Anda di halaman 1dari 7

1.

Apakah pandangan anda tentang perubahan kurikulum Pendidikan Moral


KBSR kepada KSSR ?

Kssr membawa banyak kebaikan terutama dalam kurikulum Pendidikan Moral iaitu ia
memakai modular berasaskan 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan
nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta
keterampilan diri. Ini semua dapat meningkatkan kemahiran dan sikap pelajar
terutamanya dalam Pendidikan Moral

2. Sejauh manakan kurikulum Pendidikan Moral dikatakan berteraskan prinsip-


prinsip Rukun Negara?

Kurikulum Pendidikan Moral dikatakan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara


kerana beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam
melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, rohani dan sosial.
Pemilihan prinsip-prinsip tersebut dilakukan untuk merialisasikan semangat dan
hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah
status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi.

3. Mengapakah Pendidikan Moral masih belum mampu membentuk insan yang


bermoral kerana banyaknya masalah keruntuhan moral yang dilakukan oleh
remaja dan juga orang dewasa?

Contohnya, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang


utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh
ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara
satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

4. Sebagai seorang guru, beri cadangan perincian tajuk dan aktiviti yang anda
boleh laksanakan untuk mengajar nilai kejujuran dan toleransi

Rakyat negara kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, seharusnya
hidup hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita harus menghormati budaya
seperti pakaian dan perayaan budaya kaum yang lain. Begitu juga halnya dari segi
agama dan kepercayaan. Pendidikan moral menekankan semua rakyat negara kita
untuk menghormati kepercayaan dan agama kaum lain. Sebagai seorang guru, dia
boleh mengadakan aktiviti contohnya membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan dan dalam setiap ahli kumpulan mestilah terdiri daripada tiga kaum. Guru
boleh menyediakan pelbagai permainan untuk dimain oleh mereka. Mereka akan
bekerjasama untuk memenangi dalam permainan tersebut. Scara tidak langsung,
hubungan mereka menjadi lebih erat dan mereka akan lebih bersikap toleransi
antara satu sama lain.

5. Mengapakah pentaksiran dalam Pendidikan Moral perlu dilakukan secara


formal dan tidak formal?bincangkan

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian
tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian
formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran
setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang
diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan
gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk
murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program
pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai
pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir
suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian
sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan
pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. Manakala Matlamat utama
penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil
pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi
gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

6. Sejauh manakah pentaksiran dalam Pendidikan Moral berbeza dengan mata


pelajaran yang lain? Huraikan

Di dalam Pendidikan Moral pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh


guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal
pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun
berterusan.Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara
bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan
yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian
sumatif dan penilaian di peringkat pusat.

7. Jika pentaksiran dalam Pendidikan Moral banyak masalah dan kelemahan,


cadangkan langkah-langkah pentaksiran yang dapat mengurangkan
kelemahan tersebut.

PBS dan soalan-soalan KBAT dalam dokumentasi dan aspek perancangan adalah
amat sesuai dengan subjek PM, sekiranya pelaksanaan yang dijalankan adalah
bertetapan dengan penyuburan domain-domain utama PM dan dilaksanakan dengan
telus oleh semua pihak terlibat, termasuk ahli keluarga. Pentaksiran yang sesuai
harus diberi penekanan semasa pelaksanaan untuk memastikan matlamat dan
objektif subjek PM tercapai dan merangkumi ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Dengan transformasi pendidikan dan seterusnya transformasi dalam
penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan format peperiksaan
yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), adakah penilaian PM untuk
menghasilkan “…pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi...”, “…
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis … berakhlak mulia,
bertanggungjawab…” selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akhirnya
dapat direalisasikan?

8. Mengapakah etika profesion perguruan diperlukan oleh guru?

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini
juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod
etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion
keguruannya. Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru
menjaga imej profesionnya. guru-guru Malaysia perlu yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,
yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang
gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara. “dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
mebimbing anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan
ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
9. Apakah tanggungjawab sosial seorang guru?
 Guru harus menuntut murid-murid belajar. Tanggungjawab guru yang
terpenting adalah merencanakan dan menuntut murid-murid melakukan
kegiatan-kegiatan belajar guru mencapai pertumbuhan dan perkembangan
yang diinginkan.
 Turut serta membina kurikulum sekolah. Sesungguhnya guru merupakan
seorang key person yang paling mengetahui tentang kebutuhan kurikulum
yang sesuai dengan tingkat perkembangan murid.
 Melakukan pembinaan terhadap diri siswa (kepribadian, watak dan
jasmaniah). Memompakan pengetahuan kepada murid kiranya bukan
pekerjaan yang sulit. Tetapi membina siswa agar menjadi manusia berwatak
(berkarakter) sudah pasti bukan pekerjaan yang mudah. Mengembangkan
watak dan kepribadiannya, sehingga mereka memiliki kebiasaan, sikap, cita-
cita, berpikir dan berbuat, berani dan bertanggungjawab, ramah dan mau
bekerja sama, bertindak atas dasar nilai-nilai moral yang tinggi, semuanya
menjadi tanggungjawab guru.
 Memberikan bimbingan kepada murid. Bimbingan kepada murid agar mereka
mampu mengenal dirinya sendiri, memecahkan masalahnya sendiri, mampu
menghadapi kenyataan dan memiliki stamina emosional yang baik, sangat
diperlukan.
 Melakukan diagnosis atas kesulitan-kesulitan belajar dan mengadakan
penilaian atas kemajuan belajar.
 Menyelenggarakan penelitian. Sebagai seorang yang bergerak dalam bidang
keilmuan (scientist) bidang pendidikan maka ia harus senantiasa
memperbaiki cara bekerjanya.
 Mengenal masyarakat dan ikut serta aktif. Guru tidak mungkin melaksanakan
pekerjaannya secara efektif, jikalau guru tidak mengenal masyarakat
seutuhnya dan secara lengkap.

10. Apakah kaitan antara Rukun Negara dengan nilai-nilai moral?

Antara kaitan ialah Kesopanan dan kesusilaan. Kedua konsep ini terangkum dalam
prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini
menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing
dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku
kesopanan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam keperibadian
dan kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat
Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat
resam dan kebudayaan. Antara sifat- nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah
seperti Amanah. Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya." Menghindarkan dengan rela hati kepentingan
diri dari mengatasi kepentingan tugas." Menentukan tiada penyelewengan dalam
tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja.

11. Mengapa pentingnya sambutan Hari Guru diadakan? Apakah bentuk


sambutan yang sewajarnya dilakukan?

Antara tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi
peluang kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam
ibarat laut. Contohnya, murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen
merah, buku nota dan seumpamnya untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan
kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna.
Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang
budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.

Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan
hubungan antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk
berkomunikasi dan berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan.
Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap
kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama.
Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di
kawasan sekolah.

Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima
kasih kepada guru daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak
dinafikan bahawa setiap orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan
mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik. Oleh itu,
pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan
perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari
Guru.

Sambutan Hari Guru perlu mengadakan program lafaz ikrar daripada guru
untuk memberi pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam
usaha mengajar murid. Melalui program ini, guru dapat mempunyai kesedaran
tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh dipermain-mainkan sahaja,
malah harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas dan
bersopan-santun dapat dibentuk sekali gus mewujudkan pemimpin yang berwibawa
bagi masa depan negara kita.

12. Sejauh manakah guru boleh berperanan mempengaruhi pelajar sedangkan


kehidupan sebenar mereka dipengaruhi oleh keluarga, rakan sebaya dan
media?

Guru haruslah mempelbagaikan teknik mengajar. Dari segi teori, dapatan kajian
menunjukkan bahawa para pelajar tidak gemarkan dendaan yang dikenakan
terhadap mereka. Peneguhan negatif seperti dendaan menyebabkan pelajar tidak
selesa. Seorang guru perlu berhati-hati apabila memberikan peneguhan negatif
kepada pelajar kerana ia mungkin dianggap sebagai hukuman. Pelajar akan merasa
rendah diri apabila di hukum lalu menyebabkan pelajar tidak suka untuk belajar.
Motivasi juga melibatkan sesuatu proses memberi kuasa dan arahan yang
menggerakkan tingkah laku seseorang. cikgu selalu denda bila tak boleh jawab
soalan. Hasil daripada kajian ini, didapati pandangan pelajar terhadap hilang
tumpuan dalam kelas sangat dipengaruhi oleh cara penyampaian dan kawalan guru
di dalam kelas. seorang guru harus mempunyai teras pengetahuan mengajar yang
bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk
mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Salah satu teras
pengetahuan mengajar ialah ilmu.

Selain itu, strategi menangani yang banyak diutarakan dalam kajian ini ialah
bentuk sikap tegas dalam kalangan pelajar. Guru perlu mengamalkan sikap yang
lebih tegas dalam mengurus pelajar dalam kelas. Sikap ini memberi gambaran
kepada pelajar tentang kepentingan mematuhi dan mengikuti arahan guru. Strategi
yang dicadangkan juga melibatkan sebahagian besar guru yang perlu memainkan
peranan. Kajian ini adalah antara usaha peringkat awal dalam mengesan faktor yang
mempengaruhi kurang tumpuan dalam kelas dalam kalangan pelajar. Namun
demikian, kurang tumpuan dalam kelas ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Penilaian terhadap faktor tersebut boleh mengubah tingkah laku guru dalam
melaksanakan pengurusan kelas dengan lebih baik. Seterusnya, kajian lanjutan
harus difokuskan kepada perbezaan jantina, dan kaum. Selain itu, kurang tumpuan
dalam kelas dalam kalangan pelajar juga harus dikaji latar belakang keluarga pelajar
yang kurang tumpuan itu. Malah kurang tumpuan dalam kelas juga boleh dilihat
dengan membuat perbandingan antara pelajar sekolah menengah dengan pelajar
sekolah rendah
13. ‘Sikap dan nilai para pelajar dibentuk dan diubah oleh faktor-faktor
tersembunyi.
(Abdul Rahman Md Aroff, Pendidikan Moral, halaman 96)
Huraikan kenyataan ini.

Oleh kerana sikap itu terbentuk atau dibentuk, maka sikap itu dapat dipelajari
dan sikap itu dapat berubah.Walaupun demikian sikap itu mempunyai
kecenderungan stabil, sekalipun sikap itu dapat mengalami perubahan. Sikap itu
dibentuk ataupun dipelajari dalam hubungan nya dengan objek-objek tertentu.Maka
faktor pengalaman dalam pembentukan sikap itu penting. Sikap sebagai daya
dorong berbeda dengan motif biologis yang juga sebagai daya dorong individu,
karena motif biologis ada sejak individu dilahirkan. Sikap itu selalu berhubungan
dengan objek sikap Oleh karena itu sikap selalu tebentuk atau dipelajari dalam
hubungan nya dengan objek-objek tertentu, yaitu melalui proses persepsi terhadap
objek tersebut. Hubungan yang positif atau negatif antara individu dengan objek
tertentu, akan menimbulkan sikap tertentu pula dari individu terhadap objek tersebut.
Sikap dapat tertuju pada satu objek saja, tetapi juga dapat tertuju pada sekumpulan
objek-objek Bila seseorang mempunyai sikap yang negatif pada seseorang, orang
tersebut akan mempunyai kecenderungan untuk menunjukan sikap yang negatif pula
kepada kelompok dimana seseorang tersebut tergabung didalamnya. DIsini terlihat
adanya kecendrungan untuk menggeneralisasikan objek sikap. Sikap itu dapat
berlangsung lama atau sebentar Jika sesuatu sikap telah terbentuk dan merupakan
nilai dalam kehidupan seseorang, secara relative sikap itu akan lama bertahan pada
diri orang yang bersangkutan. Sikap tersebut akan sulit berubah dan walaupun dapat
berubah akan memakan waktu yang relative lama. Tetapi sebaliknya bila sikap itu
belum begitu mendalam ada dalam diri seseorang, maka sikap tersebut secara
relative tidak bertahan lama dan sikap tersebut akan mudah berubah.