Anda di halaman 1dari 11

SPM ULANGAN JUN 2015

1. Rajah 1 menerangkan pertembungan tamadun Indus dengan tamadun awal yang lain.

Tamadun Tamadun Tamadun


Mesopotamia Indus Mesir Purba
Rajah 1

Apakah kesan pertembungan tersebut?

A Kawasan pemerintahan meluas


B Bidang sastera berkembang
C Teknologi pertanian maju
D Bandar terancang dibina

2. Senarai di bawah merujuk kepada negara kota dalam tamdun Yunani.

 Athens
 Corinth

Mengapakah negara kota tersebut memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan?

A Ramai tenaga mahir tempatan


B Kekayaan sumber bahan mentah
C Ketidaksesuaian tanah untuk pertanian
D Kekurangan punca air untuk pertanian

3. Golongan Helot dalam kelas sosial masyarakat Sparta merujuk kepada

A pengusaha tanah
B golongan hamba
C angkatan tentera
D ahli agama

4. Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja.
Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?

A Mengawal kawasan istana


B Menyerahkan hasil pertanian
C Menggubal undang-undang wilayah
D Memberikan bantuan ketenteraan

5. Senarai berikut adalah artifak yang ditemui di lokasi kerajaan Kedah Tua.

 Tembikar Qing Pai


 Pelita tembaga
 Manik

Penemuan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua

A menjadi pusat penyebaran agama


B mengutamakan pengkhususan pekerjaan
C sebagai pusat pembuatan barang hiasan
D merupakan sebuah pelabuhan entrepot

1
SPM ULANGAN JUN 2015

6. Raja Indravarman I telah berjaya meningkatkan produktiviti pertanian di Angkor. Apakah


faktor kejayaan tersebut?

A Penerokaan tanah baharu


B Bekalan tenaga buruh luar
C Keberkesanan sistem pengairan
D Pelaksanaan sistem tanaman bergilir

7. Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang
mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.

Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

A Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah


B Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
C Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy
D Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

8. Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah.

 Sistem kabilah
 Semangat assabiah

Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan “ Gagasan 1M ”

I Menggalakkan mobiliti sosial


II Menyukarkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan semangat perkauman
IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apakah bentuk
bantuan yang diberikan?

A Kawalan keselamatan
B Menjadi penunjuk jalan
C Menyiasat pergerakan musuh
D Membekal barang keperluan

2
SPM ULANGAN JUN 2015

10. Maklumat berikut berkaitan dengan pembukaan semula kota Makkah.

Tahun Peristiwa
630 Masihi Nabi Muhammad SAW membuka semula
Kota Makkah

Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?

A Penerusan sistem kabilah


B Membasmi kemiskinan
C Memperkukuh negara
D Pertambahan penduduk

11. Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam.

 Musyawarah
 Syura
 Baiah

Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara?

I Melahirkan pemimpin berwibawa


II Memperkukuh sistem berkuasa mutlak
III Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah
IV Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat
orang Kristian untuk memeluk Islam.

Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?

A Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu


B Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan
C Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah
D Menjamin kemuliaan keturunan

13. Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Apakah
kesan penggunaan gelaran tersebut?

A Pengukuhan hubungan luar


B Kemantapan undang-undang
C Keberkesanan sistem pentadbiran
D Pengiktirafan kewibawaan pemerintah

3
SPM ULANGAN JUN 2015

14. Senarai berikut adalah tokoh ulama penting pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

 Maulana Sadar Jahan


 Maulana Jalaludin
 Qadi Yusuf

Mengapakah tokoh ulama tersebut dianggap penting?

A Penasihat sultan
B Hakim perbicaraan
C Pengurus baitulmal
D Penggubal undang-undang

15. Rajah 2 berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka

Hukum Kanun Melaka


Undang – undang
Kesultanan Melayu Melaka
Undang-undang Laut Melaka
Rajah 2

Apakah persamaan undang-undang tersebut?

A Mengandungi peraturan berkeluarga


B Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat
C Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
D Menetapkan tugas raja dan pembesar

16. Senarai berikut adalah hasil karya sastera tempatan di Asia Tenggara.

 Hikayat Acheh
 Hikayat Raja-Raja Pasai
 Hikayat Merong Mahawangsa

Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya tersebut?

A Peraturan di istana
B Sistem perlantikan raja
C Pengurusan perdagangan
D Cara penyebaran Islam

17. Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan berikut dalam misi penjajahan mereka ke
Timur?
 The white men’s burden ( beban orang putih )
 Mission civilisatrice ( menyebarkan tamadun )

A Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain


B Memajukan kehidupan masyarakat peribumi
C Mengekalkan pemerintahan tempatan
D Mengelakkan perlumbaan senjata

4
SPM ULANGAN JUN 2015
18. Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.
Apakah peranan golongan tersebut?

A Menyebarkan agama
B Menjelajah ke kawasan luar
C Menganggotai pasukan tentera
D Menaungi golongan pelukis

19. Pemodal Eropah menguasai pertanian komersial ketika era kolonialisme British di Tanah
Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Mendapat tempoh pajakan yang lama


B Berkongsi dengan syarikat peribumi
C Sokongan pembesar tempatan
D Kejatuhan harga hasil galian

20. Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah
Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Peruntukan kewangan terhad


B Sukatan pelajaran berbeza
C Tenaga pengajar kurang
D Kemudahan asas terhad

21. Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang
tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an.

Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut?

A Memperjuangkan kemerdekaan negara


B Menyekat perluasan fahaman komunis
C Melindungi kepentingan golongan petani
D Mempertahankan kedudukan golongan pelajar

22. Rajah 3 menunjukkan wilayah yang disatukan oleh Perancis dalam Persekutuan Indochina
( Union Indochinoise ).

Vietnam

Union Indochinoise

Kemboja Laos

Apakah tujuan Perancis menyatukan wilayah tersebut?

A Mempertahankan sistem monarki


B Memperkukuhkan penguasaan politik
C Memantapkan pentadbiran tradisional
D Meningkatkan taraf penduduk peribumi

5
SPM ULANGAN JUN 2015

23. Apakah kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma?

Tahun Akta
1887 Akta Kampung Ulu Burma
1889 Akta Perkampungan Burma

A Pengaruh golongan agama meningkat


B Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C Pendapatan penduduk tempatan merosot
D Kedudukan raja semakin kukuh

24. Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang. Perak pada tahun 1875.

Pembesar Y : Saya mencadangkan supaya J.W.W. Birch di bunuh

Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju dengan cadangan tersebut.

Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh?

A Kedaulatan negeri terancam


B Jawatan Residen dimansuhkan
C Pelaksanaan pendidikan sekular
D Kos sara hidup rakyat meningkat

25. Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura.

Kesatuan Melayu Singapura 1926


 Mohammad Eunos Abdullah
 Tengku Kadir Ali
 Embok Suloh

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

I Mendapat pendidikan Inggeris


II Menentang pentadbiran Inggeris
III Memperjuangkan kepentingan politik
IV Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
SPM ULANGAN JUN 2015

26. Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?

I Masalah diselesaikan secara musyawarah


II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan
III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran
IV Ketua dipilih dari peringkat bawah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27. Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang
mempunyai persamaan dari segi

I agama
II bahasa
III adat resam
IV kegiatan ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28. Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi
piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

A Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri


B Pembentukan masyarakat berbilang kaum
C Menyeragamkan sistem pentadbiran
D Meningkatkan kerjasama ekonomi

29. Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang
hebat oleh orang Melayu.

Jus soli
Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada
sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan
Singapura

Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

A Kesamarataan agihan ekonomi


B Pelaksanaan perkongsian kuasa
C Mengehadkan kemasukan imigran
D Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

7
SPM ULANGAN JUN 2015

30. Berdasarkan Perlembagaan 1941. Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan
sendiri kepada Sarawak.

Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan?

A Tentangan pembesar tempatan


B Kekurangan bilangan pegawai
C British mengambil alih pentadbiran
D Bantahan daripada Kesultanan Brunei

31. Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.

Fungsi Suruhanjaya Reid


Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan
Tanah Melayu yang akan merdeka.

Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?

A Hal kerakyatan
B Penetapan sempadan
C Hal ehwal imigresen
D Peruntukan kewangan

32. Gambar 1 adalah tokoh yang telah berjasa kepada Malaysia.

Tun Haji Abdul Razak Tun H.S. Lee Tun V.T. Sambanthan
Gambar 1

Apakah jasa mereka?

A Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara


B Menentang Malayan Union
C Menamatkan zaman darurat
D Menyatupadukan rakyat

8
SPM ULANGAN JUN 2015

33. Petikan berikut menerangkan tentang ancaman komunis di Asia Tenggara.

Teori Domino berpengaruh dalam politik Asia Tenggara pada tahun-tahun


1960an. Menurut teori ini, komunis yang sudah bertapak di Indo-China akan
menguasai negara-negara lain di Asia Tenggara.
Sumber : Sejarah Malaysia 1800-1963
Mohd Isa Othman

Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut?

A Menubuhkan Majlis Gerakan Negara


B Membentuk Persekutuan Malaysia
C Menyekat kemasukan imigran
D Meminda perlembagaan

34. Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan peribahasa berikut?

 Air dicincang takkan putus.


 Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

A Pemulihan hubungan Malaysia-Indonesia


B Pengukuhan hubungan Malaysia-Filipina
C Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
D Penyertaan Brunei dalam Malaysia

35. Apakah maksud lambang bulan sabit berwarna kuning dalam Jata Negara kita?

A Kedaulatan raja
B Perpaduan kaum
C Islam agama rasmi
D Hak istimewa Melayu

36. Muthu adalah warganegara Malaysia yang ingin mengundi dalam pilihan raya umum ke-14.
Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi?

I Tidak muflis
II Berumur 21 tahun
III Mendaftar sebagai pemilih
IV Menjadi ahli dalam parti politik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
SPM ULANGAN JUN 2015

37. Gambar 2 berkaitan dengan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2010).

SUKMA XIII 2010


HARMONI DAN CEMERLANG

Gambar 2

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

A Memantapkan ekonomi negara


B Memperkukuh perpaduan rakyat
C Memajukan industri pelancongan
D Mengimbangi ekonomi antara kaum

38 Penyata Razak 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk
perpaduan kaum.

Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?

I Kemahiran teknikal
II Kurikulum seragam
III Sistem persekolahan sama
IV Kenaikan darjah secara automatik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10
SPM ULANGAN JUN 2015

Soalan 39 dan 40 berdasarkan maklumat berikut.

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa
besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang
Dunia 1. Antara syarat dan terma yang utama ialah :

1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang


dimandatkan oleh Liga Bangsa ( League of nations ):

2. Wilayah Alsace – Lorrine dipulangkan kepada Perancis.

3. Penyerahan Eupen Malmedy kepada Belgium. Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin
kepada Czechoslovakia.

4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Selesia diserah kepada Poland.

5. Danzig dijadikan Bandar yang bebas

6. Plebiscites ( sejenis pungutan suara ) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk


menyelesaikan isu sempadan Denmark – Jerman.

7. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6.600 juta.

Dipetik dan diubahsuai daripada : Wikipedia

39. Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa?

A Mengaut hasil negara lain


B Dituduh memulakan peperangan
C Melakukan penghapusan etnik
D Menyebarkan fahaman komunis

40. Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat tersebut?

A Menutup pintu sempadan


B Berdamai dengan negara jiran
C Memperkuat sitem pertahanan
D Melaksanakan sistem demokrasi

11

Anda mungkin juga menyukai