Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Penyelenggaraan terhadap binaan merupakan suatu langkah yang bukan sahaja


memberi kesan yang berterusan terhadap struktur binaan , persekitaran ,
keselesaan dan ekonomi malah memberi kesan terhadap masa depan. Semakin
besar pelaburan terhadap penyelengeraan maka semakin besar faedah dan
keuntungan yang akan diperolehi oleh Negara pada hadapan.
DEFINISI PENYELENGARAAN
OBJEKTIF
 Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan yang terdapat pada bangunan.
 Mencadangkan kaedah dan teknik konservasi yang sesuai.
 Merekod dan mendokumentasikan kerosakan yang terdapat pada
bangunan.
 Mengurangkan seberapa mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap
elemen dan peralatan bangunan secara efektif dan sistematik.
 Secara tidak langsung, segala aspek keselamatan dan keselesaan akan lebih
terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pemilik dan
organisasi.

SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN


 Kelembapan
 Kecacatan cat
 Keretakan
 Karat dan reput

Jenis-jenis Penyelenggaraan
Penyelenggaraan terbahagi kepada 2 iaitu:
(i) Penyenggaraan Terancang (planned maintenance)
(ii) Penyenggaraan Tidak Terancang (unplanned maintenance)

Penyenggaraan terancang
Merujuk kepada British Standard BS 3811: 1984 Penyenggaraan terancang
(planned maintenance) ditakrifkan sebagai:-
“Maintenance organized and carried out with forethought, control and the used
of record to a predetermined plan”. Ini bermakna penyenggaraan terancang
adalah merupakan penyenggaraan yang dilaksanakan menerusi rancangan
pratentu yang mengambil kira segala perancangan pada masa hadapan, aspek
pengawalan dan penggunaan rekod-rekod terdahulu dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan.

Penyenggaraan tidak terancang


Penyenggaraan ini merupakan penyenggaraan yang dilaksanakan tanpa
perancangan tertentu. Sebarang tindakan penyenggaraan hanya diambil setelah
aduan diterima daripada pengguna, penghuni, dan lain-lain.Penyenggaraan jenis
ini hanya menggunakan pendekatan penyenggaraan.pembaikan yang mana
proses membaiki hanya dilakukan setelah kegagalan dan kerosakan benar-benar
berlaku. Saiz dan operasi kerja penyenggaraan bergantung sepenuhnya kepada
bilangan dan betapa seriusnya aduan yang diterima sebelum mengambil
tindakan-tindakan seterusnya.
JENIS-JENIS KEROSAKAN YANG TERDAPAT
DIBENGKEL ELEKTRIK.

Keretakkan pada dinding.


Punca Kerosakkan: Pengecutan dan pengembanganyang berlaku pada tembok
kerana cuaca berubah, mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan
atau kegagalan asasnya. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak
dibasahkan sebelum diikat, pengawetan tidak dilakukan,bancuhan mortar tidak
mengikut nisbah.
Cara Mengatasi: semasa pembinaan,pengawasan sepenuhnya perlu dilakukan .
Bancuhan hendaklah mengikut nisbah yang ditentukan.
Siling berlubang.
Punca Kerosakkan: Kelembapan yang berlebihan , Atap yang bocor ,pemilihan
bahan yang tidak berkualiti.

Cara Mengatasi: Memilih bahan yang berkualiti ,melakukan penyenggaraan


berkala .
Punca Kerosakkan: Tidak dikendalikan dengan baik sepertinya pam tandas dengan
kasar dan tidak dibaikpulih dengan segera,sikap kecuaian dan
ketidaktanggungjawab penguna kepada tandas .
Cara Mengatasi: Membuat penyenggaraan berkala,menukar pam baru .
Kesimpulan
Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri
keutamaan. Kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan “rosak-baiki”
hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Diperingkat awal perancangan
perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang
tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan
praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil samada
menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana
kaedah yang dipilih hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan
keselesaan. Tanpa memberikan penekanan kepada perkara-perkara di atas
penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan keberkesanannya akan terjejas.

Anda mungkin juga menyukai