaik mungkin
untuk mendapatkan suatu persekitaran pembelajaran yang baik untuk
mengajar dan mendidik murid-muridnya dengan berkesan
● Beliau sering menambah ilmu akademik, ilmu pendidikan psikologi dan
pedagogi supaya setiap perancangan berjalan lancar dan memberikan
manfaat kepada murid-murid

Anda mungkin juga menyukai