Anda di halaman 1dari 18

Terbit edisi e-book, April 2020

© Angkatan Belia Islam Malaysia

Judul Asal: ‘Uddah al-Insān Fī Istiqbāl Ramaḍān


Pengarang: Dr. Ṣāliḥ bin ‘Abd'ullāh al-‘Uṣaymī
Penterjemah: Asyttar Nabil Ashraf
Penyunting: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: @ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Dengan nama Allāh


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allāh, Tuhan yang menguasai alam ini.


Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Muḥammad,
Rasūl yang Amīn, kaum keluarga baginda dan juga para
sahabat baginda serta kesemua orang-orang beriman yang
mengikuti jekak langkah baginda dengan ihsan sehinggalah
ke yaum al-Dīn.

Bagi mereka yang sentiasa menghitung hari, pasti akan


menyedari bahawa Ramaḍān sudah sangat hampir. Ia
sebuah bulan terhormat lagi berkat yang sering kita nanti-
nantikan, namun adakah sekadar penantian semata-mata
tanpa sebarang persiapan dikira sebagai sebuah tindakan
yang berbaloi? Ya, walaupun dunia kini sedang digegak-

3
gempitakan dengan penularan wabak Kovid-19 ini – semoga
Allāh Ta‘ālā memelihara diri kita daripadanya – namun ia
bukanlah sebagai penghalang kepada orang-orang beriman
untuk mempersiap-siagakan diri dengan segala bekalan yang
mencukupi agar kita menyambut Ramaḍān al-Mubārak
dengan sebaik-baik keadaan.

Teks yang kita terjemahkan ini pada asalnya merupakan


sebuah khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh Ma‘ālī
al-Shaykh Dr. Ṣāliḥ bin ‘Abd Allāh bin Ḥamd al-‘Uṣaymī,
salah seorang anggota Majlis Ulama Besar Saudi dan juga
selaku salah seorang tenaga pengajar di al-Ḥaramayn al-
Sharīfayn (Makkah dan Madinah); berkenaan apakah
yang perlu dilakukan oleh orang-orang beriman sebelum
memasuki fasa bulan Ramaḍān.

Menyedari berkenaan peri pentingnya mengingatkan


diri sendiri dan juga sekalian orang-orang yang beriman,
kita berasa terpanggil untuk mendekatkan bahasa
yang digunakan oleh al-Shaykh dalam menyampaikan
khutbahnya kepada bahasa ibunda, dengan harapan agar
ramai orang yang tidak menguasai bahasa arab turut sama
dapat mengambil manfaat.

Terjemahan ini kita judulkannya sebagai Persediaan


Insan Bagi Menyambut Ramaḍān, sebagai terjemahan
terus daripada tajuk asalnya, ‘Uddah al-Insān Fī Istiqbāl
Ramaḍān, yang telah pun disalin semula ke dalam bentuk
teks daripada kompilasi khutbah Shaykh yang dinamakan
sebagai Khuṭāb Ramaḍāniyyah.

4
Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada pihak ABIM
PRESS kerana sudi menerbitkan dan menyebarkan karya
terjemahan yang tidak seberapa ini, kita titipkan doa agar
Allāh Ta‘ālā membalas segala jasa dan usaha baik mereka
dalam membumikan dakwah di tanah air tercinta, Malaysia
dengan ganjaran yang banyak dan semoga segala usaha
mereka sentiasa diberikan taufiq dan hidayahNya.

Segala kesilapan dan kekurangan dalam karya terjemahan


ini, kita dahulukan dengan permohonan maaf, kerana
sesungguhnya kesempurnaan hanyalah milik Allāh Yang
Maha Sempurna.

Asyttar Nabil bin Ashraf

Ḍuḥā 16 Sha‘bān 1441H/9 April 2020M

Beit al-Bukhari, al-Kaherah al-Mahrusah.

5
6
PERSEDIAAN INSAN
BAGI MENYAMBUT
RAMAḌĀN

Khutbah Pertama:

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allāh, kita memuji,


meminta pertolongan serta memohon pengampunanNya.
Kita juga berlindung dengan Allāh daripada segala kejahatan
diri dan segala kesalahan perbuatan kita sendiri, barangsiapa
yang Allāh berikan kepadanya petunjuk, maka tidak akan
ada langsung sesiapa yang boleh menyesatkannya, dan
barangsiapa yang Allāh tidak memberikannya petunjuk
pula, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk
memberikan petunjuk baginya.

Daku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak


disembah melainkan Allāh yang Esa, lagi tiada sekutu
7
bagiNya, dan daku juga bersaksi bahawa Muḥammad itu
merupakan hamba dan utusanNya.

Firman Allāh Ta‘ālā:

‫ﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮ‬
‫ﭯﭰ‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah
kamu kepada Allāh dengan sebenar-benar takwa,
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.” (Sūrah Āli ‘Imrān, ayat 102)

Firman Allāh Ta‘ālā:

‫ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛ‬
‫ﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦ‬
‫ﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯ‬
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan
daripada kedua-duanya – zuriat keturunan – lelaki
dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah
kepada Allāh yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allāh sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.” (Sūrah al-Nisā’, ayat 1)

8
‫ﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮ‬
‫ﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙ‬
‫ﯚﯛﯜﯝﯞ‬
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allāh, dan katakanlah perkataan yang
tepat – benar (dalam segala perkara) supaya Dia
memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal
kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allāh
dan RasūlNya, maka sesungguhnya ia telah
berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” (Sūrah
al-Aḥzāb, ayat 70-71)

Sesungguhnya, sebenar-benar perbicaraan ialah kitab


Allāh dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muḥammad
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, seburuk-buruk perkara ialah
perkara yang baru (dalam urusan agama), setiap perkara yang
baru itu adalah bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu merupakan
kesesatan.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman, bertakwalah


kalian kepada Tuhan kalian nescaya kalian akan tergolong
dalam kalangan mereka yang berjaya. Setelah itu, ketahuilah
– semoga Allāh merahmati kalian – bahawasanya antara
sebaik-baik cara untuk memulakan sesuatu amalan dan
membuatkan seseorang mampu untuk menggapai impiannya
ialah: mempersiap siagakan dirinya dengan sesuatu yang lebih
besar berbanding perkara-perkara yang mengganggunya dan

9
menyibukkannya, kerana barangsiapa yang bersiap siaga
untuk (melakukan) sesuatu perkara maka dia akan mampu
untuk melakukannya, sementelahan pula mereka yang cuai
(daripada melakukan persediaan) pula akan lemah untuk
melakukan perkara tersebut.

Ketahuilah bahawasanya kita akan menyambut satu


musim yang mulia dan sebuah bulan yang agung dalam
beberapa hari lagi, iaitu bulan Ramaḍān.

Sesungguhnya, antara perkara yang perlu disibukkan oleh


diri (orang ramai) ialah:

Membuat persiapan rapi bagi menyambut Ramaḍān yang


membantu jiwa agar mampu untuk melakukan amalan yang
disukai dan diredai oleh Allāh pada bulan Ramaḍān.

PERSEDIAAN TERSEBUT BERLEGAR DI


ATAS BEBERAPA DASAR:

Pertama:
Taubat seorang hamba kepada
Tuhannya Subḥānahu wa Ta‘ālā.

Sesungguhnya rerumputan kebaikan dan ladang-ladang


kenikmatan Ilahi (kesemua ini merupakan kiasan keindahan
bulan Ramaḍān) hendaklah dimulai dengan taubat kepada
Allāh – ‘azza wa jalla –, meninggalkan dosa-dosa dan
berazam untuk melakukan perkara-perkara baik.

10
Allāh Ta‘ālā berfirman:

‫ﯻﯼﯽﯾﯿﰀﰁﰂﰃ‬
“Bertaubatlah kalian kepada Allāh wahai
orang-orang yang beriman, moga-moga kamu
berjaya.” (Sūrah al-Nūr, ayat 31)

Justeru, kita sepatutnya membulatkan keazaman untuk


bertaubat kepada Allāh – Subḥānahu wa Ta‘ālā – agar
kedatangan bulan (Ramaḍān) ini selaras dengan taubat
kita kepada Allāh – Subḥānahu wa Ta‘ālā –, sesungguhnya
memulakan bulan Ramaḍān dalam keadaan kamu sedang
bertaubat kepada Allāh akan memberikanmu sebuah
kekuatan hati yang membuatkan kamu berkemampuan
untuk melakukan perkara-perkara yang baik,
memperbanyakkannya serta menghindarkan diri daripada
maksiat dan perkara-perkara yang buruk.

Kedua:
Bulatkan niat di jantung hati untuk
melakukan amal kebaikan, hal ini
kerana niat yang baik itu turut
dikira sebagai suatu kebaikan.

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

ِ ‫ِإن َّ َما ْ َال ْ َع ُال ِبلنِّ َّي‬


‫ات‬
“Hanya sanya setiap amalan itu bergantung
dengan niat.”

11
Oleh itu, apabila seorang hamba telah berniat untuk
melakukan suatu kebaikan, dirinya sendiri akan menjadi
kuat untuk melakukan kebaikan tersebut apabila tibanya
(waktu untuk beramal). Maka, kita perlu membulatkan
niat kita dengan keinginan untuk menghampirkan diri
kepada Allāh – Subḥānahu wa Ta‘ālā – dengan amalan-
amalan yang dicintai dan diredhai olehNya pada bulan
Ramaḍān.

Sesungguhnya jiwa itu, sekiranya malas untuk


mendekatkan diri kepada Allāh (sekalipun), akan tetap
mendapat kebaikan dengan niatnya, apa yang dia tidak
perolehi ketikamana niatnya itu tidak ditekadkan.
Justeru, bulatkanlah keazaman di jantung hati kalian
dengan niat untuk mengerjakan perbuatan baik pada
bulan Ramaḍān.

Ketiga:
Bersiap sedia untuk melakukan
amalan yang dikhaskan pada bulan
Ramaḍān.

Antara amalan yang paling besar (pahalanya) [pada bulan


Ramaḍān] ialah: Puasa dan membaca al-Qur’ān, kesemua
ini adalah (berdasarkan) petunjuk Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam dan juga salaf al-ṣāliḥ – semoga Allāh merahmati
mereka –.

12
Amalan mereka pada bulan Sha‘bān adalah berlegar-
legar di antara puasa dan memperbanyakkan bacaan al-
Qur’ān.

Malah, selain Ramaḍān Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa


sallam tidaklah pernah lebih banyak berpuasa berbanding
pada bulan Sha‘bān kerana pada yang demikian itu (ibadah
puasa) terdapat latihan diri bagi memulakan puasa farḍu
pada bulan Ramaḍān.

Generasi salaf – semoga Allāh merahmati mereka


– dahulunya (sentiasa) memberikan tumpuan mereka
kepada muṣḥaf (al-Qur’ān) masing-masing pada bulan
Sha‘bān, sebagai sebuah latihan untuk memperbanyakkan
bacaan (al-Qur’ān) pada bulan Ramaḍān yang memang
merupakan bulan al-Qur’ān itu (sendiri).

Jadi, bulatkanlah keazaman di hati kalian dengan tiga


perkara asas ini agar perkara ini menjadi sebesar-besar
bekalan permulaan bagi kamu semua untuk bertemu
dengan bulan Ramaḍān sehinggalah apabila kamu sampai
kepada bulan tersebut, kamu mendapatkan kebaikan yang
banyak padanya.

Daku telah ucapkan apa yang telah kalian dengar, dan


daku memohon keampunan daripada Allāh Yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung buat diriku sendiri dan kalian
semua, pohonlah keampunan daripadaNya, sesungguhnya
Dialah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

13
Khutbah Kedua:

Segala puji bagi Allāh dengan pujian yang sebenar-benar


pujian, serta kesyukuran buatNya secara berpanjangan dan
berterusan.

Daku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak


disembah melainkan Allāh yang Tunggal lagi tiada sekutu
bagiNya dan daku juga bersaksi bahawa Muḥammad itu
merupakan hamba dan utusanNya.

Ya Allāh limpahkanlah selawat ke atas Muḥammad dan


keluarga Muḥammad, sepertimana telah Dikau limpahkan
selawat ke atas Ibrāhīm dan keluarga Ibrāhīm, sesungguhnya
Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ammā ba‘d:

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya


(persediaan) untuk menyambut bulan Ramaḍān adalah
termasuk di antara perkara yang diperintahkan oleh shara‘.
Ia berkisar di atas taubat kita kepada Allāh – Subḥānahu wa
Ta‘ālā –, menekadkan keazaman kita di atas niat-niat yang
baik pada bulan tersebut, berpuasa, dan juga membaca
al-Qur’ān pada bulan sha‘bān. Sesungguhnya ketiga-tiga
perkara tersebut adalah antara cara yang terbaik untuk
memulakan Ramaḍān.

14
Adapun (perkara-perkara) selain itu, maka sama ada ia
dikira sebagai satu perkara harus yang boleh bagi seseorang
hamba (Allāh) untuk tidak melakukannya, ataupun
keadaan hamba itu ketika melakukannya sama sahaja
seperti keadaannya saat di bulan-bulan dan hari-hari bukan
Ramaḍān. Itu pada urusan yang terkait dengan makan dan
minum.

Kadangkala pula, terdapat amalan-amalan yang


dilakukan dengan perkara yang tidak disukai dan ia
dimurkai Allāh, seperti mereka yang menonton sajian
(televisyen) yang haram dalam bentuk drama-drama yang
mungkar ataupun selainnya pada bulan Ramaḍān.

Demikianlah jurang perbezaan yang besar di antara


mereka yang memulakan Ramaḍān berdasarkan perkara
yang disukai serta diredai oleh Allāh dengan mereka yang
memulakan Ramaḍān berdasarkan perkara yang tidak
disukai dan tidak diredai oleh Allāh.

Golongan yang pertama akan berjaya mendapatkan


sebesar-besar kebaikan pada bulan Ramaḍān kerana sesiapa
sahaja yang mempersiapkan dirinya untuk menghadapi
Ramaḍān akan mampu untuk mencapai kebaikan yang ada
pada bulan tersebut, dan sesiapa yang tidak mempersiapkan
dirinya pula pasti akan terlepas kebaikan yang banyak sekali.

Untuk itu, persiapkanlah diri kalian dengan bertaubat


kepada Tuhan kalian – Subḥānahu wa Ta‘ālā –, dan
teguhkanlah hati kalian semua dengan keinginan untuk
melakukan kebaikan, disertai dengan puasa dan membaca

15
al-Qur’ān pada bulan Sha‘bān, dengan izin Allāh nescaya
kalian akan berada dalam keadaan sempurna yang
diharapkan (ketika berada) pada bulan Ramaḍān.

)3×( ‫ َوبَل ِّ ْغنَا َر َمضَ َان‬،‫اللَّهُـ َّم َب ِركْ لَنَــا ِف َشـ ْع َب َان‬
“Ya Allāh, berkatilah kami pada bulan Sha‘bān
dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramaḍān.
(3X)”

‫ــن‬ َ ْ ‫ َو َزكِّهَــا أَن‬،‫وســنَا ت َ ْق َواهَــا‬


ُ ْ ‫ــت خ‬
ْ ‫َــر َم‬ ِ ‫اللَّهُــ َّم‬
َ ‫آت ن ُ ُف‬
َ ْ ‫ أَن‬،‫َز َّكهَــا‬
‫ــت َو ِل ُّيَــا َو َم ْو َلهَــا‬
“Ya Allāh berikanlah kepada jiwa-jiwa kami
ketakwaannya, sucikanlah ia, Dikaulah sebaik-
baik yang menyucikannya, Dikaulah Penjaganya
dan Pemimpinnya.”

‫اللَّهُـ َّم إ َِّن ن َ ْسـ َـأ ُ َل الْهُـ َـدى َوالتُّقَى َوالْ َع َف َاف َوالْ ِغ َن‬
“Ya Allāh, kami memohon kepadaMu akan
petunjuk, ketaqwaan, kesuciaan diri dan
kekayaan jiwa.”

،‫ـن‬ َ ‫ َونَفِّـ ْـس ُ ُهــو َم الْ َمهْ ُمو ِمـ‬،‫ـن‬ َ ‫اللَّهُـ َّم فَـ ِّـر ْج ُكـ َـر َب الْ َم ْك ُرو ِبـ‬
‫ـن َو ْاشـ ِـف َم ْرضَ نَــا َو َم ْرضَ ـ َـان‬ َ ‫َوا ْقـ ِـض َّادل ْيـ ِـن َعـ ِـن الْ َم ِدي ِنـ‬
‫َو َمـ ْـر َض الْ ُم ْس ـ ِل ِم َني‬
“Ya Allāh bebaskanlah belenggu orang-orang
yang dibelenggu, hilangkanlah keresahan

16
orang-orang yang resah, selesaikanlah hutang
orang-orang yang berhutang, sembuhkanlah
kesakitan-kesakitan kami dan juga orang-
orang yang sakit daripada kalangan kami, serta
kesakitan kaum muslimin (semuanya).”

Dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu


merupakan tiang agama.

***

Alḥamdulillāh, pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga


kita rafa‘kan kepada Allāh di atas nikmat-nikmatnya. Telah
selesai disempurnakan terjemahan ‘Uddah al-Insān fī
Istiqbāl Ramaḍān ini pada waktu Ḍuḥā tanggal 16 Sha‘bān
1441 Hijrah, bersamaan 9 April 2020 Masihi di Beīt al-
Bukhārī, al-Kaherah al-Mahrusah, Mesir.

17

Anda mungkin juga menyukai