Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan klausa C.2.

g iaitu tentang ketidakupayaan, seseorang kaunselor itu


perlulah sedar terhadap sebarang ketidakupayaan sama ada dari segi mental, fizikal
dan juga emosi. Hal ini demikian kerana, factor ini boleh menjejaskan fungsi sebagai
seorang professional. Rentetan daripada itu, sebagai seorang kaunselor yang
berwibawa, seseorang itu haruslah menghindari daripada memberikan khidmat
kaunseling professional apabila mereka terdapat tanda-tanda tersebut keranan
perkara ini boleh memudaratkan klien, individu lain atau kaunselor itu sendiri. Dari
sudut yang lain pula, kaunselor bolehlah mendapatkan bantuan bagi masalah yang
boleh mencatatkan perkhidmatan profesionalnya. Kaunselor juga mestilah
merancang dan membuat persediaan sebelum memulakan sesi kaunseling. Jika
perlu, mereka haruslah membatas, menggantung dan menamatkan tanggungjawab
professional mereka ke satu masa mereka disahkan oleh meneruskan kerja mereka
dengan selamat. Kaunselor hendaklah membantu rakan sejawat atau penyelia
menerima ketidakupayaan profesional mereka dan memberikan konsultasi serta
bantuan apabila diperlukan. Mereka juga hendaklah melakukan intervensi yang
bersesuaian sekiranya perlu bagi mencegah kemudaratan yang mungkin menimpa
klien.

Anda mungkin juga menyukai