Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BAHARU

31300 KG. KEPAYANG, PERAK

Kertas Kerja / Projek / Aktiviti

Bil Tajuk Perkara

01 Nama program Kem Bestari Solat Pasca PKPB (Covid-19) 2020

02 Pengenalan Model Bestari Solat adalah aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
menunaikan dan melaksanakan dari mengenal jenis-jenis air mutlak untuk berwuduk,
sehinggalah dapat melaksanakan solat dengan sempurna. Model Kem Bestari Solat
mencakupi kesemua segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.

Untuk pertama kalinya, negara kita diuji dengan penularan pandemic Covid-19,
walaubagaimana pun program Kem Bestari Solat peringkat sekolah tetap dilaksanakan
secara terbatas dan juga melalui atas talian.
Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

03 Matlamat Pelaksanaan program Kem Bestari Solat ini bukan sahaja wajib bagi tiap sekolah dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia, malah ini adalah salah satu usaha menerapkan kewajipan
solat 5 waktu dikalangan murid-murid dari segi memperbetulkan bacaan dan juga perbuatan.

Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab mengambil inisiatif
bagi menganjurkan program Kem Bestari Solat Pasca PKPB Covid-19 dengan mengadakan
beberapa aktiviti demi memastikan seluruh warga SKPB dapat menghayati dan berjaya
merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt.

04 Objektif 1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna


2. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
3. Melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar
4. Melaksanakan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian
5. Murid dapat melafazkan bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir dengan betul dan
sempurna
6. Murid dapat menghayati solat dengan sempurna.

05 KPI OUTPUT : 100% murid SK Pengkalan Baharu mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
(Indikator Output OUTCOME : 100% murid SK Pengkalan Baharu dapat mengaplikasikan dan mempraktikkan
dan Outcome) serta memperbetulkan solat harian dari segi perbuatan dan juga bacaan)

06 Anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab

07 Tarikh/ Hari 9 November 2020 – 12 November 2020

08 Tempoh 1 Minggu
perlaksanaan

09 Tempat Permis kediaman masing-masing

10 Sasaran Semua murid SK Pengkalan Baharu

11 Cara Atas Talian Melalui (aplikasi ‘whatsapps’) kelas masing- masing


Perlaksanaan

Senarai PENGERUSI : En Shafari Bin Taib (Guru Besar)


12 Jawatankuasa TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Ernie Suzana Binti Baharuddin (PK Pntadbiran)
Induk & NAIB PENGERUSI 1 : En. Abdul Rahim Bin Mohd Daud (PK HEM)
Pelaksana NAIB PENGERUSI 2 : En. Mohd Fairuz Bin Hairudin (PK Ko Kurikulum)
NAIB PENGERUSI 3 : Pn. Noor Azita Binti Ismail (PK Petang)
SETIAUSAHA : Pn. Suraya Binti Md Salleh

AHLI JAWATAN KUASA : Pn. Sharifah Hanis Binti Sheik Abu Bakar
: Pn. Awatif Nadhirah Binti Arip
: Pn. Norsarah Binti Hj. Yaakub
: Pn. Faridah Hanum Binti Mohd Yaakob
: Pn. Zanuziana Binti Mohd Yusof

13 Senarai Aktiviti CADANGAN AKTIVITI KEM BESTARI SOLAT (PASCA PKPB-COVID19) 2020:
 Kempen Solat Tak Tinggal (1 Minggu)
 Kuiz Kem Bestari Solat (Tahun 1-6) – Quizziz @ Google Form
 Video @ Voice Note Bacaan Solat

14 Kewangan ANGGARAN KOS


 Buku Panduan KBS (Tahap 1) : RM 5 x 187  RM 935.00
 Buku Panduan KBS (Tahap 2) : RM 5 x 143  RM 715.00
 Set Alat Tulis : RM 2.80 x 330  RM 924.00

JUMLAH ______________
RM 2,574.00
SUMBER KEWANGAN
 Duit Kem Bestari Solat : RM 2,618.66

15 Penutup Adalah menjadi harapan agar program ini dapat memberikan impak perubahan yang
besar kepada murid-murid dalam usaha memperbetulkan solat 5 waktu ini dalam kehidupan
seharian mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………… …………………………..


(SURAYA BINTI MD SALLEH) (AWATIF NADHIRAH BINTI ARIP) (SHAFARI BIN TAIB)
KETUA PANITIA PEND. ISLAM GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai