Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia
dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi,
momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi
muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil
lagi. Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa kerana kita situasi
ekonomi negara dan dunia sentiasa mencabar, sara hidup keluarga dan masyarakat
semakin menghimpit, nilai barangan sentiasa meningkat dan inflasi terus menghambat
warga. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang sebagai persediaan untuk
kebahagian pada masa mendatang dan merupakan nilai murni yang perlu terpahat di minda
masyarakat. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh
pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan
berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai
budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan
efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa
yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang
pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia
ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang
kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-
anak dengan perkara yang positif yang bermakna untuk mereka. Dengan kesempatan ini,
ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh
mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang
perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak
membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Sekiranya amalan menabung ini diterap dan dibudayakan dalam
kalangan anak-anak, mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa menyusahkan ibu
bapa sekiranya ada keinginan anak-anak untuk mendapat sesuatu yang menjadi keperluan
mereka. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak
“sebelum kudis menjadi tokak”.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak
sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka berkaitan amalan yang
berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka
masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran
ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah
berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan
sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan
nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab
mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa
perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadikan menambung
amalan anak-anak mereka sudah pasti anak-anak akan membudayakan amalan murni
berkenaan sehingga mereka meningkat dewasa, pastika kehidupan mereka akan bahagia di
hari muka. Tegasnya, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak
sejak bangku prasekolah lagi agar mereka akan tidak dibebani masalah ekonomi ketika
mereka dewasa.
Selain itu, ibu bapa haruslah mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak
menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan
tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi
penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa
perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu
dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi
membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang
berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak
berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika
ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat
menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat
dalam diri anak-anak agar kehidupan mereka sempurna kelak. Sudah terang lagi bersuluh,
didikan ibu bapa agar anak-anak mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-
nunjuk akan memberi rahmat kepada mereka ketika dewasa.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan
harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara
penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-
anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan
perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat.
Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan
semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang
simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua
orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak
sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh
mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu
bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan
menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini
dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau
hari siang”.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, kawan
merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia seumur
jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan
dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh
sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati,
ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk
bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah
maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya
ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung
akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-
anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.