Anda di halaman 1dari 21

BENTUK

KERTAS
Saiz : A4 (210 mm x 297 mm) (semasa merepang, jangan lebih
daripada 2 mm)
Jenis – Salinan pertama hendaklah menggunakan kertas jenis simili
dengan berat sekurang-kurangnya 70 gsm. Bagi salinan
berikutnya, kertas fotostat atau ofset yang baik mutunya sahaja
dibenarkan.
Putih sahaja dibenarkan.

PENAIPAN
JENIS HURUF
Calon hendaklah menggunakan huruf biasa; hanya pencetak yang
bermutu huruf dibenarkan. Calon dinasihatkan supaya
menggunakan huruf Times New Roman atau Arial (Arabic) pada
keseluruhan tesis (kecuali bahagian yang melibatkan bahasa asing)
supaya pindaan senang dilakukan, jika perlu
Apabila timbul ketidakpastian tentang jenis huruf yang boleh
digunakan, calon boleh merujuk kepada Pusat Pengajian Siswazah.
Saiz huruf yang dibenarkan ialah 12 poin.

PENAIPAN TAJUK
Semua tajuk (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan HURUF
BESAR tebal di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Selain itu calon hendaklah mematuhi arahan menaip tajuk-tajuk
tersebut mengikut jarak daripada jidar atas.

SANTAK TEKS
Teks hendaklah ditaip santak kiri kanan

SELANG BARIS
Satu setengah langkau bagi teks am manuskrip.
Satu langkau dibenarkan untuk
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak dan Terjemahan Abstrak
Senarai kandungan (Antara tajuk satu setengah langkau
dibenarkan)
Senarai Jadual dan Ilustrasi
Catatan bawah
Rujukan
Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah tiga
langkau di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya.

PERENGGAN
Perenggan yang pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan
santak kiri. Ensotan bagi memulakan perenggan seterusnya ialah
pada ketukan yang keenam atau 12.5 mm dari jidar kiri.
CETAKAN DAN PENDUAAN
CETAKAN

Pada sebelah halaman sahaja. Semasa menjilid, halaman ini


hendaklah diletak di sebelah kanan.

PENDUAAN
Hasil fotostat atau cetakan ofset yang baik mutunya sahaja akan
diterima. Cetakan stensil atau salinan yang menggunakan kertas
karbon tidak diterima.

PENJILIDAN
NASKHAH UNTUK PEMERIKSAAN
Naskhah-naskhah untuk pemeriksa luar, pemeriksa dalam dan
penyelia/penyelia utama bersama/ Jawatankuasa Siswazah
hendaklah dijilid oleh calon dengan menggunakan kulit jenis kad
manila.

NASKHAH AKHIR UNTUK UNIVERSITI


Lima (5) hingga tujuh (7) naskhah tesis untuk Universiti hendaklah
dijilid oleh calon setelah tesis tersebut diperiksa dan diluluskan
oleh Pemeriksa. Satu daripada naskhah tersebut hendaklah salinan
asal.
Sebelum dijilid calon hendaklah terlebih dahulu
membuat segala pembetulan kepada tesis berkenaan
jika dikehendaki oleh Jemaah Pemeriksa Siswazah.
Tesis berkenaan hendaklah dijilid dengan
menggunakan kulit jenis balakrom dan keterangan
pada kulit hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR
berwarna emas
mendapatkan perakuan Pusat Pengajian Siswazah

WARNA KULIT
Warna kulit hendaklah seperti yang berikut :

Diploma Siswazah Hitam

Sarjana Merah Tua

Doktor Falsafah Biru Tua

KETERANGAN PADA KULIT


DI HADAPAN
Maklumat-maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR
berwarna emas berukuran 18 hingga 24 poin dan mengikut
susunan seperti berikut :
Tajuk tesis - (Disusun dalam bentuk piramid terbalik -
60 mm dari birai atas) [Birai ialah tepi kertas]
Nama penuh penulis (Seperti dalam kad
pengenalan/pasport antarabangsa)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Nama Universiti
60 mm dari birai bawah)
Contoh – LAMPIRAN A

PADA TULANG BELAKANG


Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas
berukuran 18 hingga 24 poin mengikut susunan seperti berikut :
Nama penulis (60 mm dari birai atas)
Ijazah (Singkatan ijazah dalam bahasa Melayu)
(Lihat LAMPIRAN L)
Tahun penyerahan naskhah akhir tesis
UKM (Singkatan Nama Universiti - 60 mm dari birai
bawah)
(Contoh – LAMPIRAN B1 DAN LAMPIRAN B2)

PERHATIAN

Bagi tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid, perkataan JILID 1, JILID II dan sebagainya
hendaklah ditaip melintang di tengah-tengah tulang belakang.
(Contoh – LAMPIRAN B3)

UKURAN GARIS TEPI


Jidar Atas 30 mm dari birai atas

Jidar Kanan 25 mm dari birai kanan

Jidar Kiri 38 mm dari birai kiri

Jidar Bawah 25 mm dari birai bawah

PERINGATAN

Semua tajuk kecuali judul tesis, rujukan dan lampiran hendaklah


ditaip 50 mm dari birai atas.
Ruang letak jadual dan ilustrasi termasuk keterangan, mestilah
mengikut keperluan 2.1 (a).
Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah
mengandungi sekurang-kurangnya dua baris teks bertaip. Jika
tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai
perenggan baru.
Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh
menggunakan tanda sempang.
Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya satu baris teks.
MENOMBORKAN HALAMAN
LETAK NOMBOR HALAMAN
Letaknya hendaklah di sudut atas sebelah kanan, 15 mm dari birai
atas dan 25 mm dari birai kanan bagi digit terakhir nombor
berkenaan. Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks,
tanpa hiasan.

JENIS NOMBOR
Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah
dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut : i,
ii, iii dan sebagainya.
Penomboran bahagian hendaklah dieja dengan HURUF BESAR
(misalnya BAHAGIAN SATU).
Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka Arab 1, 2, 3,
….

PERINGATAN

Halaman permulaan (halaman judul) dianggap sebagai halaman “i’


tetapi nombornya tidak ditaip.

Halaman pertama teks dianggap sebagai halaman “1” tetapi


nombornya tidak ditaip.

Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan bahagian atau


bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambil kira bagi
menomborkan halaman berikutnya.

TERTIB
Susunan dan kandungan tesis hendaklah mengikut tertib seperti
yang berikut :
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
1
ABSTRACT (Terjemahan Abstrak)
2
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SIMBOL /SINGKATAN /TATANAMA /ISTILAH
TEKS
RUJUKAN
LAMPIRAN

1
ABSTRACT hendaklah didahului dengan terjemahan judul yang ditaip
dengan HURUF BESAR dan dalam bentuk piramid terbalik.

Tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid, perlu ada Senarai
2

Kandungan yang lengkap pada setiap jilid.

HALAMAN JUDUL
Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip satu
langkau dengan HURUF BESAR) dan mengikut susunan seperti
yang berikut :
Judul Tesis (Dalam bentuk piramid terbalik - 60 mm dari
birai atas)
Nama Penuh Penulis (Seperti dalam kad
pengenalan/pasport antarabangsa)
Tujuan tesis dikemukakan (Calon hendaklah menulis
satu daripada ungkapan berikut, mana-mana yang
berkaitan, dengan menyatakan nama ijazah yang
berkenaan).
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH ……
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH
IJAZAH ….
Nama Fakulti/Institut/Pusat
Nama Universiti (Tulis UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA)
Nama kampus tempat calon berdaftar (Calon hendaklah
menulis satu daripada yang berikut: BANGI atau KUALA
LUMPUR).
Tahun penyerahan naskhah akhir tesis kepada universiti
(Dua langkau selepas nama kampus dan 40 mm dari
birai bawah)
(Contoh – LAMPIRAN C1, LAMPIRAN C2 dan LAMPIRAN
C3)

PERHATIAN

Jika Halaman Judul Ini Ditulis Dalam Bahasa Arab Atau Inggeris,
Terjemahannya Dalam Bahasa Melayu Hendaklah Disertakan Pada
Halaman Yang Berikutnya.
(Contoh – Lampiran C3 dan Lampiran C4)

PENGAKUAN
Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas
halaman judul ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon
dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan seperti yang
berikut :

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tarikh Tandatangan
Nama Calon
Nombor Pendaftaran

atau sekiranya tesis ditulis dalam Bahasa Inggeris, pengakuannya


hendaklah ditulis seperti berikut :

DECLARATION

I hereby declare that the work in this thesis is my own except for
quotations and summaries which have been duly acknowledged.

Date Signature
Name
Registration No.

(Contoh – LAMPIRAN D)

PENGHARGAAN
Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh
orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyediaan tesis calon
hendaklah dirakam di halaman ini dengan perkataan
PENGHARGAAN ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon
tidak digalakkan menulis penghargaan terlalu panjang.
Dedikasi tidak dibenarkan.

ABSTRAK DAN TERJEMAHANNYA


Abstrak dan terjemahannya hendaklah masing-masing dimulakan
pada halaman baru selepas penghargaan. Perkataan ABSTRAK
hendaklah ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah
antara jidar kiri dengan jidar kanan. Panjang abstrak hendaklah
antara 200 hingga 300 patah perkataan. Pada umumnya penulisan
abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat
penulisan kritikan.
Abstrak biasanya merangkumi maklumat-maklumat berikut :
Objektif dan matlamat kajian
Perkaedahan kajian seperti kaedah, teknik dan
kegunaannya
Penemuan baru seperti teori baru, istilah, tafsiran atau
penilaian yang dinyatakan dengan tepat
Abstrak tidak merangkumi maklumat berikut :
Tambahan, pembetulan atau sebarang maklumat yang
tidak terdapat di dalam tesis
Jadual, ilustrasi dan rujukan langsung kepadanya
Pemerihalan terperinci tentang eksperimen, tinjauan
pustaka, organisma, kaedah piawai, teknik dan alat.
Rujukan dan sorotan susastera
Bagi penulisan dalam bahasa Melayu, abstraknya hendaklah dalam
bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa
Inggeris berserta judul yang diterjemahkan ditaip 30 mm dari birai
atas, satu langkau dan dalam bentuk piramid terbalik sebelum
perkataan ABSTRACT.
(Contoh – LAMPIRAN E1 DAN LAMPIRAN E2)
Bagi penulisan yang dibuat dalam bahasa lain selain daripada
bahasa Melayu, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan
diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Juga perlu
disertakan perluasan abstrak dalam bahasa Melayu tidak melebih
1000 patah perkataan.

SENARAI KANDUNGAN
Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru
dengan perkataan KANDUNGAN ditaip di tengah-tengah antara
jidar kiri dengan jidar kanan dan mengandungi senarai bahan yang
terdapat dalam kandungan tesis, iaitu tajuk-tajuk Bahagian, Bab
dan subtajuk-subtajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan subtajuk
berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks.
(Contoh – LAMPIRAN F)

SENARAI JADUAL

Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL


ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual yang disertakan
dalam penulisan dan tajuk-tajuknya hendaklah seperti tajuk yang
terdapat pada jadual berkenaan.
(Contoh – LAMPIRAN G1)

SENARAI ILUSTRASI

Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI


ILUSTRASI ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar
kanan dan hendaklah mengandungi senarai tajuk rajah, gambar
rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya. Tajuk-tajuk
berkenaan hendaklah seperti yang terdapat di dalam tesis.
(Contoh – LAMPIRAN G2 & LAMPIRAN G3)

SENARAI SIMBOL

Senarai simbol/singkatan/tatanama dan istilah hendaklah


diletakkan pada halaman baru selepas halaman senarai ilustrasi.
Susunan mengikut urutan abjad.
(Contoh – LAMPIRAN G4)

SENARAI KES YANG DISEBUT

Senarai kes yang disebut hendaklah diletakkan pada halaman baru


dengan perkataan SENARAI KES YANG DISEBUT ditaip di tengah-
tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Susun mengikut
urutan abjad
(Contoh – LAMPIRAN G5)

SENARAI STATUT

Senarai Statut hendaklah diletakkan pada halaman baru dengan


perkataan SENARAI STATUT ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri
dengan jidar kanan. Susun mengikut urutan abjad.
(Contoh – LAMPIRAN G6)

TEKS
PANJANG TESIS

Doktor Falsafah tidak melebihi 100,000 patah perkataan

Sarjana tanpa kerja tidak melebihi 60,000 patah perkataan


kursus

Sarjana dengan kerja tidak melebihi 30,000 patah perkataan


kursus

CATATAN

Jumlah Perkataan Tidak Termasuk Catatan Bawah, Petikan,


Lampiran, Formula, Jadual, Gambarajah Dan Sebagainya.

PENDAHULUAN

Teks boleh dimulakan dengan pendahuluan. Bahagian ini boleh


dimasukkan sebelum bahagian pertama atau bab pertama. Jika
penulisan mempunyai pendahuluan, perkataan PENDAHULUAN
hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan 50 mm dari
birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Baris pertama teks hendaklah dimulakan 3 langkau di bawah
perkataan PENDAHULUAN.

BAHAGIAN

Sesuatu tesis tidak perlu dipecahkan kepada bahagian, kecuali


dalam keadaan tertentu. Setiap bahagian hendaklah dimulakan
pada halaman baru. Perkataan BAHAGIAN SATU hendaklah ditulis
50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan
jidar kanan. Tajuk-tajuk kecil atau isi bahagian hendaklah
dimulakan 3 langkau di bawah perkataan BAHAGIAN…, dan
hendaklah memenuhi keperluan jidar. Bagi bahagian-bahagian
seterusnya keperluan yang disebutkan ini hendaklah juga dipatuhi.
(Contoh – LAMPIRAN H)

BAB

Teks juga mungkin bermula terus dengan bab, iaitu BAB 1. Bab
juga boleh merupakan pecahan di bawah bahagian. Bab 1 ditulis
50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan
jidar kanan.
Tajuk bab dimulakan 3 langkau di bawah perkataan BAB 1, dan
terletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan.
Subtajuk atau isi bab pula dimulakan 3 langkau di bawah tajuk bab
dan hendaklah memenuhi keperluan jidar.
Bagi bab-bab seterusnya, keperluan-keperluan yang disebutkan ini
hendaklah juga dipatuhi.
(Contoh – LAMPIRAN I)

ISI TEKS

Isi teks mengandungi keterangan lanjut mengenai penyelidikan


yang boleh dibahagi dalam bentuk bahagian, bab dan subtajuk.
Sekiranya sesebuah tesis memerlukan jadual dan ilustrasi,
panduan berikut hendaklah dipatuhi.
Tajuk jadual hendaklah ditulis di atas jadual. Apabila
kedudukan sesuatu jadual itu melintang, bahagian
atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang
tesis. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab.
Tajuk ilustrasi hendaklah di tulis di bawah ilustrasi.
Apabila kedudukan sesuatu ilustrasi itu melintang,
bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang
belakang tesis. Ilustrasi hendaklah dinomborkan
mengikut bab.

PETIKAN

Petikan yang disisipkan di dalam ayat hendaklah tidak melebih 40


patah perkataan dan mesti dimulai dan diakhiri dengan tanda petik
“….”
Seluruh petikan yang melebihi 40 patah perkataan hendaklah
ditaip berasingan pada perenggan yang baru satu setengah
langkau dengan ensotan tanpa tanda petik.

SENARAI RUJUKAN

Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru


dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di
tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini
hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks.
Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan.
Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarah Tarikh
Gaya UKM. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut
abjad. Untuk penjelasan selanjutnya, sila rujuk Bahagian Dua
Panduan ini.

LAMPIRAN
Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,
bolehlah dimasukkan glosari, data kajian, jadual, contoh soal
selidik, dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke
dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi
menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks.
Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B,
bergantung pada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan
sebagai lampiran. Perkataan LAMPIRAN A hendaklah ditulis 30 mm
dari birai atas dan ditengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar
kanan. Lampiran juga boleh diberi tajuk tertentu.
Lampiran (jika disertakan) hendaklah disenaraikan mengikut
tajuknya di dalam Senarai Kandungan.
PENDAHULUAN

Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada


penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan
mendapatkan sumber maklumat mengenainya di dalam senarai
rujukan yang diberi pada bahagian akhir tesis.
Calon hendaklah menggunakan satu daripada sistem yang
berikut secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya
SISTEM PENGARANG-TARIKH
SISTEM CATATAN BAWAH

Bentuk asas rujukan dalam teks yang menggunakan sistem


pengarang tarikh hendaklah mengandungi nama pengarang dan
tarikh seperti berikut :
Brown (1988)
(Mohd. Azman 1990)
Halaman atau bahagian tertentu bagi bahan yang dirujuk, ditulis
selepas tarikh, dan didahului dengan tanda kolon:
(Aminuddin 1985: 120)
Nama pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah
diringkaskan kepada nama keluarga sahaja tanpa parap.
Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga.
Nama pengarang Melayu dan Cina boleh ditulis dengan lengkap
atau disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang Melayu dan
nama keluarga untuk pengarang Cina.
Mohd. Azman Abu Bakar. 1990. …dirujuk sebagai Mohd.
Azman (1990)
Koh Aik Khoon. 1998. … dirujuk sebagai Koh (1998)

PENGARANG TUNGGAL
Nama (keluarga) pengarang diikuti dengan tahun penerbitan ditulis
di dalam teks pada tempat yang berkenaan.
Brown (1988) membuktikan ..
…seperti yang dikaji oleh Wan Rafaei (1990).
Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik (Shaharir 1984) ..
Jika nama pengarang merupakan sebahagian daripada
pemerihalan, seperti dalam (i) dan (ii), nyatakan tahun penerbitan
dalam tanda kurung. Jika tidak, tulis nama pengarang dan tahun,
tanpa koma, dalam tanda kurung seperti dalam (iii).
Dalam kes yang jarang ditemui, apabila kedua-dua nama
pengarang dan tahun merupakan sebahagian daripada bahan
perbincangan, tanda kurung tidak diperlukan.
Dalam tahun 1990, Nafisah Adeeb mengkaji …
Dalam satu perenggan, tahun tidak perlu dinyatakan dalam rujukan
seterusnya, selagi kajian itu tidak dikelirukan dengan kajian lain
yang dirujuk dalam penulisan itu:
Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik, Shaharir (1984) memberi pandangan…
Shaharir juga menyatakan …

PENGARANG BERSAMA
Untuk rujukan yang pengarangnya dua orang, nyatakan kedua-dua
nama pengarang itu setiap kali dirujuk di dalam teks:
… Abdul Razak dan Abu Osman (1987) telah memberi
takrif homotopi kabur.
…. seperti yang telah dibuktikan (Abdul Rahman &
Arsmah 1991).
Untuk rujukan yang pengarangnya tiga orang atau lebih, tulis nama
pengarang pertama diikuti dengan “et al.” dan tahun.
Brown et al. (198) membuktikan …
… telah dikaji (Ismail et al. 1986).

TANPA PENGARANG
Rujukan tanpa pengarang hendaklah ditulis seperti berikut:
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1988)
Contoh nama pengarang institusi (seperti persatuan, agensi
kerajaan) yang boleh disingkatkan
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia [JKTBM] 1979
(JKTMB 1979)

PENGARANG SAMA NAMA


Jika senarai rujukan merangkumi penerbitan oleh dua orang atau
lebih yang namanya sama, masukkan nama penuh atau parap
pengarang-pengarang itu di dalam setiap rujukan teks untuk
mengelakkan kekeliruan.
Khalid B.A.K. (1990) dan Khalid Yusoff (1990) …

MULTIRUJUKAN
Dua rujukan atau lebih yang ditulis bersama dipisahkan dengan
tanda semikolon:
(Amat 1989; Rohimi 1991; Safar 1990; Zaharah 1988;
Zakaria 1991)
Untuk lebih daripada satu rujukan oleh pengarang yang sama,
tahunnya dipisahkan dengan tanda koma.
(Zakri A.H. et al. 1991a, 1991b, 1992)

PENDAHULUAN
Catatan bawah merupakan nota-nota di bawah sesuatu halaman
tertentu yang menerangkan atau memberi maklumat tambahan
mengenai perkara-perkara yang terdapat dalam kandungan teks
pada halaman yang berkenaan.
CARA PENOMBORAN CATATAN BAWAH
Menggunakan angka superskrip, misalnya, pada tempat yang
berkenaan pada sesuatu halaman dalam teks.
Menggunakan angka yang sama di bahagian bawah halaman itu
dan memberikan catatan atau maklumat tambahan
Panjang garis pemisah antara teks dengan catatan bawah
hendaklah tidak kurang daripada 40 mm.
Angka yang digunakan haruslah berterusan untuk setiap bab.
Dengan kata lain, angka pada suatu halaman itu tidak boleh
diulangi pada halaman berikutnya.

PEMBUTIRAN
Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut :
*Nama pengarang (dengan ensotan), koma
Judul, koma
Penerbit, koma
Tempat, koma
Tahun, koma
Jilid, koma
Halaman, noktah

*Untuk pengarang yang menggunakan nama keluarga,


parapnya hendaklah ditulis di hadapan.

Contoh
..Mungkin juga budaya tradisional yang telah menjadi
darah daging kepada anggota-anggota di dalam
sesebuah masyarakat itu tidak mudah dipengaruhi oleh
unsur-unsur budaya moden itu.1..
Mohd. Taib Osman, Kepercayaan tradisional
1

dalam sistem kepercayaan melayu, dalam bunga rampai


kebudayaan melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1983, hlm. 9.

Contoh
Keengganan Gabenor Fullerton berkongsi kapal dengan
Claridge menyebabkan perhubungan mereka menjadi
tegang.2

J.M.N. Kyshe, Cases heard and determined in His


2

Majesty’s Supreme Court of the Straits Settlements


18041894 Singapore, 1885, hlm. xiii; SSR (IOR), Vol. 124,
Minute by Fullerton on the financial State of Penang,
Singapore and Malacca, 22 August 1828; SSR (Singapore
National Library), A64, Minute by Fullerton laid before
Council of Penang, 17 March 1829, hlm. 1719; PP, House
of Common, No. 4 of 18521853, Vol. LXI, hlm. 37.

CARA MENULIS CATATAN BAWAH


Saiz huruf yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 9 poin.
Satu langkau digunakan bagi menulis rujukan dan maklumat.
Baris pertama setiap catatan bawah hendaklah bermula dengan
satu ensotan.

CARA MENULIS RUJUKAN DAN MAKLUMAT

Penggunaan Kaedah Ringkas.


Catatan bagi sesuatu rujukan untuk catatan bawah buat pertama
kalinya hendaklah lebih lengkap daripada catatan bawah yang
berikutnya bagi rujukan yang sama. Rujukan semula kepada
maklumat yang sama yang dinyatakan dalam catatan bawah
hendaklah diringkaskan.
Contoh
P.J. Wilson, A Malay village in Malaysia: social
1

values and rural development, HRAF Press, New Haven,


1967, hlm. 30.
2
J. Beattie, Other cultures, Routledge & Kegan
Paul, London, 1963, hlm. 47.
3
P.J. Wilson, A Malay village in Malaysia, hlm. 51.
4
J. Beattie, Other cultures, hlm. 78.
5
P.J. Wilson, A Malay village, hlm. 70.
6
J. Beattie, hlm. 62.
Apabila meringkaskan rujukan makalah dalam jurnal pula
memadailah dengan hanya menyebut nama pengarang, judul
ringkas makalah dan halaman yang dirujuk. Maklumat mengenai
judul jurnal, nombor jilid dan tarikh tidak perlu dimasukkan.
Jika sesebuah karya dirujuk berulang kali sepanjang penulisan tesis
maka maklumat yang dicatat ialah nama pengarang dan halaman
yang dirujuk.

PENGGUNAAN “Ibid”
Apabila rujukan kepada sumber yang sama dibuat berturut-turut
tanpa sebarang rujukan yang lain di antaranya, walaupun ke
beberapa halaman ke hadapan, maka tanda singkatan “ibid”
(berasal daripada Latin ibidem, bermaksud “pada tempat yang
sama”) digunakan. Jika rujukan yang berikutnya masih merujuk
kepada sumber yang sama tetapi pada halaman yang berlainan,
maka singkatan “ibid” ini ditambahkan dengan keterangan
mengenai halaman yang baru itu.
Contoh
J.R.W. Smail, Bandung in early revolution,
7

19451946, Southeast Asia Program, Department of


Asian Studies, Cornell University, Ithaca, New York,
1964, hlm. 31.
8
ibid.
9
ibid., hlm. 42.

PENGGUNAAN “passim”
Penggunaan “passim” (berasal daripada Latin bermaksud “tersebar
di sana sini”) digunakan bagi maklumat yang tersebar di sana sini
dan hendaklah digunakan dengan cermat, iaitu hanya bagi merujuk
kepada maklumat yang benar-benar tersebar sepanjang satu bab
atau satu bahagian.
Nabir Abdullah, Maahad II ihya Assyariff, bab 9
10

passim.
L. Friedman, pnyt., The law of war, 2 jil., Random
11

House, New York, 1972, jil. 1, hlm. 131 passim, 191,


200.

GANTIAN KEPADA “op. cit.” dan “loc. cit.”


Amalan menggunakan “op. cit” (berasal daripada Latin opere
citato, bermaksud “dalam tempat tersebut”) dan “loc. cit.” (berasal
dari Latin loco citato, bermaksud “dalam tempat tersebut”) yang
dahulunya lazim digunakan dalam karya-karya akademik, tidak
dikehendaki. Sebagai ganti, penulis butiran karya yang dirujuk
semula dilakukan mengikut kaedah ringkas seperti contoh yang
terdapat pada 2.5 (5)(a)

GANTIAN KEPADA “f” dan “ff”


Penggunaan “f” atau “ff” (berasal daripada perkataan Inggeris
“and following”, bermaksud “dan yang berikutnya”) bagi merujuk
kepada sesuatu rujukan yang terdapat pada beberapa halaman
tidak diamalkan lagi. Sebaliknya hendaklah dimasukkan nombor
halaman yang mengandungi rujukan yang dimaksudkan.
Contoh
Amalan lama
1
G. Marcel, The mystery of being, hlm. 45f
2
J. Beattie, Other cultures, hlm. 4ff
Gantian
1
G. Marcel, The mystery of being, hlm. 45-46
2
J. Beattie, Other cultures, hlm. 4-12.

GANTIAN KEPADA “infra” dan “supra”


Penggunaan “infra” (berasal dari Latin infra bermaksud “di bawah”)
dan “supra” (berasal dari Latin bermaksud “di atas”) adalah
digunakan untuk merujuk kepada sesuatu bahagian tertentu dalam
tesis atau karya yang sedang diusahakan. Walau bagaimanapun,
penggunaannya tidak digalakkan, tetapi sekiranya ingin digunakan
hendaklah diganti dengan “di bawah hlm. 173-174” dan “di atas,
hlm. 32”.

RUJUKAN KEPADA AL-QUR’AN


Angka yang menunjukkan rujukan ayat-ayat al-Qur’an hendaklah
diletak pada akhir teks al-Qur’an, bukan pada akhir terjemahannya.
Rujukan hendaklah dibuat kepada surah dan bilangannya serta
kepada bilangan ayat.
Penulis juga hendaklah menjelaskan sumber terjemahan ayat-ayat
al-Qur’an yang diberikan dan ditulis dalam Othmaniah
Firman Allah (s.w.t.)
Maksudnya

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan


dan kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa yang kamu sayang. Dan sesuatu apa jua yang
kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.2
2
Semua terjemahan ayat-ayat al-Qur’an dalam tulisan ini
berdasarkan Tafsir pimpinan al-Qur’an kepada pengertian al-Qur’an
edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri, 1987). [Semua terjemahan ayat-ayat al-Qur’an
dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan
sebaliknya.]

RUJUKAN KEPADA AL-HADITH


Pada kebiasaannya, rujukan hadith dalam koleksi-koleksi tertentu
dibuat kepada bilangan atau nama kitab dan bab sesuatu hadith itu
didapati.
Sabda Rasul Allah (s.a.w.):

1
al-Bukhari, Sahih, kitab (k)1, bab (b)1.

PERHATIAN

Jika kebanyakan halaman mengandungi catatan bawah yang


panjangnya melebih setengah halaman, penulis bolehlah meletakkan
kesemua catatan tersebut di hujung bab.

Anda mungkin juga menyukai