Anda di halaman 1dari 2

SMA HAJI MOHD YATIM

KERTAS KERJA
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PdPR SECARA ONLINE
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.0 PENDAHULUAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggariskan setiap murid mesti


mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri dan berpeluang mengikuti
pendidikan meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Dalam usaha  untuk memastikan semua  murid tidak ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran, guru mula menggunakan inisiatif untuk menjalankan kelas secara atas talian.
Walau bagaimanapun, wujud kesangsian platform manakah yang sesuai untuk
menjalankan  pembelajaran secara atas talian dan kebanyakannya menggunakan kaedah
cuba jaya, iaitu menggunakan mana-mana platform dan lihat kepada kesesuaian.
Namun, terdapat beberapa cabaran kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran
secara atas talian, iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran,
pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistic.

2.0 MATLAMAT

2.1 Guru dapat melaksanakan PdPR secara berterusan mengikut jadual.


2.2 Menjadi panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan
terancang dan murid dapat mengikuti PdPR secara optimum.
2.3 Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah
PdPR yang digunakan.

1/2
3.0 OBJEKTIF

3.1 Guru dapat menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi
semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid.
3.2 Membolehkan guru menyediakan bahan pembelajaran secara interaktif dan murid
dapat mengikuti sesi PdPR secara optimum.
3.3 Guru dapat menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian
dengan kaedah PdPR yang digunakan.

4.0 SASARAN

Guru Reka Bentuk dan Teknologi SMA Haji Mohd Yatim.

5.0 TENTATIF

Tarikh : 3 Februari 2021


Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Medium : Google Meet

6.0 PERBELANJAAN

Bayaran Penceramah : RM 200


Sumber : PCG

7.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat meningkatkan kemahiran guru Reka Bentuk dan Teknologi
dalam menghasilkan medium pembelajaran secara interaktif semasa melaksanakan sesi
PdPR.

Disediakan Oleh, Disemak oleh Diluluskan oleh

Norizan binti Kamarudin Nurfazlia binti Din Ahmad Shahrir bin Hj. Abdul Ghani
Ketua Panitia RBT GKMP Teknik & Vokasional Pengetua

2/2