Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah susunan penceritaan dalam teks
sejarah ini dilihat agak teratur menurut kronologinya. Keunikan Misa
Melayu ialah dari segi bentuk penulisan Raja Chulan iaitu yang berbentuk
prosa dan puisi dan ditulis dalam tulisan Jawi sebelum dirumikan oleh R.O
Winstedt pada awal abad ke-20. Antara kandungan penceritaan yang
terdapat dalam Misa Melayu tulisan Raja Chulan termasuklah :
Ekonomi di Perak :
Dalam Misa Melayu ini, Raja Chulan turut memperincikan mengenai hasil
ekonomi yang terdapat di Perak pada masa tersebut terutamanya yang
datang daripada aktiviti perekonomian di Sungai Perak. Antaranya, pihak
Belanda telah dibenarkan untuk membina gudang bijih timah di Pengkalan
Halban yang terletak berhampiran Pulau Indera Sakti, di muara Sungai
Kinta dan Sungai Perak. Di dalam hutan negeri Perak juga terdapat banyak
gajah sehingga terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Gajah.
Walau bagaimanapun, hanya baginda Sultan Perak sahaja yang dibenar
untuk berniaga gajah di negeri Perak. Manakala di Pulau Indera Sakti pula,
para peniaga Cina telah membuka tokoh-tokoh mereka dan sebahagian
daripadanya menjual emas. Selain Belanda, pedagang China, Cina, Jawa
dan Siam turut melakukan perdangan dengan Perak. Antaranya
termasuklah perdangan pakaian, garam, temabaku, gambir, pinggan
mangkuk tembikar Cina dan alatan senjata seperti parang dan keris,
benang emas, rempah dan candu.
Hal ini dapat dibuktikan melalui pada siang hari sebelum majlis berinai.
Inai tersebut akan diarak masuk ke dalam istana dengan cara inai
tersebut dibubuh di atas kepala seekor kera Hanuman yang diletakkan
di atas perarakan lalu diarak. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa
pengaruh agama Hindu begitu kuat pada waktu pemerintahan diraja
Perak. Keesokan harinya pula, adat bertindik pula dilakukan. Anak
raja akan diarak sebanyak tujuh kali keliling kota di atas gajah
kenaikannya lengkap dengan alat pawainya dan payung yang
keemasan dan tunggul panji-panji dan alam bernaga. Kemudiannya,
anak raja tersebut akan dimandikaan dengan air yang diarak juga.
Setelah itu, upacara bertindik dijalankan. Hal ini dinyatakan seperti teks
di bawah:
“Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah, kemudian
diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baharu bertunang itu,
maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu disatukanlah Puteri
Raja Budak Rasul dengan Raja Muda.“
c) Istiadat perarakan Raja berangkat
Istiadat perarakan raja berangkat memberikan maksud bahawa
seorang raja ingin berlayar ataupun ingin ke Negara luar atau pun
mempunyai urusan di negeri lain menyebabkan istiadat berarak raja
berangkat akan diadakan. Hal ini bertujuan ingin menunjukkan
bahawa taraf seseorang raja sebagai pemerintah yang perlu
diberikan penghormatan dan taat setia kepadanya. Dalam Misa
Melayu dibuktikan apabila Raja Muda berangkat semua kapal pun
ditunda dan semua kelasi atau anak kapal akan mengiringi
keberangkatan baginda ke dalam kapal tersebut. Setibanya raja
berada di dalam kapal, nakhoda kapal akan memasang bedil bagi
menyambut kedatangan baginda. Seterusnya, apabila baginda ingin turun
dari kapal , meriam juga akan dipasangkan sekali lagi. Teks di bawah
menunjukkan istiadat tersebut:
“ Adapun Laksamana dan Syahbandar , setelah sampai kepada
kapal itu, bersama-sama dengan Raja Mutabar Khan lalu naiklah ke atas
kapal. Maka sangat dimuliakan oleh nakhoda kapal itu akan Laksamana
dan Syahbandar. Setelah itu, dilayarkanlah kapal itu masuk ke Kuala
Perak sampai ke dalam sungai. Maka keesokan harinya maka
menghadaplah nakhoda itu kepada Raja Muda oleh Orang Kaya
Laksamana dengan Syahbandar serta ia membawa persembahan mana
kadarnya. Setelah nakhoda itu menghadap tuanku Raja Muda maka Raja
Muda pun berangkatlah kembali. Maka kapal itu pun ditunda oleh segala
kelasi mengiringkan kenaikan baginda itu. Setelah sampai ke Kuala Bidor
maka kapal itu pun berlabuhlah di pelabuhan kapal dahulu-dahulu. Setelah
kapal itu berlabuh maka Raja Muda pun berangkatlah ke dalam kapal itu
bermain-main diiringkan adinda baginda dan segala hulubalang pegawai.
Maka oleh nakhoda itu pun dipasanglah segala bedil di dalam kapal itu
akan menyambut baginda itu. Maka disambutnyalah dengan beberapa
dengan beberapa takluk khidmatnya akan Raja Muda. Setelah sudah
Raja Muda pun berangkatlah turun dari kapal itu. Maka oleh nakhoda itu
pun dipasangnya pula meriam alamat baginda turun dari kapalnya. Setelah
itu maka baginda pun berangkatlah naik ke Pulau Indera Sakti.
(Misa Melayu)
d) Istiadat kemangkatan
‘… maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya
telah datang kehendak Allah Taala kepadanya kepadanya tambahan
baginda itu raja alim ulama, tambahan pula sangat kuat amal ibadatnya.
(halaman 22)
Unsur-unsur lain
Dalam karya Misa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang jelas
menunjukkan penggunaan pengaruh Islam, Bahasa Melayu lama dan
unsur perkataan asing yang telah dimelayukan. Contohnya:
Perkataan Maksud
surat ciri surat pelantikan
baur alat kebesaran
kurang nazarnya kurang pertimbangannya
milawati menara kawalan
berpontoh bergelang besar
toleh tenggala jam 9.00 – 10.00 pagi
balai lepu balai tengah
karallah menara kawalan
berhati salah nilai tidak baik
gedung gelap penjara
tiada sangka tiada terhingga
menaruh riyal menyimpan atau menggunakan
duit riyal
Selain itu, pengarang dalam karya Misa Melayu juga menggunakan dialek
Perak. Antara dialek Perak yang terdapat dalam karya Misa Melayu ialah:
Dialek Maksud
Mike kamu
Celung kandang
merosok menyembunyikan
2.4.2 Kepengarangan
(a) Konsep
Kepengarangan merupakan mekanisme dan kaedah pengarang berkarya
sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.
Kaedah penulisan yang terkandung dalam Misa Melayu adalah lebih
kurang sama dengan Sulalatus Salatin. Pengarang Misa Melayu iaitu Raja
Chulan telah menghasilkan karya tersebut dengan rasa rendah hati setelah
beliau menerima titah sultan pada zaman itu. Raja Chulan telah
menjalankan penyelidikan dan rujukan bagi menghasilkan karya yang
terbaik. Hal ini dapat dibuktikan dengan meneliti penggunaan klausa dalam
karyanya. Contohnya, klausa ‘tersebutlah kisah’. Klausa ini digunakan
kerana Raja Chulan menghasilkan Misa Melayu ini berdasarkan cerita
benar dan hal ini memerlukan pengalaman serta pengamatan terhadap
peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman tersebut.
(b) Kekuatan Kepengarangan
Nilai kepengarangan yang terdapat dalam Misa Melayu juga amat tinggi.
Misa Melayu telah menggunakan tarikh yang tepat walaupun penggunaan
tarikh bagi menyatakan peristiwa adalah tidak banyak seperti karya-karya
lain. Misa Melayu juga mengandungi ciri pensejarahan Islam dalam
penulisannya. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan lafaz
‘Bismillah’pada awal penulisannya. Selain itu, Misa Melayu turut
menggunakan kata-kata lain yang menggambarkan unsur Islam.
Contohnya, perkataan ‘dengan izinAllah’. Contoh lain yang paling nyata
pengaruh Islam adalah ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah seperti
berikut:
“...Ampun tuanku, insya-Allah Taala barang dipanjangkan Allah kiranya
hadrat Duli Yang Maha Mulia di dalam dunia ini...”
“...setelah sudah baginda berwasiat demikian, maka datanglah peredaran
dunia ini. Inna lillahi wainnailaihirajiun.”
Penggunaan kata-kata yang berunsurkan Islam ini mungkin disebabkan
oleh pengetahuan pengarangnya hasil daripada pembacaan terhadap
karya pensejarahan Melayu-Islam atau hasil daripada pendidikan Islam
yang diterima oleh beliau.
Karya ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Misa Melayu tidak
mengandungi unsur-unsur mitos atau dongeng. Hal ini adalah kerana karya
ini merupakan karya penting negeri Perak. Karya yang mengandungi
sejarah negeri Perak ini tetap menggunakan pantun dan syair sebagai
penyeri karya. Karya ini juga mempunyai peristiwa yang benar-benar
berlaku dan dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai struktur
politik kerajaan, undang-undang, kegiatan ekonomi dan perkara lain-lain
berkaitan pemerintahan Perak pada zaman tersebut. Misa Melayu juga
mencatatkan tentang salasilah keluarga dan jurai keturunan kerajaan
Perak, susunan pembesar, kerajaan negeri, struktur masyarakat, adat-
istiadat dan bentuk kesenian yang wujud pada zaman tersebut. Dalam
penulisan beliau, Raja Chulan telah menyatakan pimpinan Raja pada masa
tersebut yang banyak mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri
bagi menjaga kepentingan rakyat. Hal ini dapat dibuktikan bahawa raja
tidaklah berkuasa mutlak tetapi masih mementingkan individu di
sekelilingnya. Buktinya:
“...yang beta harap sekarang, baiklah anak kita Raja Mudalah akan ganti
kita. Maka hendaklah bicara orang-orang besar dan segala hulubalang
pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anakanda selenggarakan
hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak...”
Selain itu, penggunaan syair dalam karya Misa Melayu bukan untuk
tujuan hiburan semata-mata. Hal ini kerana syair itu mengandungi pelbagai
keterangan peristiwa sejarah tentang kerajaan Perak pada zaman tersebut.
Kesahihan peristiwa dalam karya ini dapat dibuktikan dengan merujuk
kepada beberapa sumber lain seperti sejarah Belanda. Persamaan ini
dapat mengukuhkan lagi ketepatan maklumat dalam karya Misa Melayu.
Hal ini jelas menunjukkan kesedaran dan pengetahuan mendalam
pengarang dalam sejarah ini.
(c) Motif Pengarang
Karya Misa Melayu ini ditulis kerana pengarang ingin menurut titah sultan
pada zaman tersebut. Hal ini jelas dapat dilihat dalam Misa Melayu dengan
serangkap syair yang ditulis oleh Raja Chulan. Pengarangnya dengan rela
hati telah menerima arahan untuk menghasilkan karya ini. Hal ini adalah
kerana beliau ingin menyebarkan ilmu tentang kegemilangan sesebuah
zaman pemerintahan seseorang raja kepada generasi muda. Hal ini dapat
dibuktikan dengan satu frasa dalam karya ini iaitu ‘supaya bolehlah akan
zaman kita disebut orang kelak’. Contoh syair yang terdapat dalam Misa
Melayu ialah:
Tuanku titahkan patik mengarang,
Diperbuat juga sebarang-barang,
Sajaknya janggal manisnya kurang,
Haram tak sedap didengar orang.
2.5 Nilai ilmu dalam karya Misa Melayu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai merujuk
kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Manakala dalam bidang sains sosial,
nilai boleh ditakrifkan dalam tiga konteks iaitu sebagai sifat bagi
menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar
harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran
atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.
Selain itu, nilai mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai yang
membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan
betul atau salah. Ilmu berfungsi untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dan mengembangkan lagi perkara yang mengandungi kemusykilan. Oleh
itu, antara nilai ilmu yang dikenal pasti dalam Misa Melayu adalah seperti
ilmu pentadbiran, ilmu firasat, ilmu sejarah dan ilmu ekonomi.
2.5.1 Ilmu pentadbiran
Pentadbiran bermaksud perbuatan melaksanakan urusan, mengelola atau
menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain. Selain itu,
pentadbiran juga merupakan perlakuan untuk mengurus dan bertindak
sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pentadbiran atau fungsi kerajaan.
Sebagai contoh, dalam karya Misa Melayu telah diwujudkan sistem beraja
yang mengikut susunan yang telah diatur dengan baik, susunan tersebut
ialah:
i. Raja Muda
ii. Raja Bendahara
iii. Raja Di Hilir
iv. Raja Di Baruh
v. Raja Kecil Besar
vi. Raja Kecil Tengah
vii. Raja Kecil Muda
viii. Raja Kecil Bongsu
3.0 KESIMPULAN