Anda di halaman 1dari 16

 

 
More Articles

Cabaran Teknologi Maklumat Dan Internet Agenda Umat Islam

Abu Bakar Bin Yang


Pegawai Penyelidik

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak
diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil
daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya,
sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba
canggih dan di luar dugaan.

Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah
cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan
industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia Top
berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan Hits
bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak
bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar
yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran
manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.

Perkembangan yang hebat dan pesat ini juga dapat dirasai oleh kita di Malaysia, khususnya
umat Islam. Berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan terhadap senario
perubahan ini. Walau bagaimanapun, perubahan yang begitu cepat ini seolah-olah tidak
mampu disekat lagi kerana ianya berlaku dengan begitu pantas dan melalui berbagai-bagai
saluran.

Bagi kita di Malaysia, khasnya umat Islam, menolak arus perkembangan ini hanya akan
membuatkan kita sentiasa ketinggalan di segenap bidang. Sementara menerimanya pula
dengan bulat-bulat apa yang disediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai yang
boleh meruntuhkan nilai-nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita Malaysia.

Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam, khususnya di Malaysia, perlu menilai kembali
kedudukan kita sebagai umat pilihan dan menyusun agenda-agenda yang perlu dilaksanakan
demi untuk mengangkat kembali martabat umat, sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali
Imran ayat yang ke 110, yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada umat manusia, menyuruh kepada
yang makruf, dan mencegah daripada yang munkar. Dan beriman kepada Allah."
INFO KORPORAT AKADEMIK PENTADBIRAN RADIO IKIM.FM ENGLISH VERSION

CABARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INTERNET AGENDA UMAT


ISLAM
Oleh : Abu Bakar bin Yang
Pegawai Penyelidik IKIM

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak
diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil
daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya,
sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang
serba canggih dan di luar dugaan.

Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah
cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan
industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara
manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan
bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak
bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar
yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran
manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.

Perkembangan yang hebat dan pesat ini juga dapat dirasai oleh kita di Malaysia, khususnya
umat Islam. Berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan terhadap senario
perubahan ini. Walau bagaimanapun, perubahan yang begitu cepat ini seolah-olah tidak
mampu disekat lagi kerana ianya berlaku dengan begitu pantas dan melalui berbagai-bagai
saluran.
Bagi kita di Malaysia, khasnya umat Islam, menolak arus perkembangan ini hanya akan
membuatkan kita sentiasa ketinggalan di segenap bidang. Sementara menerimanya pula
dengan bulat-bulat apa yang disediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai yang
boleh meruntuhkan nilai-nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita
Malaysia.

Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam, khususnya di Malaysia, perlu menilai
kembali kedudukan kita sebagai umat pilihan dan menyusun agenda-agenda yang
perlu dilaksanakan demi untuk mengangkat kembali martabat umat, sesuai
dengan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat yang ke 110, yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada umat manusia, menyuruh
kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang munkar. Dan beriman kepada
Allah."
Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu
sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan
sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. Contohnya, melalui internet umat Islam dapat
menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh
dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama
umat Islam di serata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan
sesama Muslim seluruh dunia. Malah di peringkat kebangsaan pula, kemajuan teknologi
maklumat ini boleh digunakan untuk kepentingan bersama seperti perbincangan yang lebih
cepat dan berkesan terhadap isu-isu dadah, Aids, gejala sosial dan berbagai-bagai lagi.

Persoalannya sekarang, adakah rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam, sudah bersedia
untuk menghadapi cabaran ini? Jika dikaji dengan teliti, kita akan dapati cabaran yang
bakal ditempoh nanti bukanlah satu perkara kecil yang boleh ditangani secara sambilan
sahaja. Ini adalah kerana perkembangan yang akan dibawa oleh arus pembangunan
teknologi maklumat akan menyentuh hampir keseluruhan aspek kehidupan kita.

Oleh hal yang demikian sebagai usaha permulaan untuk merealisasikan penguasaan umat
Islam terhadap teknologi maklumat, maka komitmen daripada segenap lapisan masyarakat
umat Islam adalah diperlukan. Terutamanya mereka yang berpendidikan yang berkhidmat
dengan kerajaan dan juga bukan kerajaan, sektor-sektor swasta, serta juga yang berada di
institut pengajian tinggi.

Pada peringkat permulaan ini, mereka inilah yang akan menjadi pemangkin atau penggerak
kepada wawasan yang dicita-citakan. Dalam peringkat inilah juga, setiap individu Muslim
yang sedar terhadap perubahan dan cabaran teknologi ini, perlu menjadikan dirinya
seorang yang celik dan peka terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet. Tanpa
ilmu pengetahuan yang cukup di bidang ini, maka kita tidak akan mampu untuk
menghadapi cabaran serta menangani perubahan besar yang akan berlaku kelak. Bahkan
kita akan ketinggalan di dalam persaingan dengan negara-negara lain. Usaha untuk
memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah merupakan sebahagian
daripada tuntutan agama, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah
hadis Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim, lelaki dan
perempuan."
Riwayat Bukhari & Muslim.

Pada peringkat berikutnya pula, kita perlulah memahirkan diri dengan penggunaan
teknologi ini. Kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran di peringkat tinggi. Kita tidak
mahu pengetahuan teknologi yang dimiliki oleh umat Islam hanya sekadar memiliki sebuah
komputer, dan kemudian hanya pandai untuk menaip surat, kertas-kertas kerja, atau
bermain video-games. Tahap penggunaan seperti ini adalah terlalu minimum dan boleh
dikuasai oleh sesiapapun.

Bagaimanakah kita akan menghadapi kecanggihan teknologi maklumat pada masa akan
datang jika masih ramai bakal peneraju negara masih belum terdedah kepada penggunaan
teknologi ini secara maksimum, dan tidak berusaha ke arah memahirkan diri dengan
teknologi yang boleh membawa faedah yang banyak. Malah agama Islam sendiri
menuntut supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan itu hendaklah menjadi satu
pekerjaan yang terbaik, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Rasullullah
s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang melakukan pekerjaannya, dia


akan memperbaikinya (iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya.)"
Riwayat At Thabrani.

Pada peringkat selanjutnya pula, di samping memiliki kesedaran dan kefahaman serta ilmu
yang mencukupi di bidang teknologi ini, maka kita perlulah pula menjadi seorang yang
mampu bergerak aktif dan memainkan peranan yang penting untuk menjayakan
penggunaan teknologi ini. Sekiranya bukan umat Islam sendiri yang menjadi key-player
dalam penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat ini, maka kita akan selama-
lamanya meletakkan pergantungannya kepada orang lain. Umat Islam tidak boleh hanya
menjadi pemerhati dalam perkembangan dan perubahan ini dan takut untuk
melibatkan diri, sedangkan bangsa-bangsa lain telah jauh ke hadapan.

Sindrom duduk dan lihat inilah menjadi salah satu penyakit yang sangat berbahaya kepada
umat Islam hari ini. Kerana ianya merupakan satu sikap yang boleh menimbulkan rasa
malas dan tidak yakin kepada diri sendiri. Umat Islam perlu mengikis sifat yang sebegini
jika kita mahu maju ke hadapan, dan berani menceburkan diri dalam bidang-bidang yang
baru dan melihat dengan positif masa depan yang ingin dibina.

Di samping banyak faedah yang dapat dimanfaatkan daripada teknologi maklumat dan
internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini telah
disalah-gunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah. Melalui
kemajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea yang berbahaya.
Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Islam akan menggunakannya untuk
menyebarkan fitnah dan memburukan Islam. Bahan-bahan lucah dan budaya kuning
Barat akan lebih mudah disalurkan ke mana-mana sahaja di serata dunia.

Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran
yang dibawa oleh teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah
tiba masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang dibawa
oleh teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang dibawanya. Kita perlu
mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-peluang yang boleh
dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.

Persepsi Islam terhadap Perkembangan Sains dan Teknologi


General category
Kaum muslimin rahimakumullah!Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dan
selalu bersyukur kepada Allah yg telah mengaruniai agama Islam sebagai pedoman hidup yg lurus
lengkap dan sempurna sebagaimana ditegaskan dalam Alquran surat Al-Maidah ayat tiga yg artinya
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu
ni’mat-Ku dan telah Aku ridhai Islam menjadi agamamu.” Kaum muslimin yg berbahagia!Salah
satu keagungan ni’mat yg dikaruniakan Allah bagi umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa
sallam ialah ni’mat ilmu pengetahuan dan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi telah
memberikan kemudahan-kemudahan dan kesejahteraan bagi kehidupan manusia sekaligus
merupakan sarana bagi kesempurnaan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya krn Allah
telah mengaruniakan anugerah keni’matan kepada manusia yg bersifat saling melengkapi yaitu
anugerah agama dan keni’matan sains teknologi. Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua
sosok yg tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Ilmu adl sumber teknologi yg mampu memberikan
kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekayasa dan ide-ide. Adapun teknoogi adl terapan
atau aplikasi dari ilmu yg dapat ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat
mendorong manusia utk berkembang lbh maju lagi. Sebagai umat Islam kita harus menyadari
bahwa dasar-dasar filosofis utk mengembangkan ilmu dan teknologi itu bisa dikaji dan digali dalam
Alquran sebab kitab suci ini banyak mengupas keterangan-keterangan mengenai ilmu pengetahuan
dan teknologi. Sebagai contoh adl firman Allah SWT dalam surat Al-Anbiya ayat 80 yg artinya
“Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna memelihara diri dalam
peperanganmu.” Dari keterangan itu jelas sekali bahwa manusia dituntut utk berbuat sesuatu dgn
sarana teknologi. Sehingga tidak mengherankan jika abad ke-7 M telah banyak lahir pemikir Islam
yg tangguh produktif dan inofatif dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Kepeloporan dan keunggulan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan sudah dimulai pada abad
itu. Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat ditindaklanjuti dgn
sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya melepaskan kepeloporannya. Lalu
bangsa Barat dgn mudah mengambil dan menransfer ilmu dan teknologi yg dimiliki dunia Islam dan
dgn mudah pula mereka membuat licik yaitu membelenggu para pemikir Islam sehinggu sampai
saat ini bangsa Baratlah yg menjadi pelopor dan pengendali ilmu pengetahuan dan teknologi.
Kaum muslimin rahimakumullah!Begitulah menurut catatan sejarah bangsa Barat berhasil
mengambil khazanah ilmu pengetahuan yg telah dikembangkan lbh dahulu oleh kaum muslimin
kemudian mereka mengembangkannya di atas paham materialisme tanpa mengindahkan lagi nilai-
nilai Islam sehingga terjadilah perubahan total sampai akhirnya terlepas dari sendi-sendi
kebenaran. Para ilmuwan Barat dari abad ke abad kian mendewa-dewakan rasionalitas bahkan
telah menuhankan ilmu dan teknologi sebagai kekuatan hidupnya. Mereka menyangka bahwa dgn
iptek mereka pasti bisa mencapai apa saja yg ada di bumi ini dan merasa dirinya kuasa pula
menundukkan langit bahkan mengira akan dapat menundukkan segala yg ada di bumi dn langit.
Sehingga tokoh-tokoh mereka merasa mempunyai hak utk memaksakan ilmu pengetahuan dan
teknologinya itu kepada semua yg ada di bumi agar mereka bisa mendikte dan memberi keutusan
terhadap segala permasalahan di dunia. Sebenarnya masyarakat Barat itu patut dikasihani krn
akibat kesombongannya itu mereka lupa bahwa manusia betapapun tingg kepandaiannya hanya
bisa mengetahui kulit luar atau hal-hal yg lahiriah saja dari kehidupan semesta alam. Manusia
hanya diberi ilmu pengetahuan yg sedikit dari kemahaluasan ilmu Allah. Di atas orang pintar ada
lagi yg lbh pintar dan sungguh Allah SWT benci kepada orang yg hanya tahu tentang dunia tetapi
bodoh tentang kebenaran yg ada di dalamnya. Allah SWT berfirman yg artinya “Celakalah bagi
orang-orang kafir dgn siksa yg pedih. Mereka lbh menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan
akhirat dan menghalangi manusia dari jalan Allah serta menginginkan agar jalan itu bengkok.
Mereka berada dalam kesesatan yg nyata.” . Kaum muslimin rahimakumullah!Peradaban modern
adl hasil kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yg gemilang yg telah dicapai oleh manusia
setelah diadakan penelitian yg tekun dan eksperimen yg mahal yg telah dilakukan selama berabad-
abad. Maka sudah sepantasnya kalau kemudian manusia menggunakan penemuan-penemuannya itu
guna meningkatkan taraf hidupnya. Kemajuan teknologi secara umum telah banyak dini’mati oleh
masyarakat luas dgn cara yg belum pernah dirasakan bahkan oleh para raja dahulu kala. Makanan
lbh ni’mat dan beraneka ragam pakaian terbuat dari bahan yg jauh lbh baik dan halus sarana-
sarana transportasi dan komunikasi yg kecepatannya amat mengagumkan gedung dan rumah
tempat tinggal dibangun dengn megah dan mewah. Tampaknya manusia di masa depan akan
mencapai taraf kemakmuran yg lbh tinggi dan memperoleh kemudahan-kemudahan yg lbh banyak
lagi. Walaupun demikian kita juga menyaksikan betapa batin manusia zaman sekarang selalu
mengerang krn sirat kerakusan manusia semakin merajalela dan perasaan saling iri di antara
perorangan atau kelompok telah menyalakan api kebencian di mana-mana. Kata orang bijak di
dunia sekarang ini nafsu manusia lbh besar daripada akal sahabatnya. Kebanyakan manusia di
dunia kini hanya mengingat kesenangan hidupnya lupa kepada Tuhannya. Ia mengira bahwa dunia
ini adl segalanya tak ada kelanjutannya dan tak ada kehidupan kecuali di dunia saja. Benar bahwa
agama Islam tidak menghambat kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi juga tidak anti
terhadap barang-barang produk teknologi baik di zaman lampau di masa sekarang maupun di
waktu-waktu yg kan datang. Demikian pula ajaran Islam ia tidak akan bertentangan dgn teori-teori
pemikiran modern yg teraturdan lurus dan analisa-analisa yg teliti dan obyekitf. Dalam pandangan
Islam menurut hukum asalnya segala sesuatu itu adl mubah termasuk segala apa yg disajikan oleh
berbagai peradaban baik yg lama ataupun yg baru. Semua itu sebagaimana diajarkan oleh Islam
tidak ada yg hukumnya haram kecuali jika terdapat nash atau dalil yg tegas dan pasti
mengherankannya. Bukanlah Alquran sendiri telah menegaskan bahwa agama Islam bukanlah agma
yg sempit? Allah SWT telah berfirman yg artinya “Di sekali-kali tidak menjadikan kamu dalam
agama suatu kesempitan.” . Adapun peradaban modern yg begitu luas memasyarakatkan produk-
produk teknologi canggih seperti televisi vidio alat-alat komunikasi dan barang-barang mewah
lainnya serta menawarkan aneka jenis hiburan bagi tiap orang tua muda atau anak-anak yg
tentunya alat-alat itu tidak bertanggung jawab atas apa yg diakibatkannya. Tetapi di atas pundak
manusianyalah terletak semua tanggung jawab itu. Sebab adanya pelbagai media informasidn alat-
alat canggih yg dimiliki dunia saat ini dapat berbuat apa saja kiranya faktor manusianyalah yg
menentukan opersionalnya. Adakalanya menjadi manfaat yaitu manakala manusia menggunakan
dgn baik dan tepat. Tetapi dapat pula mendatangkan dosa dan malapetaka manakala manusia
menggunakannya utk mengumbar hawa nafsu dan kesenangan semata. Kaum muslimin
rahimakumullah!Memang dalam abad teknologi dan era globalisasi ini umat Islam hendaklah
emlakukan langkah-langkah strategis dgn meningkatkan pembinaan sumber daya manusia guna
mewujudkan kualitas iman dn takwa serta tidk ketinggalan di bidang ilmu pengetahuan dan
teknologi. Namun seiring dgn upaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi kita pun harus
jeli menentukan pilihan ini. Untuk apakah semua kemajuan itu? Apakah sekadar utk menuruti
keinginan-keinginan syahwat lalu tenggelam dalam kemewahan dunia hingga melupakan akhirat
dan menjadi pengikut-pengikut setan? Ataukah sebaliknya semua ilmu dan kemajuan itu dicari utk
menegakkan syariat Allah guna memakmurkan bumi dan menegakkan keadilan seperti yg
dikehendaki Allah serta utk meluruskan kehidupan dgn berlandaskan pada kaidah noral Islam?
Itulah pertanyaan dan tantangn bagi kita yg haurs kita jawab dgn pemikiran yg berwawasan jauh
ke depan. Namun terlepas dari problema dan kekhawatiran-kekhawatiran sebagaimana diuraikan
di atas kita sebagai umat Islam harus selalu optimis dan tetap bersyukur kepada Allah SWT. Karena
sungguhpun perubahan sosial dan tta nilai kehidupan yg dibawa oleh arus modernisasi westernisasi
dan sekularisasi terus-menerus menimpa dan menyerang masyarakat Islam tetapi kesadaran umat
Islam utk membendung dampak-dampak negatif dari budaya Barat itu ternyata masih cukup tinggi
meskipun hanya segolongan kecil umat yaitu mereka yg tetap teguh utk menegakkan nilai-nilai
Islam. Akhirnya semoga dakwah yg singkat ini bermanfaat amin. Sumber Diadaptasi dari Khutbah
Cendekiawan Menjembatani Kesenjangan Intelektualitas Umat Drs. Achmad Suyuti Al-Islam -
Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

sumber file al_islam.chm

Cabaran dan Halangan Membangun Semula Tamadun Islam


Disumbang Oleh Khalif Muammar
Wednesday, 25 July 2007
Kemas Kini Terakhir Wednesday, 25 July 2007
Kemunculan tamadun Islam pada abad ke-7 Masehi menandakan bermulanya era pencerahan umat
manusia dan
keunggulan ilmu pengetahuan. Menyedari hal ini Mulyadhi Kartanegara mengatakan bahawa renaissans
pertama
sebenarnya bermula pada abad ke-7 oleh umat Islam, renaissans kedua berlaku pada abad ke-16 oleh
masyarakat
Eropah dan diharapkan umat Islam pada abad ke 21 akan melakukan renaissanse yang ketiga.[1]
Bertentangan dengan
tanggapan golongan sekular, Islam pada hakikatnya sinonim dengan kemajuan sains dan teknologi.
Islam mengajar
manusia untuk berfikir dengan cerdas. Mengkaji alam semesta dan menjadikannya bermanfaat untuk
kehidupan.
Menyedari hal ini hinggakan Muhammad Iqbal berkesimpulan bahawa kelahiran Islam sebenarnya adalah
kelahiran
berfikir secara induktif.[2] Pemikiran induktif inilah yang melahirkan sains dan teknologi. Sebenarnya
Islam dan umat
Islamlah yang memperkenalkan kaedah berfikir secara saintifik dan objektif. Walaupun sumbangan
saintis-saintis Muslim
terhadap perkembangan tamadun Barat kurang diberikan perhatian oleh Barat sendiri, namun beberapa
sarjana Barat
yang telus, seperti Robert Briffault (1876-1948), telah mengakui hal ini: “science owes a great deal
more to the
Arab culture, its owes its existence”.[3]
Pemerhatian secara mendalam terhadap ajaran Islam semestinya akan membawa seseorang kepada
kesimpulan
bahawa Islam adalah agama ilmu. Kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada generasi awal
Islam menunjukkan
bahawa sains dan agama tidak bertentangan. Malahan Islam mendukung dan mendorong pengkajian
ilmiah agar misi
kekhalifahan dapat tercapai. Misi kekhalifahan itu sendiri sebenarnya merupakan wawasan
ketamadunan. Berbeza
dengan peradaban sebelum dan sesudah Islam, visi peradaban Islam meletakkan pembangunan
manusia (human
development) seutuhnya atau meminjam istilah Ibn Khaldun ’‘umran bashari’
sebagai matlamat
utamanya. Oleh kerananya dapat disimpulkan bahawa tamadun Islam telah berjaya mentamadunkan
umat manusia,
mencerahkan dan mengangkat darjat mereka agar kehidupan mereka menjadi lebih bermakna dan maju.
Untuk
melakukan hal ini tamadun Islam telah menghapuskan apa yang dinamakan musuh-musuh peradaban.
Musuh-musuh Peradaban
Pembangunan sesebuah tamadun harus melalui proses pembebasan minda dan jiwa. Oleh kerananya,
pembangunan
manusia perlu mendahului pembangunan material. Kewujudan manusia yang berkualiti ini yang akan
menentukan kualiti
produk yang dihasilkan. Hanya dengan demikian maka kecemerlangan dan keunggulan menjadi milik
sesuatu bangsa
dan bangsa lain akan mengikutinya di belakang. Apabila minda dan jiwa bangsa itu kembali beku dan
mati maka ia tidak
lagi mampu bersaing dengan bangsa lain dan akhirnya akan ketinggalan.
Absolutisme, watak pasrah, kebendaan (hubb al-dunya) dan mitos adalah musuh-musuh utama
peradaban sejak
wujudnya manusia di muka bumi ini. Kegemilangan tamadun Islam terhenti disebabkan musuh abadi
peradaban ini telah
menghalang umat Islam untuk menjadi produktif, terbuka dan berdaya maju. Tidak hairanlah al-
Qur’an seringkali
menyelar pemimpin-pemimpin yang angkuh, absolutis dan autoritarian. Demikianlah pengajaran yang
boleh diambil
daripada banyaknya kisah Fir’aun yang terdapat dalam al-Qur’an.[4] Kerana misi
pembebasan adalah
salah satu mesej utama perlembagaan Tuhan itu. Kajian terhadap sistem politik Islam, khususnya
konsep-konsep shura,
ijma’ (kesepakatan) dan wakalah (perwakilan), menunjukkan bahawa keadilan dan kebebasan
adalah
‘benchmark’ pemerintahan Islam dan kezaliman adalah seteru bagi ajaran Islam.
Adapun kebendaan (materialism), yang menjelma sebagai hubb al-dunya (kecintaan terhadap dunia),
akan menjadi
musibah kepada sesebuah tamadun apabila masyarakatnya tenggelam dalam keseronokan, keselesaan
hidup dan
mementingkan diri sendiri (selfish). Ibn Khaldun dalam membahas faktor keruntuhan sesebuah tamadun
menjelaskan
bahawa apabila masyarakat telah terbuai dengan kemewahan, kesombongan dan kemalasan ia
kemudian membawa
kepada keruntuhan akhlak dan hilangnya perpaduan dan semangat kekitaan (al-‘asabiyyah) maka
pada akhirnya
semua ini menyebabkan sesebuah tamadun itu berada di ambang kehancuran.[5] Jika analisa Ibn
Khaldun berdasarkan
kepada tamadun Islam yang telah mencapai kemuncaknya, pada hari ini kita lihat kebendaan menjadi
penghalang
kepada pembangunan semula peradaban Islam.
Kita perlu mengakui bahawa musuh-musuh peradaban berada dalam diri kita sendiri sebagaimana ia
juga dibawa oleh
Barat. Budaya ilmu yang menjadi pemangkin peradaban masih lagi tidak diutamakan, dicurigai dan dilihat
dengan
berhati-hati. Kemunculan tamadun Islam menandakan kemenangan ilmu pengetahuan (knowledge
triumphant) seperti
yang diakui oleh Franz Rosenthal.[6] Kerananya pembinaan sebuah negara-bangsa hendaknya
berdasarkan
sepenuhnya kepada ilmu dan bukan political construct (hasil adunan kuasa politik). Dalam sistem Islam,
sama dengan
yang dikemukakan oleh Roger Bacon (1561-1626), bahawa ilmu adalah kuasa atau ‘knowledge is
power’[7] dan bukan power is knowledge (yang berkuasa itu berilmu) yang membawa implikasi
bahawa para
ilmuwan mesti tunduk kepada kuasa politik. Hanya dengan berdaulatnya ilmu, dan bukan budaya takut
(the culture of
fear), budaya hiburan (hedonisme), atau kebendaan (materialisme), dalam sesebuah masyarakat maka
tamadun akan
berkembang dengan pesat. Oleh kerananya tidak dapat diragukan lagi bahawa, seperti diungkapkan oleh
Dr Siddiq
Fadzil : “kesuburan intelektual sebenarnya banyak ditentukan oleh faktor kualiti kepimpinan dan
dasar
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 5 February, 2011, 06:19
pemerintahan” dan kematian intelektualisme terjadi akibat daripada pemerintahan absolutis.[8]
Penjajahan merupakan satu bentuk baru perhambaan. Globalisasi yang dipimpin oleh Amerika bertujuan
untuk
mengukuhkan hegemoni Barat terhadap dunia. Kedua-duanya mempunyai persamaan kerana masing-
masing bersikap
absolutis, memaksa ‘yang lain’ (the other) untuk tunduk akan kehendak yang berkuasa.
Kebencian dan
permusuhan tidak pernah diajarkan oleh Islam. Bahkan tiada agama yang menerima teologi kebencian
(theology of
hatred). Namun demikian perangkap kebencian ini juga telah memakan kawan dan lawan. Setelah emosi
mengatasi akal
fikiran kedua-duanya.
Ketidakadilan dan kerosakan yang ditimbulkan oleh tamadun Barat kian nyata. Sejak perang dunia
pertama, kedua dan
kini ‘global war on terrorism’ kewujudan kuasa-kuasa besar pada hari ini justeru merupakan
ancaman
kepada keamanan dan keharmonian kehidupan manusia. Permusuhan dan kehancuran yang
mengiringinya lebih
dikeranakan sikap angkuh manusia dan bukan sesekali kerana perbezaan agama. Ketidakadilan dan
kerosakan inilah
yang dibenci dan ingin dihapuskan oleh umat Islam dan bukan ‘Barat’nya. Kerosakan ini
jika dibiarkan
akan mengakibatkan kehancuran tamadun manusia itu sendiri. Manusia perlukan bimbingan Tuhan untuk
hidup aman
dan damai oleh kerananya umat Islam percaya bahawa Islam adalah satu-satunya solusi yang dapat
menyelamatkan
peradaban manusia.
Kehancuran dan kepincangan yang dibawa oleh peradaban Barat ini dijelaskan dengan baik oleh
Profesor Hitti:
Unfortunately during the last decade or two, in particular, the impact of the West has not been all for the
good. There is a
striking contrast between the humanitarian ideas professed by Western missionaries, teachers, and
preachers, and the
disregard of human values by European and American politicians and warriors; disparity between word
and deed; and
overemphasis on economic and nationalistic values. The behaviour of the so-called advanced nations
during the last two
wars waged on a scale unknown in history, the ability of Western man to let loose these diabolic forces
which are the
product of his science and his machine and which now threaten the world with destruction; and , with
particular relation to
the Near East, the handling of the Palestine problem by America, England, France, and other nations-all
these have
worked together to disillusion this man of Near East who has been trying to establish an intellectual
reproachment with
the West.[9]
Musuh-musuh peradaban yang telah dihapuskan oleh Islam, kini kembali lagi dengan kemasan
kemodenan.
Perhambaan yang telah dihapuskan secara bertahap kini kembali lagi sejak penjajahan berlaku kepada
dunia-dunia
ketiga dan kini dengan bertopengkan globalisasi. Penjajahan budaya yang jelas-jelas menghapuskan
budaya tempatan
dan menghakis nilai-nilai kemanusiaan tidak dilihat sebagai dehumanisasi melainkan sebagai kebebasan
(liberty).
Dengan memahami perbezaan wawasan ketamadunan ini jelaslah bahawa peradaban Barat telah
merendahkan nilai
manusia dan tidak sama sekali memartabatkan umat manusia seperti yang dilakukan oleh Islam:
“The combined
forces of atheism, secularism and nihilism seem to be on the ascendancy. It is against this background
that the
contribution made by Islam fourteen hundred years ago can be seen as representing the manifestation of
the Divine
Element that somehow will not let man devalue man”.[10]
Kedatangan Islam juga telah menghapuskan mitos daripada kamus pemikiran manusia. Dengan
kemunculan Islam di
tanah Melayu, penyembahan berhala, kepercayaan kepada animisme dan dinamisme telah terhapuskan
dan dunia
Melayu mula diterangi oleh cahaya peradaban. Sayangnya kini mitos-mitos kembali bermunculan dengan
dictate
daripada kuasa besar, dan yang malangnya ramai orang Islam yang menerimanya tanpa usul periksa.
Mitos keganasan
Islam, mitos teokrasi negara Islam, mitos ketidakadilan hukum Islam, mitos keunggulan peradaban Barat
dan yang tidak
kurang tragisnya mitos kerendahan bangsa sendiri, diyakini sebagai sesuatu yang semula jadi.
Jalan Keluar: Cabaran Bagi Umat Melayu
Dalam mencari jalan keluar bagi kemunduran umat Islam, khususnya dalam konteks ini umat Melayu,
tidak sedikit
cendekiawan kita yang melihat bahawa sekularisme dan modenisme Barat merupakan penawarnya.
Walhal penyakit
umat Melayu berbeza. Kita tidak pernah diperintah oleh kaum agama atau gereja sepertimana berlaku di
Barat. Obat
yang diberikan oleh para sarjana Barat hanya sesuai bagi Barat yang mengalami kemunduran
disebabkan pemerintahan
teokrasi. Jadi yang dipersalahkan adalah agama. Adapun yang menyebabkan kita mundur adalah psyche
(watak) yang
terbentuk akibat daripada pemerintahan feudal dan absolutis sejak zaman kerajaan-kerajaan Melayu-
Hindu dan
dibiarkan berterusan pada zaman penjajahan. Sampai pada masa kini psyche ini masih berkekalan.
Pengalaman
panjang ini, iaitu lebih kurang 2000 tahun lamanya, menyebabkan watak bangsa Melayu menjadi pasrah,
malas dan
rendah diri.[11] Oleh kerananya tidak mudah dihapuskan.
Pembangunan semula tamadun Islam menuntut umat Islam supaya merubah watak mereka, daripada
watak yang
pasrah, takut dan berjiwa hamba kepada watak yang kritis, bebas dan berani melakukan perubahan.
Mana-mana
bangsa yang memiliki watak dan jiwa merdeka ini akan mampu mengangkat martabat umat Islam dan
membawa mereka
ke persada dunia dan mampu bersaing dengan negara-negara Barat dalam segala bidang kemajuan.
Jika masyarakat
Arab masih lagi dibelenggu dengan sikap-sikap yang negatif seperti tidak berdisiplin, tidak beradab, dan
tidak
menghormati orang lain, disamping juga belenggu absolutisme politik, maka masyarakat Melayu di
Indonesia dan
Malaysia juga masih dibelenggu oleh watak pasrah yang telah mereka warisi sejak zaman feudal kesan
daripada
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 5 February, 2011, 06:19
pengaruh ajaran Hindu yang tertanam dua ribu tahun yang lalu. Malangnya watak pasrah ini tidak cuba
untuk
dihapuskan mungkin kerana ia kerana ia dilihat baik untuk mengekalkan status quo pemerintahan
absolutis dunia Islam
pada hari ini.
Misi pembebasan yang dibawa oleh al-Qur’an perlu dihayati semula. Ternyata al-Qur’an
juga memberi
panduan bagaimana sesuatu bangsa akan hidup dengan lebih bermakna apabila ia menerima peranan
yang telah
ditentukan oleh Tuhan. Peranan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, peranan sebagai
sumber kekuasaan
(al-ummah masdar al-sulutat), dan peranannya memilih orang yang tepat untuk mengemban amanah
pemerintahan
(amanat al-hukm) semua ini akan dapat menghapuskan absolutisme dalam apa jua bentuknya. Hanya
jika perananperanan
ini dilakukan dengan baik, maka ancaman wujudnya ‘fir’aun-fir’aun moden’
yang
menindas dan memperhambakan kaumnya sendiri akan dapat diatasi.
Sebuah peradaban hanya terbina apabila manusia itu ‘hidup’ seutuhnya. Keruntuhan dan
kemunduran
sesebuah tamadun hanyalah akibat daripada ‘kematian manusia’ yang berlaku jauh
sebelumnya. Kita
memerlukan manusia-manusia yang aktif mindanya, hidup jiwanya, berani bertindak dan melakukan
perubahan. Kita
perlu membebaskan diri daripada minda yang terjajah, hati yang pasrah, jiwa yang lembik yang tidak
berani mengatakan
tidak kepada yang tidak benar. Muhammad Iqbal melalui puisi-puisinya menyeru agar umat Islam tidak
lagi menjadi
penonton tetapi mengemban amanah sebagai ejen perubahan:
Mengapa tidak menggelora sungai hatimu?
Dan kenapa peribadimu tidak berpancar Muslim hakiki?
Apa gunanya bermuran durja dan mengeluh takdir Ilahi?
Mengapa tidak kau sendiri menjadi pencipta takdirmu?
Mentaliti hamba adalah halangan besar dalam usaha memajukan suatu bangsa. Adalah suatu yang
lumrah suatu
bangsa yang terjajah memiliki kepercayaan terhadap diri yang rendah, namun kecenderungan menerima
segala sesuatu
walaupun buruk sebagai nasib atau takdir yang tidak dapat dirubah adalah sesuatu yang keterlaluan.
Pramoedya Ananta
Toer, seorang sastrawan Indonesia, mengkritik budaya masyarakat Jawa yang selalu pasrah pada nasib,
dan
mempunyai kecenderungan untuk mentaati pemimpin mereka secara membabi buta. Kritikan pedasnya
ini
membangkitkan kemarahan pemerintahan orde baru yang kemudian bertindak memenjarakannya dan
membuangnya ke
pulau buru setelah memfitnahnya berhaluan kiri.
Kepasrahan dan tawakkal hanya ditujukan kepada Allah dan bukan kepada nasib atau penguasa-
penguasa yang
menindas. Kepasrahan negatif ini bertentangan dengan kehendak Islam yang mahukan umat Islam
berusaha merubah
nasib kepada yang lebih baik. Bukankah Allah ingin agar manusia merubah diri sendiri dan tidak berharap
agar Tuhan
melakukan untuknya (al-Ra‘d:11)? Oleh itu sebelum kemerdekaan benar-benar dapat dikecapi kita
perlu terlebih
dahulu memiliki jiwa merdeka dan minda merdeka. Untuk merealisasikan hal ini Siddiq Fadzil juga
menekankan perlunya
pendidikan yang membebaskan anak bangsa dari belenggu minda tawanan (the captive mind) dan
pendikan yang
bersifat liberatif-transformatif.[12]
Islam membenci sifat penakut dan mementingkan diri seperti yang dilakukan oleh kaum Yahudi ketika
diperintahkan
untuk berperang mereka berkata: “maka pergilah engkau (nabi Musa) dengan Tuhanmu berperang
kami hanya
ingin duduk (dan lihat)”(al-Ma’idah:24). Nabi Musa perlu menunggu 40 tahun untuk
melahirkan generasi
baru yang berani menghadapi cabaran dan mahu berkorban.[13] Satu langkah yang sebenarnya akan
mengembalikan
maruah mereka sebagai manusia mulia. Lebih 400 tahun penjajahan dan 50 tahun kemerdekaan adalah
jangka masa
yang cukup lama untuk menyedarkan kembali umat Islam perlunya satu kebangkitan tamadun Islam.
Kaum ilmuwan pada hari ini mengemban misi para nabi, untuk menyelamatkan kaumnya daripada
kegelapan dan
keterpurukan. Jika mereka lebih selesa membisu dan mengejar pangkat, mereka akan
dipertanggungjawabkan dan akan
dipersoalkan di akhirat kelak.[14] Misi pencerahan ini tidak mungkin dapat mereka lakukan jika mereka
sendiri keliru dan
tidak tercerahkan. Untuk memastikan kita tahu siapa ilmuwan sebenar dan ilmuwan palsu maka autoriti
ilmu perlu
ditegakkan dan adab terhadap ilmuwan mesti dikekalkan. Bukankah al-Qur’an mengatakan:
“Maka
Adakah orang yang mengetahui (Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai
Muhammad)
perkara yang benar), sama Dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang
mahu memikirkan
hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna (ulul al-bab)” (al-Ra‘d: 19). Oleh
kerana itu, al-Attas
menekankan perlunya adab diberikan perhatian dalam menuntut ilmu dan punca kekeliruan baginya
adalah hilangnya
adab (the loss of adab) di kalangan ilmuwan sendiri, dan hilangnya rasa hormat terhadap kaum ilmuwan.
[15]
Umat Islam tidak sepatutnya merasa selesa dengan menjadi umat terbaik yang diciptakan Allah (lihat Ali
‘Imran
ayat 110). Ia adalah satu potensi yang mesti dijelmakan. Satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan.
Kaum Bani
Israil pada awalnya juga merupakan umat yang banyak diberikan kelebihan namun ia tidak menghalang
bencana dan
hukuman Tuhan terhadap mereka. Rata-rata umat Islam memiliki sumber manusia dan sumber alam
yang lebih baik
daripada bangsa lain. Namun kelebihan ini tidak bererti apa-apa jika kita bergantung pada orang lain.
Keselesaan yang
palsu menyebabkan umat Islam tidak sadar bahawa bahaya dan ancaman yang berada di sekeliling
mereka dapat
memperhambakan dan menghancurkan mereka.
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 5 February, 2011, 06:19
Umat Islam perlu yakin terhadap Islam kerana ia adalah kurnia terbesar Allah berikan kepada manusia.
Hakikatnya
adalah Islam merupakan identiti utama umat Islam yang perlu dibanggakan dan bukan disembunyikan.
Sikap percaya
diri sangat penting sebelum sesebuah bangsa atau umat dapat bangkit dan bersaing dengan yang lain.
Kita perlu tegas
terhadap golongan yang mempersoalkan kerelevanan Islam dan mempertikaikan ajaran Islam untuk
menyambung lidah
para orientalis yang didorong rasa kebencian terhadap Islam. Golongan liberal ini lebih berbahaya kerana
ibarat musuh
dalam selimut atau parasit yang merosakkan Islam dari dalam tubuh umat Islam sendiri.[16] Banyaknya
kajian-kajian
yang membuktikan keunggulan dan keutuhan Islam sudah cukup untuk memberi keyakinan kepada umat
Islam
melangkah ke hadapan bersama Islam dan bukan dengan falsafah-falsafah Barat yang mengelirukan.
Kesimpulannya umat Islam perlu ‘hidup’ semula untuk benar-benar bangkit. Perlu hidup
dan aktif
seutuhnya: mindanya, jiwanya dan jasadnya. Hal ini sejalan dengan pemikiran dan falsafah Muhammad
Iqbal yang
menekankan perlunya khudi atau ego ini hidup, aktif dan tumbuh untuk mendapat kuasa dan melakukan
perubahan.
Kehidupan manusia seutuhnya menjadi agenda utama Islam, yang mengandungi misi-misi pembebasan,
perubahan dan
pentamadunan. Islam menuntut agar setiap individu melakukan fikir dan zikir sekaligus, zikir tanpa fikir
hanya akan
membawa kepada kejumudan dan kemunduran. Adapun fikir tanpa zikir akan membawa kepada
kekeliruan dan
kesesatan.
Tidak ada bangsa yang semula jadi ditakdirkan menjadi bangsa yang lemah, malas, atau hina. Watak
pasrah, malas,
takut dan berjiwa hamba adalah akibat daripada absolutisme dan penindasan (al-istibdad). Di alam
Melayu, absolutisme
tercermin dalam sistem feudal yang telah mengakar dalam sejarah Melayu dan berlanjutan pada hari ini
yang berlainan
dari segi bentuknya sahaja. Dalam tamadun Islam yang berdaulat adalah ilmu bukan kuasa (absolutisme)
bukan hiburan
(hedonisme) dan bukan kebendaan (materialisme). Oleh kerananya untuk memajukan orang Melayu
budaya ilmu perlu
disuburkan sedangkan absolutisme, hedonisme dan materialisme perlu dihapuskan daripada kamus
kehidupan mereka.
Satu projek pencerahan dan pemerkasaan minda dan jiwa umat Islam perlu dilakukan secara besar-
besaran. Tanpa
kekuatan pemikiran dan kekuatan dalaman kebangkitan tamadun Islam hanyalah angan-angan. Merubah
nasib ataupun
dunia tidak semudah ‘bermimpi’ dan tidak juga semudah ‘meletupkan diri’.
Bermula dengan
ilmu dan diikuti dengan amal, semua pihak perlu sadar akan tanggungjawab masing-masing:
tanggungjawab ilmuwan
yang tercerahkan (enlightened scholars) untuk menyedarkan dan membimbing masyarakat;
tanggungjawab masyarakat
untuk mengikuti dan mendukung; dan tanggungjawab pemerintah untuk mendengar dan melaksanakan.
*Penulis merupakan pensyarah Kolej Dar al-Hikmah dan Felo Penyelidik di Akademi Kajian
Ketamadunan.
Rujukan
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM, cetakan semula ISTAC,
1993.
________, Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: ISTAC, 2001.
Al- Faruqi, Isma‘il Raji, al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life. Herndon: IIIT.
Bennabi, Malik, The Problem of Ideas in the Muslim World. Terjemahan bahasa Inggris oleh: Mohamed
Tahir El-Mesawi.
Kuala Lumpur: ABIM, 1994.
________, Shurut al-Nahdah. Terjemahan Bahasa Arab oleh: Umar Masqawi dan ‘Abd al-Sabur
Shahin. Beirut:
Dar al-Fikr, 2000.
Berger, Peter L, ed. The Desecularization of the World. Washington, DC.: Ethics and Public Polity Center,
1999.
Briffault, Robert, The Making of Humanity, London: George Unwine and Allen, 1928.
Hofmann, Murad Wilfried, Religion on the Rise: Islam in the Third Millennium. Beltsville: Amana
Publications, 2001.
Ibn Khaldun, ’Abd al-Rahman, al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Fikr, 2004.
Iqbal, Muhammad, Reconstruction of Religious Thought in Islam. Lahore: Muhammad Ashraf, 1965.
Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal. Kajang:
Akademi Kajian
Ketamadunan, 2006.
Siddiq Fadzil, Minda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 1997.
________, Kaum Ilmuwan dan Misi Pencerahan. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, 2006.
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 5 February, 2011, 06:19
________, “Krisis Kependidikan Masa Kini: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”
dalam
MADANIYAT, Akademi Kajian Ketamadunan, 4:2 (2006).
[1] Mulyadhi Kartanegara, Menembus Batas Waktu: Panorama Filsafat Islam (Bandung: Mizan, 2002),
109.
[2] Muhammad Iqbal, Reconstruction of Religious Thought in Islam (Lahore: Muhammad Ashraf, 1965),
126.
[3] R. Briffault, The Making of Humanity (London: George Unwin and Allen, 1928), 191.
[4] Lihat al-Qur’an 26:11; 20:24; 28:4; 43:51. Dalam ayat-ayat ini Fir’aun digambarkan
dengan sifat
angkuh, kejam, kuku besi, autoritarian dsb.
[5] Ibn Khaldun, al-Muqaddimah (Beirut: Dar al-Fikr, 2004),170.
[6] Franz Rosenthal, Keagungan Ilmu, terjemahan oleh Syed Muhammad Dawilah Syed Abdullah, cet. ke-
3 (Kuala
Lumpur: DBP, 1997)
[7] Ungkapan ini diperkenalkan oleh Francis Bacon pada zaman Renaissance (kebangkitan) yang
terpengaruh dengan
saintis-saintis Muslim ketika itu. Lihat F. Budi Hardiman, Filsafat Moden: Dari Machiavelli sampai
Nietzsche (Jakarta:
Gramedia Pustaka Utama, 2004), 25.
[8] Siddiq Fadzil, “Krisis Kependidikan Masa Kini: Cabaran Membina Generasi Berjiwa
Merdeka” dalam
MADANIYAT, Akademi Kajian Ketamadunan, 4:2 (2006), 2.
[9] Seperti dikutip oleh I.K. Brohi “The Nature of Islamic Law and the Concept of Human
Rights” dalam
Human Rights in Islam, (Kuweit: 1977), 55.
[10] Ibid.,50.
[11] Penulis berterimakasih kepada Haji Ahmad Mohamad Said kerana setelah berdiskusi dengan beliau
mengenai
psikik orang Melayu ini maka penulis dapat memberikan kesimpulan seperti di atas. Lihat Ahmad
Mohamad Said,
“Memahami Psyche Melayu”, Kertas kerja dibentangkan pada Forum Pengkaji Pemikiran
dan Tamadun,
anjuran Akademi Kajian Ketamadunan pada 25 Januari 2007.
[12] Siddiq Fadzil, Opcit, 1.
[13] Ibn Khaldun mengatakan bahawa generasi baru ini semestinya generasi yang berani kerana mereka
tidak
mengalami kehinaan yang dialami oleh generasi sebelumnya, lihat al-Muqaddimah, 171.
[14] Siddiq Fadzil, Kaum Ilmuwan dan Misi Pencerahan (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, 2006), 8-
24.
[15] S.M.N. al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), 137.
[16] Untuk penjelasan kritis mengenai pemikiran Islam Liberal sila lihat buku penulis: Atas Nama
Kebenaran: Tanggapan
Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, 2006).
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 5 February, 2011, 06:19

Anda mungkin juga menyukai