Anda di halaman 1dari 14

Modal Insan merujuk kepada individu yang 

mempunyai sahsiah yang terpuji,


berintegriti dan mempunyai   wawasan dan perancangan yang rapi.Terdapat
beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.

     Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai


negara yang mampu berdaya saing dengan negara-negara membangun yang
lain. Hal ini berlaku kerana modal insan kelas pertama merupakan golongan
tenaga muda yang mempunyai potensi yang tinggi untuk  memajukan segala
sektor di Malaysia. Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk
maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan
negara.  

     Kedua, modal insan kelas pertama  penting untuk menjana kemajuan negara
dalam semua bidang agar mampu melakukan perubahan dari pelbagai aspek
penting. Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah
mencuba untuk melakukan tranformasi terhadap gaya hidup, adat resam,
perkembangan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat Malaysia. Tranformasi
yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf  hidup rakyat
Malaysia pada hari ini.

     Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui


pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri
dengan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan
insan kelas pertama. Perkembangan era globalisasi merupakan satu cabaran
dalam menghasilkan modal insan kelas pertama yang
berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.  

     Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat


melahirkan modal insan yang memiliki keseimbangan akademik dan fizikal.
Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas dalam melahirkan modal
insan berminda kelas pertama. Bukan sahaja melalui pencapaian akademik
malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1
Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari
segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

     Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan


modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada
masa akan datang. Melalui program ini, remaja dapat dibentuk menjadi insan
yang bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai
kejayaan. Mereka juga telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu
mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.  

     Kesimpulannya, modal insan amat penting bagi menjadikan Malaysia


sebuah negara maju yang beridentitikan diri sendiri dan menjadi contoh bagi
negara-negara di seluruh pelosok dunia. Oleh itu, semua pihak perlu
bekerjasama bagi  melahirkan modal insan kelas pertama dalam kalangan
masyarakat.

embangunan Sains dan Teknologi untuk melahirkan modal insan kelas


pertama

          Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan


misi negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu
keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu
kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada
Minda Kelas Pertama supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi
implikasi makro terhadap pembangunan negara.

         Minda Kelas Pertama difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu
memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara
dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,
sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan
bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan
sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.

         Minda Kelas Pertama adalah agenda jangka masa panjang yang
memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat
masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil
bahagian dalam merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang
kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini.

         Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah
melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan;
pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi; dan pembentukan masyarakat
berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

         Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan, kita di peringkat


masyarakat umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan
informasi serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi
maklumat dan prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah
strategi ini.

         Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini, kita akan semakin terdedah
kepada bidang sains, R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu output
penghasilan Minda Kelas Pertama. Keperluan dan cabaran global hari ini
adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta
berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber
fizikal, kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata. Tetapi adalah
memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan
dan potensi negara.

         Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun, kita


semua mempercayai tentang bayaran erti kemajuan. Apakah benar bahawa
pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan
moral masyarakatnya?

         Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek
kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui Minda
Kelas Pertama.
         Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai
ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Acuan kita adalah pembangunan
fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya. Apa gunanya
pembangunan jika dalam masa yang sama masih banyak lagi timbul elemen-
elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula.

         Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam
pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni,
budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai
masyarakat timur. Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku
yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah
masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya
akan membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai
berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej
tersendiri. Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma-norma istimewa
yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini
perlulah dipertahankan untuk membentuk Minda Kelas Pertama.

         Kita perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran
serta tindakan kita bahawa Minda Kelas Pertama perlu wujud dalam diri
sendiri. Seterusnya Minda Kelas Pertama kita adalah penyumbang ke arah
mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat serta pihak
masyarakat yang lain. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat
membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga
mental.Permulaannya adalah azam bagi memulakannya.

Daripada Jackie Teh ,U6P3

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________

 Modal Insan Kelas Pertama

 
Bagaimana masyarakat Malaysia boleh menjadi masyarakat modal insan kelas
pertama?

Beberapa persoalan perlu pelajar kupas mengenai modal insan kelas pertama.

a. adakah masyarakat kita bersedia menjadi warganegara maju menjelang


2020?

b. aspek apakah yang perlu ditekankan untuk menjadi masyarakat maju?

c. apakah cabaran yang kemungkinan dihadapi oleh masyarakat dan negara


dalam mencapai insan kelas pertama? 

Pada hemat saya, kebanyakan warganegara kita masih belum bersedia menjadi
warganegara majun. Walaupun berbekal dengan infrastruktur kelas pertama,
kebanyakan masyarakat masih berpunyakan minda kelas ketiga.Sesungguhnya
modal insan kelas pertama seharusnya mempunyai nilai ilmu pengetahuan
yang tinggi, bersikap proaktif ( berfikir dan bertindak sebelum sesuatu perkara
berlaku), bersikap luhur dengan tidak mementingkan diri sera memberikan
sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara.

Untuk pembangunan modal insan kelas pertama, institusi pengajian tinggi


memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran mesra ilmu.Universiti yang
bertaraf antarabangsa dengan bangunan yang lengkap dengan kemudahan
yang moden membantu membina minda kelas pertama. Di samping itu, usaha
penyelidikan yang berasaskan teknologi dan sains turut penting untuk
mewujudkan minda kelas pertama.Dengan itu, diharapkan universiti tempatan
dapat menjadi universiti penyelidikan yang bertaraf antarabangsa.

                                                                                                                                        By
lai man, U6B2

 
 

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________

Negara Malaysia sedang menbangun dan berusaha untuk menjadi negara


maju dalam wawasan 2020. Malaysia mendukung cita-cita hendak membina
satu masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang. Pada pendapat
saya, kabanyakan rakyat Malaysia memang telah bersedia manjadi
warganegara maju menjelang 2020.

Untuk menjadi masyarakat yang maju, kerajaan harus menfokus dalam bidang
seperti pendidikan, pentadbiran dan ekonomi.

Aspek pedidikan perlu ditekankan untuk menjadi masyarakat maju. Pendidikan


merupakan pemangkin pembangunan negara. Kini negara kita mangaplikasikan
pembelajaran dan pengajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu kerajaan juga memperluaskan program ICT melalui projek
pengkomputeran dan schoolnet. Bukan itu sahaja, pendidikan vokaisional,
pendidikan tinggi dan sekolah wawasan juga diwujudkan.

Kerajaan juga menekankan untuk

i)memartabatkan profession perguruan

ii)merapatkan jurang pendidikan kawasan bandar dan luar bandar

iii)memperkasa sekolah kebangsaan

iv)membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia.

 
Cabaran yang mungkin dihadapi adalah negara kita mempunyai banyak
masyarakat yang miskin dan tinggal di luar bandar. Taraf pendidikan mereka
adalah rendah dan kerajaan harus menggunakn masa yang lebih untuk
menstrukturkan semula masyarakat.

LEE YIN YEE (U6B1)

________________________________________________________________
________________________________________________________________
_______________________

Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu
keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9
memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah
hidup, agama dan moral. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia masih belum
bersedia menjadi warganegara maju menjelang 2020.

Aspek yang perlu dititikberatkan ialah penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi,
sikap proaktif, berakhlak luhur dan memberi sumbangan bermakna. Memang
jelas diperlihatkan bahawa negara kita berkemampuan mendirikan kemudahan
pengajian tinggi yang banyak dan meluas. Akan tetapi, adakah ia disokong
dengan peningkatan dari segi kualiti  kemahiran, sikap, gaya hidup dan minda
kelas pertama? Tahap intelektual Malaysia semakin baik? Apakah minda rakyat
Malaysia disegarkan dengan idea, gagasan, wawasan yang mantap?

Pembangunan modal insan memerlukan persekitaran mesra ilmu,


prointelektual dan berasakan pencapaian. Minda kelas pertama tidak akan
terbentuk dalam budaya rasuah dan sekiranya ukuran ilmu hanya berasakan
jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. Kebelakangan ini, keadaan ekonomi
negara kita tidak memuaskan. Hal ini telah mencetuskan masalah rasuah dan
kes rompakan yang kian serius sehingga ketenteraman negara tidak terjamin
lagi.  Jelaslah bahawa masih terdapat banyak orang yang ketinggalan dan tidak
dapat mengejar langkah pembangunan negara untuk menjadi masyarakat
cemerlang. Kendatipun pusat pengajian tinggi di negara semakin banyak,
mahasiswa dan mahasiswi juga banyak, namun tahap pendidikan di negara kita
sebenarnya adalah rendah berbanding negara asing. Boleh dikatakan tahap
pendidikan negara kita kian merosot. Oleh itu, saya rasa rakyat Malaysia belum
bersedia menjadi warganegara maju walaupun menjelang 2020.

Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah


Ahmad Badawi, anjakan minda dan pemikiran warga satu cabaran yang besar
untuk menyediakan masyarakat kita mencapai modal insan bermutu tinggi.
Bukan mudah untuk mengubah fikiran dan pendirian segelintir masyarakat
untuk menerima sesuatu yang baru. Selain itu, golongan miskin yang banyak
juga perlu dinaikkan taraf hidup mereka sebelum bersedia menjadi masyarakat
cemerlang. Ini merupakan salah satu cabaran besar yang sudah lama diberi
perhatian.

Kesimpulannya, komitmen kerajaan dan juga kerjasama seluruh rakyat


Malaysia amat diperlukan untuk menjayakan hasrat tersebut.

OLEH LEE BEE YIN ( U6B1 )

Rancangan Malaysia Ke-9 di mana pembangunan modal insan dijadikan


sebagai salah satu agenda penting supaya tenaga kerja negara kita mempunyai
kemahiran serta daya saing yang tinggi di peringkat global. Namun usaha
membangunkan modal insan ini perlu dilihat sebagai usaha bersepadu antara
semua pihak terutamanya antara majikan dan pekerja. Di dalam konteks ini,
saya ingin menyeru supaya pihak majikan memainkan peranan lebih aktif,
malahan menjadi pemacu kepada usaha pembangunan modal insan. Buat
permulaan, pihak majikan boleh menjalin kerjasama pintar dengan institusi
latihan di sektor swasta atau kerajaan dalam menyediakan bakal tenaga kerja
mahir. Sesungguhnya mekanisme jalinan kerjasama pintar ini telah diwujudkan
oleh pihak Kementerian melalui Sistem latihan Dual Nasional (SLDN) yang
diperkenalkan mulai tahun 2005. Melalui SLDN, seseorang pelatih mendapat
latihan antara 70 hingga 80 peratus di tempat kerja dan 20 hingga 30 peratus
di pusat latihan. Kementerian berharap akan mendapat kerjasama daripada
pihak industri kerana jika penglibatan daripada pihak industri tidak
menggalakkan dalam SLDN ini, masalah kekurangan tenaga mahir negara yang
dihadapi oleh industri tidak akan dapat dikurangkan.

oleh lee xiao yin,U6B1

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@

Menjelang tahun 2007 ini, kita sebagai elemen masyarakat pembangun modal
insan berazam penuh bagi merealisasikan Rancangan Malaysia ke 9. Dengan
pelbagai teras utama yang dijadikan sebagai garis panduan, sekali lagi kita
membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan
sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi


negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu
keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu
kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada
‘Minda Kelas Pertama’ supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi
implikasi makro terhadap pembangunan negara.

‘Minda Kelas Pertama’ difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu


memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara
dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,
sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan
bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh
dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej
tersendiri.

‘Minda Kelas Pertama’ adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan
segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap
etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam
merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi
memulakan era pembudayaan agenda ini.

Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah


melaluipeningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan;
pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi; dan pembentukan
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan, kita di peringkat masyarakat


umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan informasi
serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi maklumat dan
prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini.

Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini, kita akan semakin terdedah kepada
bidang sains, R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu output penghasilan
‘Minda Kelas Pertama’. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah
berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi
tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal,
kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata. Tetapi adalah
memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan
dan potensi negara.

Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun, kita semua


mempercayai tentang ‘bayaran’ erti kemajuan. Apakah benar bahawa
pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan
moral masyarakatnya?
Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek
kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui ‘Minda
Kelas Pertama’.

Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam


pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni,
budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai
masyarakat timur.

Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan
salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara
asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan membentuk
tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan
bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Imej
masyarakat kita adalah kaya dengan norma-norma istimewa yang
kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini perlulah
dipertahankan untuk membentuk ‘Minda Kelas Pertama’.

Bagi tahun 2007 ini, strategi bajet negeri Johor menyahut agenda keperluan
semasa dengan menekankan aspek pembentukan ‘Minda Kelas Pertama’ di
kalangan masyarakat negeri ini.

Dalam Strategi Pembangunan Holistik, komponen Masyarakat Berilmu menjadi


peneraju bagi mencapai misi berkenaan. Tuisyen Kampung dan Tuisyen Ibnu
Sina melalui Program Hikmah akan terus dimantapkan bagi mempertingkatkan
prestasi pelajar-pelajar terutamanya di kawasan luar bandar.

Di peringkat sekolah-sekolah dan pelbagai agensi masyarakat di sekitar negeri


Johor, pendekatan bagi membangunkan modal insan yang bermoral tinggi juga
turut diberikan perhatian. Ini dilaksanakan melalui program-program Maal
Hijrah, Khatam al-Quran, Kempen Memupuk Maruah Mulia Insan dan Kem
Memupuk Bakti Kepada Negara.

Semuanya adalah program yang dirangka sebagai di antara usaha melahirkan


modal insan berkualiti. Begitu juga dengan aspek pembangunan sumber
manusia yang terus diperkayakan melalui latihan dan peningkatan integriti.

Pihak kerajaan dan juga pihak swasta menyambut baik agenda ‘Minda Kelas
Pertama’ ini. Hanya ia perlu dengan sokongan serta azam kita semua agar
usaha murni ini dimulakan sebagai budaya pembangunan masyarakat dan
peneraju ke arah pembinaan tamadun manusia yang benar-benar berjaya.

Mulai tahun 2007 ini, mulakan azam baru kita untuk berkorban demi
kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Azam yang kita tanamkan secara
langsung akan menjadi sumbangan bagi pembangunan jangka masa panjang
diri dan negara. Lengkapkan diri dengan ‘Minda Kelas Pertama’ agar kita
menjadi modal insan unggul yang terlibat dengan segenap pembangunan
negara.

Apakah kita dan generasi seterusnya sudah bersedia dan mantap untuk
melibatkan diri serta menikmati hasil pelan komprehensif Wilayah
Pembangunan Iskandar? Realitinya adalah, ‘Minda Kelas Pertama’ sahaja yang
benar-benar dapat merealisasikannya.

Lee Ing (UB1)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@

yunn houng(u6B1):

Bahagian modal insan yang diucapkan oleh YAB PM kita seperti


berikut: Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan
pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap
tersebut, pembangunan modal insan harus dipertingkatkan. (Langkau
beberapa baris) Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas
pertama akan dilaksanakan.  Pertama:Meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan. Kedua: Memperkukuh keupayaan Sains, R&D
dan Inovasi.  Ketiga:Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan
moral.
Satu daripada lima teras utama Misi Nasional ialah meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi negara dan memupuk minda kelas pertama.
Penekanan kerajaan kepada aspek ini sangat ketara berdasarkan pelbagai
ucapan dan kenyataan Perdana Menteri sejak beliau memegang tampuk
kerajaan.Perdana Menteri sering mengingatkan mengenai pembangunan
modal insan jika negara ingin lebih berdaya saing dan maju. Malah, dinyatakan
dalam Bajet 2007 bahawa pembangunan modal insan adalah prasyarat penting
memacu pertumbuhan rantaian ekonomi bernilai tinggi berpaksikan
pengetahuan dan teknologi.

Bajet 2007 jelas memberi perhatian besar kepada aspek pembangunan modal
insan apabila kerajaan memperuntukkan RM33.4 bilion atau 21 peratus
daripada jumlah bajet sebanyak RM159.4 bilion untuk belanja mengurus dan
pembangunan modal insan.Mengikut cadangan bajet, RM6.7 bilion akan
disalurkan kepada pendidikan rendah, RM6.2 bilion untuk pendidikan
menengah, RM10.4 bilion untuk pengajian tinggi dan RM10.1 bilion bagi
pelbagai projek latihan.

Dengan peruntukan ini, negara akan menyaksikan pembinaan banyak sekolah


baru pada peringkat rendah dan menengah termasuk sekolah berasrama
penuh. Dicadangkan juga untuk membina universiti di Kelantan dan
Terengganu serta menaik taraf Akademi Tentera Malaysia menjadi Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia.Bajet kali ini juga mempermudah dan
menggalak pembelajaran melalui pemansuhan yuran peperiksaan untuk Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),
menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian buku daripada RM700 kepada
RM1,000 dan menjamin biasiswa bagi pelajar cemerlang SPM dengan 10 A1
daripada keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500.

Kerajaan juga berusaha meningkatkan kualiti modal insan dengan


menggalakkan penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT). Usaha
ini dibuktikan dengan peruntukan besar untuk memperluas penggunaan
komputer di sekolah. Orang perseorangan juga digalak mengguna komputer
dengan kenaikan pelepasan cukai untuk pembelian komputer kepada RM3,000
setiap tiga tahun. Beberapa program latihan untuk menambah baik kualiti guru
juga dicadangkan. Latihan kemahiran khusus untuk siswazah dalam bidang ICT,
kejuruteraan dan kewangan akan diperluaskan untuk meningkatkan kemahiran
dan kesediaan siswazah mendapat pekerjaan.

Namun, semua cadangan dalam bajet ini tidak akan memberi makna jika tidak
dilaksanakan dengan berkesan. Kerajaan perlu memastikan setiap cadangan
dalam bajet ini berjalan mengikut perancangan. Seperti pernah dinyatakan
oleh Perdana Menteri, kejayaan perancangan perlu diukur berdasarkan impak,
bukan sekadar membelanjakan peruntukan.Tanggungjawab membangun
modal insan sudah pasti tidak terletak pada bahu kerajaan saja. Rakyat sendiri
bertanggungjawab memberi reaksi positif kepada usaha membangun modal
insan berkualiti. Ibu bapa perlu lebih prihatin mengenai kemajuan pelajaran
dan pembelajaran anak mereka. Majikan pula perlu menggalakkan latihan bagi
pekerja.Guru, pensyarah dan jurulatih semuanya perlu memberi usaha terbaik
untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan. Setiap lapisan
masyarakat sama ada pelajar atau pekerja hendaklah lebih prihatin kepada
keperluan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai