Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi
fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya.
Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai
batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda
warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana
banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal
kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian
bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan.
Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini,
umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses
gondolan dan hakisan.
2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah
melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di
permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini
menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu
basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.
Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava
cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya
dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan
yang berukir.
JENIS BATU IGNEUS
Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya
memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh
sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal
lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya
kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk
batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-
binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang,
tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali
cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan
berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang
sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-
batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan
berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :
l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan
bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan
yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan
batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak
dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling.
Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar
berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret
(sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus
menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir
dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-
hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput
dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara
ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang
mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan
tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan
di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya
menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang
batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.
3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia
larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang
pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati
dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya
itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
JENIS BATU ENAPAN
Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik
batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-
sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya
apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan
berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu
granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian.
Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu
marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan
pergunungan di Sarawak.
Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia
akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan
itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan
metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan
metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah
antara 100°C hingga 800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam
keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam
mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh
berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi
rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun
memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan
metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik
terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran
adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses
pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi
apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan
haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses
penghabluran semula.
Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis
mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti
batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan
tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat
akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan
molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan
metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang
selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami
penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang
mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan
berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis.
Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah
kepada beberapa lapisan.
JENIS BATU METAMORFOSIS