Anda di halaman 1dari 3

Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )

SMK Raja Permaisuri,


35500 Tanjung Rambutan.

Tindakan Disiplin Gantung Sekolah


Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan


Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh 20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah
adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan


dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

“ Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10


September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah
didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B
Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan.
Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai
tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab
XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.”

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab


terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis
kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik
Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri
yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling
dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang
sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-
harapkan.

4. Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan


sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu
boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas.

5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah


terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut
digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki
mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.
6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam
tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai
pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung
sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan


borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
Ipoh.

3. Hamid B Bidin
No. 2254 Rumah Awam,
Taman Cempaka,
35500 Tanjung Rambutan

AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___


___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

Anda mungkin juga menyukai