Anda di halaman 1dari 5

WUJUDKAH SISTEM

KEHAKIMAN DALAM ISLAM ?


Hukum memohon jawatan
hakim/qadi
PERTAMA ; Haram iaitu bagi mereka yang jahil akan urusan pengadilan dan mereka yang alim
tetapi dia memohon dengan tujuan membantu orang yang zalim dan membuat keputusan
sesuka hati atau dengan tujuan memakan harta secara batil.

KEDUA ; Makruh iaitu bagi mereka yang ada kelayakan memohon jawatan itu tetapi ada orang
yang lain yang lebih layak daripadanya. Juga makruh bagi orang kaya dan tidak memerlukan
gaji sebagai hakim untuk menampung keperluannya sedangkan ada orang yang layak bagi
jawatan tersebut.

KETIGA ; Harus bagi mereka yang memohon jawatan tersebut dengn tujuan menolak perkara
yang menyakiti dirinya sedangkan dia adalah orang layak kepada jawatan itu. Juga bagi fakir
yang banyak tanggungan dan perlu kepada pendapatan sebagai hakim tersebut selagi mana dier
berkelayakan.
Hukum memohon jawatan
hakim/qadi
KEEMPAT ; Sunat bagi mereka yang tidak wajib keatasnya menjadi hakim, tetapi dia sedar
bahawa sekiranya dia menjawat jawatan itu, akan memberikan faedah dan manfaat
kepada muslimin kerana dia lebih layak dan mampu daripada orang lain.

KELIMA ; Wajib bagi mereka yang semestinya menjawat jawatan itu dan menerimanya
kerana dia sahaja yang layak dan mampu melaksanakan tugas pengadilan, maka wajiblah
dia memohon.
Hukum Menerima Jawatan
Pengadilan
• Sebagaimana perbuatan memohon terdapat hukum padanya, begitu juga bagi perbuatan
menerima jawatan sebagai Hakim/ Qadi.

• Maka ulama’ membahaskan tentang perkara berkenaan, yang membawa kepada


pembahgian berikut:

PERTAMA : Wajib bagi mereka yang dimestikan keatasnya mengendalikan pengadilan dan
memegang jawatan itu kerana tiada yang lebih layak darinya.

KEDUA : Sunat bagi mereka yang melalui jawatan tersebut dapat mendatangkan manfaat
kepada orang Islam, disebabkan dia orang lebih layak dan mampu memikul tanggungjawab.
Hukum Menerima Jawatan
Pengadilan
KETIGA : Haram bagi mereka yang tahu dirinya lemah atau tidak berlaku adil walaupun dia
arif tentang hokum-hokum pengadilan, kerana kelemahannya itu akan membuatkan dia
mengikut hawa nafsu dalam pengadilan.

KEEMPAT : Makruh bagi mereka yang layak memegang jawatan itu, tetapi dalam masa yang
sama ada orang lain yang lebih layak.

KELIMA : Harus apabila seseorag itu sama sahaja dengan orang lain dari degi kelayakan
memegang jawatan dan tiada apa-apa perkara yang melebihkannya untuk menerima.

Anda mungkin juga menyukai