Anda di halaman 1dari 12

Nama:.................................................................................. Kelas:............................

MODUL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


2020 (SK)

BAHASA MELAYU
TAHUN 4
Pemahaman
1 jam 15 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

2. Bagi Bahagian A, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

4. Bagi Bahagian B, jawapan hendaklah ditulis di kertas soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.


[Lihat sebelah
BAHAGIAN A

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ziana menyimpan lebihan wang sakunya di dalam ________________ pada setiap hari.
A laci
B beg
C bank
D tabung

2. “ Sajak ___________ saya tujukan kepada ibu saya, ” kata Erra Fazira.
A ini
B itu
C sini
D sana

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Se___________ garam dimasukkan ke dalam


sup ayam itu.
A cubit
B sudu
C colek
D bekas

4. ________________kah keadaan emak kamu ?

A Apa
B Kenapa
C Bagaimana
D Mengapa

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.


5. Mereka berpegangan tangan semasa
____________ anak sungai yang deras
arusnya.
A mendalami
B melintasi
C memimpin
D menyusuri

2
6. Faizal Tahir nyaris lemas _____________ tidak memakai jaket keselamatan.

A demi
B agar
C kerana
D semasa

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Rahman suka menggunakan gebar yang


______ ketika hari hujan.

A tebal
B lebar
C besar
D cantik

8. Zulaikha terus __________ gambar potret yang ditempah oleh pelanggannya


tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.

A terlukis
B lukisan
C melukis
D pelukis

9. Kamu semua __________ berhati-hati semasa turun dari bukit ini kerana cerunnya
sangat curam.

A akan
B harus
C mesti
D boleh

10 Mereka dipilih dari ______ kebolehan menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

A antara
B dalam
C segi
D atas
3
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Kakak membeli sebentuk cincin dengan harga


yang murah ______ kerana jualan
penghabisan stok akan berakhir pada hujung
bulan ini.
A paling
B agak
C terlalu
D benar
12 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Jangan mudah ______________________ jika kita hendak berjaya dalam mengejar


apa yang kita impikan.

A kecil hati
B putih hati
C bulat hati
D patah hati

13 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

I Siti sudah masak dengan perangai anak-anaknya.


II Buah durian yang masak akan gugur sendiri.
III Fikirkan masak sebelum membuat keputusan.
IV Masak ibu sungguh enak sekali.

A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Kejadian ragut yang menimpa Siti itu disedari oleh jirannya yang berada di halaman
rumah.

A Bilakah kejadian ragut itu berlaku?


B Di manakah kejadian ragut itu berlaku?
C Apakah yang menyebabkan kejadian ragut itu?
D Siapakah yang menyedari kejadian ragut yang menimpa Siti?

15 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang berikut.

Bagaimanakah kamu dapat memenangi pertandingan syarahan itu?

A Saya telah membuat latihan awal sebelum bertanding.


B Saya memenanginya dengan perasaan yang gembira.
C Ya, kemenangan saya telah dijangka sejak awal lagi.
D Kemenangan pertandingan syarahan itu telah saya jangka.

Soalan 16 hingga Soalan 20

4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas
kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas sedang mengelilinginya.

Sang Kancil : Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?


Sang Agas : Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.
Sang Kancil : Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?
Sang Agas : Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan
ada duri yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai
akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan menyebabkan
perut hamba berbunyi.

Sang Kancil : Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.


Sang Agas : Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini
sejari besarnya.
Sang Kancil : (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba.
Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan
hamba itu.
Sang Agas : Mengapa tuan hamba berkata demikian?
Sang Kancil : Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah
mustahil duri yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.
Sang Agas : Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari
hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa).
Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan
hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.
Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil
mengakui kebijaksanaan Sang Agas.

16 Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?

A Teguran Sang Agas


B Bunyi dengung di atas kepalanya
C Jeritan Sang Agas
D Cerita Sang Agas tentang perutnya

17 Apakah punca bunyi tersebut?

A Duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi


B Perut Sang Agas kosong menyebabkan perutnya berbunyi
C Perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau
D Tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi

18 Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?

A kerana Sang Agas memang suka berbohong


B kerana Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas
C kerana badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau
D kerana mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan
Sang Agas

19 Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali...

A badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.


B perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.
5
C duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.
D Sang Kancil tidak menyangka bahawa Sang Agas bijak.

20 Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan


watak Sang Agas?

A Seperti tikus membaiki labu


B Seperti mengajar itik berenang
C Seperti katak di bawah tempurung
D Seperti harimau menyembunyikan kukunya

BAHAGIAN B
( 30 markah )
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.
berkempen tidur terpaku
duduk menjerit menuntut

Datuk ____________ termenung di anjung rumah. Matanya ____________ pada kibaran


Jalur Gemilang di halaman rumah. Masih segar dalam ingatan datuk, kenangan dia dan
rakan-rakannya bersusah payah _________________ kemerdekaan daripada penjajah.
Mereka ____________ ke serata pelosok negara untuk meraih sokongan daripada penduduk.
Akhirnya suasana kegembiraan menyelubungi seluruh rakyat jelata . Laungan merdeka
bergema di seluruh negara.
( 4 markah )
Soalan 22

(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan dengan menggunakan
ayat yang lengkap.
Polis : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Saksi : Kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandu laju terbabas
lalu merempuh sebuah lori di laluan bertentangan.

(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Tahniah, saya ucapkan atas


anugerah yang saudara
terima sebagai Usahawan
Berjaya 2018 !

6
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

( 2 markah )

(c) Soalan berikut berdasarkan penyataan di bawah.

Aliman tidak berjumpa dengan gurunya untuk mengucapkan terima kasih setelah
berjaya dengan cemerlang dalam UPSR setelah keputusan diumumkan. Dia
juga tidak menghubungi gurunya dengan panggilan telefon.
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan penyataan tersebut.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 23

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

7
Berpakaian cantik di pagi raya,
Angin bertiup cuaca redup;
Rajin belajar pasti berjaya,
Ilmu berguna penyuluh hidup.

Pergi ke pekan membeli angsa,


Angsa diletak di atas papan;
Guru berkorban tak kira masa,
Kejayaan murid menjadi harapan.

Membasuh kaki di tepi kali,


Kali terletak berhampiran rotan;
Sombong dan bongkak jangan sekali,
Supaya hidup disenangi rakan.

Ke gerai Mamat membeli kelapa,


Tidak ditegur terasa hati;
Pengorbanan ibu bapa usah dilupa,
Harus dikenang dan dihormati.

a. Rangkap pertama pantun meminta kita supaya ________________________


______________________________________________________________
( 1 markah )

b. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas.


_____________________________________________________________

______________________________________________________________.
(2 markah )

Pengorbanan ibu bapa usah dilupa,


Harus dikenang dan dihormati.

c. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

8
Tugu Negara tersergam dengan indahnya di Bukit Pahlawan. Kawasan ini tidak berapa jauh dari
Bangunan Parlimen negara kita.

Tugu Negara ini siap dibina pada tahun 1960. Belanja pembinaannya berjumlah RM 200,000.
Tujuan kerajaan membina Tugu Negara ini adalah untuk memperingati jasa-jasa semua pahlawan
yang telah terkorban dalam peperangan-peperangan untuk mempertahankan negara kita daripada
ancaman musuh.

Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918 telah menyebabkan
perwira-perwira kita bersiap sedia untuk menghadapi musuh. Kita bernasib baik kerana pada ketika itu
negara kita tidak dicerobohi musuh.

Namun begitu, keselamatan negara mula tergugat. Perang Dunia Kedua meletus pada tahun
1939 hingga 1945. Ketika itu, keselamatan negara kita kucar-kacir. Pahlawan-pahlawan kita terus
berjuang mempertahankan bumi bertuah ini daripada ancaman tentera Jepun. Banyak yang gugur
sebagai pejuang negara.

Setelah sekian lama menjajah negara, tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Negara kita terus dijajah oleh kerajaan British sekali lagi. Kita tidak sunyi daripada musuh. Selepas itu,
ancaman komunis pula melanda. Masalah ini cuba dibanteras oleh British. Berikutan dengan itu,
darurat diisytiharkan di negara kita.

Pahlawan-pahlawan kita pula berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menentang


komunis yang cuba memporak-perandakan keamanan negara. Hingga tahun 1960 barulah darurat
berakhir.

a. Perkataan memperingati dalam petikan membawa maksud


_________________________.
( 1markah)
b. Apakah tujuan utama Tugu Negara dibina?

______________________________________________________________
(2 markah)
c. Bilakah Perang Dunia Kedua berlaku?
______________________________________________________________

_____________________________________________________________
(1 markah)

d. Pada pendapat anda, adakah kita patut mengenang jasa para pahlawan yang
terkorban? Mengapa?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
( 2markah)

Soalan 25
Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelab Doktor Muda,


9
Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir,
32000 Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir,
32000 Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan. 15 MEI 2019.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Kempen “Sayangi Warga Sekolah”.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Doktor Muda akan mengadakan Kempen
Sayangi Warga Sekolah peringkat sekolah. Kempen ini bertujuan untuk membudayakan
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

2. Butiran kempen tersebut adalah seperti ketetapan yang berikut:


Tarikh : 26 hingga 29 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Sekolah Gugusan Lekir

3. Saya berharap agar permohonan ini dapat tuan pertimbangkan. Kerjasama daripada
pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


Siti Aishah
( SITI AISHAH BINTI JOHARI )
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir.

a. Kempen “Sayangi Warga Sekolah” akan diadakan pada _________________

(1 markah)
b. Apakah tujuan utama kempen tersebut diadakan?

(2 markah)

c. Bila agaknya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir menerima surat Siti
Aishah? Apa alasannya?
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

10
_______________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT -

11
12