Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
3 Lembangan Saliran
Meliputi kawasan tadahan air yang disaliri oleh satu sistem sungai, di mana mempunyai
rangkaian alur sungai iaitu terdiri daripada sungai induk dan cawangan- cawangannya yang
berakhir di laut atau tasik.
i) hakisan percikan
berlaku apabila titisan hujan yang turun berupaya menghempaskan butiran tanah dan
menjatuhkan semula ke permukaan tanah.
ii) kepingan
berlaku apabila air larian permukaan berupaya menghakis lapisan tanah secara
berkeping-keping di permukaan tanah yang kering.
iii) galir
berlaku apabila larian permukaan menuruni cerun dan melalui permukaan tanah yang lembut
dan terdedah lalu membentuk alur-alur yang kecil.
iv) galur
berlaku apabila alur-alur kecil di permukaan bercerun terhakis dan berkembang sehingga
menjadi alur-alur yang lebih besar, kekal dan dalam.
c) Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan larian air permukaan
i) Hujan
Kuantiti hujan yang banyak akan menyebabkan kadar hakisan larian air permukaan
semakin tinggi.
Bentuk hujan perlahan (renyai-renyai) menghasilkan kadar hakisan larian air permukaan
lemah kerana setiap titisan hujan mempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap
masuk ke dalam tanah. Manakala kadar hakisan yang dihasilkan hujan lebat pula adalah
tinggi keranan tidak berkesempatan untuk meresap ke dalam tanah sebaliknya lebih cepat
mengalir di atas permukaan cerun.
Cerun curam menyebabkan halaju larian air permukaan semakin tinggi dan pada masa
yang sama kadar hakisan semakin giat. Sebaliknya bagi cerun landai, halaju larian air
permukaan semakin berkurang.
Batuan poros seperti batu pasir yang bersaiz kasar mempunyai kadar susupan yang tinggi
menyebabkan kadar hakisan larian air permukaan adalah kurang. Manakala tanah liat
yang tidak poros mengurangkan kadar susupan dan meningkatkan kadar hakisan larian
air permukaan.
Litupan tumbuhan yang tebal seperti di kawasan hutan primer mengurangkan kadar
hakisan kerana kehadiran akar banir yang mengurangkan pergerakan larian air
permukaan dan meresap ke dalam tanah. Sebaliknya kawasan yang mempunyai litupan
tumbuhan yang nipis atau tiada menyebabkan kadar hakisan larian air permukaan adalah
tinggi.
i) melebar.
berlaku apabila air sungai yang banyak atau tinggi isipadunya menghakis di bahagian ke dua-
dua tebing sungai sehingga alur sungai menjadi lebar.
ii) mendalam
berlaku apabila air sungai yang sedikit atau isipadu airnya yang kurang menghakis bahagian
dasar sungai sehingga lama kelamaan alur sungai menjadi semakin mendalam.
iii) mengundur
berlaku apabila air sungai di bahagian hulu iaitu di kawasan punca sungai menghakis tebing di
bahagian belakang aliran air sehingga mampu menyebabkan proses pemotongan dasar sungai ke
arah hulu dan merebak ke bahagian legih sungai sehingga boleh menyebabkan berlakunya proses
tawanan sungai.
e) d) Menghuraikan cara hakisan sungai:
i) hidraul.
berlaku apabila tindakan atau hentaman air di bahagian rekahan pada batuan di dasar sungai
menyebabkan udara di dalam rekanan batuan mampatan. Keadaan itu menyebabkan rekahan
pada batuan mengalami tekanan tinggi dan semakin membesar dan pecah.
ii) lelasan/geselan.
berlaku apabila bahan muatan yang ada di dalam air sungai yang terdiri daripada pasir
atau batu kelikir menghakis tebing sungai yang dilaluinya sehingga tebing sungai terlelas
dan semakin lebar.
iii) lagaan.
berlaku apabila bahan muatan yang banyak dan pelbagai saiz di dalam air sungai berlaga
antara satu sama lain sehingga menjadi lebih kecil dan halus.
iv) larutan
berlaku apabila batuan yang mudah larut seperti batu kapur terdapat di tebing atau dasar
sungai terlarut oleh air sungai itu sendiri dan hanyut sebagai larutan bersama aliran air
sungai tersebut.
i) air terjun.
Terbentuk kawasan alur sungai terhalang oleh batuan keras secara melintang sehingga
menyebabkan batuan lembut di bahagian hadapannya terhakis dan lama kelamaan semakin
mendalam dan membentuk air terjun.
Atau apabila terdapat cerun garis gelinciran merentangi sungai dan air terjun terbentuk di sepanjang
cerun gelinciran itu.
ii) jeram
Terbentuk apabila air sungai mengalir di kawasan yang memiliki batuan yang tersusun secara
menegak dan berselang seli di antara batuan keras dengan batuan lembut.Batuan keras yang tahan
hakisan akan tertonjol ke atas dan menyebabkan aliran air tersekat lalu mengalir secara lompatan
dan deras menuruni bonjolan yang keras.
iii) lubuk
Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta melelaskan dasar sungai menyebabkan
terbentuknya lekukan di dasar sungai.
iv) gaung.
terbentuk disebabkan oleh hakisan mendalam sungai.Hakisan mendalam bertindak dengan giat di
dasar alur dan mendalamkan dasar sungai.Hasil daripada hakisan tersebut terbentuklah lurah yang
sempit dengan tebing yang sangat curam dan dalam sehingga terbentuk lurah berbentuk
g) Menghuraikan cara pengangkutan sungai:
i) golekan
batuan bersaiz besar yang diseret disepanjang dasar sungai oleh air sungai yang mengalir
seperti batu tongkol
ii) loncatan
batuan bersaiz sederhana yang digerakkan secara melompat-lompat di sepanjang aliran
air sungai yang deras.
iii) ampaian.
Batuan halus seperti kelodak yang terdapat di dalam air sungai semasa mengalir di sepanjang
alurnya.
iv) larutan
Batuan yang mudah larut seperti batu kapur akan menghasilkan bahan larutan atau bahan
terlarut yang mengalir bersama air sungai.
v) apungan
Bahan halus seperti lumpur yang diangkut oleh air sungai secara terapung-apung di
permukannya.
h) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai:
i) tenaga.
Aliran air yang deras dan isipadunya yang banyak selepas hujan mampu mengangkut apa
sahaja bentuk beban yang ada di alurnya kerana tenaga sungai berpotensi tinggi. Tetapi
apabila berlakunya musim kemarau pula,isipadu air sungai adalah sedikit menyebabkan
tenaga sungai berpotensi menjadi semakin terhad.
ii) kecerunan
Cerun yang curam yang terdapat di hulu dan tengah sungai lebih giat menjalankan proses
pengangkutan berbanding di kawasan hilir sungai.
iii) kekasaran alur.
Kekasaran dasar alur sungai boleh menganggu proses pengangkutan bahan muatan sungai
berbanding dengan alur yang licin.
iv) halangan
Halangan seperti batu besar yang berat di dalam alur sungai boleh menganggu proses
pengangkutan bahan muatan sungai apabila arus sungai akan menjadi perlahan.
v) bentuk alur
Bentuk alur yang berliku akan menganggu aliran pergerakan bahan muatan yang diangkut
berbanding dengan bentuk alur yang lurus.
vi) saiz bahan.
Saiz bahan muatan atau beban sentimen yang lebih halus dan ringan lebih mudah
diangkut oleh aliran air sungai berbanding batu yang besar dan berat.
vii) jenis bahan
Alur sungai yang terdiri daripada batuan keras dan kasar akan menghasilkan beban muatan
yang sedikit berbanding alur sungai yang batuanya terdiri daripada batuan pasir atau batu
kapur yang mudah diangkut dqan larut.
i) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai:
i)isi padu air
Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau pada musim kemarau akan
menyebabkan daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini
menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di alur sungai.
ii) halaju air
Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama di
peringkat hilir. Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai akan
dimendapkan di bahagian hilir apabila daya mengangkutan semakin berkurangan.
iii) kecerunan
Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan sungai di peringkat hilir adalah
lebih landai berbanding dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju dan
tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan beban muatan sungai di
mendapkan.
iv) bentuk alur
bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam memudahkan berlakunya
pemendapan berbanding dengan bentuk alur yang lulus.
v) jenis batuan
alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir akan
menghasilkan beban sideman yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses
pemendapan berbanding alur sungai yang batuanya terdiri daripada batuan keras seperti
granit
vi) bahan muatan
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang berbeza.
Pengurangan tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang dibawanya.
vii) halangan
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai.
Keadaan ini menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat.
j) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi
pemendapan sungai,
i) dataran banjir.
Apabila berlakunya musim banjir, arus air sungai akan menjadi lebih laju dan keadaan ini
akan menyebabkan beban yang dimendapkan melimpah keluar dari tebing dan mendap di
sekitarnya. Kejadian banjir yang berulang – ulang akan menambahkan lagi jumlah bahan
yang dimendapkan dan akhirnya menghasilkan satu dataran yang luas yang dikenali sebagai
dataran banjir.
ii) delta
Pemendapan ini berlaku di kawasan muara sungai akibat pertembungan antara arus sungai
dan arus laut. Di kawsan muara, arus sungai dan arus laut menjadi lemah dan tidak mampu
mengangkut beban tetapi ia giat menjalankan aktiviti pemendapan bahan. Bahan – bahan
seperti kelodak dan lumpur yang dimendapkan secara berterusan oleh pantai dan sungai
akhirnya membentuk satu kawasan lapang yang dikenali sebagai delta
iii)tasik ladam
Tasik ladam terhasil melalui proses hakisan dan mendapan yang berlaku. Hakisan giat
berlaku apabila arus air yang melanggar di antara dua tebing likuan sungai secara berulang
– ulang. Hakisan secara berterusan mennghasilkan satu lekukan di kedua – dua kawasan
likuan sungai dan akhirnya mengakibatkan kedua lekukan likuan tersebut bercantum.
Peredaran masa yang berterusan menyebabkan proses pemendapan mula berlaku kerana
kawasan hilir sungai mempunyai tenaga arus yang sangat lemah. Apabila beban yang
diangkut mula dimendapkan maka aliran air tidak dapat memasuki kawasan tasik dan
keadaan ini dikenali sebagai tasik ladam.
iv) tetambak
Kebiasaannya tetambak terbentuk di kawasan sungai utama yang mempunyai dasar yang
lebih tinggi daripada cawangannya. Tetambak yang terhasil akibat daripada kejadian banjir
yang berlaku secara berulang. Bahan – bahan yang termendap di kawasan belakang tebing
sungai akhirnya akan membentuk tebing yang lebih tinggi daripada dataran mendap yang
dihasilkan.
k) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap
aktiviti manusia.
a) Kegiatan Pelancongan.
Hal ini disebabkan air terjun merupakan bentuk muka bumi sungai yang mempunyai kepentingan
dari segi pelancongan. Hal ini disebabkan, air terjun merupakan tempat yang boleh menarik minat
pengunjung untuk berkelah dan berehat.
Kesegaran dan suasana yang damai serta airnya yang deras menyebabkan bentuk muka bumi ini
nampak unik dan menarik.Contohnya Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di
Terengganu.
b) Kegitan pertanian.
Hal ini disebabkan, dataran banjir merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih alluvium
yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi
memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan
buah padi yang banyak dan berkualiti.
Contohnya, Dataran Kedah Perlis yang merupakan ‘Jelapang Padi ‘bagi Malaysia.
c) Pengangkutan.
Hal ini disebabkan tetambak merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada
ancaman banjir. Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan
salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas
tetambak tersebut.
d) Ternakan ikan air tawar.
Hal ini disebabkan tasik ladam merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang. Keadaannya
yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak
ikan di tasik tersebut.
e) Kegiatan Pembinaan.
Hal ini disebabkan ramai pengusaha telah menjalankan kegiatan perlombongan pasir di kawasan
pulau pasir. Pulau sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya
dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai akan
dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat dengan sektor pembinaan. Contohnya pulau
sungai yang boleh dijumpai di bahagian hilir sungai Terengganu berhampiran dengan muara sungai
Terengganu.
Soalan Pengukuhan
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran. [2]
b) Jelaskan dua jenis hakisan di alur sungai. [4]
c) Huraikan tiga faktor fizikal yang menyebabkan hakisan di alur sungai. [6]
d) Nyatakan satu bentuk muka bumi kesan hakisan sungai dan jelaskan kepentingan
bentuk muka bumi tersebut kepada aktiviti manusia. [3]
Soalan Sebenar STPM
2016 (Soalan 1)
a) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan sungai di bahagian hilir berliku-liku. [4]
a1 jenis batuan + huraian
a2 halangan + huraian
a3 kecerunan + huraian
a4 hakisan tebing + huraian
c) Jelaskan tiga aktiviti ekonomi yang sesuai dijalankan di kawasan tasik ladam. [6]
c1 akuakultur + huraian
c2 pertanian + huraian
c3 pelancongan + huraian
c4 perikanan + huraian
c5 penternakan + huraian
2018 ( Soalan 3(b) )
2. a) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan tenaga sungai berkurangan. [12]
Antara faktor yang menyebabkan tenaga sungai berkurangan adalah
A1 halaju sungai + huraian
A2 kecerunan sungai + huraian
A3 beban sungai bertambah + huraian
A4 bentuk alur sungai berliku/melebar + huraian
A5 isipadu air berkurangan + huraian
A6 halangan + huraian