Anda di halaman 1dari 1

Antara perkara yang perlu diberi penekananoleh seseorang pelajar dalam menghadapi

persediaan untuk pentaksiran ialah pelajar tersebut perlulah memberikan dirinya masa yang cukup untuk
belajar dengan merancang jadual belajar yang sesuai dengan gaya pembelajaran kendirinya.

Selain itu, pelajar itu juga mestilah memastikan ruang belajarnya sentiasa kemas, bersih dan
tersusun supaya dapat mengulangkaji pelajaran dengan keadaan yang tenang dan selesa.

Selanjutnya, pelajar berkenaan juga perlulah berlatih dalam menggunakan pelbagai jenis
pengurusan grafik, peta minda dan gambar rajah khususnya alat visual dan kemahiran membuat nota
yang efisien. Kesannya, ia mampu meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tersebut sewaktu
mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan.

Di samping itu, pelajar itu hendaklah membuat latihan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan
yang lalu supaya membiasakan diri dengan format, bentuk dan cara menjawab soalan-soalan yang
berkemungkinan akan terdapat dalam peperiksaan yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut seharusnya mengambil masa rehat antara waktu
pembelajaran yang secukupnya dengan mengamalkan teknik seperti take-five atau brain-break. Malahan
juga, pelajar itu perlulah tidur secukupnya. Hal ini amat penting untuk memastikan tumpuan dan daya
ingatannya dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu, pelajar tersebut juga haruslah menjaga kesihatan tubuh badan khususnya
dengan memperbanyakkan minum air suam. Hal ini demikian kerana memiliki pelbagai manfaat
terutamanya sewaktu bersedia dalam menghadapi periksaan termasuklah mengibangkan mod dan
emosi, mengekalkan daya ingatan serta mengurangkan tekanan.

Akhir sekali, pelajar itu juga mestilah merancang hari peperiksaannya dengan merancang
perjalanannya ke dewan peperiksaan, menyemak semua peraturan dan keperluan untuk peperiksaannya
serta mendoakan yang terbaik untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal
dihadapinya. Hal ini bertujuan agar pelajar dapat menghadapi suasana peperiksaan dengan aman dan
penuh keyakinan.