Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2d – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun


Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut
jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”

Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai


setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat
Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke
tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan,
jadi Paduka Raja duduk di tempat bendahara. Adapun Seri Nara
Diraja pun telah tualah tidak beranak laki-laki, dan beranak dengan
isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan,
Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak
dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada
diaku oleh Seri Nara Diraja kerana takut akan isterinya. Maka Tun
Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara
Diraja pun matilah.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai,
dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik
duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri
Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukan tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?”

i. Berikan maksud beranak dengan isterinya?


[2 markah]
beranak dengan isterinya

Maksud beranak dengan isterinya ialah .......................................................................

ii. Apakah yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja kepada Tun Nina Madi ketika dibalai?
[3 markah]

 Menyuruh Tun Nina


Madi naik dan duduk
dekat
 Diribanya Tun Nina
Madi
 Memberitahu bahawa
Tun Nina Madi adalah
anaknya
Ketika di balai, ....................................................................................................
kemudian .................................................................................................................
dan ...................................................................................................................................
.

iii. Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah ganjaran yang akan anda berikan
kepada Tun Perak?
[3 markah]
 Menaikkan pangkat
 Memberi hadiah kebesaran seperti pedang
 Mengajak tinggal di istana

Sekiranya saya Sultan Muzaffar Syah, ganjaran yang akan saya berikan kepada Tun
Perak ialah ................................................................................................................
Selain itu, saya akan ....................................................................................................
Saya juga akan................................................................................................................