Anda di halaman 1dari 16

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN
SENI VISUAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
2000
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-


cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii
FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah


berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan
seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni


dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah


rendah. Mata Pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang
menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara
menyeluruh dan aspek kritikan.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

v
pendidikan seni visual sekolah rendah

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.


Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk


minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan


aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-
sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran


yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya
untuk faedah sendiri.
1
pendidikan seni visual sekolah rendah

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,


kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk
membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih
berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah


murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan meyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual,

2
pendidikan seni visual sekolah rendah

6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan


selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan


melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan


dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan


dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara

3
pendidikan seni visual sekolah rendah

pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,


alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga
akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,
proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,
mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran


memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir
secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,
membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan


iaitu:

a. pemerhatian secara aktif


b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian


keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.
Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera
lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan
emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
4
pendidikan seni visual sekolah rendah

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek
buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit
bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan


dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi


dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

c. Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali


aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui
hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam

5
pendidikan seni visual sekolah rendah

pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,


murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KANDUNGAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam


empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian


secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara
bersepadu.

6
pendidikan seni visual sekolah rendah

1. MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran


serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi.

Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.


Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus
7
pendidikan seni visual sekolah rendah

kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi


visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,
garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras
apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai


cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-
mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan
seperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:


2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:


2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan

8
pendidikan seni visual sekolah rendah

2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini
memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap


aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni.

9
pendidikan seni visual sekolah rendah

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi


aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang


melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid
diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

10
pendidikan seni visual sekolah rendah

4.1 Alat domestik


4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh
bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

11