Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 7 )

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


(LASS3013)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD ASYRAF BIN MD.YUNUS


NO. KAD
981025065195
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340080

KUMPULAN: PISMP C5 AMBILAN JUN 2017


NAMA
PENSYARAH DR. SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN
PENULISAN REFLEKSI
PROJEK:
TARIKH
28 SEPTEMBER 2020
SERAHAN:
TARIKH
MENERIMA
MAKLUM BALAS:
Kandungan
Penghargaan.......................................................................................................................................2
Pendahuluan.......................................................................................................................................3
Amalan Gaya Hidup Lestari Terbaik................................................................................................4
Kitar Semula....................................................................................................................................4
Plastik...........................................................................................................................................4
Kotak.............................................................................................................................................6
Tin.................................................................................................................................................6
Rumusan..............................................................................................................................................8
Rujukan................................................................................................................................................9

1
Penghargaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan kesyukuran
kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi
subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013). Sepanjang saya menjalankan tugasan
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang
pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Halimah binti Md Yassin,
pensyarah bagi kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang tidak mengenal erti penat lelah
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa
yang berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan
idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

2
Pendahuluan
Menurut Laporan Bruntland (1987), lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi
keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan
datang. Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran futuristik dengan mengambil kira
keseimbangan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam merancang pembangunan dan
peningkatan kualiti hidup. Hal ini adalah untuk membantu melahirkan pengguna yang dapat
mengimbangkan antara ekosistem alam sekitar dan memastikan kesejahteraan hidup.
Dengan kata mudah, konsep kelestarian ini mendasari prinsip bahawa semua keperluan
untuk hidup dan kesejahteraan bergantung secara langsung mahupun tidak langsung
terhadap alam semula jadi. Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu
diaplikasikan dalam semua aktiviti seharian. Menurut Abdul Yazid Alias (2010), konsep gaya
hidup lestari dapat dikaitkan dengan konsep kitar semula, mengguna semula dan
mengarang atau lebih lazim dikenali sebagai 3R (Recycle, Reuse, Reduce). Hal ini demikian
merujuk kepada proses penggunaan semula bahan buangan yang hendak dikitar semula
untuk dijadikan barangan baharu yang dapat memanfaatkan kepada penjagaan alam
sekitar. Sebagai contoh, botol mineral boleh dijadikan pasu, baju terpakai boleh dijadikan
bag dan kotak lama boleh dijadikan rak buku.

Masyarakat yang lestari akan wujud sekiranya pengguna dan pengeluar dapat sama-
sama mengamalkannya serta mempengaruhi kawan-kawan sekeliling turut mengikuti
penggunaan lestari (Md Zain,et.al, 2011). Hal ini bermakna tingkah laku seseorang itu
memberi pengaruh besar kepada orang sekeliling. Program-program yang memberi
pendedahan kepada amalan lestari juga menjadi medium untuk meningkatkan pengetahuan
serta kesedaran tentang gaya hidup lestari. Sebagai contoh, Yusliza Yakimir (2019) telah
menulis dalam artikel beliau yang disiarkan oleh Harian Metro Online bahawa Petrosains
membawa kembali festival sains terbesar bagi mencetuskan minat terhadap pembelajaran
sains dalam kalangan masyarakat. Festival itu menerapkan kepada hadirin supaya
berpengetahuan dalam bidang santifik. Dengan tema ‘Kehidupan Lestari”, festival itu
mengetengahkan amalan gaya hidup yang lestari iaitu, penjimatan tenaga, mengurangkan
pembaziran, pengurusan pembuangan sampah dan kitar semula barangan terpakai. Oleh
itu, sebagai seorang pengguna alam sekitar yang prihatin, saya akan menerangkan amalan
gaya hidup lestari terbaik yang telah diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan tersebut
ialah amalan kitar semula.

3
Amalan Gaya Hidup Lestari Terbaik
Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup lestari ialah dengan mengurangkan
pembuangan bahan buangan dan melakukan kitar semula. Apabila kita melaksanakan
amalan kitar semula, secara tidak langsung kita telah mengurangkan sampah yang boleh
menyebabkan pencemaran bau. Kitar semula boleh dilakukan ke atas barangan yang boleh
dikitar semula iaitu kertas, plastik, dan logam. Namun, tidak kesemua barang boleh dikitar
semula contohnya sampah sarap tidak boleh dikitar semula kerana tidak mempunyai
teknologi dan kepakaran serta modal yang mencukupi menyebabkan sampah dibuang
begitu sahaja [ CITATION Moh143 \l 17417 ]. Jadi, kita boleh melakukan kitar semula dengan
menggunakan barangan yang boleh dikitar semula contohnya botol mineral yang tidak
digunakan lagi.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672),
kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Pada 11 November pada setiap tahun, kerajaan telah menetapkan
sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. Amalan kitar semula merangkumi 3R yang merujuk
kepada Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula). Kitar
semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh
mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan
memberi faedah sosial.

Kitar Semula
Terdapat beberapa contoh amalan gaya hidup lestari yang telah saya pilih untuk dijelaskan
cara penghasilannya bagi menyokong gaya hidup lestari melalui kitar semula barang
terpakai. Antara amalan lestari tersebut adalah dengan mengitar semula kotak, botol plastik,
bekas telur dan pakaian terpakai.

Plastik
Setiap rumah semestinya mempunyai botol-botol atau barangan plastik yang boleh dikitar
semula. Walau bagaimanapun, setelah barangan plastik ini tidak lagi digunakan, individu
memilih untuk membuangnya daripada mengitar semula bahan tersebut (Ta Wee, Md Jahi &
Mat Radzuan, 2003). Hal ini demikian adalah kerana kurangnya sikap prihatin dan kurang
mengaplikasikan amalan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian. Botol plastik seperti
botol air mineral yang sudah habis digunakan boleh dikitar semula menjadi sebuah kotak
pensil yang boleh menyimpan pelbagai bahan keperluan untuk belajar. Cara-cara
membuatnya juga sangat mudah dan boleh dihias sendiri mengikut kreativiti. Kita boleh
memilih botol dari pelbagai saiz dan memotongnya kepada dua bahagian di tengah untuk

4
memasukkan alat tulis. Seterusnya, gunakan gam untuk melekatkan zip supaya bekas
tersebut boleh dibuka dan ditutup. Dengan cara ini alat tulis yang disimpan tidak akan
terkeluar dan hilang.

Gambar 1: Botol plastik menjadi bekas alat tulis

Selain itu, botol plastik juga boleh boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar
dalam proses pembelajaran [ CITATION Fai17 \l 17417 ]. Sebagai seorang pelajar kursus
Pendidikan Alam Sekitar, saya telah mempraktikkan ilmu tentang alam sekitar dengan
memupuk kesederan tentang alam sekitar kepada murid-murid di sekolah. Hal ini telah
dilakukan dengan membuat aktiviti membina sesuatu daripada bahan terbuang bersama
murid. Pembelajaran akan lebih berpusatkan murid dan menggalakkan kreativiti dalam
kalangan murid [ CITATION Nor111 \l 17417 ]. Aktiviti yang boleh dibuat adalah seperti
menjadikan botol plastik kepada tabung untuk menyimpan duit. Dengan hanya
menggunakan botol, kita boleh menghasilkan tabung pelbagai jenis mengikut kreativiti
masing-masing. Tanpa perlu melaburkan duit yang banyak, kita dapat menhasilkan tabung
yang tahan lama dan kalis basah. Cara-caranya mudah sahaja iaitu perlu menebuk lubang
berupa tabung pada botol mineral. Seterusnya, buat hiasan pada botol menggunakan kertas
terpakai. Hiasan boleh dilakukan dengan menggunakan warna yang pelbagai untuk
meransang pemikiran kanak-kanak. Kajian menyatakan bahawa warna memainkan peranan
dalam membentuk kognitif kanak-kanak [ CITATION Far06 \l 17417 ].

5
Gambar 2: Botol plastik menjadi tabung

Kotak
Kotak merupakan elemen yang dapat dikitar semula untuk dijadikan sesuatu barang baharu
bagi memanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kotak boleh digunakan semula bagi
menjimatkan kos dalam menghias rumah di samping menjaga alam sekitar. Oleh itu, kotak-
kotak yang dimiliki melalui pembelian kasut, barangan elektronik dan perkakasan rumah
dapat diguna semula bagi menjamin kelestarian alam sekitar serta meningkatkan amalan
gaya hidup lestari dalam kehidupan. Sebagai contoh, kotak dapat menghasilkan rak
menyimpan barang-barang keperluan atau rak kasut.
Berikut merupakan cara-cara penghasilan rak kasut menggunakan kotak terpakai.
Pertama, potong kepingan kotak kepada bahagian-bahagian mengikut ukuran dan balutkan
kotak tersebut dengan kertas warna pilihan sendiri. Kedua, sambungkan kepingan-kepingan
kotak yang kecil menjadi segi empat tepat. Akhir sekali, sambungkan kepingan-kepingan
kotak yang dipotong secara bertingkat untuk membentukkan kotak-kotak tersebut menjadi
rak.

Gambar 3: Kotak menjadi rak kasut

Tin
Tin susu sering digunakan untuk membuat ais minuman manis dan bersusu. Namun,
setelah tin tersebut habis digunakan, kita boleh mengitar semula tin tersebut menjadi
barangan serbaguna kerana fizikal tin tersebut masih belum remuk dan boleh diguna
semula. Terdapat pelbagai jenis tin dengan pelbagai bentuk yang kadangkala hanya
dibuang di tong-tong sampah. Maka, pembuangan tin ini sebenarnya menyumbang kepada
peningkatan sampah yang semakin hari tidak terurus. Berdepan dengan risiko pencemaran

6
di tapak-tapak pelupusan sampah, tin dilihat sebagai sesuatu barangan yang boleh dijadikan
sesuatu yang berguna. Sebagai contoh, tin digunakan untuk menggantikan pasu dalam
menanam pokok.

Dalam menggalakkan semangat kelestarian dan kehijauan, saya telah menjadikan


tin kosong bagi menggantikan pasu untuk menanam pokok. Cara-caranya mudah sahaja
iaitu dengan membersihkan tin tersebut dahulu. Seterusnya, tebuk sedikit lubang di bahagin
bawah tin bagi mewujudkan ruang untuk aliran air. Kemudian, tin tersebut boleh dicat
supaya dapat mengelakkan karat dan tahan lebih lama. Tin yang telah diisi tanah dan anak
benih disiramkan terlebih dahulu supaya pokok membesar dengan subur. Maka, pokok
dapat membesar dengan subur dan mengeluarkan oksigen di persekitaran.

Gambar 4: Tin kosong menjadi pasu

7
Rumusan
Secara kesimpulannya, gaya hidup lestari ini merupakan satu gaya hidup yang
mengamalkan amalan kitar semula sebagai budaya atau rutin harian mereka. Mereka
sedar bahawa gaya hidup lestari membawa banyak faedah kepada sesiapa sahaja sama
ada kaum manusia, flora dan juga fauna. Dengan gaya hidup lestari yang terbaik, secara
tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran seperti menggunakan botol minuman
terpakai sebagai bekas menyimpan alat tulis. Dengan ini, tidak perlu membeli bekas alat
tulis lagi kerana sudah dicipta sendiri oleh kita. Selain itu, gaya hidup lestari juga
menjanjikan kepada kita akan penjimatan sumber semula jadi seperti almari yang
diperbuat daripada kotak yang sudah tidak digunakan lagi. Perkara ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan penebangan hutan kerana orang tidak lagi memerlukan
pasaran almari kayu dengan kerap kerana sudah adanya inovasi ini. Kesan daripada
gaya hidup lestari juga, kita akan mendapati bahawa sampah-sarap akan berkurangan di
muka bumi ini kerana sampah-sarap tersebut boleh dikutip dan dikitar semula secara
peribadi. Oleh itu, saya harap dengan amalan kitar semula yang saya telah laksanakan
dapat menjadi teladan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja sekali gus dapat
memupuk nilai kesederan dalam jiwa masyarakat marhaen.

8
Rujukan
Abdul Yazid Alias. (2010). ”Amal Kitar Semula” dalam. Utusan Malaysia, 27 Jan 2010
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia & Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (LESTARI). Garis panduan pelaksanaan dan penilaian Sekolah
Lestari Anugerah Alam Sekitar (Ed.ke-3). Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar.

Brundtland, G. H. 1987. Our Common Future: The World Commission on Environment and
Development, Oxford: Oxford University Press.

Faizah Binti Ja'apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di SMK Daerah Pontian. Johor Bahru: Universiti Tun Hunssein Onn.

Faraha Latifa Mohd. (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna oleh Kanak-
Kanak. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

Md Zain, Ahmad Basri, Basri Zakaria, Elfithri, Ahmad, M. Ghee, Yaakub Salleh &
Istear Khan. (2011). Keprihatinan amalan kitar semula membentuk sikap dan
tingkah laku lestari. Prosiding Seminar Pendidikan Kejuruteraan & Alam Bina
(PeKA’11), Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM, hlm. 421–435.

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Salleh & Zahid
Mat Said. (2014). Analisis Guna Tanah dan Implikasinya terhadap Persekitaran
Fizikal Lembangan Sungai Bernam 1984-2004. Jurnal Perspektif , 19-35.

Noriati A. Rashid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Rohani. (2015). Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan Warga Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Johor: UTHM.

Ta Wee, Md Jahi, & Mat Radzuan. (2003). Tingkah laku masyarakat terhadap program kitar
semula: kajian kes di daerah Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Yusliza Yakimir Abd Talib. (2019). Galak amal cara hidup lestari. Dipetik pada 15 September
2020, daripada https://www.hmetro.com.my/hati/2017/09/265326/galak-amal-cara-
hidup-lestari

9
10

Anda mungkin juga menyukai