Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

• Terdapat banyak syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para


ulama’ berkenaan tentang syarat-syarat menjadi hakim atau qadhi
menurut syara’.
• Contohnya seperti Imam Ar-Ramli menetapkan sepuluh syarat
untuk menjadi hakim di dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj.
• Muhammad Salam Mazkur pula telah menetapkan bahawa
terdapat enam syarat untuk menjadi hakim dalam kitabnya Al-
Qadha’ Fil Islam.
• Menurut pendapat Imam Al-Mawardi pula ada meletakkan bahawa
ada tujuh syarat menjadi hakim yang termaktub di dalam kitabnya
Al-Ahkam Sultaniyyah Wal Wilayatul Diniyyah.
• Menurut Doktor Abdul Karim Zaydan pula mensyaratkan ada lapan
syarat menjadi hakim iaitu baligh, berakal, merdeka, muslim, adil,
mujtahid, lelaki, sempurna anggota.
• Menurut al-Syarbini seseorang hakim mesti mempunyai sepuluh
syarat-syarat yang wajib dimiliki olehnya, iaitu:

1. Islam
2. Mukallaf
3. Merdeka
4. Lelaki
5. Adil
6. Mendengar
7. Melihat
8. Boleh bercakap
9. Berkemampuan menjalankan urusan Qadhi / Hakim
10. Mestilah seorang yang mujtahid
1 - Islam
• Kadi yang hendak dilantik itu hendaklah seorang Islam. Orang
yang tidak beragama Islam tidak boleh dilantik menjadi kadi
secara mutlak untuk membicarakan semua kes yang melibatkan
orang Islam . Ini disebabkan kehakiman itu termasuk dalam tugas
“wilayah” yang mana orang kafir tidak boleh menjadi wali kepada
orang lain seperti firman Allah yang bermaksud:
• Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil
orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan
orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan
alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? .
(Surah An-nisa’: ayat 144)
2 - Baligh
• Islam tidak menetapkan umur sebenar seseorang yang layak dilantik
menjadi kadi. Walaupun mungkin dari segi pentadbiran ia ditetapkan,
Islam hanya mesyaratkan baligh sebagai syarat umur minimum untuk
menjadi kadi.
• Yang demikian kanak-kanak yang belum baligh tidak boleh dilantik
menjadi kadi. Jika mereka tidak dibebankan dengan hukuman syarak,
tentulah mereka tidak berkelayakan untuk menjatuhkan hukuman ke
atas orang lain. Jika kesaksian mereka dipertikaikan, maka sudah
tentu hukuman mereka lebih lagi dipertikaikan.
• Akad dan tindak-tanduk mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Maka tentulah mereka tidak boleh mempertanggungjawabkan kata-
kata mereka kepada orang lain.
3 - Berakal
• Orang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah seorang yang
berakal. Tidak sah perlantikan orang gila.
• Berakal yang dimaksudkan disini termasuklah bersifat Tamyiz,
cerdik iaitu tidak bodoh atau pelupa dan dapat menyelesaikan
masalah termasuklah masalah yang rumit.
• Syeikh Isa menambah, kecerdikan itu hendaklah sampai kepada
peringkat dapat membezakan di antara pengakuan dan penafian
walaupun diucapkan kepadanya dengan kata-kata yang baik, dan
hendaklah mempunyai kekuatan berfikir untuk memahami makna
perkataan yang dilafazkan.

Anda mungkin juga menyukai