Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

BAHRU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

KERJA KURSUS BMM1054


MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN : 2

NAMA : JEWELLE TAN JIA QI


NO KAD PENGENALAN : 000702-01-0714
ANGKA GILIRAN : 2019122310002
AMBILAN : JUN 2019
KUMPULAN /UNIT : 2 PPISMP BAHASA MELAYU 1 (SJKC)
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD ARIS BIN ANIS
TARIKH HANTAR : 8 APRIL 2020

1
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : JEWELLE TAN JIA QI Angka Giliran: 2019122310002


Nama Kursus: BMM 1054 MORFOLOGI
BAHASA MELAYU
Pensyarah : DR. MOHD ARIS BIN ANIS
Tarikh Hantar : 8 APRIL 2020 Tarikh Terima : 22 MAC 2020

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : JEWELLE TAN JIA QI Tarikh : 8 APRIL 2020

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Pengesahan Pelajar (JEWELLE TAN JIA QI)


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

2
Isi Kandungan

No. Tajuk Muka


Surat

1.0 Pengenalan Pg4

2.0 Golongan Kata Pg4

2.1 Golongan Kata Nama Pg4-5

2.2 Golongan Kata Kerja Pg5-6

2.3 Golongan Kata Adjektif Pg6-7

2.4 Golongan Kata Tugas Pg7-8

3.0 Peratusan Pengubahsuaian Ejaan Antara Golongan Kata Pg8

4.0 Cara Mengatasi Masalah Pengubahsuaian Ejaan Pg9

5.0 Penutup Pg9-10

6.0 Rujukan Pg11-12

7.0 Lampiran Pg12-25

3
Penulisan Esei II
1.0 Pengenalan
Dalam meniti arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa media sosial
memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian masyarakat
terutamanya dalam kalangan remaja. Antara media sosial yang sering digunakan
oleh masyarakat adalah Facebook, Whatsapp, Wechat, Telegram, Instagram dan
sebagainya. Namun begitu, penggunaan media sosial ini telah menyebabkan sistem
ejaan Bahasa Melayu diubahsuai. Ini kerana mereka lebih mementingkan
kepantasan mesej yang ingin disampaikan daripada penggunaan ejaan dan bahasa
yang tepat. (Berita Harian, 2017)

2.0 Golongan Kata

Secara umumnya, golongan kata utama dalam Bahasa Melayu boleh


dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan juga kata
tugas. (Nik Saifiah Karim et al, 2015)

2.1 Golongan Kata Nama

Menurut Nik Safiah Karim dan et al. (2015), kata nama melibatkan sejumlah
perkataan yang boleh dijadikan sebagai unsur inti dalam binaan frasa nama dan
biasanya perkataan ini digunakan untuk menamakan orang, benda, atau konsep
umum. (Dr. D. Kathirasan, 2019)

Kata Nama
Jenis Kata Nama Pengubahsuaian Ejaan Pembetulan
Kata Nama Am 1. fon telefon
2. gmbar/ gmbr gambar
3. cafe kafe
Kata Nama Khas 4. wassap Whatsapp
5. tele Telegram
6. sabah/ sarawak Sabah/ Sarawak
Kata Ganti Nama 7. ko kau
8. aq aku
9. sya saya
Jadual 1

4
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa kata nama dibahagikan
kepada tiga subgolongan mengikut ciri-ciri semantik perkataannya. Antaranya ialah
kata nama am, kata nama khas, dan juga kata ganti nama. Didapati bahawa
kebanyakan pengguna mengubahsuaikan bentuk bahasa Inggeris dan mengejanya
dalam sebutan bahasa Melayu misalnya perkataan “fon” sebagai “phone” dan juga
perkataan “cafe” yang merupakan perkataan asal bahasa Inggeris. Selain itu,
pengguna sering mengabaikan penggunaan huruf besar pada awal kata nama khas.
Misalnya, contoh 4, 5, 6 merupakan contoh pengguna tidak menggunakan huruf
besar pada awal kata nama khas. Ini bekemungkinan kerana mereka tidak
mengetahui konsep dan fungsi huruf besar. (Mohd Suwardi, 2015) Pengubahsuaian
ini terjadinya kesalahan ejaan. Dalam golongan kata ganti nama pula, kesalahan
ejaan yang biasa dilakukan oleh pengguna adalah menggunakan dialek sendiri
dalam pertuturan seharian seperti “aq” yang merujuk kepada “aku” dan “ko” yang
merujuk kepada “kau”.

2.2 Golongan Kata Kerja

Kata kerja dikenali sebahai sejumlah perkataan yang boleh dijadikan unsur
inti dalam binaan frasa kerja. Pada pandangan Ghazali (2011), kata kerja merupakan
binaan utama dalam kata kerja dan menunjukkan sesuatu kelakuan dan situasi yang
dilakukan. (Nawi Ismail, 2016)

Bil Pengubahsuaian Kata Kerja Pembetulan


. Transitif
10. bli makanan beli makanan
11. amik kehadiran ambil kehadiran
Jadual 2

Bil Pengubahsuaian Kata Kerja Tak Pembetulan


. Transitif
12. bincg bincang
13. fhm / pahan/ paham faham
14. pikir fikir
15. tido tidur
Jadual 3

Jadual 2 dan 3 menunjukkan pengubahsuaian ejaan kata kerja yang didapati


dalam media sosial yang dikaji. Dalam Bahasa Melayu, kata kerja terbahagi kepada
dua kumpulan iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tidak transitif. (Nik Safiah
Karim, 2015) manakala kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang boleh
berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan

5
maknanya. (Aisah, n.d) Contoh 11, 13 dan 14 menunjukkan perkataan “amik”,
“paham”, “pikir” adalah ejaan yang diubahsuai mengikut sebutan. Perkataan-
perkataan ini dikenali sebagai bahasa basahan dan bukan bahasa Melayu baku.
Penggunaan singkatan juga boleh dikatakan agak meluas dalam media sosial seperti
pengguguran vokal dan konsonan dalam contoh 10 dan 12. Pengguna
menyingkatkan perkataan dengan menggugurkan vokal dan konsonan secara
sewenang-wenangnya misalnya perkataan “bli” telah menggugurkan vokal “e” dan
perkataan “bincang” telah menggugurkan vokal “i” dan konsonan “n” sehingga
mewujudkan pengubahsuaian dalam ejaan.

2.3 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif berperanan untuk menjelaskan keadaan atau sifat kata nama
serta didahului oleh kata penguat misalnya amat, sangat, sungguh, terlalu dan
sebagainya. (Abdul Manaf Mohd Yasir, 2008) Kata adjektif boleh dibahagi kepada
sembilan subgolongan berdasarkan maksud perkataannya.

Kata adjektif sifatan


K a t a a d je k ti f
Kata adjektif warna

Kata adjektif
ukuran

Kata adjektif
bentuk

Kata adjektif waktu

Kata adjektif cara

Kata adjektif
perasaan

Kata adjektif
pancaindera

Kata adjektif jarak

Rajah 1: Jenis Kata Adjektif

Bil Pengubahsuaian Ejaan Pembetulan


. (Kata Adjektif)
16. gemok gemuk
17. byk banyak

6
18. giler gila
19. boek baik
Jadual 4

Dalam golongan kata adjektif pula, pengguna juga banyak melakukan


pengubahsuaian ejaan dalam media sosial. Contoh 16, 18, dan 19 menunjukkan
pengguna kerap menukar ejaan perkataan mengikut sebutan dalam kehidupan
seharian berdasarkan dialek sendiri. Sebagai contoh, “gemok” merujuk kepada
“gemuk”, “giler” merujuk kepada “gila” dan “boek” merujuk kepada “baik”.
Penggunaan ini banyak kemungkinan disebabkan disebabkan oleh hubungan yang
erat antara pengguna. Walau bagaimanapun, perkataan sedemikian tidak
merupakan bahasa Melayu yang standard serta tidak dijumpai dalam Kamus Dewan
mahupun Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

2.4 Golongan Kata Tugas

Kata tugas merupakan sejumlah perkataan yang hadir dalam ayat bagi tujuan
memberikan maksud khusus atau berperanan sebagai sintaksis dalam ayat. (Akian,
2012) Menurut Akhma (2016), kata tugas merupakan morfem bebas yang tidak boleh
berdiri sendiri tetapi mempunyai tugas dan fungsi tersendiri dalam pembinaan frasa,
klausa dan ayat.

Bil. Pengubahsuaian Ejaan Kata Tugas Pembetulan


20. adui aduh
21. jgn jangan
22. drpd daripada
23. Iya/ ye ya
24. tu / ni itu / ini
25. skli sekali
26. pon pun
27. kpd kepada
28. utk untuk
29. pd pada
Jadual 5

Jadual 5 menunjukkan pengubahsuaian ejaan kata tugas yang didapati


dalam perbualan media sosial yang dikaji. Contoh 20 dan 23 menunjukkan
penggunaan dialek dalam interaksi media sosial iaitu perkataan “adui” untuk “aduh”,
“iya” untuk “ya”. Perkataan ini merujuk kepada bahasa basahan dan biasanya

7
digunakan antara keluarga dan kawan yang mempunyai hubungan intim. Perkataan
sebegini dikatakan sebagai interaksi yang tidak rasmi iaitu adalah berdasarkan
bahasa pertuturan dalam komunikasi seharian pengguna. Singkatan “tu” dan “ni”
merujuk kepada “itu” dan “ini”. Singkatan banyak digunakan dalam perbualan media
sosial banyak kemungkinan kerana pengguna lebih menekankan kepantasan dan
kendungan mesej daripada kebetulan ejaan.

3.0 Peratusan Pengubahsuaian Ejaan Antara Golongan Kata

Peratusan Pengubahsuaian Ejaan

Kata Nama
34% 31% Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas

14% 21%

Rajah 2: Peratusan Pengubahsuaian Ejaan dalam Media Sosial

Berdasarkan carta pai di atas, dapat dilihat bahawa golongan kata yang
paling kerap diubahsuaikan oleh pengguna adalah golongan kata tugas iaitu
sebanyak 34% manakala yang paling jarang diubahsuaikan oleh pengguna adalah
golongan kata nama yang hanya 14%. Ini berkemungkinan kerana kata tugas
mempunyai bidang yang agak meluas dan selalu dijadikan singkatan dengan
menggugurkan vokal seperti “kpd”, “pd”, “drpd” dan sebagainya manakala kata
adjektif biasanya ditulis dalam perkataan asal berkemungkinan kerana susah ditukar
dalam bentuk singkatan.

4.0 Cara Mengatasi Masalah Pengubahsuaian Ejaan

Ibu bapa memainkan peranan yang terpenting dalam mengatasi masalah


pengubahsuaian ejaan. Ibu bapa seharusnya memberi didikan kepada anak-anak
dengan menekankan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan baku serta tidak

8
membawa konteks yang salah dalam penggunaannya. Dalam pertuturan seharian,
ibu bapa haruslah menggunakan bahasa Melayu yang formal dan baku supaya
dapat menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah
memberi anak-anak membaca buku dan menonton rancangan televisyen yang
berbahasa Melayu supaya menekankan bahasa Melayu yang formal dalam kalangan
anak-anak sejak kecil lagi. (One Spiffy Ninjas, 2016)

Selain itu, pihak sekolah juga berperanan penting dalam mengatasi masalah
ini dengan mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkenaan dengan Bahasa
Melayu. Guru juga harus menjadi suri teladan dengan menggunakan bahasa yang
formal dan baku semasa mengajar. Pihak sekolah juga harus mengadakan kempen
dan ceramah yang berkaitan dengan kepentingan menggunakan ejaan Bahasa
Melayu yang betul supaya dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang
kepentingan menggunakan ejaan yang betul. (Norshafinas, 2013)

Pihak kerajaan berperanan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dari segi


ejaan, sebutan, laras bahasa dan sebagainya supaya dapat menuju ke arah
pembinaan bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya melakukan
transformasi kurikulum Bahasa Melayu dengan malakukan penekanan kepada
penguasaan dari segi ejaan dalam kalangan pelajar. Selain itu, latihan dan kursus
harus sewajarnya diberikan kepada guru-guru supaya mereka dapat memahami
Bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan seterusnya mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh di sekolah. (Rozali Rajab, 2010)

5.0 Penutup

Kesimpulannya, media sosial sememangnya banyak menyumbang kepada


kita dalam komunikasi dan menyampaikan maklumat. Selepas melakukan kajian
dalam perbualan media sosial, didapati bahawa terdapat banyak ejaan Bahasa
Melayu yang diubahsuai oleh pengguna dan ini telah mempengaruhi pertumbuhan
Bahasa Melayu serta melanggar keharmonian dan keaslian Bahasa Melayu. Oleh
itu, masalah ini haruslah ditangani dengan segera supaya dapat memartabatkan
kedudukan Bahasa Melayu serta dapat menuju ke arah pembinaan dan penggunaan
bahasa yang standard.

9
6.0 Rujukan

Aisah. (n.d). Kata Kerja. Diakses daripada


https://sites.google.com/site/cikguaisahmrsmbalikpulau1/products-
services/kata-kerja

10
Akhma. (27 Disember 2016). Kata Tugas STPM Penggal 2. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/nurAkhma/kata-tugas-stpm-penggal-2

Akian. (10 Disember 2012). Kata Tugas. Diakses daripada


http://akiandhy12.blogspot.com/2012/12/kata-tugas.html

Berita Harian. 2 Oktober 2017. Bahasa Rojak Media Sosial Cabar Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332837/bahasa-rojak-
media-sosial-cabar-bahasa-melayu

Dr. D. Kathirasan, Sharifah Nor S.A. Rahman. (2019). Teks STPM Bahasa Melayu
Penggal 2. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Ghazali. (1 Mac 2011). Penggolongan Kata. Diakses daripada


https://www.slideshare.net/ghazali76/penggolongan-kata

Mohd Suwardi. (16 Oktober 2015). Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Besar
Pada Pangkal Ayat dan Tanda Titik Pada Akhir Ayat. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/705335/meningkatkan-kemahiran-menuliskan-
huruf-besar-pada-pangkal-ayat-dan-tanda-titik-pada-akhir-ayat

Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim,
Zulkarnain Farihin Abdullah. Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa
Bahasa Melayu. (2016). Selangor. Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norshafinas. (14 Julai 2013). Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu.


Diakses daripada http://norshafinasfinas.blogspot.com/2013/07/langkah-
langkah-memartabatkan-bahasa.html

One Spiffy Ninjas. (16 Mac 2016). Peranan ibu bapa dalam Penerapan dan
Penguasaan Bahasa Melayu. Diakses daripada
https://geterin.com/2015/03/16/peranan-ibu-bapa-dalam-penerapan-proses-
dan-penguasaan-bahasa-melayu/

Rozali Rajab. (14 Februari 2010). Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa
Melayu Mengikut Konteks Pendidikan. Diakses daripada http://cikgu-
rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html

11
7.0 Lampiran

7.1.1 Golongan Kata Nama

Gambar 1 – 4
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“telefon” kepada “fon”

Gambar 5 - 7
Perbualan Whatsapp dan Telegram menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“gambar” kepada “gmbr” dan “gmbar”

12
Gambar 8 – 9
Perbualan Whatsapp d menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“kafe” kepada “cafe”

13
Gambar 10 – 11
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“Whatsapp” kepada “wassap”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“Telegram” kepada “tele”

14
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“Sarawak/ Sabah” kepada “sarawak/ sabah”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“kau” kepada “ko”

15
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“aku” kepada “aq”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“saya” kepada “sya”

16
7.1.2 Golongan Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“beli makanan” kepada “bli mknn”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“ambil kehadiran” kepada “amik kehadiran”

Kata Kerja Tak Transitif

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“bincang” kepada “bincng”

17
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“faham” kepada “fhm, pahan, dan paham”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“fikir” kepada “pikir”

18
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“tidur” kepada “tido”

7.1.3 Golongan Kata Adjektif

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“gemuk” kepada “gemok”

19
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“banyak” kepada “byk”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“gila” kepada “giler”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“baik” kepada “boek”

20
7.1.4 Golongan Kata Tugas

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“aduh” kepada “adui, aduiiii”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“banyak” kepada “byk”

21
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“daripada” kepada “drpd”

Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“ya” kepada “Iya”

22
Perbualan Whatsapp menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“ni” kepada “ini”

Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“tu” kepada “itu”

Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“sekali” kepada “skli”

23
Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“pon” kepada “pun”

Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“kepada” kepada “kpd”

24
Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan
“untuk” kepada “utk”

Perbualan Whatsap p menunjukkan pengubahsuaian perkataan


“pada” kepada “pd”

25

Anda mungkin juga menyukai