Anda di halaman 1dari 5

PROSA TRADISIONAL T5

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS
MELAKA : SULTAN MUZAFFAR SYAH
DENGAN NEGERI SIAM

- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak
pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya
menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya
Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan
Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar
hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan


semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan
orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan
supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi
menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta
tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya
kepada Sultan bahawa Tun Perak menganiayainya. Sultan memanggil
Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata bahawa
dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika
percaya akan fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri
dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan
seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.

- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak kepada Paduka


Raja dan sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja. Mereka
berdua saling berselisih faham dan tidak bermuafakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang untuk
mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara
Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan
dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka
Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja
turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

- Pada waktu itu terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di


wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih
Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja


mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija
Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang
sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu
dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera
Siam sangat hairan.

- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu


bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan
seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan apabila melihat banyaknya askar
Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan


hadiah persalinan baharu. Di Siam, Paduka Bubunnya sangat marah.
Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka
dengan pelbagai kelengkapan dan bilangan perahu yang sangat
banyak.

- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan


seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan
kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam
sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan
berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan
menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan


digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang
berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam
iaitu anak Seri Nara Diraja.
Catatan
Sila salin menggunakan 2 warna dakwat supaya mudah dibaca.
1. Pen warna hitam (untuk yang bertanda merah)
2. Pen warna biru (untuk yang bertanda hitam)

TEMA:
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-
anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk
mengalahkan Siam.

PERSOALAN
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi dalam menyelesaikan
perselisihan faham.
Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara
Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja.

2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara -


Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh –


Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak
untuk mengalahkan askar Siam.
Paduka Raja mencadangkan pokok paya bakau dibakar supaya kelihatan ada
banyak askar di Melaka.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan –


Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau
Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

5. Keberanian menghadapi cabaran –


Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang
menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang
baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan
daulat kepada Sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang
kuat dan maju.
NILAI
1. bijaksana
Tun Perak bijaksana apabila membakar pokok bakau pada waktu malam
hingga cahaya api itu disangkakan askar Melaka yang ramai dan menakutkan
askar Siam.

2. baik hati
Sultan Muzaffar Syah menghadiahkan persalinan kepada askar yang menang
dalam peperangan..

3. bersatu padu
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.

4. Keikhlasan -
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara dengan
ikhlas supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.

5. berani
Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali
percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.

6. berkorban
Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja.
PENGAJARAN
(Salin seperti format NILAI)
(Jangan salin dalam bentuk jadual)

Kita mestilah berani Tun Perak dan tentera-tenteranya berani


menghadapi ancaman menentang tentera Siam.
musuh demi negara.
Kita mestilah bijak Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam
menggunakan strategi untuk menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja
menyelesaikan masalah. dengan Padka Raja. Tindakan baginda
mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya
menyelesaikan perbalahan antara dua
pembesar dan membawa kepada
keharmonian negeri Melaka.
Kita mestilah ikhlas apabila Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan
melakukan sesuatu Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka.
perbuatan.
Kita mestilah sanggup Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan
bekorban untuk menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk
memperoleh kebaikan. dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara
Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak.
Kita mestilah bersatu padu Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja
supaya negara menjadi hidup bermuafakat dengan bersatu padu
kuat dan maju. sehingga membolehkan Melaka menghadapi
ancaman Siam.
Kita mestilah menghargai Sultan Muzaffar menghadiahkan persalinan
jasa dan usaha yang telah kepada askar yang menang dalam
dilakukan oleh orang lain peperangan.
kepada kita.
Kita hendaklah Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu
menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk
pengetahuan untuk membunuh Cau Pandan yang ingin
melakukan tindakan yang menyerang Melaka dari jauh demi
betul. memastikan keamanan Melaka tidak
tergugat.

Anda mungkin juga menyukai