Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
BMMB3013
LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU – KERTAS PROJEK

Nama : JEWELLE TAN JIA QI


No. K/P : 000702010714
Angka Giliran : 2020122340020
Program : 1 PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah : ENCIK JAFRI BIN HUSSIN

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :

2
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan
oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB 3023 Semester / Tahun: 2/1

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2020

LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU Kumpulan: BAHASA MELAYU


1,2,3,dan 4

Tu Tarikh Mula Tarikh Hantar


ga
1. Ujian 1: Aneka Pilihan (10 soalan) dan 1 Okt. 2020 1 Okt. 2020
Struktur (1 soalan)
2. Ujian 2: Aneka Pilihan (10 soalan) dan 4 Okt. 2020 4 Okt. 2020
Struktur (2 soalan)
3. Esei 1 (1000 perkataan) 27 Sept. 2020 13 Okt. 2020

4. Pembentangan Kumpulan (30 minit) 11 Okt. 2020 16 Okt. 2020

5. Esei 2 (1000 perkataan) 4 Oktober 11 Okt. 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan kata


berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber; (C2,PLO1, PLO6, LL1)

2. Menghuraikan fungsi frasa dan klausa dengan berdasarkan bukti yang kukuh
(C5, PLO3, CTPS5)

3
3. Menghubung kait konsep Transformasi Generatif dengan proses
pembentukan dan susunan ayat secara pembentangan kumpulan; (C6,PLO4,
PLO5, CS1, TS1)
4. Menganalisis pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan rajah
pohon dengan jelas secara bertulis. (C4, PLO3, CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif kerja kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjawab Ujian 1 dalam tempoh yang ditetapkan.


2. Menjawab Ujian 2 dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Menilai penulisan pengguna bahasa dengan memberi justifikasi
yang kritis.
4. Menghasilkan bahan pembentangan yang kreatif tentang
perkaitan konsep Transformasi Generatif dengan proses
pembentukan dan susunan ayat.
5. Menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk.

Morfologi dan sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji hukum tatabahasa
yang mendasari bentuk kata, golongan kata, kaedah pembentukan kata, penyusunan
kata dan frasa dalam ayat. Penguasaan aspek morfologi dan sintaksis
membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada sesuatu ayat itu menepati hukum
tatabahasa. Dalam hal ini, ilmu morfologi dan sintaksis dapat diterapkan dalam
pengkajian terhadap hasil penulisan pengguna bahasa.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Ujian 1: Aneka Pilihan dan Struktur (15 peratus)

Anda dikehendaki menjawab semua soalan Ujian 1 yang merangkumi 10 soalan


aneka pilihan dan 1 soalan struktur.

 Jawapan perlu ditulis dalam templat yang disediakan.


 Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.

Ujian 2: Aneka Pilihan dan Struktur (20 peratus)

Anda dikehendaki menjawab semua soalan Ujian 2 yang merangkumi 10 soalan


aneka pilihan dan 2 soalan struktur.

4
 Jawapan perlu ditulis dalam templat yang disediakan.
 Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.

Kerja Kursus 1: Esei I (40 peratus)

Anda dikehendaki menulis esei, iaitu menilai penulisan pengguna bahasa dari segi
frasa, klausa dan ayat dengan memberi justifikasi yang kritis.
 Penulisan pengguna bahasa yang perlu anda kaji ialah artikel bertajuk Rai
Keharmonian, Padam Bara Perkauman Sempit (Lampiran 1).
 Esei anda perlu menepati ciri-ciri bahasa Melayu tinggi.
 Esei ini perlu dilaksanakan secara individu.
 Panjang esei anda adalah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
 Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.

Kerja Kursus 2: Pembentangan Kumpulan (10 peratus)

Anda dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan yang kreatif tentang


perkaitan konsep Transformasi Generatif dengan proses pembentukan dan
susunan ayat dan mempersembahkannya dalam pembentangan kumpulan.
 Ahli kumpulan ialah dua atau tiga orang.
 Ayat yang digunakan sebagai contoh untuk menghurai perkaitan konsep
Transformasi Generatif dengan proses pembentukan dan susunan ayat
perlulah diambil daripada artikel bertajuk Rai Keharmonian, Padam Bara
Perkauman Sempit. Pastikan anda menggunakan ayat yang tepat hukum
tatabahasanya.
 Bahan pembentangan anda perlu mempamerkan kreativiti yang tinggi
 Pembentangan perlu dilaksanakan dalam tempoh 30 minit.

Kerja Kursus 3: Analisis Ayat (15 peratus)

Anda dikehendaki menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam
pantun budi bahasa dengan memasukkan rajah pohon sebagai sokongan analisis
anda.
 Analisis anda perlu menepati ciri-ciri bahasa Melayu tinggi.
 Analisis ini perlu dilaksanakan secara individu.
 Panjang analisis anda adalah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
 Ayat yang digunakan sebagai contoh untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat
majmuk perlulah diambil daripada pantun bahasa yang diberi (Lampiran 2).
 Analisis anda perlu disokong oleh rajah pohon.
 Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.

5
Arahan Pelaksanaan Tugasan
1. Ujian 1, Ujian 2, Kerja Kursus 1 dan Kerja Kursus 3 dilaksanakan secara
individu.
2. Kerja Kursus 2 dilaksanakan secara berkumpulan dua atau tiga orang.
3. Jumlah perkataan Kerja Kursus 1 adalah dalam lingkungan 1000 patah
perkataan.
4. Jumlah perkataan Kerja Kursus 3 adalah dalam lingkungan 1000 patah
perkataan.
5. Perbentangan Kerja Kursus 2 tidak melebihi 30 minit satu kumpulan.
6. Tugasan anda perlu disandarkan kepada pelbagai sumber autentik.
6. Anda boleh melaksanakan tugasan secara kolaboratif untuk mengumpul
maklumat dan sumber tetapi hasil dan olahan perlu secara individu bagi kerja
kursus individu dan perkumpulan bagi kerja kursus kumpulan.
7. Format penulisan adalah seperti berikut:
4.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
4.2 Fon Arial
4.3 Saiz huruf – 11
4.4 Langkau 1.5 baris
4.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
9. Tugasan ini membawa wajaran 100 peratus.
10. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk memperjelas tugasan anda
hendaklah disertakan dalam lampiran.
11. Sila patuhi tarikh penyerahan tugasan dan pembentangan yang ditetapkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NORAISIKIN BINTI GHAZALI) (NORDIN BIN MOHD. YUSOF)


Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) /
Penyelaras Kursus / Pensyarah
Kanan

Disahkan oleh:

(RUZIYAH BINTI ZAINOL ABIDIN)


Ketua Jabatan

6
7
Isi Kandungan
No. Tajuk Muka
Surat

1.0 Pengenalan Pg2

2.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dari segi Frasa Pg2

2.1 Penggunaan Frasa yang Betul Pg2-3

2.2 Penggunaan Frasa yang Salah Pg3-4

3.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dai segi Klausa Pg4

3.1 Penggunaan Klausa yang Betul Pg4

3.1.1 Klausa Bebas dan Klausa tak bebas Pg4-5

3.2 Penggunaan Klausa yang Salah Pg5

4.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dari segi Ayat Pg5

4.1 Penggunaan Ayat yang Betul Pg5-6

4.1.1 Ayat tunggal Pg6

4.1.2 Ayat Majmuk Pg6-8


(a) Ayat Majmuk Gabungan
(b) Ayat Majmuk Pancangan
(c) Ayat Majmuk Campuran

4.2 Penggunaan Ayat yang Salah Pg8-9

5.0 Rumusan Pg9

6.0 Bibliografi Pg9-11

7.0 Lampiran Pg11-14

1
Esei 1
1.0 Pengenalan
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa yang tepat dan betul
adalah penting bagi memastikan pengguna bahasa Melayu dapat menguasai
penggunaan susunan tatabahasa dengan baik. Seseorang penulis seharusnya
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek tatabahasa yang jelas supaya
dapat penulisan yang dihasilkan mudah difahami oleh pembaca. Menurut Abdul
Hamid Mahmood (2010), sintaksis dekenali sebagai bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan juga binaan ayat. Secara umumnya, ayat mempunyai
unsur klausa, manakala klausa terdiri daripada unsur frasa, dan frasa pula dibentuk
daripada bentuk-bentuk perkataan. Penulisan akademik ini akan mengkaji dan
menilai penulisan pengguna bahasa dari segi frasa, klausa dan ayat berdasarkan
artikel bertajuk Rai Keharmonian, Padam Bara Perkauman Sempit.

2.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dari segi Frasa

Frasa merupakan unit yang dibentuk daripada satu susunan yang


mempunyai sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang
mempunyai potensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah
Karim dan et al., 2015) Dalam bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada dua
konstituen utama iaitu subjek dan predikat dan unsur yang mebina dua konstituen
utama ini adalah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
(Zuraida Binti Othman, 2010)

2.1 Penggunaan Frasa yang Betul

Dalam penulisan yang dikaji, penulis telah menggunakan frasa yang betul
misalnya dalam perenggan kedua ayat pertama, penulis menggunakan frasa
“bangsa Malaysia” yang merujuk kepada frasa nama. Binaan frasa nama ini merujuk
kepada inti+penerang nama keturunan. Dalam binaan frasa nama jenis ini,
konstituen dibentuk daripada kata nama iaitu intinya “bangsa” terdiri daripada kata
nama dan penerangnya “Malaysia” juga kata nama. Penerang “Malaysia” berfungsi
untuk memberi keterangan lanjut tentang aspek salasilah pada inti kata nama
“bangsa”. Selain itu, contoh penggunaan frasa kerja yang betul dalam artikel adalah
terdapat di perenggan terakhir ayat pertama “membina masyarakat yang kukuh”.
Kata kerja “membina” merupakan kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama

2
“masyarakat” untuk menyempurnakan maknanya manakala “yang kukuh”
berperanan sebagai unsur keterangan kepada kata kerja. Contoh bagi penggunaan
frasa adjektif pula, terdapat di perenggan pertama ayat terakhir iaitu “taat setia” yang
merupakan frasa adjektif binaan dua perkataan yang terdiri daripada kata adjektif +
kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna. Seterusnya, contoh frasa
sendi nama dalam penulisan adalah “pada 1991” iaitu frasa sendi nama “pada”
sebagai keterangan tarikh atau masa.

Penggunaan Frasa yang betul dalam artikel


Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
hari kebangsaan mendaulatkan taat setia di kemudian hari
bahasa kebangsaan
Wawasan 2020 membina pada 1991
masyarakat
bahasa Melayu menguasai bahasa
asing
rakyat Malaysia
bangsa Hawaii

2.2 Penggunaan Frasa yang Salah

Selepas penilaian, didapati terdapat juga beberapa kesalahan penggunaan


frasa dalam artikel. Contoh kesalahan frasa adalah “dalam ini negara”. Ini
merupakan kesalahan penggunaan frasa nama kerana frasa nama “ini negara” tidak
tepat disebabkan unsur keterangan “ini” mendahului unsur inti iaitu “negara”. Hal ini
kerana perkataan “ini” merupakan penentu belakang yang perlu hadir selepas frasa
nama. Oleh itu, binaan frasa nama yang sepatutnya adalah “dalam negara ini”.

Kesalahan Penggunaan Frasa Frasa yang betul


Dalam ini negara Dalam negara ini

Selain itu, contoh kesalahan penggunaan frasa yang kedua adalah “ianya”.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2018), perkataan “ianya” tidak boleh
digunakan kerana “ia” dan “nya” merujuk kepada kata ganti nama diri orang ketiga
yang tidak boleh digabungkan penggunaannya. Selain itu, perkataan “ia” dan “nya”
mempunyai maksud yang sama dan tidak sepatutnya diulang sebanyak dua kali.

3
Kesalahan Penggunaan Frasa Frasa yang betul
ianya ia

Kesalahan frasa adjektif yang terjumpa dalam artikel tersebut adalah berada
di perenggan keempat ayat keempat iaitu “paling bermaruah sekali”. Kata penguat
“paling” dan “sekali” tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat disebabkan
bentuk tersebut telah membawa maksud darjah penghabisan. Oleh itu, apabila kata
penguat “paling” telah digunakan, maka kata penguat “sekali” tidak diperlukan.

Kesalahan Penggunaan Frasa Frasa yang Betul


paling bermaruah sekali paling bermaruah / bermaruah sekali

3.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dari segi Klausa

Klausa merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mempunyai subjek


dan predikat, serta merupakan konstituen kepada ayat. Secara umumnya, klausa
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan juga klausa tak bebas.

3.1 Penggunaan Klausa yang Betul

3.1.1 Klausa Bebas dan Klausa tak bebas

Fairose Shamsudin (2010) menjelaskan klausa bebas sebagai ayat lengkap


yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat lengkap semasa diucapkan atau ditulis.
Antara klausa bebas yang terdapat dalam artikel adalah berada di perenggan ketiga
ayat pertama “bangsa Malaysia tidak seharusnya membenarkan sebarang unsur
kerosakan meresap masuk dalam bahasa Melayu”. Ini dikenali sebagai klausa bebas
kerana mempunyai ciri klausa iaitu boleh berdiri sendiri serta bersifat sebagai ayat
lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Selain itu, juga didapati
terdapat konstituen subjek dan predikat dalam klausa ini seperti yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah.

Klausa Bebas
Subjek Predikat
bangsa Malaysia tidak seharusnya membenarkan
sebarang unsur kerosakan meresap
masuk dalam bahasa Melayu

4
Tambahan pula, klausa bebas melalui sifatnya sebagai ayat yang sempurna
juga boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan
kompleks, misalnya:

“bangsa Malaysia tidak seharusnya membenarkan sebarang unsur kerosakan


meresap masuk dalam bahasa Melayu (klausa bebas/ klausa utama) kerana
sekali bahasa Melayu diceroboh dan dirosakkan, penyesalan di kemudian hari
tidak membawa apa-apa makna (klausa tak bebas/ klausa kecil)”

Dalam ayat ini, terdapat dua jenis klausa. Klausa bebas telah disenaraikan
dalam jadual di atas manakala klausa “kerana sekali bahasa Melayu…” dikenali
sebagai klausa tak bebas kerana mengandungi kata hubung kerana dan klausa
tersebut tidak boleh berdiri sendiri. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dalam ayat
tersebut, terdapat dua jenis klausa iaitu klausa bebas dan juga klausa tak bebas.
Menurut Nik Safiah Karim dan et al. (2015), klausa bebas merupakan klausa utama
manakala klausa tak bebas merupakan klausa kecil.

3.2 Penggunaan Klausa yang Salah

Setelah menganlisis dan menilai artikel secara terperinci, didapati tidak


mempunyai kesalahan penggunaan klausa dalam penulisan. Dengan ini, dapat
dirumuskan bahawa penguasaan pengetahuan penggunaan klausa oleh penulis
amat kukuh.

4.0 Penilaian Penulisan Pengguna Bahasa dari segi Ayat

Ayat merujuk kepada unit yang tertinggi kedudukannya dalam tatatingkat


tatabahasa. Nik Safiah Karim dan et.al (2015) menjelaskan ayat sebagai unit
pengucapan yang mempunyai makna yang lengkap, intonasi yang sempurna serta
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.

4.1 Penggunaan Ayat yang Betul

4.1.1 Ayat Tunggal

5
Ayat tunggal merujuk kepada ayat yang mempunyai satu klausa sahaja iaitu
mengandungi satu konstituen subjek dan predikat. Contoh ayat tunggal yang
terdapat dalam artikel yang dinilai adalah “Perlembagaan Persekutuan sebagai asas
rujukan utama.” Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat seperti yang
ditunjukkan dalam jadual. Selain itu, ayat ini merupakan ayat tunggal susunan biasa,
iaitu kedudukan konstituen subjek mendahului konstituen predikat.

Subjek Predikat
Perlembagaan Persekutuan sebagai asas rujukan

4.1.2 Ayat Majmuk

Ayat majmuk membawa maksud ayat yang dibentuk daripada beberapa ayat
tunggal yang digabungkan. Secara umumnya, terdapat tiga jenis ayat majmuk,
antaranya ialah:

(a) Ayat Majmuk Gabungan

Contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat artikel yang dinilai adalah
dalam perenggan kedua ayat kelima iaitu “Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan juga memartabatkan budaya kesopanan dan ketamadunan bangsa.” Ini
kerana ayat ini dibentuk daripada dua ayat tunggal yang dijadikan satu dengan
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung “dan”. Peranan kata hubung
“dan” berfungsi untuk mencantumkan ayat-ayat dan menjadikannya satu ayat yang
lebih besar. Apabila kedua-dua ayat ini dicantumkan, unsur yang sama dan diulang
akan digugurkan.

(i) Ayat Pertama: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memartabatkan
budaya kesopanan.

(ii) Ayat Kedua: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memartabatkan
ketamadunan bangsa.

(iii) Ayat Majmuk Gabungan: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga
memartabatkan budaya kesopanan dan ketamadunan bangsa.

(b) Ayat Majmuk Pancangan

Berdasarkan artikel yang dikaji, contoh ayat majmuk pancangan jenis ayat
komplemen dalam penulisan adalah seperti:

6
(i) Ayat induk: Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seharusnya
boleh mengingatkan rakyat Malaysia.

(ii) Kata Hubung Komplemen: bahawa

(iii) Ayat Kecil: Kedudukan bahasa Melayu perlu diberi keutamaan dalam negara ini.

Ayat (iii) telah dipancangkan ke dalam ayat (i) untuk menerangkan kata kerja dalam
ayat tersebut. Ayat ini dikenali sebagai ayat komplemen kerana mempunyai
penggunaan kata komplemen “bahawa” untuk menandakan hubungan ini.

(c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran didefinisikan sebagai ayat yang mempunyai lebih


daripada satu jenis ayat, iaitu dibentuk daripada campuran ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya bersifat panjang. Contoh
yang terdapat dalam artikel adalah berada dalam perenggan terakhir ayat terakhir:

Untuk ini, bangsa Malaysia yang waras dan matang harus kembali kepada
akarnya menjunjung perjanjian persetiaan kewarganegaraan bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini. (P4A5)

Dapat diperhatikan bahawa ayat ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan
relatif kerana telah menggunakan kata relatif “yang”. Dalam contoh ayat yang diberi,
dapat disimpulkan bahawa ayat relatif tersebut berfungsi sebagai penerang kepada
subjek “bangsa Malaysia”. Selain itu, dalam ayat majmuk ini juga telah
mencantumkan dua ayat dengan kata hubung “dan”. Ayat majmuk jenis ini dikenali
sebagai ayat majmuk gabungan dengan menggugurkan unsur yang diulang iaitu
subjek “bangsa Malaysia”.

(i) Ayat Pertama: Bangsa Malaysia yang waras.

(ii) Ayat Kedua: Bangsa Malaysia yang matang.

Ayat majmuk gabungan: Bangsa Malaysia yang waras dan matang.

Satu lagi ayat majmuk yang terdapat dalam ayat ini adalah ayat majmuk pancangan
komplemen kerana telah menggunakan kata komplemen “bahawa”.

(i) Ayat induk: Bangsa Malaysia yang waras dan matang harus kembali kepada
akarnya menjunjung perjanjian persetiaan kewarganegaraan.

7
(ii) Kata Komplemen: bahawa

(iii) Kata Kecil: Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini.

Ayat (iii) telah dipancangkan ke dalam ayat (i) untuk menerangkan kata kerja dalam
ayat tersebut. Ayat ini dikenali sebagai ayat komplemen kerana mempunyai
penggunaan kata komplemen “bahawa” untuk menandakan hubungan ini.

4.2 Penggunaan Ayat yang Salah


Setelah menilai artikel yang diberi, contoh kesalahan ayat yang terdapat
dalam artikel adalah terletak di perenggan ketiga ayat kedua, misalnya:

Kita tidak mahu bahasa Melayu menjadi bahasa pijin (pidgin) dan kreol (creole)
akibat kehadiran pelbagai warga asing dalam Malaysia yang mencipta bahasa
Melayu mereka sendiri dan amalan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia
terutamanya remaja, yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul
sehingga merosakkan keindahan bahasa Melayu. (P3A2)

Kepanjangan dan struktur ayat ini perlu diringkaskan kerana ayat dalam
sesuatu penulisan biasanya bersifat pendek dan mudah difahami. Ayat yang terlalu
panjang akan mengelirukan pembaca dan kejelasan maklumat yang ingin
disampaikan juga akan menjadi kabur. (Nor Azuwan, 2008) Jumlah perkataan
maksimum untuk sesebuah ayat dalam penulisan adalah 30 patah perkataan dan
sekiranya ayat yang melebihi jumlah tersebut akan dikira membentuk ayat kompleks
dan makna ayat juga akan menjadi kabur. (Baker-Woods et al.,1977) Terdapat 46
patah perkataan dalam contoh ayat yang diberi. Dari segi pembentukan ayat, penulis
menggunakan ayat majmuk campuran yang ditandai dengan kata hubung “dan” dan
juga kata relatif “yang”. Ini menyebabkan ayat tersebut mempunyai penjelasan yang
berlebih-lebihan. (Mohd Hazreen Shah Hassan dan Sharil Nizam Sha’ri., 2019).
Dengan ini, untuk memudahkan pembaca untuk memahami penulisan dengan lebih
baik, maka ayat ini boleh dipecahkan kepada dua ayat seperti yang ditunjukkan di
bawah:

Ayat 1 Ayat 2
Kita tidak mahu bahasa Melayu menjadi Amalan berbahasa dalam kalangan
bahasa pijin (pidgin) dan kreol (creole) rakyat Malaysia terutamanya remaja,
akibat kehadiran pelbagai warga asing yang tidak menggunakan bahasa

8
dalam Malaysia yang mencipta bahasa Melayu dengan betul sehingga
Melayu mereka sendiri. (25 pp) merosakkan keindahan bahasa Melayu.
(20 pp)

Setelah melakukan pembetulan, ayat asal telah dipecahkan kepada dua ayat
supaya kandungan penulisan yang ingin disampaikan oleh penulis lebih mudah
difahami.

5.0 Rumusan

Setelah menilai penggunaan bahasa penulis dalam artikel, didapati terdapat


kesalahan penggunaan bahasa oleh penulis. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan kata yang betul dan pembentukan ayat yang jelas berpotensi untuk
menjelaskan kandungan penulisan dengan efektif serta dapat meningkatkan kualiti
penulisan. Seseorang pengguna bahasa Melayu sewajarnya mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam aspek tatabahasa dengan jelas supaya dapat
menghasilkan penulisan yang berkesan. Sebagai rakyat Malaysia, kita berperanan
penting untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya dapat menuju ke arah
pembinaan dan penggunaan bahasa yang standard.

9
6.0 Bibliografi
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman. (2006).
Sintaksis. Batu Caves: PTS Publications & Distributors.

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru. Pahang: PTS Publications & Distributors.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi: untuk Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur: PTS Professional.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asyraf Hamzah. (6 Mei 2016). Perlu Pendekatan Jelas Tingkat Penggunaan Bahasa
Melayu. Diakses daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/05/150071/perlu-
pendekatan-jelas-tingkat-penggunaan-bahasa-melayu-rais

Baker-Woods G., Dodd J. E., Ford K., Keller K., Plumley J.Jr., Smeyak G. P., Walsh-
Childers K. (1997). Mass media writing: An introduction. Arizona: Gorsuch
Scarisbrick.

Hajah Noresah bt. Baharom. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indhumathy A/P Munusamy. (Mei 2013). Penguasaan Bahasa Melayu dalam


kalangan pelajar peralihan di tiga buah sekolah di daerah Skudai. Diakses
daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/40641/5/IndhumathyMunusamyMFP2013.pdf

Mohd Hazreen Shah Hassan dan Sharil Nizam Sha’ri. (December 2019). Analisis
Kesalahan Penggunaan Bahasa dalam Rencana Akhbar. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/publication/338295980_Analisis_Kesalahan_Pe
nggunaan_Bahasa_dalam_Rencana_Akhbar

Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim. (2019). Ace Ahead Teks STPM Bahasa
Melayu Semester 2. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

10
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Azuwan Yaakob. (2008). Penulisan kewartawanan Melayu: Kajian retorik


terhadap kandungan akhbar Berita Harian (1957-1999). Tesis Doktor
Falsafah. Universiti Malaya.

Pusat Rujukan Persuratan Malaysia. (n.d). Ayat yang salah. Diakses daripada
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=salah&d=10

Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar. (2007).
Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Shah Alam. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Siti Baidura binti Kasiran, Nurul Jamilah binti Rosly. (n.d). Analisis Kesalahan
Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam. Diakses daripada
file:///C:/Users/User/Downloads/Analisis_Kesalahan_Tatabahasa_Bahasa_M
elayu_dalam_Karangan_Pelajar_Asing_di_Sebuah_Institusi_Pengajian_Ting
gi_Awam%20(2).pdf

Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna. Rawang. Vivar Printing Sdn. Bhd.

Zuraida Binti Othman. (9 Ogos 2010). Morfologi dan Sintaksis: Definisi Frasa.
Diakses daripada http://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08/definisi-
frasa.html

11
7.0 Lampiran

Gambar 1:

Sintaksis karya Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan
Zulkifli Osman

12
Gambar 2:

Ensiklopedia Bahasa Melayu karya Asmah Haji Omar

Gambar 3:

Kamus Dewan Edisi Keempat karya Hajah Noresah bt. Baharom.

13
Gambar 4:

Bahasa Melayu Semester 2 karya Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim.

Gambar 5:

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga karya Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim
Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.

14
15

Anda mungkin juga menyukai