yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh
setiap kaunselor supaya dapat memperkukuhkan lagi tahap professional mereka.
Tugasa pertama kita sebagai seorang kaunselor adalah untuk memahami dan
mematuhi etika yang ditetapkan agar dapat menjaga nama baik serta imej bidang
yang kita pelopori ini.
KESELAMATAN MEMBUAT
KLIEN KEBAIKAN
PRINSIP-PRINSIP
ETIKA
PERSETUJUAN
KESETIAAN
TERMAKLUM
KEADILAN
Pada pendapat saya, antara prinsip etika yang mesti dipraktikkan oleh setiap
kaunselor adalah prinsip membuat kebaikan atau beneficence. Prinsip ini secara
amnya berasaskan kepada keinginan untuk melakukan sesuatu dengan niat yang
bersih serta hasrat yang murni dan suci supaya proses kaunsleing membawa kesan
serta faedah kepada klien. Prinsip ini juga bertujuan untuk membuat kebaikan
dengan menjalankan sesi kaunseling secara berfaedah dan berkesan. Rentetan
daripada itu, hasil kaunseling diharap akan dapat memberi sumbangan yang
bermakna dan boleh membantu klien hidup sebagai ahli yang sempurna serta
beguna dalam masyarakat ini. Maka, untuk menghadapi dilemma etika, prinsip
kerahsiaan mesti dipertimbangkan oleh kaunselor.
Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor itu tidak boleh
mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga
mestilah memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan dengan klien seperti
laporan, rakaman video, surat menyurat dan sebagainya disimpan di tempat yang
selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh
mendapatkan rekod tersebut. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan
dapat menonjolkan dirinya sebagai individu yang boleh dipercayai,
bertanggungjawab dan amanah dalam menjaga hak serta kepentingan privasi klien.
Secara rumusannya, prinsip etika dalam kaunseling adalah salah satu conoth
etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi
oleh setiap kaunsellor bagi mengukuhkan lagi tahap professional mereka.