Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 7 )
_________________________________________________________________________
PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
LASS 3013

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD ASYRAF BIN MD. YUNUS

NO. KAD PENGENALAN: 981025065195

ANGKA GILIRAN: 2017192340080

KUMPULAN: PISMP C5

NAMA PENSYARAH DR. SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN: PELAPORAN PROJEK

TARIKH SERAHAN: 14 OKTOBER 2020

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS:
DAFTAR KANDUNGAN

Penghargaan.......................................................................................................................... 2

Pengenalan............................................................................................................................ 3

Isu Pembangunan Pesat Dan Pembandaran.........................................................................4

Kesan Isu Pembangunan Pesat Dan Pembandaran..............................................................6

Perancangan Tindakan Yang Akan Diambil Untuk Menyelesaikan Isu..................................7

Pelaksanaan Dan Laporan Pelaksanaan Penyelesaian Isu...................................................8

Jadual Pelaksanaan Projek....................................................................................................9

Kesimpulan.......................................................................................................................... 10

Rujukan................................................................................................................................ 11

Lampiran.............................................................................................................................. 13

1
Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan kesyukuran
kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi
subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013). Sepanjang saya menjalankan tugasan
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang
pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Halimah binti Md Yassin,
pensyarah bagi kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang tidak mengenal erti penat lelah
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa
yang berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan
idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

2
Pengenalan

Perkataan alam sekitar dapat dikaitkan dengan disiplin ilmu ekologi, iaitu disiplin ilmu yang
mengkaji mengenai hubung kait antara ekosistem dengan ekosistem yang lain, hubung kait
haiwan dengan tumbuhan, hubung kait antara suatu kehidupan dengan alam
persekitarannya dan tidak terkecuali manusia sebagai salah satu makhluk yang berada
dalam sistem ekologi itu sendiri. Perkaitan ini berlaku dengan berasaskan perspektif yang
betul, iaitu meletakkan manusia sebagai khalifah yang mentadbir, menguruskan serta
mengoptimumkan alam semula jadi (Mat Yamin & Yang 2014). Hal ini sejajar dengan
Pendidikan Alam Sekitar yang merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisplin.
Seterusnya, Pendidikan Alam Sekitar merangkumi pendekatan dan pengisian yang terdiri
daripada tiga aspek, iaitu melalui pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan tentang
alam sekitar dan pendidikan untuk alam sekitar (Tilbury, 2013). Pengurusan dan
pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan dalam konteks pembangunan lestari yang
bertonggakkan pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam
sekitar. Oleh yang demikian, Dasar Alam Sekitar Negara (DSN) telah memainkan peranan
dalam penggabungan ketiga-tiga tonggak dengan menitikberatkan kepentingan kemajuan
ekonomi, sosial dan kebudayaan ke arah pembangunan lestari agar dapat meningkatkan
kualiti hidup masyarakat dan alam sekitar negara.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan suatu pendidikan yang
berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dengan menggariskan beberapa matlamat yang terkandung di dalamnya bagi melahirkan
insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
berdasarkan kepada Lima Rukun Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998).
Falsafah ini juga sejajar dengan Pendidikan Alam Sekitar yang memfokuskan bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni melalui pemahaman dan penghayatan
bahawa tuhan adalah pencipta alam semesta termasuk manusia, bumi dan sumbernya. Di
samping itu, persidangan UNESCO yang terkandung dalam pendidikan alam sekitar meliputi
aktiviti pembelajaran, komunikasi masa, penglibatan komuniti serta aktiviti-aktiviti lain yang
bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka, mempunyai pengetahuan,
motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dalam menyelesaikan masalah
persekitaran (Krantz, 2016). Hal ini bertujuan untuk membina masyarakat yang sensitif dan
memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar serta
berkeupayaan memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah, 2014).

3
Seterusnya, pendidikan alam sekitar terbahagi kepada tiga bidang utama, iaitu
Pendidikan tentang Alam Sekitar, Pendidikan melalui Alam Sekitar dan Pendidikan untuk
Alam Sekitar. Pendidikan tentang Alam Sekitar merupakan satu proses untuk membentuk
masyarakat yang berpengetahuan tentang persekitaran biofizikal dan masalah-masalah
yang berkaitan dengannya serta mampu menyelesaikan masalah tersebut (Gigliotti, 2016).
Hal ini menekankan bagaimana manusia mengekalkan dan meneruskan teknologi serta ilmu
pengetahuan berasaskan tamadun tanpa merosakkan alam sekitar serta mengekalkan
keseimbangan ekologi bagi menyokong kehidupan. Selain itu, Pendidikan melalui alam
sekitar ialah berkaitan kesedaran masyarakat dalam menerapkan perasaan prihatin dan
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mengoptimumkan pelbagai sumber
semula jadi tanpa merosakkan alam sekitar (Filho, 2016). Oleh itu, pendidikan melalui alam
sekitar ini berupaya membangkitkan semangat dan kesedaran masyarakat terhadap alam
sekitar serta bekerjasama menjaga alam sekitar dengan baik. Pendidikan untuk alam
sekitar merupakan tindakan kita dalam menggunakan sumber semula jadi agar
keseimbangan ekosistem terpelihara serta dapat melahirkan tingkah laku yang positif untuk
diaplikasikan semasa berinteraksi dengan alam. Justeru, Pendidikan Alam Sekitar adalah
medium utama yang memberi ruang kepada masyarakat untuk mengaplikasikan melalui
pengetahuan, seterusnya memupuk kesedaran serta menanam nilai yang betul dan
akhirnya diserlahkan dalam bentuk tindakan yang baik terhadap alam sekitar.

Isu Pembangunan Pesat Dan Pembandaran

Dalam meniti era masa kini, pembangunan ekonomi dan teknologi dunia semakin
canggih menyebabkan rata-rata keperluan sosial dan ekonomi manusia kian rancak
dilaksanakan. Tanpa disedari, tuntutan ke atas keperluan ini seperti keperluan infrastruktur
dan pembandaran semakin hari mengundang kepada masalah kemusnahan alam semula
jadi bertujuan semata-mata bagi memenuhi kehendak masyarakat. Lantas, kemusnahan ke
atas habitat, flora dan fauna yang berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan yang giat
dijalankan atas nama pembangunan sekaligus telah merencatkan tabii alam yang
sepatutnya berada dalam keadaan harmoni dan seimbang[ CITATION Moh10 \l 17417 ].
Maka, siapakah yang patut disalahkan? Adakah dengan menuding jari kepada pihak-pihak
tertentu akan menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ini? Dari sudut pandang yang
lain, isu pembangunan pesat yang berlaku saban hari umpama serampang dua mata iaitu
memenuhi keperluan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadi negara maju pada
tahun 2020. Namun, sedarkah di sebalik kerakusan dalam mengejar pembinaan ini, banyak
kesan negatif yang telah berlaku? Bagi pihak tertentu, kesan negatif ini langsung tidak
memberi kesan, malah membawa keuntungan kepada mereka, namun bagi penduduk serta

4
komuniti yang terkesan, pastinya menjejaskan kesejahteraan persekitaran mereka. Oleh itu,
isu pembandaran dan pembangunan semasa wajar dititikberatkan kerana menyedari
bahawa kesannya boleh mengundang kepada pelbagai jenis pencemaran dan perubahan
cuaca dan implikasi yang pastinya boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan
penduduk sekitar.

Pembangunan yang pesat menerusi industri pembinaan telah menyebabkan perubahan


negatif kepada alam sekitar sehinggakan berlaku pengabaian kepentingan kelestarian alam
sekitar. Hal ini demikian dapat dilihat di Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak
yang terletak di daerah Kinta Utara. Kawasan Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di
Semenanjung Malaysia dan berpusat di kedua-dua belah tebing Sungai Kinta yang bertanah
rata dengan ketinggian 75 meter dari aras laut. Oleh itu, berdasarkan kedudukan kawasan
Bandaraya Ipoh yang strategik untuk dibangunkan, maka pembinaan pembangunan yang
pesat bagi memajukan kawasan tersebut semakin tertumpu terhadap kemajuan ekonomi
sehingga mengabaikan kepentingan alam sekitar dan memberikan impak negatif terhadap
ekosistem dunia. Hal ini disokong oleh Laporan Brundland (2013) yang mana pembangunan
kelestarian adalah untuk meminimumkan impak negatif kepada alam sekitar dan
penggunaan sumber bagi mengeratkan hubungan manusia dengan alam semula jadi.

Isu yang difokuskan di kawasan Bandaraya Ipoh adalah pembinaan pembangunan yang
terlalu pesat memberi kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, penebangan pokok-pokok di
kawasan hutan, membuat aktiviti menarah tanah dan menambak kawasan tasik untuk
dijadikan kawasan pembinaan pembangunan. Hal ini seharusnya dilihat dahulu terhadap
konsep pembangunan lestari sebelum membuat pembinaan pembangunan. Apa yang
dimaksudkan dengan pembangunan lestari ialah penekanan kepada keseimbangan antara
memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semula jadi untuk membekalkan
produk dan perkhidmatan tanpa degradasi (Abdul Hadi et. al, 2015). Pembangunan yang
dibina seharusnya menitikberatkan pembangunan lestari melalui pendekatan yang lebih
kepada perkembangan fizikal untuk keperluan manusia dengan tanggungjawab
mengekalkan kualiti kehidupan manusia. Oleh itu, pelestarian dan kepentingan alam sekitar
disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa secara
fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah SWT yang
memerlukan makhluk menjaganya serta bersyukur dengan kenikmatan keindahan yang
dianugerahkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“... (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : “

5
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
peliharalah kami daripada seksa neraka.”

(Surah Al-Imran: 191)

Kesan Isu Pembangunan Pesat Dan Pembandaran

Pembangunan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada penurunan kualiti alam
sekitar apabila tiada perancangan dan pembangunan yang efisyen sehingga menyumbang
kepada kemerosotan kualiti air, udara dan bunyi serta kerosakan terhadap sumber alam.
Sejajar dengan pendapat Abdul Samad (2016) yang menyatakan bahawa pencemaran
boleh memberi kesan kepada komuniti dalam aktiviti seharian. Oleh itu, kesan pembandaran
melalui pembinaan pembangunan telah mengakibatkan berlakunya pencemaran-
pencemaran yang secara langsung menjejaskan tahap kualiti hidup di bandar.

Sikap masyarakat yang suka mengambil langkah mudah dengan mengalirkan sisa-sisa
kumbahan dari kediaman mereka seperti air basuhan, najis dan sampah sarap terus ke
dalam sungai telah menjadi penyumbang kepada berlakunya pencemaran sungai. Hal ini
tidak terkecuali juga mereka yang menjalankan perniagaan berhampiran dengan sungai
dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa perniagaan terus ke dalam sungai
seperti yang berlaku di Tanjong Rambutan di mana peniaga-peniaga pasar menyalurkan
sisa-sisa air dari pasar terus ke dalam Sungai Kinta. Sebagai contoh, kawasan-kawasan
perindustrian di Ipoh seperti Kawasan Perindustrian Tasek, Kawasan Perindustrian Chemor,
Kawasan Perindustrian Jelapang dan Kawasan Perindustrian Menglembu banyak
menyumbang kepada pencemaran sungai kerana sisa-sisa dari kilang tidak dirawat terlebih
dahulu sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Oleh itu, sikap dan nilai komuniti dalam
gerakan perlu memainkan peranan yang penting sebagai ‘loceng kecemasan’ bagi impak
alam sekitar melalui aktiviti perindustrian (Tran, 2015).

Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan pertanian dan penternakan di sepanjang


Sungai Kinta yang menjadi penggerak kepada pencemaran sungai. Walaupun tidak banyak
yang kita dengar mengenai pencemaran udara di Bandaraya Ipoh kecuali jika berlakunya
jerebu, namun langkah berjaga-jaga harus diambil supaya Bandaraya Ipoh bebas dari
pencemaran udara. Kawasan yang perlu diberi penekanan ialah di kawasan bandaraya itu
sendiri yang mempunyai aliran trafik yang tinggi. Sejajar dengan pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor di Bandaraya Ipoh telah menjadi penyumbang utama kepada
pencemaran udara selain pengeluaran asap dari kilang-kilang dan pembakaran terbuka.
Sementara itu, di kawasan Tasek pula diberi tumpuan kerana terdapatnya kawasan

6
perindustrian yang banyak mengeluarkan asap dan habuk seperti dari kilang simen dan
kayu. Lantaran itu, sampah sarap atau sisa pepejal yang ditinggalkan di tapak pembinaan
boleh mendatangkan kesan yang buruk ke atas alam sekitar sekiranya tidak diuruskan
dengan sistematik. Selain itu, sampah sarap juga boleh mendatangkan bau yang kurang
menyenangkan jika tidak dilupuskan dengan segera. Pengumpulan sampah sarap yang
banyak boleh menyekat pengaliran air dan seterusnya menjadi sarang kepada lalat,
serangga dan tikus. Haiwan-haiwan perosak ini akan membiak dan seterusnya membawa
penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan persekitaran yang tidak selesa kepada
penduduk. Masalah sisa pepejal menjadi semakin serius terutamanya di bandar-bandar
besar disebabkan pertambahan jumlah penduduk, peningkatan aktiviti manusia dan juga
keperluan yang semakin meningkat. Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung
Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan
metrik sehari pada 2005 atau secara puratanya 0.8 kg per kapita sehari (Unit Perancang
Ekonomi, 2006).

Perancangan Tindakan Yang Akan Diambil Untuk


Menyelesaikan Isu

Perancangan yang boleh diambil ialah dengan mengadakan kempen mengenai alam sekitar
yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Isu
pencemaran udara yang berlaku kini kebanyakkannya adalah berpunca daripada kegiatan
manusia sendiri. Oleh yang demikian adalah penting untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat agar sentiasa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar melalui pembuatan
aktiviti-aktiviti yang mendatangkan risiko yang negatif terhadap semua makhluk dan alam
sekitar. Kesedaran dan sikap orang ramai dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti
program pendidikan dan kempen kesedaran. Hal ini demikian adalah untuk memastikan
kualiti kelestarian alam sekitar dapat dijaga dan berlaku keseimbangan dalam ekosistem.
Seterusnya, kempen-kempen kesedaran ini secara langsung dapat memberi pengetahuan
kepada masyarakat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar secara terperinci
dan mendalam.

Selain itu, pendekatan melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik
agar dapat diperluaskan bagi memberi kesedaran dalam mengatasi pencemaran-
pencemaran yang berlaku daripada pembinaan pembangunan yang pesat di kawasan
pembandaran. Rencana-rencana yang berkaitan dengan isu atau permasalahan tentang
alam sekitar seharusnya disiarkan dengan meluas terutamanya di dalam akhbar. Bukan
sahaja di akhbar malah iklan-iklan atau poster yang berkaitan dengan isu alam sekitar dapat

7
dipaparkan di tempat-tempat awam, panggung wayang dan sepanduk-sepanduk agar dapat
memberi maklumat kepada masyarakat. Jelaslah bahawa pendekatan di media massa
menunjukkan suatu simbol ketegasan negara dalam menjaga alam sekitar dan tidak
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan kepada masyarakat. Sehubungan itu,
pengetahuan mengenai alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan komuniti yang
mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang lebih beretika (Jamaludin 2014).

Justeru itu semua masyarakat setempat seharusnya bekerjasama dan peka terhadap
kesedaran terhadap alam sekitar. Sehubungan itu, kita perlu mengetahui aspek
pemuliharaan alam sekitar dan proses pemuliharaan bagi mengatasi masalah pencemaran-
pencemaran melalui projek pembinaan pembangunan yang mengakibatkan keselamatan
serta kesihatan penduduk. Sebagai contoh, kita boleh bekerjasama dalam melakukan
kempen bergotong-royong, melakukan penanaman pokok semula dan mengitar semula
bahan-bahan buangan. Kajian oleh Carr (2014) berpendapat pengetahuan mengenai alam
sekitar merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat dimana matlamat untuk menjana
komuniti agar tahu mengenai alam sekitar, mempunyai pengetahuan, kemahiran serta
komitmen dalam membuat keputusan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan impak terhadap kualiti alam sekitar. Chapman (2017) turut menyokong bahawa
pengetahuan mengenai alam sekitar adalah untuk meningkatkan kesedaran dan
pemahaman tentang proses semulajadi dalam mengekalkan keaslian, mendapatkan
maklumbalas tentang budaya pemuliharaan alam sekitar.

Pelaksanaan Dan Laporan Pelaksanaan Penyelesaian Isu

Berdasarkan perancangan yang telah dirangka, saya telah mengenalpasti kawasan-


kawasan yang menyebabkan isu pembangunan dan pembandaran di sekitar daerah Ipoh.
Hasil pencarian saya, saya telah menemui beberapa kajian yang telah dijalankan
berdasarkan jurnal berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar ini. Antara jurnal tersebut
adalah seperti jurnal hasil kajian Mohd Hairy Ibrahim (2009) yang bertajuk Kesan
Pembangunan terhadap persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh, Perak. Berdasarkan jurnal
ini juga, saya dapat mengenalpasti kesan pencemaran yang telah berlaku kepada alam
sekitar. Seterusnya, saya telah membuat lawatan ke kawasan yang menyebabkan
pencemaran alam sekitar di sekitar daerah Ipoh. Lawatan ini bertujuan supaya saya
berpeluang melihat sendiri proses pembinaan yang berlaku dan kesan pada
persekitarannya. Setelah melihat sendiri punca pencemaran yang berlaku, saya membuat
persiapan untuk melaksanakan sebuah kempen berkaitan dengan alam sekitar. Kempen ini
dilakukan supaya masyarakat dapat dipupuk denga kesedaran tentang kepentingan

8
menjaga alam sekitar. Hal ini kerana sebagai rakyat biasa, saya tidak mempunyai kuasa
yang besar untuk membanteras pencemaran alam sekitar ini di peringkat tertinggi. Dengan
cara ini, saya dapat mewujudkan satu platform untuk mencegah perkara tersebut di
persekitaran perumahan saya. Selain itu, saya juga telah menggunakan pendekatan media
massa dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Poster digunakan sebagai iklan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan
alam sekitar. Poster ini disebarkan melalui Facebook serta Instagram. Akhir sekali, saya
telah berbincang dengan ketua taman perumahan saya bagi melaksanakan aktivti gotong-
royong di sekitar kawasan perumahan kami. Ketika aktiviti gotong-royong tersebut, aktiviti
menanam pokok serta kitar semula juga turut dijalankan. Kami telah menanam pokokk
seperti pokok bunga dan pokok buah-buahan di sekeliling rumah. Dengan cara ini penduduk
perumahan ini akan lebih menghargai kawasan persekitaran mereka kerana dibersihkan dan
dijaga oleh mereka sendiri. Setelah semua aktiviti dijalankan, laporan berkaitan aktiviti yang
dilaksanakan telah disediakan.

Jadual Pelaksanaan Projek

BIL. TARIKH TUGAS CATATAN

Jurnal : Kesan Pembangunan


terhadap persekitaran fizikal di
Bandaraya Ipoh, Perak
Mencari maklumat berkaitan isu
1 21/9/2020 pembangunan pesat dan (http://ir.upsi.edu.my/1976/1/ke
pembandaran san%20pembangunan
%20terhadap%20persekitaran
%20fizikal%20di%20bandaraya
%20ipoh%2c%20perak.pdf

Membuat lawatan ke kawasan


Tempat: Kawasan pembinaan
2 24/9/2020 yang menyebabkan pencemaran
di daerah Ipoh
alam sekitar

25/9/2020 – Melaksanakan kempen kesedaran Sekitar kawasan perumahan


3
29/9/2020 kepada masyarakat Taman Permai di Ipoh

- Penyediaan risalah

Membuat pendekatan dan - Penyebaran melalui poster


30/9/2020 –
4 pendedahan melalui media dan iklan
2/10/2020
massa.
- Menggunakan aplikasi seperti
Facebook dan Instagram

5 4/10/2020 – Melaksanakan gotong-royong, - Penyediaan barang keperluan

9
penanaman pokok dan mengitar gotong-royong.
semula bahan buangan.
5/10/2020
- Penanaman pokok di kawasan
perumahan

6/10/2020 – Berdasarkan aktiviti yang telah


8 Laporan projek
12/10/2020 dijalankan

Kesimpulan

Secara tuntasnya, Pendidikan Alam Sekitar diwujudkan untuk diterapkan kepada guru
pelatih bagi memastikan anak-anak didik pada masa hadapan mempunyai nilai cinta
akan alam sekaligus tidak menyusahkan orang lain kelak. Seperti yang dapat kita lihat
pada masa kini, fenomena bencana alam sering berlaku tidak kira tempat dan masa
kebanyakannya disebabkan kerja manusia yang tidak berperikemanusiaan sehingga
tidak hiraukan kebajikan orang lain dan habitat flora dan fauna sehingga boleh
menyebabkan kepupusan. Lebih teruk, bukan masayarakat setempat yang menimbulkan
pencemaran tersebut tetapi kesannya orang lain juga akan terkena tempiasnya. Bukan
itu sahaja, projek ini juga dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada golongan
marhaen bahawa jangan hanya berharap kepada pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan mengatasi masalah ini tetapi kita hanya berpeluk tubuh dan hanya pandai
menuding jari. Rakyat biasa juga mampu menyumbang ke arah melestarikan alam
sekitar dengan usaha kecil-kecilan. Biar nampak kecil usahanya tetapi besar impaknya
kepada Bumi ini. Jangan berkira dengan alam kerana tiada satu benda kepunyaan kita,
bahkan semuanya milik Allah SWT dan kita hidup bersama di dunia ini serta saling
memerlukan.

Rujukan

Abdul Hadi et. al, (2015). Pembangunan mapan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Samad (2016). “Amal kitar semula” dalam. Utusan Malaysia, 27 Jan 2016 Jabatan
alam sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia. Garis panduan pelaksanaan dan penilaian
sekolah lestari anugerah alam sekitar (Ed.ke-3). Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar.

10
Abdullah Zakaria. (2014). “Modul falsafah pendidikan dan kurikulum”. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris. ms. 74.

Brundland. (2013). The refinement of production: Ecological modernization theory and the
chemical industry. Utrecht: Jan van Arkel/International Books.

Carr. St. (2014). Asas statistik penyelidikan :Statistik & kaedah penyelidikan. McGraw- Hill
Inc. Singapore.

Chapman. (2017). A handbook of environmental impact assessment guideline ministry of


science, tehcnology and goverment. Kuala Lumpur.

Eleanor Wong. (2013). Striking a balance between environment and development: Is


Malaysia prepared to manage the environment to face challenges in the next
millennium. Pusat pengajian siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Filho. (2016). “The level of environmental awareness among students to fulfil the aspiration
of national philosophy of education”. American Journal of Scientific Research, Issues
5, p50-58.

Gigliotti. (2016). “Challenges in environment and health: An Asian perspective”. Journal of


Community Health, Vol. 16, Supplement (1).

Jamaluddin. (2014). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia. Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dewan


Bahasa Pustaka

Krantz, P.D. (2002). A study of the impact of environmental education workshops on


teachers’ attitude and efficacy. Disertasi Ph.D. University of Missouri-Columbia.Umi
ProQuest Digital Dissertations.

Mat Yamin & Yang. (2014). Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semula jadi: Kes Taman Wetland, Putrajaya. Malaysian
Journal of Society and Space 11(8), 13-26.

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Mazdi Marzuki. (2010). Kajian Impak Pembangunan
Terhadap Alam Sekitar di Lembah Bernam. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

11
Mohd Hairy Ibrahim. (2009). Kesan Pembangunan terhadap Persekitaran Fizikal di
Bandaraya Ipoh, Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sham Sani (2015). Global shift: Transforming the global economy. New York: Guildord
Press.

Tilbury, D. (2013). Environmental education for sustainability: defining the new focus on
environmental education in the 1990’s. Environmental Education Research 1 (2):
195-213.

Tran. (2015). Pembangunan dan persekitaran di Semenanjung Malaysia. Sulong Mohamad


(tejh). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Unit Perancang Ekonomi. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006-2010).


Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Lampiran

12
Rajah 1 :Kawasan Sungai Kinta

Rajah 2: Pembuangan sampah di Sungai Kinta

Rajah 3: Poster menjaga kebersihan

13
Rajah 4: Gotong-royong di kawasan perumahan

Rajah 5: Aktiviti menanam pokok di sekeliling kawasan perumahan

14

Anda mungkin juga menyukai