Anda di halaman 1dari 14

KAEDAH PENGAJARAN JAWI

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para
pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di
dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’
yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk
menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PANDANG SEBUT

Cara penyampaian kaedah ini ialah murid terus diperkenalkan kepada perkataan dan
huruf. Selalunya huruf atau perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar.
Kemudian murid murid diperkenalkan dengan ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan
dikuasainya. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid
telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan
lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui
mereka. Kaedah ini akan membantuk murid-murid seperti burung nuri dan mereka akan
mendapati seseorang kanak-kanak.

KEKUATAN

Melalui kaedah ini murid mendapat Semua


murid terlibat dalam kaedah ini murid berani mencuba dan keyakinan diri pelajar semakin
bertambah. Melalui kaedah ini juga pelajar dapat mengasah potensi di kalangan mereka dan
menambah minat membaca Al-Quran .

KELEMAHAN

ediaan yang teliti.


ah diri.
KAEDAH PERMAINAN

Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain


boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif
pendidikan. Permainan merupakan satu cara melatih murid supaya dapat berinteraksi dengan
rakan sekeliling mereka dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran
di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang
paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan
faedah mereka (Musa Daia, 1992).

PRINSIP-PRINSIP KAEDAH MAINAN


Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti dibawah:
1. Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk
permainan.
2. Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung
penghalangnya.
3. Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai dengan
minat dan keperluan murid.
4. Guru mestilah mempunyai sikap positif iaitu guru sering menggalakkan murid-
murid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada setiap
murid untuk melahirkan sesuatu.
5. murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka
hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri.

KELEBIHAN KAEDAH PERMAINAN


1. Murid tidak berasa bosan.
2. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
3. guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid
semasa bermain.

KELEMAHAN KAEDAH PERMAINAN


1. Menambah/membebankan guru untuk menyediakan BBM
2. tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini.
3. menambahkan penggunaan wang sekolah
KAEDAH LATIH TUBI

Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri
telah menggunakan kaedah ini sewaktu menagajar Rasulullah SAW membaca ayat yang
pertama turun (Iqra’). Baginda diajar membaca berulang kali. Kali pertama Rasulullah
menjawab tidak tahu, hingga kali ketiga baharulah Baginda dapat membacanya.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi, iaitu corak
pengajaran bagi memberikan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan
lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini digunakan dengan meluas dari
zaman berzaman. Contohnya, membaca Al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.Teknik
latih tubi juga merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

KEKUATAN

Kaedah latih tubi ini membantu murid mencapai taraf penguasaan kemahiran di
samping mengingat fakta-fakta penting supaya berkekalan. Kaedah ini juga dapat membentuk
keyakinan diri murid melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat
kepimpinan diri, melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-
murid. Kaedah ini dapat menambah minat mencuba di kalangan murid-murid.

KELEMAHAN

Melalui kaedah ini murid tidak dapat menghasilkan pemikiran sendiri dan
menghadkan kebebasan berfikir murid. Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir
dalam menjalankan kretiviti sendiri .Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya
membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

KAEDAH IMLAK
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber
(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara
mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat
atau wacana.

Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah
hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan
kepadanya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat
setiap kata-kata yang didengari.

KEKUATAN

1. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. (Membantu


pendengaran murid pada sebutan intonasi perkataan dan ayat)
2. Melatih dan mengukuhkan ejaan.
3. Penglibatan daripada semua murid. ( dalam
membuat nota-nota ringkas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan)

KELEMAHAN

1. . Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan


baik.
2. Murid yang mempunyai pendengaran yang baik sahaja dapat menerima pengajaran
guru.
3. Murid yang lemah dalam masalah pendengaran mudah
ketinggalan serta melakukan aktiviti sendiri.

KAEDAH MENGEJA

Kaedah mengeja ini digunakan sepenuhnya dalam membantu para pelajar untuk
mengenali huruf-huruf. Kaedah ini merupakan kaedah permulaan bagi memperkenalkan huruf
kepada murid. Setelah murid pandai mengeja maka diteruskan dengan perkatan suku kata
sehingga murid dapat membaca.
KEKUATAN

.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan baik dan jelas. Memerlukan
penglibatan Kaedah ejaan ini juga akan membantu para pelajar
untuk cepat menguasai bacaan

KELEMAHAN

dan
mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan serta cepat bosan dan mula buat aktiviti
sendiri. . Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kretiviti
sendiri.Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan
persediaan yang teliti.

KAEDAH KEFAHAMAN

Kefahaman ialah pemikiran yang diperolehi daripada hafalan rencana, bacaan dan
penulisan. Kefahaman diperolehi setelah berlaku penerangan, penjelasan dan analisis kepada
bahan pengetahuan. Kefahaman yang diperolehi berbeza-beza berasaskan kecekapan dan
kecerdasan mental seseorang itu.

Kefahaman seseorang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi Barat seperti Bloomfield
yang menyatakan terdapat enam aras perkembangan mental dalam kecerdasan seseorang iaitu
daripada yang paling rendah sehingga peringkat aras yang tinggi iaitu aras pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan kumpulan.

KEKUATAN

Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang lebih memahami dalam pembelajaran
kerana mereka mendapat ilmu melalui pembacaan dan hafalan seterusnya diterjemahkan
melalui kefahaman pelajar sendiri. Kaedah ini juga dapat membentuk keyakinan diri murid
melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat kepimpinan diri,
melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-murid. Kaedah ini
dapat menambah minat mencuba di kalangan murid-murid.
KELEMAHAN

Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini

lemah dalam pemikiran akan berasa rendah diri dan akan menyebabkan mereka ketinggalan
dalam pembelajaran Jawi.

KAEDAH HURUF

Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar
bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf-huruf jawi.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.
Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid
diperkenalkan dengan huruf dan dapat mengahafalnya barulah langkah seterusnya diambil
dan bergantung kepada para guru untuk menggunakan kaedah mana untuk meneruskan
kepada pembacaan.

KEKUATAN

1. Semu
2.
3. Murid berani mencuba.
4. Mengasah potensi di kalangan murid-
5. Membantu para murid menguasai pembacaan dengan lebih berkesan.

KELEMAHAN

1. Memerlukan
2.
3. persediaan yang teliti.
4. Murid yang lemah ingatan, tidak sesuai dengan kaedah ini.
5. Murid tidak dapat membaca, sekirannya kaedah ini tidak dapat dikuasai dengan
baik.
KAEDAH PENGGAYAAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar


untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya
aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa
kemahiran asas tertentu. Penggayaan boleh terdiri daripada pautan mengenai sesuatu topik
yang bersesuain dengan maklumat atau idea tambahan yang diperolehi oleh pelajar. Kaedah
ini merupakan langkah terakhir dalam program pembelajaran. Kaedah yang digunakan untuk
pelajar-pelajar yang menonjol.

KEKUATAN

Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar dapat menguasai pengajaran dengan lebih
mendalam malahan mendapat maklumat tambahan dalam pelajaran Jawi. Pelajar dapat
membaca dengan lancar malah lebih daripada itu.

KELEMAHAN

Kaedah penggayaan ini hanya sesuai untuk murid yang menguasai beberapa kemahiran asas
dan tidak sesuai untuk murid yang kurang menguasai satu kemahiran. Kaedah menimbulkan
keadaan murid mudah bosan kerana banyak latih tubi dan latihan intensif yang diberikan guru
menyebabkan murid berasa letih untuk melakukannya.

PEMULIHAN JAWI

DEFINISI PEMULIHAN

Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud
mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan memulih
atau mengembalikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian hak, harta
benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang dan
berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah
yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar yang menghadapi
kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau ringkasnya untuk
kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983)
Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan sebagai
pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua pelajar yang
mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui
latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka. Pemulihan juga dikenali
sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan
untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan murid di sekolah
biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang
dihadiri oleh pelajar secara sambilan
dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan (Ab. Halim
Tamuri. 2007).

Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajarn untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada
tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama di
Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan
Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya
kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh menguasai Jawi setelah diberi
bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas
pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan
menggunakan modul pengajaran dan pembelajara yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi j-
QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak
dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan
dipulihkan dengan sekurang- kurangnya dapat mengenal,menyebut,dan menulis huruf-huruf
tunggal,suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku
kata terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang
tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
Matapelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-
murid,mudah dan tidak membebankan.

Pemulihan Jawi

Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan.
Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanya
mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi akan
menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah mengikut
kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat
kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama
sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam
Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan
Jawi.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan menulis huruf
Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk memudahkan guru
mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula dilaksanakan pada tahun
2003 adalah untuk pelajar yang tercicir . Pelajaran Jawi adalah salah satu komponen mata
pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu pada
enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu
persekolahan sedia ada.

Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengeja
dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina apabila
dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini adalah pelajar
yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran Jawi
ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan minat pelajar.
Zulkifli Haji Dahalan (2003) menyatakan bahawa pendedahan Pendidikan Islam kepada
setiap individu Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran Jawi wajar
dilakukan ketika mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran kelas Pemulihan Jawi amat penting bagi mencapai matlamat yang telah
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

SKOP
Modul Pemulihan Jawi ini memberi memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang
merangkumi perkara berikut:
1 Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata.
2 Menulis tulisan jawi dengan baik.
3 Membaca tulisan jawi dengan lancar.
4 Mempelajari asas seni tulisan jawi.

Matlamat

Matlamat Modul Pemulihan Jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang ketinggalan
jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid laindi dalam kelas jawi biasa.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat:
1. Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal.
2. Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi sambung.
3. Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka.
4. Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup.
5. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
6. Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.
7. Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
8. Mengenal dan menggunakan tanda baca.
9. Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan.
10. Mengenal dan meniru seni khat

Antara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yangtelah
diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi
tunggal.Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan
secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran
pemulihan jawi amat penting bagi mencapa imatlamat yang sebenar. Pendekatan tersebut
hendaklah lebih berkesan dan sesuaidengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus
belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

Kemahiran Membaca

Antara aktiviti pemulihan yang dapat dilakukan oleh guru di dalam kelas ialah membaca,
menulis dan mengira. Alsagoff (1996) menyatakan kaedah pengajaran pemulihan membaca
terbahagi kepada dua teknik, iaitu:
1. teknik am;
2. teknik khusus.

Teknik Am:

Seorang guru perlu melakukan proses saringan untuk mengenalpasti kelemahan yang dihadapi
oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Terdapat lima prinsip asas yang perlu dilaksanakan dalam program pemulihan:
1. Memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar
2. Pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu
3. Pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar.
4. Rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran
5. Latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada pengalaman
yang baru.

Teknik Khusus

Teknik khusus ini sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam bidang
kemahiran membaca. Antaranya menambah kadar kepantasan membaca: pelajar yang sudah
pandai membaca, menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi mudah.
1. Selalu membaca: membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan adalah
cara yang paling baik.
2. Penggunaan masa yang terhad: Menghadkan masa membaca akan mempercepatkan kadar
bacaan

Kemahiran Menulis

Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan
menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal dan
menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah yang
masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah belum dapat
menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak dapat membezakan
bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru dalam membezakan
bentuk huruf yang hampir sama.

Konsep Belajar Sambil Bermain

Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar. Permainan
berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu akan menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok.

1. Permainan ”Roda Impian Jawi”

Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” . Murid diminta memilih
satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat pada roda akan
berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda diminta menyambung
dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami.

2. Joran Jawi
Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan.
Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang dapat
mengeja dengan betul akan diberi ganjaran.
3. Pandai Joran
Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar akan
memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat menguasa
kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.

Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara individu,
kumpulan dan kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan aktiviti dengan
akhlak Islam dan nilai-nilai murni.

1. Aktiviti secara Individu


Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi
secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat mengetahui kelemahan
pelajar.

2. Aktiviti secara Kumpulan


Pembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar berkomunikasi
dan bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk permainan sangat sesuai terutama guru
mengadakan pertandingan.

3. Aktiviti secara Kelas


Aktiviti ini melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru menggunakan aktiviti ini untuk
menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat
refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti yang sesuai
dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.

PENUTUP

Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran pelajar dan mereka
juga memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan bahan bantu
mengajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang pelajar untuk
belajar.
Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion
mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus menggunakan kaedah
pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan kepada guru tersebut. Dalam
pembelajaran Jawi, guru perlu berusaha menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja.
Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan
pembelajaran Jawi dalam bilik darjah dengan merancang teknik mengajar dan menghasilkan
bahan bantu mengajar yang menarik. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut
keperluan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza dalam penguasaan Jawi
bertujuan memudahkan pelajar memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa
rasa terpaksa.

Program j-QAF yang dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan satu langkah yang amat baik
untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran j-QAF yang bertujuan
untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada Jawi, Al Quran,
bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi untuk membentuk
keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar.

Anda mungkin juga menyukai