Anda di halaman 1dari 1

Pilih satu soalan daripada soalan-soalan di bawah:

SOALAN 1: Bidang Menggambar

- A) Melukis sejambak bunga dengan menekankan unsur seni seperti garisan, rupa,
jalinan, bentuk, ruang dan warna untuk menghasilkan bunga yang cantik.
Penggunaan pelbagai media warna kering dan basah boleh digunakan.

- B) Melukis animasi kartun dengan menekankan unsur seni seperti garisan, rupa,
jalinan, bentuk, ruang dan warna untuk menghasilkan animasi yang cantik.
Penggunaan pelbagai media warna kering dan basah boleh digunakan.

SOALAN 2 : Bidang Membuat Corak Dan Rekaan

- A) Menghasilkan bingkai gambar menggunakan teknik ikatan dan celupan dengan


menggunakan pelbagai media. Murid di kehendaki membalut hasil karya mereka
pada bingkai (kotak). Penggunaan media warna basah hendaklah digunakan.

- B) Menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan teknik capan


dengan menggunakan pelbagai media. Murid di kehendaki menghasikan karya yang
cantik Penggunaan media warna basah hendaklah digunakan.

SOALAN 3: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

- A) Menghasilkan asemblaj ikan kesayangan menggunakan bahan-bahan kutipan


seperti kotak air minuman, botol plastik dan lain-lain. Karya seni yang dihasilkan
hendaklah berbentuk tiga dimensi (3D) dan bersifat konkrit. Karya seni hendaklah
menekankan aspek bentuk, ruang dan imbangan.

- B) Menghasilkan Mobile ikatan bunga (tema bunga) menggunakan bahan-bahan


kutipan seperti kotak air minuman, botol plastik dan lain-lain. Karya seni yang
dihasilkan hendaklah berbentuk tiga dimensi (3D) dan mudah di tiup angin. Karya
seni hendaklah menekankan aspek bentuk, ruang dan imbangan

SOALAN 4: Bidang Mengenal Kraf Tradisional

- A) Menghasilkan perisai pelbagai corak menggunakan media kering dan basah.


Penggunaan media kering seperti oil pastel dan penggunaan media basah cat air
dimestikan. Penghasilan perisai hendaklah dihasilkan pada kertas lukisan yang di
berikan.

- B) Menghasilkan keris pelbagai corak menggunakan media kering dan basah.


Penggunaan media kering seperti oil pastel dan penggunaan media basah cat air
dimestikan. Penghasilan keris hendaklah dihasilkan pada kertas lukisan yang di
berikan

Anda mungkin juga menyukai