Anda di halaman 1dari 2

SUBJEK : BAHASA MELAYU

S.P: 5.6.1

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Faqihah mempercepatkan langkahnya apabila terdengar bunyi anjing menyalak sewaktu pulang
dari kelas tambahan pada petang semalam.

(ii) Ayah berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk menerima sumbangan jentera itu dari
Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia.

(iii) Ayra melanggar pintu kaca ketika memasuki kedai itu kerana leka bermain dengan telefon
bimbit baharunya.

(iv) Firas akan bantu neneknya memetik sayur di kebun apabila tiba cuti persekolahan.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Azrol menahan dirinya apabila dituduh memalsukan dokumen milik syarikatnya.

(ii) Denak merupakan salah seekor gajah liar yang berjaya dijinak oleh Fadzil sejak dia bekerja di
situ.

(iii) Azri kehabisan tenaga setelah hampir satu setengah jam menyertai acara merentas desa
anjuran sekolahnya.

(iv) Puan Wahida baharu sahaja menerima bungkusan yang besar itu dari Kedah.
LATIHAN 4

Dalam petikan dialog di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan
dialog itu semula.

Pegawai A : Selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Puan Julie?

Puan Julie : Selamat pagi. Ya, Puan Julie bercakap.

Pegawai A : Untuk makluman puan, kad debit bank puan akan tamat tempohnya pada
hujung tahun ini. Puan dikehendaki ke cawangan bank berdekatan untuk
memperbaharunya sebelum tempuh tamat. Pihak kami mengalakkan puan
menukarkan kad tersebut lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Puan Julie : Baiklah. Terima kasih atas makluman yang diberikan.

(i)

(ii)

(iii)

LATIHAN 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kanak-kanak mudah mendapat selsema kerana cuaca yang tidak menentu.

(ii) Shu Ming suka tinggal di kawasan pendalaman kerana udaranya segar.

(iii) Pusat membeli-belah di Bandar Utama sering menjadi tarikan warga kota.

Anda mungkin juga menyukai