56
Mikropengajaran
BAB 6
KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran
berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran
asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa
kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila
dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.
6. Membuat demonstrasi
7. Mengendali perbincangan
8. Mengendali kerja amali
9. Menutup pengajaran
10. Membuat refleksi
Membuat perkaitan
o membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan yang akan diajar
o menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan
dengan topik yang akan diajar
“If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would
say this: The most important single factor influencing learning is what the
learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly."
(ms. 163)
2. Kemahiran Menyoal
Tujuan menyoal
Memulakan inkuiri
Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
Menggalakkan pelajar bertanya soalan
Membina kemahiran berfikir
Meminta penjelasan idea pelajar
Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
Mentaksir kefahaman pelajar
Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar
Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar
Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan
salah atau betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat
yang berbeza, jika guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab
berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan
peneguhan positif
Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya
lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif
daripada pelajar lain
Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan
memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih
mudah difahami.
Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar,
mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
Kemahiran
61
Mikropengajaran
3. Kemahiran Menerang
Tujuan menerang
Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
Pelajar dapat mengikut arahan
Jenis-jenis penerangan
Penaakulan
o Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
o Menstruktur semula konsep atau idea
Interpretatif
o Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep,
prinsip, atau teori
Kemahiran
62
Mikropengajaran
Deskriptif
o Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
o Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu
Komponen penerangan
Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya
dengan bertanya soalan
Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan
Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan
penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah
disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman
pelajar
Tujuan memperkukuh
Meningkatkan interaksi bilik darjah
Memperbaiki disiplin bilik darjah
Memotivasi pelajar
Meningkatkan keyakinan pelajar
Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
Meningkatkan kefahaman pelajar
Langkah 1: Perancangan
o Tetapkan tujuan dan objektif
o Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian
objektif
o Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan
merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)
Langkah 2: Pelaksanaan
o Mulakan dengan satu persoalan saintifik
o Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
o Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa
pendapat kamu?”
o Aplikasi langkah-langkah menyoal
o Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang
apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
o Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah
mirip soalan probing. Lihat Lampiran 10 dan 11.
o Wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja
dialu-alukan bahkan diharapkan
o Sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
o Puji pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti
kesilapan guru atau pelajar lain
Kemahiran
67
Mikropengajaran
o Cuba ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana
sesuai dengan menyebut nama pelajar yang menyumbang idea
tersebut
o Tunjukkan sikap positif dan terbuka
o Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila
pelajar lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada
memburukkan idea atau soalan pelajar lain
o Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar
dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang
bertanya sahaja
Aspek Kognitif
o Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.
o Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada
sesi penutup:
Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari
ini dalam beberapa ayat sahaja?
Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari
ini?
Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara
satu sama lain?
Kemahiran
69
Mikropengajaran
Aspek Sosial
o Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman
belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting
dan istimewa. Contohnya bertanya:
Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana
prinsip ini boleh diaplikasikan?
Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari
ini?
Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?
Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?
Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di
luar bilik darjah?
Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?
Gunakan kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan
slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran terpilih yang
sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran, menyoal, mencungkil
idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran. Pelajar diminta menganalisis
demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik dan kriteria yang telah diterangkan.
Kemudian pelajar diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu
mempersembahkan satu daripada kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-
sama dengan pelajar lain memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan
tersebut.
Bagi mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari
maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini hadkan cara
mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat inovatif seperti POE, konsep
kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah. Interview about events dan interview
about instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di luar waktu pembelajaran
iaitu sebelum kelas dimulakan. Kemudian pelajar diminta membuat pembentangan dengan
memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran tertentu serta menghuraikan bagaimana
cara tersebut dapat digunakan untuk mencungkil idea pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid
PowerPoint, kertas mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil kerja berkumpulan mereka.
Penaksiran bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang
bersesuaian seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai
kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan (KPD3026). Setiap
Kemahiran
71
Mikropengajaran
RUJUKAN
Ausubel, D. et al. (1978). Educational Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.
Chiappetta, E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools (4th
Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company
Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:
Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New Jersey: Merill