Anda di halaman 1dari 62

 

 Marketplace
 Partners

o
 Launch
 Info

o
 Support

o
 MEMBER

Syarat-syarat dan keperluan untuk


membuka akaun ebay & PayPal
Nak guna platform ebay ni kena ikut peraturan ebay. Sejak 2014 akaun ebay kami masih bertahan
sehingga kini. Untuk yang baru bermula hanya perlu satu akaun ebay sahaja. Apa yang kami buat dan
lakukan untuk maintain akaun sejak 2014 adalah seperti dibawah
1. Laptop ataupun desktop

Korang mesti gunakan laptop ataupun desktop untuk menjual di ebay. Ebay ada juga menawarkan apps
tapi lebih sesuai korang gunakan laptop ataupun desktop. Ada banyak feature yang ada di laptop/desktop
tetapi tiada di apps telefon. 

2. Email, Nombor telefon, kad debit/kredit yang belum digunakan untuk mendaftar akaun ebay dan
PayPal

Ini sangat penting. Kalau korang dah pernah guna untuk daftar akaun ebay, kena guna yang lain.
Contohnya kalau dah pernah guna email A untuk daftar ebay, tak boleh guna email A lagi. Guna email
yang lain. Sama juga kalau dah pernah guna nombor telefon ataupun kad debit, tak boleh guna yang sama
lagi. Guna nombor telefon dan kad debit yang lain. Kalau guna juga memang kebarangkalian akaun korang
itu kena suspend sangat tinggi.

Sebelum daftar ebay, pastikan akaun bank mempunyai baki RM50. Perlu hubungi bank dan beritahu
yang hendak aktifkan international purchase. Ini kerana setiap bank akan membuat sekatan untuk kad
debit membuat transaksi di luar negara. Memang kena call bank untuk aktifkan international purchase.
Boleh lihat nombor belakang kad debit untuk mengetahui nombor khidmat pelanggan bank. Pastikan kad
debit ada logo visa ataupun mastercard.
Senarai bank yang pernah digunakan untuk membuat akaun ebay dan paypal adalah
1. Maybank
2. Ambank
3. RHB
4.Affin Bank
5. Hong Leong Bank
6. BSN

Kalau korang guna bank selain dari Bank di atas, cuba dulu. Kalau tidak boleh baru boleh cuba pula bank
yang disenaraikan di atas. Buat masa ini kad debit  CIMB, Bank Islam dan Public Bank tidak boleh
digunakan untuk mendaftar akaun Ebay.

Untuk Maybank, korang kena aktifkan e-payment (kena call maybank) dan juga kena aktifkan
international purchase di maybank2u. Korang kena call maybank dan nanti mereka akan ajar cara-cara nak
aktifkan e-payment dan juga international purchase.

Untuk bank BSN, korang perlu aktifkan e-payment dan juga international purchase di mesin ATM BSN.
Boleh call Bank BSN untuk cara-cara pengaktifan ini.

Untuk bank lain, korang kena call bank untuk aktifkan international purchase. 

3. Browser internet seperti mozilla, chrome dan safari.


Jangan guna private browsing. Guna seperti biasa kerana pihak ebay hendak membaca cookies. Dan
pastikan jika hendak melayari akaun ebay, layari di komputer ataupun laptop yang sama. Jika membuka di
komputer lain ataupun anda telah clearkan cookies, biasanya pihak ebay akan meminta kepastian melalui
email ataupun nombor telefon.

4. Talian internet seperti Celcom, Maxis, Digi ataupun Unifi/Streamyx


 Jangan buka akaun ebay guna wifi office, wifi starbuck, wifi kedai maple or cc. Gunakan wifi
hotspot handphone ataupun wifi rumah. Jika guna wifi public, mereka (bahagian IT) boleh tahu
username dan password korang gunakan. Memang sangat berbahaya.
Jika korang nak buka hanya satu akaun ebay sahaja, tiada masalah guna talian internet dari mana-mana
telco. Tetapi kalau nak buka banyak akaun, korang kena pastikan yang ip address korang berbeza setiap
kali ingin membuka akaun ebay yang lain. Cara nak tentukan ip address adalah dengan google “what is my
ip address”. Sebagai contoh boleh lihat di bawah
Kemudian matikan talian internet. Dan buka kembali talian internet di user windows yang berbeza. Cara
nak buka user akan diterangkan di bawah. Selepas buka user yang berlainan, semak samada ip address
korang berbeza ataupun tidak. Jika berbeza memang dah boleh pakai talian internet itu. 
Ingat ye, cara ini hanya untuk yang buka beberapa akaun ebay. Kalau hanya satu akaun ebay sahaja tidak
perlu buat.

5. Cara buka user untuk buat beberapa akaun ebay dan paypal
Untuk yang belum buka akaun ebay, satu akaun sahaja sudah cukup.  Mahirkan dulu selok belok ebay,
macam mana penjual ebay berfungsi baru boleh fikir untuk buka banyak akaun.

Penjual lama di ebay yang lama memang ada banyak akaun. Tujuannya adalah katakan akaun 1
bermasalah, ada backup lagi akaun 2. Katakan akaun 2 bermasalah ada akaun 3. Begitulah seterusnya.
Cara yang kami gunakan adalah dengan membuka beberapa user windows di laptop ataupun komputer.
User 1 untuk akaun 1, user 2 untuk akaun 2, user 3 untuk akaun 3 dan juga seterusnya. Kami juga daftar
akaun ebay dan PayPal menggunakan nama orang lain seperti

 Akaun 1 nama korang


 Akaun 2 nama pasangan
 Akaun 3 nama emak
 Dan seterusnya

INI SANGAT PENTING!


PASTIKAN SETIAP AKAUN EBAY DAN PAYPAL MENGGUNAKAN KAD DEBIT, NOMBOR
TELEFON YANG BERBEZA
HANYA BUKA EMAIL ATAUPUN AKAUN EBAY DI USER BERKENAAN. KATAKAN USER 1,
HANYA BUKA EMAIL DAN EBAY USER 1. JANGAN KORANG BERCAMPUR ADUK.
KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK AKAUN DI SUSPEND
PASTIKAN MATIKAN TALIAN INTERNET DAN BUKA SEMULA TALIAN INTERNET UNTUK
MENGUBAH IP ADDRESS

Cara-cara nak buka user di window


Langkah 1 : Klik di bahagian setting.

Langkah 2 : Klik Accounts


 
Langkah 3 : Klik Family & other people

Langkah 4 : Klik Add someone else to this PC

Langkah 5 : Klik I don’t have this person’s sign-in information

Langkah 6 : Klik Add a user without a Microsoft account


Langkah 7 : Letakkan nama username ebay yang korang nak buat

Langkah 8 : Katakan saya letak nama “User2” lepas tu klik Next

Langkah 9 : Tahniah kerana korang dah berjaya create user baru

Lepas dah berjaya. Log off user sekarang. Tutupkan talian internet. Buka user baru yang dah berjaya
create. Hidupkan semula internet. Tengok IP address berubah ataupun tidak. Macam ini lah langkah demi
langkah untuk jaga akaun ebay yang lebih dari satu.

Untuk pengguna laptop Mac, korang boleh buat user macam ini
System Preferences >> User & Groups >> Add a user account (lambang +)

Ingat ya, setiap user hanya buka akaun ebay dan email bagi akaun yang sama. Tak perlu login microsoft
akaun ataupun apple id untuk user yang berbeza. Contohnya user 1 tak perlu login microsoft akaun
ataupun apple id yang sama untuk user 2.

Kalau korang pening, tak payah buka banyak akaun. Macam yang diberitahu sebelum ini, buka hanya satu
akaun dahulu. Mahirkan selok belok ebay. Lepas dah berjaya dan konsisten membuat jualan baru boleh
fikir buka beberapa akaun. Kalau satu akaun masih tak konsisten jualan, kebiasaannya buka banyak mana
akaun pun hasilnya masih sama.
Ada Pertanyaan?
Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang
lengkap  untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

Hubungi Kami
 About
 Attribution
 Terms & Conditions
 Disclaimer
 Refund
 
 Marketplace
 Partners

o
 Launch
 Info

o
 Support

o
 MEMBER

Langkah demi langkah membuka akaun


Ebay & PayPal
Pastikan sebelum register akaun ebay & PayPal, korang sudah call bank untuk mengaktifkan “international
purchase” dan juga e-payment. Kebiasaannya student kami ada baki sekurang-kurangnya RM50 didalam
akaun.
Langkah pertama masuk ke website ebay.com dan klik register

Isikan nama, email dan password kemudian klik create account


Seterusnya klik pada account setting

Korang kena kemas kini secret question dan registered name, address & phone number. Pastikan nama,
alamat dan juga nombor telefon yang betul. Letak ikut alamat sama seperti “proof of address” kerana
senang nanti kalau korang nak naikkan selling limit, ebay akan minta “proof of address” untuk verification

Proof of address adalah dokumen yang ebay akan minta seperti

 Bill utiliti iaitu bill api dan air


 Statement bank yang terkini
 Apa-apa surat dari Jabatan Kerajaan yang ada nama korang di alamat yang nak register ebay tu

Korang guna alamat untuk didaftarkan di ebay mengunakan alamat proof of document ini. Maksudnya
document ini ada nama anda dan alamat anda.

Secret question kena simpan di fail word ataupun excel ataupun tulis di kertas. Ada masanya sistem ebay
akan tanya secret question ini. Rujuk gambar di bawah untuk buat secret question dan memasukkan nama,
alamat dan nombor telefon
Contoh secret question dan juga address yang perlu diisi seperti di bawah

Ada kalanya ebay akan hantar SMS untuk verify nombor telefon. Ada kalanya ebay tidak SMS. Pastikan
menggunakan nombor yang betul.

Apabila selesai mendaftar alamat dan secret questions korang kena kembali kepada account setting. Disini
korang akan mendaftar PayPal akaun menggunakan maklumat yang korang isi di ebay. Jadi tidak perlu
mengisi alamat pada paypal. Paypal akan mengambil maklumat melalui ebay. Apa yang perlu buat klik
pada sign up. Sekiranya sudah ada akaun PayPal, klik Link My Paypal Account .
WARNING !!

Jika anda sudah mempunyai account ebay dan paypal sebelum ini, guna yang lama.
JANGAN BUAT ACCOUNT BARU ATAS NAMA SENDIRI.
Selepas korang klik sign up PayPal seperti langkah sebelum ini, korang akan terus ke halaman seperti di
bawah. Isi maklumat

Selepas selesai isi maklumat, klik return to ebay


Buka website www.paypal.com/my dan log in. Klik “Wallet” kemudian klik pada “link a card”

Tekan link a credit card. Jika tiada credit card, guna debit card pun boleh tiada masalah.

Masukkan 16 digit nombor kad debit anda, expiration date kad debit dan CSC(3 digit). Kalau tak tahu
boleh lihat contoh di bawah
Selepas selesai,kembali ke home page paypal,tekan wallet, klik visa dan klik card confirm your card
seperti di bawah

Di bahagian ini pihak PayPal akan mengesahkan kad melalui 4 digit nombor pin. Rujuk gambar di bawah
dan klik Get A Code.
Dan jika berlaku masalah ini, call bank
Pastikan anda tekan GET A CODE SEKALI SAHAJA, dan pastikan RM 10 sudah ditolak dari akaun bank
anda.
SELAGI ANDA TAK DI CHARGE RM 10 ANDA TIDAK AKAN DAPAT 4 DIGIT CODE. 
Code 4 digit boleh didapatkan melalui 3 cara
1. Melalui SMS dari pihak bank atau
2. Akan dapat dalam masa 3-4 hari menerusi maybank2u apps atau
3. Cara paling mudah, call customer service bank untuk minta code 4 digit

Ini contoh cara melalui SMS,Biasanya korang akan dapat SMS dalam mana 10minute selesai tekan GET A
CODE,
Tapi kadang kadang tak semua orang akan dapat SMS.
Anda yang tak dapat SMS boleh guna cara ke 2 dan 3. Iaitu akan dapat dalam masa 3-4 hari menerusi
maybank2u apps atau call customer service bank untuk minta code 4 digit

Gambar di atas adalah cara ke 2 iaitu check melalui apps maybank2u. Korang perlu tunggu 2-3 hari untuk
dapatkan code 4 digit

Kalau nak cepat guna cara ke 3 call bank, nombor telefon customer services ada belakang card bank.
WARNING !! pastikan korang mendapatkan 4 digit code,baru boleh teruskan langkah seterusnya.
Setelah mendapatkan 4 digit code, anda kena confirmkan your card.
Tekan wallet > Tekan Visa> tekan confirm your card
Kadang-kadang paparan PayPal berbeza. Jika berbeza seperti ini, sama juga stepnya. Masukkan 4 digit
kod.
Yey! Tahniah. Dah berjaya buka akaun PayPal. Lepas ni korang dah boleh terima duit dari luar negara.

Account eBay yang telah siap daftar tadi hendaklah didaftarkan sebagai akaun penjual. Cara untuk daftar
akaun penjual klik masuk website ebay.com kemudian klik my ebay>> account>> personal information.
Kemudian  klik pada automatic payment method seperti di bawah

Klik automatic payment method

Kemudian klik create a seller account


Selepas itu kembali kepada step seperti diatas untuk upadate automatic payment iaitu dengan klik  my
ebay>> account>> personal information. Kemudian  klik pada automatic payment method

Jika ebay suruh login balik, masukkan username dan password. Ada kalanya ebay nak verify phone
number. Masukkan text code yang diterima dari pihak ebay.
Isi maklumat kad debit or kad kredit korang disini. Selepas selesai, klik save

Tahniah. Sudah berjaya mendaftar akaun ebay sebagai penjual. Sudah boleh terima order dari oversea  .

Seterusnya korang boleh terus chat ebay untuk naikkan selling limit account. Refer ebook chapter “case
study naikkan selling limit” untuk step step naikkan selling limit.

Ini adalah gambaran akaun korang kena suspend selepas register akaun ebay. Ebay suspend hanya untuk
verify account sahaja.
Korang perlu contact ebay untuk gunakan balik akaun ni.

Cara untuk Handle Account Suspend

Kenal pasti account ebay suspend. Account suspend untuk verification akan dapat email macam ni.

Email ini adalah perkara normal untuk menjadi seorang penjual di ebay. Ebay hanya hendak mengesahkan
akaun anda sahaja. (Verification)

Apa yang anda perlu buat email dengan Ebay.com.my (bukan ebay.com).

Ni cara-cara nak email ebay

Langkah 1: Buka ebay.com.my. Kemudian klik Help & Contact.

Langkah 2 : Klik Account seperti dalam gambar di bawah.


Langkah 3: Pilih Account restriction and selling limit.
Langkah 4: Pilih Suspended Ebay Account
Langkah 5:  Pilih Contact Us

Langkah 6: Klik Email Us


Langkah 7: Korang boleh tengok contoh di bawah untuk cara email kepada ebay. Isikan yang bertanda
anak panah.
Langkah 8: Pastikan nombor telefon betul dan ebay akan menghubungi untuk verification. Ebay akan
menghantar email jika tidak dapat dihubungi. Ebay memberi pilihan waktu yang sesuai untuk ebay
hubungi. Jadi, korang reply la email bagi masa yang sesuai untuk ebay hubungi korang

Langkah 9: Soalan-soalan ebay akan tanya melalui panggilan telefon untuk pengesahan(verification)
1. Nama penuh (mengikut daftar dekat ebay)
2. Alamat lengkap (mengikut daftar dekat ebay)
3. Email address yang berdaftar dengan ebay dan paypal
4. Senarai listing yang diremoved (jika pernah buat listing)
5. Tarikh daftar akaun (check dekat email)
6. Berapakah planning listing (jawab 500)
7. Purata Harga barang yang hendak dijual (jawab rm 60)
8. Adakah dropshipping (jawab bukan dropshipping)

Tak kesemua soalan di atas ebay akan tanya. Ebay akan secara rawak tanya soalan. Mungkin ada soalan
lain juga di tanya berkenaan dengan diri anda.

Langkah 10: Selepas ebay verified melalui telepon ebay akan menghantar email menyatakan akaun korang
sudah verified dan selling limit di naikkan secara automatic 50 listings amount 4000myr. Good Luck!

Ada juga kes dimana ebay tidak telefon anda tetapi ebay akan suruh anda submit dokumen untuk
verify.

Ebay akan minta anda submit document


1. Copy IC atau Copy Lesen
2. Bill utilities atau Bank statement
3. Resit Barang

Semak dulu sebelum submit-

Check nama dan alamat register dekat ebay. Biasa kitarang screenshot nama dan alamat masa register
incase account kena suspen kita boleh check balik. Pastikan nama sama register ebay dengan IC copy.

Bill utilites pula untuk address – pastikan ebay register address sama dengan bill utilies. Jika bill utilities
nama orang lain, kena inform dekat email. Seperti menyewa atau tingal dengan keluarga. Jika korang
submit bank statement, korang kena pastikan bank statement ni nama dan alamat sama dengan ebay
register.

Resit – Jika korang pernah buat listing submit resit yang listing korang buat. Kuantiti dekat resit
hendaklah sama atau lebih dengan listing yang korang buat. Jika Korang belum lagi buat listing, korang
submitlah resit barang yang hendak jual. Kalau boleh elakkan resit yang melibatkan MAKANAN. Resit
yang senang approve yang ada nama dan alamat korang dan nama alamat supplier. Nama dan alamat sama
dengan register ebay.

Korang boleh submit dekat email yang ebay bagi. Guna email yang register ebay untuk submit document.
Jangan guna email lain. Kalau tak ebay takkan dapat email yang kita hantar.

Document hendak mengikuti kreteria ebay.


1. Copy IC atau Copy Lesen hendaklah yang ada color depan dan belakang. Yang hitam putih ebay tak
terima (fotostat tak terima). IC tak boleh crop. Korang nak senang ambik gambar guna handphone depan
dan belakang. Kemudian tranfer masuk computer.
2. Bill utilities dan bank statement – Pastikan nama dan alamat sama.
3. Resit – Korang bagi yang dia mintak jer. Kalau boleh dekat resit tu jangan banyak item yang tak
berkaitan. Kalau ebay kurang yakin dengan resit tu. Ebay akan minta gambar barang beserta dengan IC.
Kalau resit tu banyak item, memang penat la korang.

Kalau korang tak ada idea nak tulis apa. Boleh follow contoh di bawah
Document yang kita hantar hendaklah nampak macam professional. Barulah ebay percaya kita betul-betul
hendak menjual dekat ebay. Ebay sebenarnya ingin filter true seller sahaja. Jangan risau kalau kita betul
dan niat betul insyaallah berjaya. Terima kasih.
Ada Pertanyaan?
Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang
lengkap  untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

Hubungi Kami
 About
 Attribution
 Terms & Conditions
 Disclaimer
 Refund
 
 Marketplace
 Partners

o
 Launch
 Info

o
 Support

o
 MEMBER

Barang yang tak boleh dijual di Ebay


Nak menjual di ebay kena ikut peraturan yang ditetapkan di ebay dan juga peraturan yang ditetapkan oleh
negara yang korang jual barang itu. Contohnya kalau jual di negara USA, kena ikut peraturan negara USA.

Korang tak boleh jual barang berjenama yang baru di ebay kerana ada pihak yang dapat hak penjualan di
ebay. Sebagai contoh tak boleh jual barang Supreme, LV, Channel yang baru di ebay. Korang boleh
tengok list barang yang tak boleh jual di link ini  https://pages.ebay.com/seller-center/listing-and-
marketing/verified-rights-owner-program.html . 

Ada juga peraturan dari USA iaitu FDA (Food & Drug Administration) dimana korang tak boleh jual
barang tertentu. Boleh rujuk link ini https://www.fda.gov . Ada ramai seller Malaysia jual barang terlarang
ini kalau korang jumpa barang ini dan semak dengan website FDA. FDA boleh remove barang yang
korang listing ini. Kalau remove sahaja tidak apa, kalau terus kena banned dari menjual di ebay memang
tak berbaloi.

Ada juga contoh dimana barang itu boleh dijual di negara USA tetapi tidak boleh dijual di Negara UK dan
Australia. Contohnya niche berkaitan haiwan. Ini kerana persatuan pencinta haiwan di negara UK dan
Australia menghalang barang ini dijual didalam talian.

Bagi yang baru hendak menjual di ebay, jual barang yang tak berjenama dan laku. Ada banyak barang
yang boleh jual di ebay.Ianya akan diterangkan dibahagaian Video Strategi spy produk yang laku di ebay.
Ada Pertanyaan?
Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang
lengkap  untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

Hubungi Kami
 About
 Attribution
 Terms & Conditions
 Disclaimer
 Refund

Anda mungkin juga menyukai