Anda di halaman 1dari 4

BANDING BEZA ANTARA KBSR DAN KSSR

Kaedah  Penekanan yang  Sistem Pentaksiran


Pentaksiran ketara kepada Pendidikan Kebangsaan
pentaksiran (SPPK)
sumatif  Dijalankan secara berterusan
untuk mengesan
perkembangan dan
pencapaian murid dalam
pembelajaran
 Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai
 Bersifat autentik dan holistic

Pengurusan  Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas


Kurikulum menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan
kurikulum di pelbagai peringkat.

Peruntukan Masa  Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada


beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris

Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan


mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk,
organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan
kurikulum untuk membangunkan KSSR. Terdapat 7 perbezaan antara KBSR dan
KSSR iaitu dari aspek reka bentuk kurikulum, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.

Perbezaan pertama adalah dari segi reka bentuk kurikulum. Reka bentuk
KBSR adalah berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu.  Di dalam  reka bentuk komunikasi KBSR,
terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini
merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara
matapelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar
pada tahap 1dan tahap 2.

Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling yang mana
mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Seterusnya, bidang yang ketiga
dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. Komponen yang terkandung dalam
bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan
untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan
keseniaan dan kesihatan.
Namun, setelah pembaharuan dilakukukan, berdasarkan reka bentuk kurikulum
transformasi KSSR pula dilihat terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi,
serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Kesemua tunjang ini membawa kepada
perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta
mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Jika kita lihat di dalam KSSR, reka bantuk
yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR.

Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan


kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama
ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam dalam proses P&P.
Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M).

Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, matapelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras matapelajaran kepada tunjang
ini.

Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Ia dibina sejajar dengan keperluan


pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan
hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global.
Subjek yang terlibat ialah subjek Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan
Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
dan berketrampilan. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri
yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam
tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya.

Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin
pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Potensi estetika merujuk kepada
pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan
dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah digubal bertujuan
memenuhi keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat impak cabaran
abad ke-21 yang mana ia menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu
dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Tunjang
ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR.
Dari segi perbezaan organisasi kandungan, KBSR adalah berdasarkan semua
matapelajaran dan tidak dipecah-pecahkan kepada tahap 1 dan 2 dan diajarkan selaras
dengan semua matapelajaran. Tidak seperti KBSR, organisasi kurikulum dalam KSSR
telah diperhabarui di mana organisasi kurikulum KSSR dibahagi-bahagi kepada dua
tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Di dalam organisasi kurikulum tahap 1, modul yang
diajarkan ialah berdasarkan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif.
Dalam tahap 2 pula, modul yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR
iaitu Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi, Modul Kemanusiaan.

Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan, didapati bahawa berlaku


perubahan  kandungan kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di
dalam kurikulum KSSR yang baharu ini. Terdapat perubahan berlaku pada semua
mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah
Modul Teras Asas bagi tahap satu. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut
mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis,
mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan
(membaca, menulis, mengira, menaakul). Penaakulan merupakan asas penting untuk
memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang
matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti
pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis.

Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR
ialah dari aspek pentaksiran. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar
serta untuk membuat keputusan. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi
penekanan kepada penilaian sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah
Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Contoh ujian sumatif pula ialah Ujian
Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk
menguji pencapaian murid.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat


beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat
beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan
modal insan. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran
KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan
tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina
modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik
dan holistik.
Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek
yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat adalah
dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR
mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan,
pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran
akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek
peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa
matapelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada kedua-dua
kurikulum tersebut. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu
manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk
pelaksanaan KBSR iaitu selama 1350 minit juga bertambah kepada 1380 minit
seminggu dalam KSSR (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).
Selain itu, pihak sekolah juga dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa
dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta
prasarana sekolah.

Anda mungkin juga menyukai