Anda di halaman 1dari 6

[1]

1. Pengenalan

Berdasarkan penyataan yang diberikan itu, kita dapat menyimpulkan bahawa alat-
alat berfikir yang berpelbagaian jenis tersebut boleh didefinisikan sebagai alat yang dapat
membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih efektif. Alat berfikir ini turut
menjadikan pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam
melakukan sesuatu. Tambahan pula, kita sebagai pelajar, khususnya di Institut Pendidikan
Guru (IPG) dapat mewujudkan ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dengan
mempraktikkan alat-alat berfikir dalam pembelajaran harian kita dalam mana-mana subjek
yang dipelajari.

Kepentingan

Selain itu, kita perlulah sedar bahawa terdapat pelbagai kepentingan alat berfikir
untuk dipraktikkan dalam kalangan kita selaku pelajar yang gigih menuntut ilmu di sesebuah
institut pengajian tinggi. Kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah kita sebagai pelajar
dapat mewujudkan budaya berfikir dalam kehidupan seharian. Budaya berfikir yang sebegini
adalah amat bermanfaat dan penting untuk kita khususnya ketika mahu menyelesaikan
sesuatu masalah atau melaksanakan apa jua perkara dalam kehidupan kita masing-masing.
Malahan juga, alat berfikir juga memudahkan pelajar untuk mengenalpasti dan memahami
suatu pembelajaran dengan lebih jelas dan lebih teliti. Akhir sekali, alat berfikir turut penting
dalam membantu kita menjimatkan masa dalam mengulang kaji pelajaran dan memahami
suatu topik yang telah dipelajari.

Untuk maklumat lanjut mengenai alat berfikir, ada beberapa jenis alat berfikir yang
para pelajar boleh gunakan misalnya, soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, alat CoRT
(Cognitive Research Trust) serta peta minda. Oleh itu, proses pemilihan alat berfikir yang
efektif dan efisien perlulah kita kuasai sebagai pelajar yang boleh memberi kemudahan
dalam belajar. Persoalannya, apakah prosedur yang terbaik memastikan kita dapat memilih
alat berfikir yang bersesuaian dengan suatu perkara yang dipelajari?

2. Apa itu pemetaan i-THINK?

Apakah itu pemetaan i-THINK? Bagi istilah i-THINK atau juga dikenali sebagai
innovative thinking pula adalah satu bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis,
inovatif dan mampu berdaya saing. Pemetaan i-THINK pula merupakan suatu program yang
dikenali sebagai Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) yang dalam kurikulum
sekolah di seluruh Malaysia. Pemetaan ini diperkenalkan kepada guru sebagai alat berfikir
dan bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
[2]

kalangan pelajar. Di samping itu, guru dan murid akan menggunakan alat berfikir tersebut
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melaksanakan aktiviti kemahiran aras
tinggi di sekolah.

3. Jenis peta pemetaan i-THINK

Terdapat lapan jenis peta minda yang selalu dipraktikkan secara meluas khususnya
pada masa kini untuk tujuan menuntut ilmu. Setiap peta mempunyai proses pemikiran
berdasarkan tajuk pelajaran yang tertentu. Antaranya ialah peta bulatan, peta buih, peta
pokok, peta alir, peta pelbagai alir, peta buih berganda, peta dakap serta peta titi.

Meskipun terdapat banyak jenis peta pemikiran i-THINK yang mempu memudahkan
proses mengulang kaji bagi seseorang pelajar, namun saya mahu menerangkan salah satu
daripada jenis peta pemikiran i-THINK tersebut, iaitu peta dakap.

Apa itu peta dakap?

Peta dakap atau brace map merupakan suatu peta i-THINK yang direka untuk
membantu memecahkan objek fizikal ke dalam komponen fungsinya untuk melihat dengan
lebih dekat.. Manakala, dari segi reka bentuk peta ini pula, nama keseluruhan objek ditulis
pada baris ke kiri. Bahagian-bahagian utama pula disenaraikan di barisan dalam dakap
pertama, manakala bahagian kecil daripada bahagian utama disenaraikan dalam set
pendakap yang seterusnya.

Bagaimana peta dakap tersebut mampu meningkatkan kemahiran belajar saya dan
membantu dalam konteks budaya pembelajaran di Institut Pendidikan Guru?

Peta dakap ini mampu meningkatkan kemahiran belajar saya dan membantu dalam konteks
budaya pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pertama sekali, peta dakap ini dapat
mendorong saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif khususnya sewaktu membuat suatu
perancangan. Hal ini kerana saya mampu memperoleh inspirasi untuk menstruktur
pemikiran saya dengan cara yang lebih teratur dan berkesan. Melalui peta dakap ini, corak
pemikiran saya dapat dilatih dengan lebih baik sehingga kemahiran kognitif saya sewaktu
belajar di IPG. Sebagai contoh, sekiranya saya mahu memahami dan menganalisis sebuah
komputer untuk penambahbaikan, saya perlu menyenaraikan semua nama komponen
komputer yang terdapat dalam komputer tersebut di barisan dalam dakap pertama dalam
peta dakap yang ingin saya lakar, diikuti dengan fungsi setiap komponen yang menyokong
fungsi komputer berkenaan dalam set pendakap yang berikutnya. Kesannya, saya mampu
[3]

menghasilkan idea yang lebih fleksibel, kreatif serta lebih menarik khus sewaktu belajar
pelbagai perkara di institut tersebut.

Selanjutnya, peta dakap turut menolong saya dalam meringankan beban saya bukan
sahaja dalam menghasilkan idea-idea yang bagus, tetapi juga dalam menjimatkan masa
saya semasa memahami dan menghafal perkara-perkara yang penting dalam menuntut ilmu
di IPG. Hal ini jelas disebabkan peta ini dapat dilakar dengan cepat serta hanya perlu
menyenaraikan beberapa perkataan yang berkaitan secara ringkas dan padat pada setiap
set pendakap yang terdapat dalam peta lakar tersebut.

Dengan erti kata lain, saya dapat memahami dan menggambarkan suatu perkara
dengan lebih mudah dan berkesan hanya dengan menulis dua hingga tiga perkataan yang
dapat dijadikan isi serta membawa maksud dan penerangan yang lebih jelas bagi perkara
berkenaan pada setiap set pendakap yang dihasilkan dalam peta dakap. Pada masa yang
sama, amalan penggunaan peta dakap ini dapat menyeimbangkan penggunaan otak pada
bahagian kiri dan kanan saya. Hal ini kerana, lazimnya saya perlu menulis isi-isi penting bagi
suatu perkara yang dipelajari diikuti dengan melukis bentuk-bentuk yang sesuai dan
mengingatinya pada peta dakap yang dilakar. Intihannya, fungsi otak kanan dan kiri saya
dapat dipertingkatkan di samping kefahaman saya terhadap suatu perkara menjadi lebih
efektif hanya dengan menghasilkan peta dakap sewaktu belajar bukan sahaja di IPG, tetapi
juga di mana-mana sahaja.

Akhir sekali, peta dakap juga memudahkan saya mencari perkaitan sebilangan
maklumat yang berlainan atara satu sama lain. Dengan ini, saya dapat menganalisis
maklumat-maklumat tersebut dengan lebih mendalam dan lebih jelas meskipun ciri-ciri
maklumat-maklumat tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Secara tidak langsung,
saya dapat melatih diri saya untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan idea baharu
yang berguna dalam pelajaran saya.

Sebagai contoh, di sini ada dua maklumat yang berbeza daripada pelbagai sumber
tetapi memiliki perkaitan. Maklumat pertama adalah daripada sebuah laman blog yang
menyatakan “Protozoa seperti ameba membiak melalui belahan dedua iaitu pembelahan sel
kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk”. Maklumat kedua pula adalah daripada
sebuah artikel yang menyatakan “Cendawan dan paku pakis membiak melalui pembiakan
spora”. Perkaitan yang dapat dibuat berdasarkan dua maklumat yang berbeza ini adalah
proses pembiakan aseks yang dijalankan oleh sesetengah hidupan. Maka, idea baharu yang
dapat saya hasilkan melalui perkaitan yang
[4]

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan peta dakap berserta dengan peta pemikiran i-THINK yang
lain sememangnya amat berguna dalam memperbaiki dan meningkatkan kamahiran belajar
saya menjadi lebih berkesan dan menarik khususnya ketika mempelajari sesuatu perkara
yang baharu semasa kuliah di IPG. Tidak dinafikan juga bahawa amalan penggunaan peta
pemikiran i-THINK merupakan salah satu budaya berfikiir yang tidak asing di setiap institut
pengajian tinggi khususnya IPG dalam kalangan pelajarnya yang tekun menuntut ilmu yang
berpelbagaian demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Maka, saya selaku pelajar IPG Kampus Sultan Mizan di negeri Terengganu amat
berharap supaya usaha menerapkan dan mempraktikkan alat berfikir yang efektif seperti
peta pemikiran i-THINK dapat diteruskan tanpa henti dalam kalangan pelajar di seluruh
negara. Oleh itu, para pelajar di seluruh Malaysia sewajarnya mahir menggunakan alat-alat
berfikir khususnya peta pemikiran i-THINK dengan mempraktikkan penggunaan alat-alat
berfikir ini dalam menuntut ilmu dengan sentiasa berlatih serta berusaha memahami kaedah
penggunaan dan penghasilan alat-alat berfikir tersebut. Dengan ini, negara kita dapat
mewujudkan generasi pelajar dan guru yang berkemahiran belajar yang lebih efektif dan
lebih canggih serta mampu menceburi apa jua bidang ilmu dengan penuh kebijaksanaan
demi membangunkan negara dan tamadun yang mementingkan ilmu pengetahuan serta
maju dalam pelbagai aspek yang mengharumkan nama negara di pelusuk dunia.
[5]

RUJUKAN

Siti Faiqah Mohd Salleh (2017). Kekuatan dan Kelemahan Pemikiran. Diperoleh daripada
http://sitifaiqahmohdsalleh.blogspot.com/2017/09/kelebihan-dan-kelemahan-
pemetaan-i-think.html

Norhailmi Abdul Mutalib (2013). i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan
Inovatif. Diperoleh daripada https://aizat29.blogspot.com/2016/08/alat-alat-berfikir-
dalam-membuat-nota.html
[6]

Zulaikha Mohd. Zahid. (2017). Kelebihan Peta I-THINK. Diperoleh daripada


http://ikaadi03.blogspot.com/p/kekurangan-peta-i-think.html

Nur Fatihah Zahra’ Mohd Isham (2017). Kekuatan dan Kelemahan Peta i-THINK. Diperoleh
daripada http://fatihahzahra99.blogspot.com/2017/09/kekuatan-dan-kelemahan-peta-i-
think.html

Hafizah Mustaffa (2010). Alat Berfikir. Diperoleh daripada


https://www.scribd.com/doc/36091039/alat-berfikir

Nurazila Mohd Arifin, Syahrifah Nadiyah Sayed Muhammad, Stephanie T. & Zulhilmie
Pajariah (2012). Sains & Pembiakan. Diperoleh daripada http://cekgu-dpli-
utm.blogspot.com/2012/05/pembiakan-aseks.html

Fatimah Haslina (2015) Langkah Membina Peta Bulatan. Diperoleh daripada


https://www.slideshare.net/fatim/langkah-membina-peta-bulatan

Taufik Hidayat (2013) Perbezaan Serta Persamaan Antara Nabi & Rasul. Diperoleh
daripada https://pt.slideshare.net/TaufikHidayat15/penislam