Anda di halaman 1dari 5

BIRO DAKWAH DAN KEROHANIAN JPP 08/09

KERTAS KERJA CADANGAN

IHYA’ RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H


MAKTAB PERGURUAN ISLAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Firman Allah Taala:

‫وتعاونوا على الرب والتقوى وال تعاونوا على اإلمث والعدوان‬


“Dan bertolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan dan
jangan kamu menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”

(Surah Al-Maidah: Ayat 2)

1. MUQADDIMAH

Alhamdulillah, segunung pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan


ke-hadrat Allah S.W.T. yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani dan
selautan selawat dan salam buat Kekasih Allah, Muhammad Rasulullah S.A.W.
Sejambak kasih buat para sahabat baginda, para shuhada’, para tabi’in dan tabi’
tabi’in, dua’t awwalin, mujaddid, mujahidin seantero alam serwajagat. Moga-moga
kita menyusuri jalan perjuangan mereka, insya-Allah.

Maktab Perguruan Islam adalah di antara sebuah institut pengajian tinggi


yang sentiasa melahirkan golongan bijak pandai, bukan sahaja dari segi
akademik bahkan juga seorang ahli agama yang mampu menjadi pemimpin
kepada anak bangsa, masyarakat, bahkan negara amnya. Justeru itu, untuk
memastikan golongan ini terus kekal, pelbagai kegiatan keagamaan telah
dilaksanakan sepanjang tahun untuk meningkatkan akhlak dan mencorak identiti
mereka sebagai bakal pendidik ke arah yang dikehendaki oleh agama Islam yang
Maha Suci.

________________________________________________________________ 1
Justeru, bersempena kedatangan tetamu agung, Ramadhan Al-Mubarak
ini, pihak Biro Dakwah & Kerohanian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
mengambil inisiatif mengadakan Program Ihya’ Ramadhan Al-Mubarak Peringkat
Maktab bagi tahun 2008. Program Ihya’ Ramadhan ini adalah melibatkan semua
pelajar setiap kuliah KDP, PKPG, KSPK, KPLI, KDPM dan PISMP. Program ini
dicadangkan supaya semua acara dijalankan di Masjid Imam As-Syafie, Maktab
Perguruan Islam.

2. RASIONAL

Jawatankuasa Perwakilan pelajar sebagai platform menghidupkan amalan ibadat


di kalangan warga di Institut Perguruan Islam mengisi aktiviti dan program
terancang untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pengenalan dan identiti sebagai status seorang guru pelatih atau
pelajar Maktab Perguruan Islam kepada pihak atau masyarakat luar.
3.2 Menjadikan Maktab Perguruan Islam sebagai mercu tanda ke arah
menjana aktiviti kerohanian di kalangan pelatih.
3.3 Mewujudkan keterampilan dan sikap profesional guru pelatih atau pelajar
itu sendiri dalam menghadiri sebarang aktiviti atau program yang
berlangsung di maktab.
3.4 Melahirkan sifat peka terhadap ruh Islam kepada suasana sambutan hari-
hari kebesaran Islam.

4. SASARAN

Pelajar-pelajar Kursus Dalam perkhidmatan ( KDP ), Kursus Sijil Khas perguruan


( KSPK ), Program Ijazah sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ), Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah ( KPLI ) Kursus Diploma Perguruan Malaysia ( KDPM ) dan
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).

5. CADANGAN TARIKH PROGRAM IHYA’ RAMADHAN


Sepanjang tempoh Bulan Ramadhan Al-Mubarak

________________________________________________________________ 2
Pengisian Bulan Ramadhan Al-Mubarak;

BIL PERKARA TARIKH


1. Majlis berbuka puasa (iftar) (Mat) 1 / 9/ 2008- 25 /9/ 2008
2. Majlis berbuka puasa perdana (Mat)
3. Majlis Nuzul Qur’an (Ahmad al-Wafi) 19 / 9/ 2008
4. Moreh (Mat) 1/9/2008-25/9/2008
5 Program Qiamullail (Husne)
6. Majlis Khatam Al Qur’an (MTEN)
7. Tazkirah sebelum witir (Hafizul)
8. Kuliah Dhuha (Hadi)
9. Pengurusan imam bilal (Shahril)

6. AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Penaung
Tn Hj Amin bin Mohd Rashid
Pengarah Institut Perguruan Islam

Penasihat
Tn Hj Sasman bin Hj Yasir
Timbalan Pengarah Maktab Perguruan Islam

Pengerusi
Ahmad Munsif Ismail
Pengerusi Biro Dakwah Dan Kerohanian JPP

Timbalan Pengerusi
Nik Azman Mohd Zain
Naib Pengerusi Biro Dakwah Dan Kerohanian JPP

Setiausaha
Mohd Shahrin Shamsuddin

Naib Setiausaha
Nurul Izzatie binti Mohd Rashid

Bendahari
Mohd Fahizan Md Isa

Naib Bendahari
Nur Asiyah binti Hj Haron

Penyelaras Program
Ahmad Munsif Ismail

Unit Pengisian
Mohd Hafizul Husni Alias

________________________________________________________________ 3
Unit Jamuan/ iftar
Pengurusan masjid

Unit Tadarus
MTEN

7. SUMBER KEWANGAN

Perbelanjaan mengelolakan Ihya’ Ramadhan al-mubarak adalah di bawah


peruntukan maktab.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan mengelolakan Ihya’ Ramadhan al-mubarak adalah seperti lampiran


di bawah;

BIL PERKARA TARIKH KOS (RM) KOS HARIAN JUMLAH


(RM) (RM)
BERBUKA PUASA
1.
(IFTAR)
BERBUKA PUASA
2. PERDANA
MAJLIS NUZUL
3. QUR’AN

4.
MOREH
PROGRAM
5.
QIAMULLAI
MAJLIS KHATAM AL
QUR’AN
6.
(CENDERAMATA)

JUMLAH KESULURUHAN RM

8. PENUTUP

Alhamdulillah, kertas kerja cadangan ini berjaya disiapkan seterusnya


dapat diusulkan kepada pihak pentadbiran Maktab Perguruan Islam untuk
pertimbangan dan tindakan susulan. Diharap semoga kertas kerja ini mendapat
respon dan maklum balas yang positif dan sewajarnya daripada pihak maktab.

________________________________________________________________ 4
Jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang memberikan sokongan padu
kepada cadangan mengelolakan Program Sambutan Ihya’ Ramadhan Al-Mubarak
tahun 2008 bersamaan 1429 H. Semoga Allah S.W.T. memberkati segala usaha
kita, insya-Allah. Syukran Jazilan Khatira. Wassalam.

Saya yang menjalankan tugas,

.....................................
[ AHMAD MUNSIF ISMAIL ]
Penyelaras program
Sambutan Ihya’ Ramadhan Al-Mubarak
Peringkat Institut 2008.

s.k:
1) Timbalan Pengarah.
2) Haji Sulong bin Karim ( KJ HEP)
3) Ust Muhammad bin Abdullah (KJ JPQS)
4) Pegawai Eksekutif Kanan, Pejabat Am MPI

________________________________________________________________ 5

Anda mungkin juga menyukai