Anda di halaman 1dari 26

TO-BER

MUHAMMAD FAIZ BIN SALLEHIN


PISMP Ambilan Jun 2017 (MATEMATIK SK)
DR ISMAIL BIN HJ RADUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2020
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN................................................................................................................i

SENARAI RAJAH..............................................................................................................iii

2.0 PENDAHULUAN..........................................................................................................1

2.1 PENGENALAN.........................................................................................................1

2.2 KONTEKS................................................................................................................2

2.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...............................................3

3.0 FOKUS KAJIAN...........................................................................................................4

3.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN...................................................................................4

3.2 PENGUMPULAN DATA AWAL...............................................................................5

3.2.1 ANALISIS DOKUMEN.......................................................................................5

3.2.2 PEMERHATIAN.................................................................................................5

3.2.3 TEMU BUAL......................................................................................................6

3.3 TINDAKAN...............................................................................................................6

4.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN..............................................................................9

4.1 OBJEKTIF KAJIAN..................................................................................................9

4.2 SOALAN KAJIAN.....................................................................................................9

5.0 PESERTA KAJIAN......................................................................................................9

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN................................................................9

6.1LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN...........................................................................9

6.2 PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA................................................14

6.2.1 Analisis Dokumen............................................................................................14

6.2.2 Pemerhatian....................................................................................................14

6.2.3 Temu Bual.......................................................................................................15

6.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA.................................................16

i
6.3.1 Analisis Dokumen............................................................................................16

6.3.2 Pemerhatian....................................................................................................16

6.3.3 Temu Bual.......................................................................................................17

7.0 RUJUKAN..................................................................................................................18

ii
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Model Kemmis & McTaggart................................................................................................................. 11
Rajah 3 Langkah 2 Syarat 1................................................................................................................................ 14
Rajah 4 Langkah 2 Syarat 2................................................................................................................................ 15
Rajah 5 Langkah 3............................................................................................................................................. 15
Rajah 6 Langkah 4............................................................................................................................................. 16
Rajah 7 Langkah 5............................................................................................................................................. 16
Rajah 8 Langkah 6............................................................................................................................................. 17

iii
2.0 PENDAHULUAN
2.1 PENGENALAN
Matematik merupakan salah satu bidang pelajaran yang sentiasa mengalami anjakan
dan perubahan dari semasa ke semasa apabila terdapat unsur-unsur baharu
dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya. Hal ini bagi memenuhi segala kehendak
dan cabaran masa hadapan bagi murid-murid kelak. Merujuk kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), pelan ini diwujudkan adalah
selari dengan kehendak serta keperluan pelajaran yang semakin maju seiring dengan
pembangunan serta ekonomi dunia. Di samping itu, kurikulum murid di sekolah juga
telah digubal dan kurikulum baharu telah diperkenalkan. Hal ini telah menjadikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tidak lagi diguna pakai dan diganti
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Seiring dengan pelbagai perubahan yang telah dilaksanakan oleh
pihak Kementerian Pendidikan, hal ini telah menimbulkan banyak persepsi masyarakat
terhadap matapelajaran matematik. Ada yang menyatakan matematik merupakan
matapelajaran yang sukar, memeningkan, ada juga menyatakan matematik ini
matapelajaran yang membosankan bagi murid-murid sekolah rendah.

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak pengaplikasian matematik yang sangat
penting dalam kehidupan seharian manusia. Dari sekecil-sekecil perkara sebenarnya
manusia menggunakan matematik untuk menyelesaikannya seperti masalah wang
dalam urusan jual beli. Untuk menguasai ilmu matematik ini, pemahaman konsep asas
matematik seperti konsep asas pengiraan perlu diutamakan. Matematik yang meliputi
semua pelbagai aspek kehidupan secara tidak langsung mampu melatih manusia untuk
berfikir pada aras yang lebih tinggi. Menurut Mohd Shandri Gani Hamzah (2012),
Matematik merupakan satu subjek yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi.
Untuk mencapai satu tahap penguasaan, guru perlu menyesuaikan teknik pengajaran
dan pembelajaran dengan tahap penguasaan dan pemahaman murid.

Seterusnya, sudah sedia maklum bahawa kurikulum hari ini menekankan 4M


iaitu, kemahiran mengira, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran
menaakul. Literasi dan numerasi diberi penekanan agar murid-murid dapat menguasai

1
kemahiran-kemahiran tersebut terutama kemahiran mengira Oleh hal yang demikian,
sesi pengajaran dan pebelajaran (PdP) yang berlandaskan KSSR hendaklah dirancang
dan dikendalikan dengan berkesan serta sistematik bagi mewujudkan pengalaman
yang bermakna bagi murid-murid. Secara tidak langsung, hal ini juga mampu
menghakis persepsi negatif murid terhadap matapelajaran matematik.

Subjek matematik sering dikatakan salah satu subjek yang sukar dikuasai oleh
murid. Antaranya ialah operasi bahagi yang mana merupakan salah satu kemahiran
asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid. Menurut Nik Azis Nik Pa (2011) dalam
kajiannya, menyatakan majoriti murid menggambarkan konsep bahagi secara abstrak
dengan menulis dua simbol, iaitu simbol standard bagi operasi bahagi dan simbol bagi
pembahagian panjang. Menurut Mazuin (2009) pula, kebanyakkan murid masih tidak
memahami konsep bahagi dan ini menyukarkan mereka untuk menyelesaikan soalan
Matematik yang melibatkan operasi bahagi.

2.2 KONTEKS
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan
Kepujian. Mengambil jurusan Matematik sebagai bidang teras. Pengkaji telah menjalani
Praktikum Fasa 1 selama 3 bulan semasa berada di semester 5 dan akan menjalankan
Praktikum fasa 2 pada semester 7 yang akan datang.

Selama 12 minggu menjalani sesi praktikum ini, pengkaji dapat menimba


berbagai-bagai ilmu yang baharu yang hanya dapat dipelajari di sekolah. Dengan
melihat dan memerhati kaedah PdP guru-guru lain juga menambah pengetahuan
pengkaji berkaitan konsep dan tindakan yang perlu di ambil oleh guru semasa
menjalankan PdP. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Matematik bukanlah
satu matapelajaran yang disukai dan boleh dikuasi oleh murid-murid. Lebih-lebih lagi
apabila melibatkan operasi bahagi. Menurut Sgroi dan Sgroi (1993) di dalam Abirami
Sanmugam (2011), murid perlu memahami mengenai konsep pembahagian sebelum
mereka diperkenalkan kepada mana-mana algoritma bahagi.

2
Selain itu, sekolah di mana tempat pengkaji menjalani praktikum ialah Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Jalan 2. Sekolah ini berstatus Sekolah Kluster
Kecemerlangan. Antara cabaran sekolah ini adalah jurang ekonomi keluarga adalah
sangat tinggi. Ada murid dari keluarga yang sangat berada dan ada juga murid yang
kehidupan bertaraf rendah. Dengan kepelbagaian sesioekonomi murid ini, sudah pasti
menjadi cabaran buat guru di sekolah untuk mengajar murid dengan pelbagai latar
belakang.

3
2.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada 11 Jun 2019 hingga 6 September 2019 yang lalu, pengkaji telah menjalani
Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor. Pengalaman
yang ditimba selama 12 minggu ini sangat mencabar bagi pengkaji kerana ini
merupakan kali pertama pengkaji menjalani praktikum dan perlu mengharunginya
selama tiga bulan. Walaupun pengkaji pernah ke sekolah untuk program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan sewaktu semester 2, semester 3 dan
semester 4, namun pengalaman praktikum adalah jauh berbeza kerana sewaktu pbs,
kami lebih fokus terhadap tugasan sesetengah kursus, bukan untuk mengajar. Namun
apa yang dihadapi ketika praktikum, kami perlu mengajar, mengurus, memerhati dan
juga berinteraksi dengan warga-warga sekolah. Oleh kerana itu, pengkaji berasa kekok
pada awal praktikum disebabkan ini adalah pengalaman yang pertama pengkaji
mengajar di sekolah.

Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Matematik untuk


murid Tahun 4 Mulia. Sebagai seorang guru, pengkaji hendaklah menyiapkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum memasuki bilik darjah untuk
menjalankan sesi PdP. Untuk praktikum fasa 1 ini, pengkaji telah melalui pelbagai
cabaran dalam penyediaan RPH yang sesuai dan memenuhi kehendak murid yang
diajar. Murid tahun 4 Mulia ini terdiri daripada murid yang pelbagai latar belakang. Hal
ini juga menyebabkan jurang dalam Pendidikan agak sedikit tinggi. Ditambah lagi
dengan kecerdasan murid yang berbeza. Menurut Gardner (1983) yang dipetik dari
Noriati A. Rashid (2017), konsep Kecerdasan Kepelbagaian (Multiple Intelligence) ialah
mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang
diketahui. Selain itu, sesi perbincangan bersama guru matematik kelas 4 Mulia, Puan
Rosmizah Binti Hashim juga telah dijalankan. Setelah duduk semeja bersama Puan
Rosmizah, beliau juga menegaskan pelbagai cabaran yang bakal dilalui pengkaji untuk
mengajar kelas ini. Untuk mengenal pasti cabaran-cabaran terutama melibatkan
pengajaran, pengkaji telah memulakan satu sesi ujian diagnostik terhadap kemahiran
asas, tambah tolak, darab dan bahagi kepada murid-murid. Hasilnya, pengkaji dapati
murid-murid kelas ini mengalami masalah terutama berkaitan operasi darab dan bahagi.

4
Namun begitu, pengkaji masih tidak menyerah kalah. Permainan baru bermula.
Percaturan hendaklah lebih kemas dan teratur. Pengkaji memulakan pengajaran
dengan mengajar topik wang di bawah bidang pembelajaran sukatan dan geometri.
Seperti kita sedia maklum bahawa sukatan pembelajaran kini berdasarkan KSSR dan
ini membawa makna setiap RPH yang dirancang hendaklah merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP). Semasa pengkaji mengajar standard
kandungan menambah dan menolak ukuran panjang, murid-murid dapat memahami
dengan baik. Namun begitu, apabila pengkaji mula mengajar standard kandungan
pendaraban dan pembahagian ukuran panjang, murid mula menunjukkan
ketidakfahaman mereka. Menurut Mohd Zain Mukmin (1984) kelemahan pelajar di
dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab.

Apabila penguasaan darab tidak dapat dikuasai dengan baik, maka murid-murid
bakal berhadapan dengan cabaran operasi bahagi. Hal ini demikian kerana bagi
menyelesaikan operasi bahagi dengan cepat dan tepat adalah dengan penguasaan
pendaraban yang baik. Seandainya perkara ini tidak terjadi, maka satu tindakan yang
efektif dan progresif perlu dijalankan bagi menangani masalah ini. Oleh itu, saya telah
mengeluarkan intervensi saya iaitu To-Ber di mana ia membantu murid-murid yang
lemah menguasai operasi bahagi dengan baik. To-Ber bermaksud Tolak Berturut di
mana intervensi saya adalah untuk membantu murid dalam operasi bahagi dengan
kaedah penolakan berturut berulang. Penolakan berulang sebenarnya adalah salah
satu daripada empat konsep asas bahagi yang telah dipelajari oleh murid-murid
sewaktu tahun 2. Empat konsep asas bahagi itu adalah:

1) Pembahagian sebagai pengongsian


2) Pembahagian sebagai pengumpulan
3) Pembahagian sebagai tolak berturut-turut
4) Pembahagian sebagai songsangan darab

5
3.0 FOKUS KAJIAN
3.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN
McNiff dan Whitehead (2005) menyatakan, penyelidikan tindakan merupakan satu
pendekatan dalam mengubah atau menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai fokus atau hala tuju yang
jelas bagi memastikan isu atau permasalahan dapat ditangani dengan kadar yang
segera. Menurut Creswell (2009), isu kajian merupakan permasalahan yang harus
ditangani. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, isu kajian adalah
berkaitan permasalahan kebanyakan atau beberapa orang murid terhadap perkara-
perkara yang memerlukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Fokus kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran membahagi nombor bulat


dengan 1 digit menggunakan kaedah penolakan berturut. Hal ini demikian kerana
pengkaji pernah melihat dan menyaksikan kelemahan murid-murid semasa
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi bahagi. Seperti yang telah dibicangkan,
perkara ini bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh oleh mana-mana guru.
Tambahan pula, aplikasi bahagi ini amat penting dan sangat diperlukan pada zaman
kini.

Selain itu, pemilihan fokus kajian ini sesuai dengan kebolehtadbirannya seperti
menjalankan ujian diagnostik, analisis dokumen dan lain-lain dan boleh dilaksanakan
pada bila-bila masa yang sesuai. Contohnya pengkaji boleh melaksanakan analisis
dokumen melalui rekod murid-murid. Tambahan pula, fokus kajian ini menunjukkan
bahawa betapa pentingnya bagi pengkaji untuk menambah baik amalan pedagogi.
Tidak lupa juga, kolaborasi antara guru-guru membolehkan kajian ini dijalankan dengan
mudah dan dapat meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini.

Di samping itu, pengumpulan data awal bagi kajian ini akan dilakukan dengan
menjalankan analisis dokumen terhadap ujian atau peperiksaan murid-murid yang
terlibat. Pengkaji sebelum ini telah menjalankan ujian diagnostik ini semasa menjalani
praktikum fasa 1 pada semester yang lalu. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa

6
terdapat ramai murid yang mengalami masalah yang melibatkan operasi bahagi. Begitu
juga jika dilihat kepada buku-buku latihan murid.

3.2 PENGUMPULAN DATA AWAL


Setiap pengkaji haruslah membuat pengumpulan data awal bagi sesebuah kajian. Bagi
mengumpul data untuk kajian yang akan dijalankan, pengkaji telah merancang
beberapa kaedah yang sesuai. Pengumpulan data awal adalah penting bagi pengkaji
untuk membantu pengkaji melakukan diagnosis terhadap murid-murid yang terlibat.
Dari sini juga pengkaji bakal dapat menganalisis masalah-masalah yang ingin dikaji
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Jenis data yang akan dipilih ialah
data kualitatif. Oleh hal yang demikian, pengkaji bercadang untuk melaksanakan 3 jenis
kaedah pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.

3.2.1 ANALISIS DOKUMEN


Analisis dokumen boleh dilakukan di awal tempoh kajian dan di akhir kajian. Bagi
menganalisis dokumen ini, pengkaji akan memberikan 5 soalan diagnostik
melibatkan operasi bahagi (Rujuk Lampiran 1) di awal tempoh kajian. Pengkaji
akan menyemak dan mengenal pasti kesilapan murid seperti kurang
penguasaan kemahiran bahagi ataupun berlaku kecuaian semasa menyelesaian
masalah melibatkan operasi bahagi. Melihat jalan kerja murid merupakan salah
satu aspek penting dalam pengumpulan data awal.

3.2.2 PEMERHATIAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan pemerhatian sebagai salah satu
kaedah pegumpulan data dalam menjalankan kajian ini. Hal ini demikian kerana
pemerhatian merupakan salah satu alternatif yang ada dalam mengumpul
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu duga. Dengan itu,
pengkaji bercadang untuk menggunakan pemerhatian berstruktur.

7
Pemerhatian berstruktur adalah bertujuan untuk mencapai fokus dan objektif
kajian disamping menjawab terus persoalan kajian. Pengkaji akan menyediakan
terlebih dahulu senarai semak yang perlu ada semasa pemerhatian sedang
dijalankan. Senarai semak bagi pemerhatian yang dijalankan boleh dirujuk di
lampiran 2.

3.2.3 TEMU BUAL


Seterusnya, pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah temu bual. Jenis
temu bual yang akan dijalankan ialah temu bual tidak berstrukur di mana soalan-
soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan sejauh manakah kaedah To-Ber
dapat membantu murid-murid menyelesaikan operasi bahagi.

3.3 TINDAKAN
Kajian yang dijalankan merupakan suatu kajian tindakan yang berbentuk kualitatif telah
diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) di mana dua kitaran kajian bagi setiap
empat langkah kajian iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati telah
dilaksanakan. Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen.

8
Rajah 1 Model Kemmis & McTaggart

Pada peringkat awal, pengkaji akan menganalisis dokumen yang terdiri daripada
markah ujian atau peperiksaan murid-murid yang terbaharu. Hasil daripada analisis
dokumen ini, pengkaji akan memulakan kajian terhadap responden. Setelah pemilihan
responden dilakukan, pengkaji akan memberikan beberapa soalan untuk responden
selesaikan. Hasil daripada aktiviti tersebut disimpan dan direkod sebagai data. Di
samping itu, pemerhatian turut dijalankan.

Setelah itu, guru akan memperkenalkan intervensi To-Ber kepada responden.


Penggunaan kaedah To-Ber diajar untuk responden praktikkan. Kemudian, responden
akan diberikan latih tubi yang lain. Sekali lagi, pemerhatian turut dijalankan. Data yang

9
diperoleh akan disimpan dan direkod. Pengkaji bercadang untuk menyediakan latih tubi
sebanyak tiga kali di samping pemerhatian separa berstruktur turut dijalankan. Pengkaji
turut bercadang untuk menjalankan intervensi menggunakan bahan media elektronik
atau lebih dikenali sebagai bahan inovasi digital.

Intervensi yang akan pengkaji jalankan ialah berkaitan dengan operasi bahagi
dengan menggunakan kaedah penolakan berulang. Berikut merupakan langkah-
langkah untuk menggunakan To-Ber.

1. Murid-murid dikehendaki menulis soalan kepada bentuk lazim.


2. Seterusnya, murid-murid hendaklah memastikan syarat-syarat ini dipenuhi;
a. Memastikan terdapat ruang di belakang setiap nombor yang akan
dibahagi.
b. Menyediakan sedikit ruang dihadapan setiap nombor yang akan dibahagi
kecuali nombor pertama.
3. Seterusnya, murid-murid akan menjalankan kaedah To-Ber untuk menyelesaikan
soalan ini;
a. Menolak nombor pertama dengan pembahagi sehingga nombor tidak
boleh ditolak.
b. Sekiranya terdapat baki, bawa baki tersebut kehadapan nombor di
sebelah kanan.
c. Tuliskan bilangan pembahagi di atas nombor yang dibahagi.
d. Lakukan perkara yang sama pada nombor yang seterusnya sehingga
jawapan diperoleh.

Pengkaji berhasrat menggunakan bahan inovasi digital kerana ini merupakan


salah satu teknik Pembelajaran Abad ke-21 (PA 21). Merujuk kepada PPPM 2013-
2025, hasrat pendidikan kini ingin memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Inovasi dalam pendidikan yang merupakan usaha untuk
mengubah proses pembelajaran, perubahan dalam situasi belajar yang menyangkut
soal kurikulum, tempat mengajar dan belajar, mutu profesionalisme guru dan juga hasil
daripada pengurusan pendidikan [ CITATION Yah12 \l 1033 ].

10
4.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
4.1 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat


dengan nombor 1-digit menggunakan kaedah To-Ber.

Objektif Khusus

Menggunakan kaedah To-Ber dapat membantu murid lemah dalam menyelesaikan


soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit.

4.2 SOALAN KAJIAN


- Adakah Kaedah To-Ber dapat membantu murid menyelesaikan operasi bahagi
nombor bulat dengan nombor 1 digit?

5.0 PESERTA KAJIAN


Responden kajian ini terdiri daripada 6 orang murid yang terdiri daripada 3 orang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua responden akan dipilih dalam
kalangan murid Tahun 3 yang bermasalah dalam matapelajaran Matematik. Di samping
itu, responden juga kerap menunjukkan sikap tidak minat terhadap mata pelajaran
Matematik.

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


6.1LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Pengkaji akan menggunakan bahan pembelajaran multimedia interaktif yang diberi
nama To-Ber. To-Ber ialah singkatan daripada perkataan Tolak Berturut yang
membawa maksud penolakan berulang. Berikut adalah langkah-langkah penggunaan
To-Ber.
11
1. Murid-murid akan diminta menukar soalan yang diberi kepada bentuk lazim
operasi bahagi.

Rajah 2 Langkah 1

2. Seterusnya, murid-murid hendaklah memastikan syarat-syarat ini dipatuhi;


a. Memastikan di setiap belakang nombor yang dibahagi terdapat ruang.

Rajah 3 Langkah 2 Syarat 1

b. Memastikan setiap nombor yang dibahagi tidak terlalu dekat dengan


garisan pemisah.

12
Rajah 4 Langkah 2 Syarat 2

3. Seterusnya, tolakkan nombor yang akan dibahagi dengan nombor pembahagi.

Rajah 5 Langkah 3

13
4. Selanjutnya, sekiranya terdapat baki, bawa baki tersebut ke hadapan nombor
yang seterusnya.

Rajah 6 Langkah 4

5. Setelah itu, letakkan bilangan pembahagi yang ditolak di atas.

Rajah 7 Langkah 5

14
Ulang langkah 3-5 sehingga jawapan diperoleh.

Rajah 8 Langkah 6

15
6.2 PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji akan menggunakan tiga cara untuk mengumpul data bertujuan untuk pengkaji
menilai kesan penggunaan To-Ber ini di dalam bilik darjah. Pengkaji akan
menggunakan lembaran kerja untuk analisis dokumen, catatan lapangan untuk
pemerhatian dan temu bual untuk temu bual.

6.2.1 Analisis Dokumen


Pengkaji akan memberi empat soalan yang melibatkan operasi bahagi kepada
responden sebelum intervensi To-Ber diperkenalkan. Soalan-soalan yang
terdapat dalam ujian ini ialah soalan yang berbentuk ayat matematik dan
responden dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam bentuk lazim.

Semasa menjalankan ujian ini, pengkaji akan mengasingkan responden


pengkaji daripada murid-murid yang lain. Setelah memberi penerangan,
responden akan mula menjawab soalan yang diberikan. Semasa responden
menjawab soalan yang diberikan, pengkaji akan mencatat masa yang digunakan
oleh mereka untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Responden yang telah
selesai menjawab akan menghantar hasil kerja mereka dan pengkaji akan
mencatatkan masa yang diperuntukkan kepada mereka untuk menyelesaikan
semua soalan tersebut.

Dua hari kemudian, pengkaji akan memanggil semua responden pengkaji


ke bilik mesyuarat semasa waktu rehat. Pengkaji akan memberikan soalan yang
sama kepada responden. Pengkaji turut menyediakan To-Ber kepada mereka
dan menerangkan cara-cara penggunaannya. Pengkaji meminta responden
menyelesaikan soalan yang sama seperti yang diselesaikan oleh mereka di
dalam kelas tetapi pada kali ini mereka boleh merujuk kepada To-Ber yang
diberikan. Responden diberikan masa untuk menyelesaikan soalan tersebut dan
menghantarnya. Pengkaji akan mencatatkan masa yang digunakan oleh
responden untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

16
6.2.2 Pemerhatian
Setelah pengkaji mendapatkan data daripada analisis dokumen, pengkaji mula
merancang pengajaran dan pembelajaran yang akan berlangsung di dalam kelas
dengan menggunakan To-Ber. Pengkaji akan mengedarkan To-Ber kepada
responden pengkaji.

Semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, pengkaji


memberi perhatian kepada responden. Pengkaji mencatatkan reaksi mereka
semasa menggunakan To-Ber untuk menjawab soalan yang disediakan.
Pengkaji juga turut mengisi borang senarai semak yang berkaitan penggunaan
To-Ber yang telah disediakan.

6.2.3 Temu Bual


Pengkaji akan memanggil responden secara bergilir-gilir pada waktu rehat untuk
menjalankan temu bual bersama mereka. Pengkaji akan menggunakan tempoh
satu minggu untuk memyelesaikan proses temu bual bersama responden.

Pengkaji akan menyediakan empat soalan untuk dibincangkan bersama-


sama dengan responden. Antara soalan yang akan dibincangkan ialah:

1. Adakah anda menyukai matematik terutamanya topik yang melibatkan


operasi bahagi? Mengapa?
2. Adakah anda boleh menyelesaikan operasi bahagi dengan baik?
3. Anda suka tak apabila cikgu memberikan anda To-Ber ini? Mengapa?
Adakah To-Ber dapat membantu anda semasa cikgu mengajar topik yang
melibatkan operasi bahagi?
4. To-Ber lebih senang digunakan atau cara biasa yang selalu kamu gunakan
selama ini?

Pengakaji akan merakam hasil temu bual ini dan mendengar kembali semasa
menyediakan transkrip temu bual.

17
18
6.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Pengkaji akan mengumpul data melalui tiga cara yang berlainan iaitu analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual. Setelah pengumpulan data selesai, pengkaji akan
memulakan tugas menganalisis dan menginterpretasi data yang telah dikumpulkan.
Pengkaji menggunakan pelbagai cara dan instrumen untuk mengumpul data untuk
memastikan data yang pengkaji kumpulkan adalah sah dan boleh dipercayai. Proses
triangulasi digunakan.

6.3.1 Analisis Dokumen


Pengkaji telah memberikan responden soalan untuk diselesaikan yang berkaitan
operasi bahagi. Pengkaji juga telah mencatatkan masa yang digunakan oleh
responden semasa mereka menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Fasa satu
merupakan fasa di mana responden meyelesaikan soalan tanpa menggunakan
intervensi To-Ber.

Pengkaji akan menggunakan sistem jadual yang menunjukkan masa yang


diperuntukkan oleh responden untuk menyelesaikan soalan-soalan yang
diberikan tanpa menggunakan intervensi To-Ber. Seterusnya, jadual yang
seterusnya dibina setelah intervensi To-Ber diperkenalkan kepada responden.
Masa yang diperuntukkan oleh responden semasa fasa dua dicatatkan pada
jadual ini. Akhir sekali, jadual yang terakhir pula merupakan jadual yang
menunjukkan perbezaan masa yang diperuntukkan oleh responden untuk
menyelesaikan soalan-soalan tanpa menggunakan intervensi dan dengan
menggunakan intervensi.

Selain itu, pengkaji juga akan menyediakaatesn bukti-bukti bergambar


bekaitan hasil jawapan murid. Analisis jawapan yang dijawab dengan betul juga
turut disediakan.

6.3.2 Pemerhatian
Pengkaji telah menyediakan To-Ber untuk diberikan kepada semua responden.
Pengkaji telah merancang satu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor satu digit. Pengkaji juga

19
telah menyediakan beberapa contoh untuk dibincangkan bersama-sama
responden. Pengkaji juga telah menyediakan borang senarai semak untuk
digunakan semasa menjalankan pemerhatian.

6.3.3 Temu Bual


Pengkaji telah menjalankan temu bual bersama-sama dengan responden
dengan membahagikan temu bual tersebut kepada beberapa sesi. Hal ini untuk
memastikan temu bual dapat berjalan lancar dan responden dapat memberi
jawapan mengikut pendapat mereka dan bukannya dipengaruhi rakan mereka.

Soalan pertama pengkaji berkisar tentang membahagi. Setelah itu,


pengkaji akan menanyakan soalan berkaitan dengan intervensi yang dihasilkan
oleh pengkaji. Seterusnya, pengkaji akan bertanya berkaitan dengan pemilihan
responden untuk menggunakan To-Ber ataupun kaedah biasa. Data-data yang
diperoleh akan diceritakan satu persatu.

20
7.0 RUJUKAN
Abirami Sanmugam. (2011). Kaedah 1-2-4-8: Menyelesaikan Soalan Membahagi
Sebarang Nombor Dalam Lingkungan 100 000 Dengan Dua Digit. Jurnal
Pendidikan Matematik, 1-14.

Embong, M. (2009). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Terhadap Pencapaian


Pelajar Tahun 5 di Kuala Terengganu.

Jean McNiff, & Jack Whitehead. (2005). Action Research For Teachers: A Practical
Guide. New York: David Fulton Publishers.

John W. Cresswell. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed


Methods Approaches. New York: SAGE Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan malaysia


2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mazuin Kiprawi. (2009). Buku kecil. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2009, Jilid 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 2.

Mohd Shahandri Gani Hamzah. (2012). Development and validation of teacher


curiculum paradigm instrument. Universiti Pendidikan Sultan Idris, vol2, no.1.

Mohd Zain Mukmin. (1984). Stratergi pengajaran dan aktiviti matematik untuk kanak-
kanak pemulihan. Jurnal Iktisas, 12-14.

Nik Azis Nik Pa, & Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10
Tahun Tentang Pembahagian Melibatkan Sifar.

Sgroi, R., & Sgroi, L. (1993). Mathematics for Elementary School Teachers: Problem
Solving Investigations. Massachusetts: KENT Publishing Company.

Yahya, B., & Lailinaninita, A. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif
Guru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 6 June
2012,, 44-58.

21
22

Anda mungkin juga menyukai