Anda di halaman 1dari 1

Daftar pengundi berumur 18 tahun belum dilaksanakan - SPR

Fauzi Suhaimi
Jun 7, 2020 11:35 MYT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pendaftaran pengundi


berumur 18 tahun belum dilaksanakan buat masa ini.
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, sebaliknya
pendaftaran itu akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran
pemilih secara automatik.
"Bagaimanapun perkara itu akan dilakukan selepas segala persiapan
SPR diselesaikan termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-
Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-
undang lain yang berkaitan.
"Selain itu, (persiapan lain adalah) penyediaan prosedur operasi
standard (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastruktur.
"Kesemua persiapan ini dijangka selesai selewat-lewatnya pada Julai
tahun depan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Sebelum ini tular dalam media sosial yang mengajak rakyat Malaysia
berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi.
Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata, SPR akan memaklumkan
sebarang perkembangan terkini berhubung pilihan raya dari masa ke
masa dengan mengeluarkan kenyataan rasmi.
"SPR menyeru kepada orang ramai untuk merujuk terlebih dahulu kepada
SPR melalui laman web rasmi SPR di www.spr.gov.my atau akaun sosial
media rasmi SPR seperti di Facebook atau menghubungi di talian 03-
88927200 bagi mengelakkan penularan berita palsu," ujarnya.

Astro Awani

Anda mungkin juga menyukai