Anda di halaman 1dari 2

Tan Zi Ying - Tutorial 2

1. Saya akan menegur pelajar tersebut dan memberi hukuman seperti tahanan kelas.
Saya juga akan memberitahu ibubapanya agar ibubapanya akan memberi perhatian
tentang tingkah lakunya di rumah juga. Saya juga akan menghantar murid tersebut
kepada guru kaunseling agar dia dapat pengajaran dari segi mental daripada guru
tersebut.

Saya juga akan mengingatkan murid tersebut semasa tamat sekolah untuk
menyiapkan kerja rumahnya. Saya juga akan mengambil masa untuk bercakap
dengan murid ini dengan mendengar alasannya berkelakuan sebegini dan
menyatakan sebab-sebab dia harus berkelakuan baik di dalam kelas.

2. Aktiviti ringkas yang sesuai untuk diberikan kepada murid untuk memberi kesedaran
kepada mereka tentang pentingnya pengurusan diri ialah melalui permakahan dan
pemberian ganjaran kepada murid yang dapat menguruskan diri dengan baik.
Selain itu, aktiviti yang menjadikan murid-murid sebagai penyemak juga
merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan. Contohnya, murid boleh menjadi
penyemak kuku, rambut dan pakaian bergilir dalam mingguan. Murid yang menjadi
penyemak pada hari itu sendirinya haruslah memastikan dirinya bersih baru boleh
menyemak rakan-rakannya.
Aktiviti seperti memberi ceramah juga sesuai untuk mereka. Ceramah
tersebut haruslah sesuai dengan mereka, iaitu ceramah yang bersuasana aktif dan
melibatkan murid dalam aktiviti berkumpulan dan permainan yang sesuai.

3. Perkara yang boleh saya lakukan untuk meningkatkn perkembangan diri ialah:
a) Melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat seperti berkhemah, belajar melukis dan
sebagainya.
b) Mengamalkan amalan yang sihat seperti sentiasa membaca buku,
membersihkan bilik dan sebagainya.
c) Berkawan dengan rakan yang cemerlang agar dapat mencontohi amalan baik
mereka dan mendapatkan nasihat daripada mereka.
Perkembangan
diri

Melibatkan diri Berkawan dengan


Mengamalkan
dalam aktiviti yang orang yang
amalan yang sihat.
sihat. cemerlang

Berkhemah Membaca

Belajar melukis Membersihkan bilik

Anda mungkin juga menyukai